Wednesday 11 December 2013

Kontraktor diburu TUJUH Ahlong

Jangan cari pasal dengan Along atau Tailong
  • Terdesak akibat perniagaan merudum, seorang kontraktor syarikat kejuruteraan yang hanya mahu dikenali sebagai Hashim, 63, mengakui dia terpaksa meminjam wang daripada tujuh along semata-mata mahu membayar pelbagai keperluan termasuk gaji pekerja, sewa premis, elektrik dan air.
  • Pada awalnya saya membuat pinjaman daripada seorang along sembilan bulan lalu sebanyak RM20,000.
  • Sebelum meminjam, along memberitahu kadar bunga yang dikenakan adalah sebanyak 10 peratus bagi tempoh 12 hari, namun selepas sebulan kadar itu bertukar kepada 10 peratus dalam masa 10 hari.
  • "Ketika itu, saya masih mampu membayar hutang itu, namun selepas sebulan along menghubungi memaklumkan kadar bunga naik kepada 15 peratus bagi tempoh 10 hari.
  • “Saya mula menggelabah kerana sebelum ini hanya membayar RM2,400 dalam masa 12 hari, namun selepas kadar bertukar saya perlu membayar sebanyak RM3,000.
  • Saya tidak dapat meneruskan bayaran kerana terlalu tinggi sedangkan perniagaan semakin merosot,” katanya.
  • Walaupun hanya meminjam RM20,000, dia sudah menyelesaikan hutang itu dengan bayaran lebih RM30,000.
  • Katanya, dalam keadaan kewangan yang teruk, along lain menghubungi dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM20,000 bagi membayar hutang.
  • Akibat terdesak dan ugutan daripada along sebelum ini, dia mengambil keputusan membuat pinjaman daripada tujuh along.
  • Jumlah semua pinjaman sebanyak RM100,000 dan setakat ini dia sudah membayar lebih RM200,000 kepada tujuh along itu, namun ia masih tidak mencukupi sehinggakan semua along mula memburunya.
  • Tidak cukup dengan panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mereka turut datang ke pejabatnya dan melakukan pelbagai ugutan. 
  • “Takut dengan ugutan itu saya cuba melarikan diri, namun mereka sungguh licik kerana dapat mencari saya ke mana jua. 
  • “Saya kini bimbang dengan keselamatan keluarga kerana mereka sanggup mengganggu kehidupan saya untuk mendapat wang yang dimahukan,” katanya. 
  • Menurutnya, keadaan perniagaan yang merosot dan gangguan along itu membuatkan dia juga berada dalam tertekan hingga menjejaskan kesihatan diri. 
  • “Saya tidak begitu sihat kerana mempunyai penyakit jantung dan bimbang sekiranya gangguan itu akan menjejaskan lagi tahap kesihatan.
  • “Saya nasihatkan kepada semua supaya tidak membuat pinjaman daripada along walaupun dalam keadaan terdesak kerana ia hanya akan memakan diri dan keluarga,” katanya. 
  • Sehubungan itu, Hashim meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) beberapa minggu lalu kerana tidak mahu along mengganggu dan mendesaknya supaya membuat bayaran tidak munasabah.-- HM

Kuat kuasa fatwa mesti menyeluruh

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
  • Kemungkinan berlaku kekeliruan dalam kalangan umat Islam sering dijadikan alasan untuk pihak berkuasa agama menegah atau melarang sesuatu perkara yang berkaitan amalan harian.
  • Biarpun niat pihak berkuasa agama itu baik dan murni apabila mengeluarkan sesuatu hukum, alasan mudah seperti itu menimbulkan persepsi negatif terhadap umat Islam, seolah-olah mereka golongan yang mudah keliru. Ironinya, umat Islam kini lebih keliru dengan beberapa fatwa yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini seperti pengharaman menghisap shisha kerana memudaratkan kesihatan.
  • Tidak semua negeri mewartakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu atau menguatkuasakan fatwa yang sudah diwartakan. Begitu juga apabila majlis fatwa sesuatu negeri membuat keputusan, ia tidak diikuti atau diwartakan negeri lain. Ini menjadikan sesuatu itu haram di negeri tertentu, tetapi tidak haram di negeri lain.
  • Tambahan pula, alasan memudaratkan kesihatan untuk mengharamkan sesuatu perkara itu terlalu umum. Terlalu banyak dalam kehidupan seharian kita, termasuk makanan harian, adalah sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan.
  • Justeru, apabila sesuatu fatwa berhubung perkara yang kabur dan tidak disepakati masyarakat dan dunia Islam dikeluarkan, penerimaannya adalah pelbagai – ada pihak yang menerimanya dan ada pula yang mempersoalkannya. Inilah akibatnya apabila sesuatu fatwa yang dikeluarkan itu tidak jelas.
  • Ditambah dengan kelonggaran penyelarasan atau penyeragaman perundangan syariah di antara negeri, penguatkuasaan sesuatu fatwa itu menjadi sukar atau tidak mungkin langsung.
  • Ketika mengalu-alukan kesediaan Majlis Fatwa Kebangsaan menyeragamkan pelaksanaan hukum dan fatwa secara holistik di seluruh negara bagi memudahkan penguatkuasaan, kita berharap pihak terbabit dapat menilai semula keputusan sebelum ini yang agak kabur atau terlalu umum.
  • Tidak salah untuk menilai semula keputusan yang lemah atau boleh diperdebatkan dengan hujah kerana matlamat fatwa adalah untuk melindungi kemaslahatan dan akidah umat Islam.
  • Sikap suka menghukum insan lain perlu digantikan dengan sifat membimbing atau mendidik ummah. Memang mudah untuk mengharamkan sesuatu yang harus atau makruh, tetapi tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah lain.
  • Natijahnya, sesuatu keputusan atau tindakan itu mestilah berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan. Sudah tentu kita tidak mahu Islam dilihat sebagai agama yang jumud manakala umatnya sebagai golongan manusia yang keliru dan mudah dikelirukan kerana ini menunjukkan kita gagal berperanan sebagai golongan beriman. -- BH

Jaga sensitiviti di alam maya

Jangan sebar gambar sebarangan di internet. jadilah masyarakat yang peduli kejiranan.
  • Seorang pelajar yang pulang bercuti membakar dirinya sendiri. Ini berlaku di dalam biliknya. Ayahnya seorang tokoh perniagaan terkenal. Gambar beliau dalam keadaan yang mengerikan tersebar meluas di alam maya.
  • Seorang budak perempuan berusia 12 tahun cuba membunuh diri apabila kegagalannya mendapatkan kad pengenalan menjadi bahan ejekan di media sosial. Beberapa minggu lalu, seorang wanita pengurus sebuah bank ditembak di kepalanya oleh pengawal keselamatan. Gambar itu juga merebak di dunia siber.
  • Dunia maya boleh menjadi ruang berbahaya, kejam dan merosakkan. Dalam kes pelajar tadi, tindakan tidak sensitif orang yang menyebarkannya amat dikesali. Dalam kes pegawai bank itu pula, gambar yang menjadi ‘viral’ di dalam media sosial menimbulkan tanda tanya soal etika dan kewarasan penghantarnya.
  • Dalam kes budak 12 tahun, perbuatan untuk membunuh diri juga amat mendukacitakan. Dunia maya sepatutnya menjadi ruang untuk berkomunikasi, berinteraksi, bertukar-tukar maklumat dan informasi, mencambah ilmu, berdialog, berhujah secara waras, semuanya ke arah kebaikan dan kemajuan.
  • Penyebaran maklumat
  • Ia merupakan dunia bebas yang penuh potensi. Ruangnya terbuka luas seluas maya. Dunia maya memberikan kesempatan pendedahan ilmu dan maklumat yang luar biasa juga wahana perhubungan sesama manusia yang tidak pernah dibayangkan selama ini.
  • Paling penting ini ruang di mana demokrasi diamalkan dengan cara yang sebaiknya. Penggunanya bebas membuat pilihan. Inilah demokrasi yang sebenar, hak bersuara, kebebasan membuat pilihan dan memberikan pandangan. Tidak ada kerajaan di dunia yang boleh menghalang ruang bebas ini. Tidak ada kuasa manusia yang boleh membendung pengaliran keluar masuk maklumat.
  • Kita semua tahu peranan media sosial hari ini. Ia boleh menjadi wahana yang amat berkesan untuk pelbagai tujuan. Malah ia boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan. Ia boleh menjadi senjata paling ngeri. Juga alat perhubungan paling canggih dan peluang untuk memang pilihan raya.
  • Dalam konteks Datuk Bandar Toronto baru-baru ini, kemarahan terhadap musuh politiknya menjadi viral lalu menjejaskan nama baiknya. Moral ceritanya bagi ahli politik, berhati-hatilah di manapun juga. Akan ada orang yang cuba merakam dan menyebarkan perbuatan anda.
  • Salah guna telefon pintar
  • Dunia hari ini tidak lagi memerlukan kamera skodeng yang canggih, memadai dengan telefon pintar. Apa yang diperlukan hanya kekunci ‘forward’ dan semuanya akan menjadi bahan tatapan jutaan orang. Facebook dan YouTube pula memberikan dimensi video yang baharu. Murah, pantas dan berkesan. Twitter memberikan ‘kuasa kilat’ menyebarkan apa sahaja secara spontan dalam 140 aksara atau kurang, lengkap dengan gambar.
  • Tidak lama dahulu, seorang anak saudara saya terbabit dalam kemalangan motosikal di sebuah bandar. Gambar beliau terbaring di tepi jalan berlumuran darah menjadi viral dalam media sosial. Saya agak terperanjat melihat beliau sendirian, terbaring sedang beberapa orang berdiri di sekelilingnya, tiada siapa yang membantu apatah lagi memangku kepalanya yang berdarah. Hanya setengah jam kemudian, seorang pemandu kereta berhenti untuk membawanya ke hospital.
  • Kita sudah melahirkan masyarakat ‘pemerhati’ dan ‘pengambil gambar.’ Juga masyarakat yang mungkin sudah hilang keprihatinan. Dalam konteks alam maya, kita juga melahirkan generasi ‘tukang forward’ (memetik kekunci forward) tanpa memikirkan implikasi perbuatan kita. Orang yang menerima imej tertentu akan melakukan hal yang sama. Ini berulang beratus, beribu, beratus ribu malah jutaan kali.
  • Gambar pengurus bank itu cukup memeranjatkan. Ada di kalangan kita yang menyebarkannya untuk dimuat turun kepada teman lain. Gambar anak muda yang rentung terbakar di Taman Tun Dr Ismail juga disebarkan dengan cara itu. Apakah kita pernah memikirkan implikasi kepada keluarga mereka?
  • Dugaan guna media sosial
  • Begitu juga ada kalanya kita tidak peduli perasaan orang lain apabila kita mengecam, mengutuk malah menghina mana-mana individu. Kita dengan mudah menyebarkannya. Mungkin kita tidak berniat jahat terhadap individu itu tetapi ‘instinct’ membuatkan kita melakukannya. Ini konsep ‘herd mentality’ yang selalu disebutkan. Kita dicorakkan oleh bilangan yang banyak.
  • Akibatnya kita turut menyebar kebencian, fitnah dan penghinaan terhadap orang lain. Kita juga menjadi alat orang yang memang menggunakan media sosial untuk tujuan itu. Kita terlupa bahawa perbuatan itu salah, malah ditegah oleh agama kita.
  • Dunia maya penuh cabaran. Menggunakannya dengan baik, bijak dan waras merupakan dugaan paling besar nampaknya bagi pengguna dunia itu hari ini.-- Johan Jaafar BH

Beza antara Ustaz Kazim dan ulama ekspres

Ustaz Kazim dikecam kumpulan ekstrimis Islam
  • Kelmarin, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu. Menariknya, muka baru yang dilantik termasuklah pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
  • Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Ustaz Kazim kerana berani menerima pelantikan itu. Sememangnya tidak ramai tokoh agama mahu masuk UMNO mungkin kerana takut dikritik dan dicemuh atau bimbang kehilangan populariti.
  • Malah, sebaik tersebar berita pelantikan Ustaz Kazim, ramai pihak membuat pelbagai komen negatif dan melabelkan tokoh agama itu sebagai macai dan anjing UMNO.
  • Kalau sebelum ini hos program Kalau Dah Jodoh itu dikagumi dan dihormati, tetapi dalam sekelip mata Ustaz Kazim dihina seolah-olah tokoh agama itu melakukan dosa besar semata-mata kerana menyertai UMNO.
  • Fenomena ini bukanlah baru. Sudah ramai ulama dan tokoh agama melalui episod yang sama apabila menyertai UMNO atau menampakkan kecenderungan menyokong UMNO atau kerajaan.
  • Apakah status ulama atau tokoh agama akan gugur secara automatik apabila menyertai atau menyokong UMNO dan kerajaan? Adakah menjadi satu kesalahan atau larangan bagi tokoh agama untuk berpolitik atas platform UMNO?
  • Ironinya, tidak pula berlaku polemik atau kontroversi apabila ulama atau tokoh agama bermain politik atas pentas PAS.
  • Lebih mengejutkan, personaliti yang baru sehari dua mendalami agama dipuja dan pandangannya diterima kerana berceramah atas pentas PAS.
  • Sebab itu, kebelakangan ini kita melihat semacam satu trend banyak ulama atau ustazah ekspres dilahirkan PAS. Ini termasuklah di kalangan artis, pesara kerajaan dan tokoh korporat. Malah, pemimpin bukan Islam dari parti sekutu PAS – DAP dan PKR pun boleh jadi ulama ekspres.
  • Mungkinkah ini muslihat PAS untuk menguatkan lagi persepsi umat Islam Melayu kononnya UMNO bukan parti yang memperjuangkan Islam?
  • Hakikatnya, PAS kini semakin jauh menyimpang daripada perjuangan asalnya. Malah, pengaruh ulama dalam PAS juga semakin terhakis seperti yang dicerminkan dalam pemilihan parti itu, baru-baru ini.
  • Sebaliknya, UMNO terus konsisten memperjuangkan agenda Islam. Terbaru, UMNO memasukkan cadangan penubuhan suruhanjaya bagi memelihara kepentingan dan kesucian Islam dalam usul agama yang akan dibentangkan pada perhimpunan agung parti itu, bermula esok.
  • Perlembagaan UMNO berkaitan status Islam juga mahu dipinda bagi memperkukuhkan lagi agenda memperjuangkan Islam. Bagi merealisasikan agenda ini, sudah tentu UMNO memerlukan sokongan ulama dan cendekiawan Islam.
  • Justeru, kita berharap lebih ramai ulama dan tokoh agama mencontohi Ustaz Kazim yang sanggup mengorbankan popularitinya demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Insya-Allah. -- BH

Terlepas pandang atau apa, Bahasa Melayu di IPTA merosot

English please........
  • Kuala Lumpur: Majlis Bahasa Melayu Institut Pengajian Tinggi (IPT) Nusantara mendapati penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi di universiti awam di negara ini merosot sehingga 10 hingga 15 peratus.
  • Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Emeritus Dr Ibrahim Komoo, berkata penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dinilai dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan.
  • Gagasan pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi sebenarnya sudah berkembang pesat pada 1970-an hingga 1990-an yang dimulakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga mencapai kira-kira 65 peratus.
  • Tingkat bahasa Melayu
  • Kami berharap dapat menstabilkan kembali dan meningkatkannya sedikit demi sedikit apabila Majlis Bahasa Melayu IPT Nusantara membincangkan perancangan dan strategi untuk bergerak ke hadapan bagi menangani kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi, katanya selepas Majlis Dialog Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Tinggi di sini, semalam.
  • Hadir sama, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Dr Rais Yatim; Ahli Sidang Pelaksana Pusat Majlis Bahasa Melayu IPT Nusantara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dan Pengarah Penerbit UMT, Prof Madya Dr Noraien Mansor.
  • Ibrahim berkata, perbincangan itu turut membabitkan wakil Brunei Darussalam dan Indonesia yang turut melihat bagaimana kesatuan Nusantara dapat digemblengkan untuk melonjakkan bahasa Melayu pada tahap ilmu tinggi pada peringkat serantau.
  • Sementara itu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata Badan Bertindak Bahasa Melayu perlu ditubuhkan dan disertai sarjana serta ahli akademik khususnya wakil IPT, badan bukan kerajaan, selain individu.
  • Badan itu boleh menggunakan pendekatan berhemah untuk menasihatkan kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan, bukan saja dalam merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahkan menterjemahkannya sebagai bahasa ilmu tinggi.
  • Jika profesor dan pensyarah tidak melakukan sesuatu, bahasa Melayu akan mendap sehingga tidak dapat bangkit lagi sebagai bahasa ilmu, sekali gus lebih banyak wadah diperlukan bagi perbincangan lebih kerap dalam memberikan sumbangan kepada institusi masing-masing, katanya.
  • Rais berkata, beliau tidak mempertikaikan beberapa institusi termasuk UIAM yang perlu menggunakan bahasa Inggeris seperti yang diletakkan syarat antarabangsa oleh kumpulan negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada awal penubuhannya.

Penyertaan menyeluruh semua pihak jayakan sifar rasuah

Rasuah pemusnah tamadun manusia
  • TAHUN ini genap satu dekad Hari Antirasuah Antarabangsa dihayati masyarakat dunia bagi menyemai semangat dan kesedaran pentingnya gejala rasuah diperangi habis-habisan.
  • Malaysia juga tidak ketinggalan menjadikan Hari Antirasuah Antarabangsa sebagai hari yang bermakna bagi menyebar luas mesej memerangi rasuah dan menarik sokongan rakyat pelbagai lapisan.
  • Sokongan setiap individu sangat penting memandangkan usaha memerangi rasuah memerlukan kerjasama holistik dari semua sudut. Saya mendapati aspek ini mula memperlihatkan petanda-petanda positif. Justeru, selaku pemimpin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya yakin arah aliran sokongan rakyat dan pemimpin masyarakat akan terus meningkat untuk mencapai sasaran memerangi rasuah dengan berkesan.
  • Awal minggu lalu, pandangan pelbagai pihak menjurus ke arah pembentangan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2013. Skor Malaysia meningkat berbanding kedudukan 2012. Walaupun peningkatan itu tidak sebesar diharapkan, pencapaian dirakamkan adalah positif. Laporan keseluruhan juga menunjukkan beberapa negara yang berada di kedudukan teratas, ada yang mengalami perubahan positif, dan ada yang memperlihatkan penurunan.
  • Beberapa hari sebelum laporan CPI diumumkan, peranan Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) pada persidangan dan mesyuarat tahunannya di Panama.Pada 1 Oktober lalu, genap 46 tahun kelahiran badan pencegahan rasuah secara formal di Malaysia. SPRM juga kini berusia lima tahun dan pada tanggal 1 Januari 2014 ini, SPRM akan masuk tahun keenam kelahirannya sebuah suruhanjaya bebas.
  • Sejak lima tahun lalu, kita lebih dikenali sebagai SPRM, malah ada yang memanggil kami sebagai "MACC". Tidak kira sama ada kami dipanggil sebagai SPRM ataupun MACC, matlamat tetap sama iaitu memerangi rasuah dengan tiga teras iaitu "Bebas, Telus dan Profesionalisme".
  • Bagi menangani cabaran yang ada di depan, SPRM mula melaksanakan program transformasi sejak 2011. Walaupun program transformasi menyeluruh dilaksanakan sejak dua tahun lalu, sebenarnya usaha membawa penambahbaikan bermula sebelum 2009. Selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya gembira dengan pelaksanaan dan pencapaian program transformasi setakat ini. Sudah dapat merasai kesan dan impak inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah program transformasi.
  • Antara impak yang sudah jelas termasuklah peningkatan kadar sabitan rasuah daripada 54 peratus pada tahun 2009 kepada 85 peratus tahun lalu, penurunan aduan kes dakwaan kekerasan ketika sesi ambil keterangan, keberkesanan penggunaan Bilik Temu Bual Bervideo (VIR) di semua pejabat SPRM, yang dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme kerja-kerja siasatan dan siasatan secara berpasukan mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk menjalankan siasatan.
  • Adakah SPRM berpuas hati dengan pencapaian yang digariskan tadi? Jawapannya, sudah pasti tidak. Banyak lagi inisiatif perlu dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Objektif utama SPRM ialah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM. Tidak dapat dinafikan keyakinan masyarakat terhadap SPRM sepanjang lima tahun lalu meningkat sekali ganda iaitu daripada sekitar 30 peratus kepada 64 peratus. SPRM akan meningkatkan usaha menaikkan kadar ini ke paras yang lebih tinggi.
  • Sementara beberapa kajian antarabangsa menunjukkan keyakinan ke atas usaha menangani gejala rasuah masih belum mencapai tahap diharapkan, kajian bersiri berkenaan persepsi, kendalian bersama Universiti Putra Malaysia menunjukkan bahawa majoriti rakyat sedia menyokong usaha SPRM. Mereka yakin dengan usaha SPRM. Keyakinan ini penting bagi SPRM dalam melaksanakan fungsinya dengan efektif.
  • SPRM satu-satunya agensi atau suruhanjaya di Malaysia yang mempunyai badan bebas, yang bertindak sebagai 'check and balance mechanisme'. Lima badan bebas ini ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Keanggotaan kelima-lima badan bebas ini, yang mewakili suara rakyat, membantu meningkatkan keyakinan masyarakat ke atas SPRM.
  • Ketika SPRM masuk tahun ke-46, SPRM juga gembira dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima hasil penilaian Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC). Hasil penilaian ke atas Bab III dan IV, sebanyak 23 perkara dan amalan baik SPRM termasuk Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Antaranya:
  • Iktiraf peruntukan-peruntukan khusus dalam Akta SPRM 2009 iaitu Seksyen 25 dan Seksyen 50 serta Seksyen 57
  • Peranan Panel Penilaian Operasi
  • Kewujudan sebanyak 14 Mahkamah Sesyen Rasuah Khas yang perlu mendengar sesuatu kes dalam tempoh setahun
  • Kerjasama antara agensi di pelbagai peringkat, contohnya National Coordinating Committee to Counter Money Laundering (NACC), yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dasar dan pelan tindakan pencegahan penggubahan wang haram
  • SPRM dan MACA diiktiraf sebagai pusat latihan antarabangsa berdasarkan sumbangan dalam peranan melatih dan menerima pegawai-pegawai sandaran dari agensi pencegahan rasuah luar
  • Program pertukaran kepakaran, penempatan pegawai SPRM di Interpol, pewujudan Cawangan Mutual Legal Assistance di SPRM
  • Penggunaan kaedah siasatan khas yang digunakan iaitu Kerja Siasatan Berasaskan Pasukan, yang dilihat sebagai contoh yang baik dalam menjalankan siasatan kes dalam dan luar negara
  • SPRM turut mendapat pengiktirafan atas kerjasama teknikal yang diberikan kepada negara rantau dan luar rantau ASEAN. SPRM turut diberi kepercayaan menganggotai badan pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa. Ia merupakan satu pengiktirafan yang akan membantu SPRM mencapai Aspirasi SPRM. MACA kini dalam proses mengendalikan salah satu modul Program Sarjana Pencegahan Rasuah kendalian Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa. Proses ke arah itu kini di peringkat akhir dan MACA dijangka mengendalikan program ini pertengahan tahun depan. MACA juga dalam proses menaikkan taraf Kursus Asas Pegawai Siasatan menjadi program diploma. Jika kedua-dua perkara ini menjadi realiti ia akan membawa satu lagi anjakan baru bagi SPRM.
  • Sejak 1967, kita telah menguatkuasakan lima peraturan dan undang-undang penting dalam usaha pencegahan rasuah iaitu Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat No 22 1970, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan yang terbaru Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Setiap akta dan ordinan yang digubal telah membawa penambahbaikkan bagi mencegah rasuah. Bagaimanapun harapan dan keperluan semasa, negara memerlukan peraturan dan undang-undang yang lebih ketat.
  • SPRM sedang mengkaji untuk meminda beberapa peruntukan dalam Akta SPRM 2009. Ini termasuklah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 bagi mengekang pemberian projek atau tender oleh anggota jemaah menteri atau exco kepada anggota keluarga terdekat masing-masing. Perkara ini turut ditekankan oleh kedua-dua Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dalam laporan terbaru masing-masing.
  • Selain itu, kajian sedang dibuat bagi memperkenalkan peruntukan liabiliti korporat. SPRM juga telah mencadangkan pentingnya kerajaan meminda undang-undang bagi menjadikan salah laku penjawat awam sebagai perbuatan jenayah.
  • Tema sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2013 bertemakan "Sifar Rasuah - Pembangunan 100%" yang telah dilancarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) dan UNODC di Panama City akhir bulan lalu menunjukkan persekitaran sifar rasuah boleh dicapai menerusi inisiatif menyeluruh secara berperingkat. Pemilihan tema ini menunjukkan misi mencapai sifar rasuah dengan tidak berkompromi kepada gejala rasuah menunjukkan komponen itu penting bagi pembangunan seratus peratus.
  • SPRM sedang memikul tanggungjawab itu. Peruntukan perundangan dan penguatkuasaan sahaja tidak cukup. Kami memerlukan sokongan semua pihak - rakyat kita sendiri dan masyarakat antarabangsa. -- TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED

Atasi banjir sebelum dibanjiri air mata

Atasi banjir sebelum dibanjiri air mata
  • BANJIR merupakan bencana alam yang umumnya berlaku pada hujung tahun setiap tahun. Cuma pada kebiasaannya negeri yang terlibat hanya Kelantan dan Terengganu akibat pergerakan angin monsun timur laut pada bulan November dan Disember.
  • Namun negeri seperti Pahang dan Johor turut menghadapi ancaman angin tersebut yang datang membawa hujan yang lebat sehingga longkang dan parit tidak mampu menampung kehadiran pengaliran air yang menyebabkan daratan menjadi seumpama lautan.
  • Namun dalam keributan akibat banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, timbul bermacam cerita yang tidak sedap didengar yang melibatkan mangsa-mangsa banjir.
  • Ada mangsa yang merasakan bantuan lambat diberikan kepada mereka dalam aspek kebajikan di tempat penempatan sementara seperti sekolah dan dewan orang ramai.
  • Aduan yang sering didengar adalah yang melibatkan kebersihan diri dan susu bayi dan lampin pakai buang yang tidak dibekalkan secukupnya.
  • Bila bercakap isu sensitif begini yang agak tidak popular untuk dibincangkan di media massa, kita seharusnya sedar bahawa dengan teknologi moden hari ini isu kecil sebegini mampu menjadi besar di laman sosial.
  • Pihak yang paling suka isu ini ialah blogger daripada parti pembangkang yang cukup handal mensensasikan perkara yang boleh diselesaikan dengan semua pihak dari peringkat atasan ke bawah bekerjasama dan lebih empati dengan nasib masyarakat yang terlibat dengan bencana alam.
  • Dalam keadaan darurat, kita tidak mampu hendak membuat bajet atas keperluan yang mendesak.
  • Dalam cuaca sejuk sudah pasti 'toto' yang menjadi selimut dan lampin yang dibekalkan menjadi keperluan yang banyak permintaan kerana dalam kesejukan sudah pasti barang-barang keperluan asas tersebut amat ditagih untuk digunakan.
  • Adakala kita amat pantas dalam menghulur bantuan ke negara-negara asing dengan pelbagai bantuan. Mengapa kita tidak berbuat demikian membantu nasib warga senegara yang lebih memerlukan atas nama satu bangsa dan satu ummah.
  • Bayangkan mangsa-mangsa banjir bukan sahaja hilang harta benda malah ada yang kehilangan suami, anak dan keluarga terdekat hanya kerana kita lebih prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada orang luar yang selama ini tidak pernah pun kenal dengan kita.
  • Benarlah kata pepatah, kuman di seberang laut tanpa stetoskop mahupun teleskop boleh dilihat, gajah yang lalu lalang di depan mata buat-buat tak nampak. Atau lebih tepat kera di hutan jadi anak susuan, anak di pangkuan mati kebuluran.
  • Sudah sampai masanya suatu pelan tindakan banjir jangka pendek dan jangka panjang diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu yang sering menjelma tiap kali tiba hujung dan awal tahun.
  • Pelan tindakan menghadapi banjir bagi jangka pendek, kita seharusnya menyimpan stok bantuan di setiap negeri yang biasa berlaku banjir dan dikawal selia di dalam kem tentera.
  • Stok seperti beras, makanan dalam tin, lampin pakai buang, susu, pakaian, tilam dan lain-lain sepatutnya sudah disimpan sejak bulan Oktober bagi proses siap siaga menghadapi bencana buruk seperti banjir dan angin rebut.
  • Apabila bencana tiba maka ia dapat disalurkan terus kepada mangsa-mangsa dengan seliaan satu badan yang diwakili oleh pihak Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Masalahnya, hari ini kita ibarat pepatah hendak buang air besar baru hendak membina tandas. Ada kala kita berasa masalah orang lain bukan masalah kita tetapi apabila satu hari nanti terkena batang hidung sendiri baru kita sedar bahawa hidup umpama roda.
  • Kita tidak tahu bila giliran kita ditimpa musibah oleh itu kita seharusnya bersiap siaga di masa bencana belum berlaku.
  • Pelan jangka panjang, kita seharusnya mencari jalan untuk memastikan sistem pengairan kita dapat berjalan dengan baik.
  • Sebagai contoh kita mempunyai pakar kejuruteraan air yang merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar yang boleh digunakan kepakaran beliau untuk mengatasi masalah banjir yang semakin lama semakin teruk di negara ini.
  • Seharusnya bijak pandai dihimpunkan dalam satu badan bertindak untuk mengatasi masalah yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara.
  • Biarlah kita berbincang hingga banjir air liur bagi mencari jalan mengatasi banjir yang semakin membesar. Sebelum kita banjir air mata dan peluh kerana kehilangan yang tersayang dan harta benda.-- Utusan

Rasa terhina tak mampu beli rumah sendiri!

  • Rumah Mampu Milik yang tak mampu dimiliki
    BARU-BARU ini Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah mengadakan satu Muzakarah Pakar bertajuk: “Harga Rumah Melambung: Isu dan Penyelesaian" khas bagi membincangkan isu kenaikan harga rumah yang dikatakan tidak munasabah. Isu ini sudah menjadi isu nasional; yakni isu negara yang menyentuh keseluruhan masyarakat.
  • Harga rumah yang tinggi pada hari ini memang telah banyak diperkatakan. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) misalnya telah tampil ke hadapan dengan satu kajian yang mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Hakikatnya, harga rumah yang tinggi menyukarkan kebanyakan orang untuk membeli sebuah rumah yang merupakan keperluan asas.
  • Pada hari ini kita dapati rata-rata golongan belia terutama yang baru memasuki alam pekerjaan tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang meningkat saban waktu. Pendapatan permulaan mereka selalunya hanya sekadar cukup untuk membiayai kos sara hidup seorang diri dan membayar semula pinjaman pendidikan.
  • Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila mereka mula berkeluarga dengan kos sara hidup yang tinggi maka bertambah jauhlah harapan untuk memiliki kediaman sendiri. Adakah kita ingin melihat ramai warga kita yang duduk di bawah jambatan kerana mereka tidak mampu membeli sebuah rumah? Atau adakah kita ingin melihat warga muda kita menyewa rumah sepanjang hayat mereka?
  • Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan kebahagiaan mental seseorang itu. Adakah seseorang itu boleh dianggap bahagia jika terpaksa duduk di bawah jambatan bersama keluarga kerana tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah. Apa akan jadi kepada sebuah negara jika ramai rakyatnya tidak bahagia dalam menjalani kehidupan. Pastinya produktiviti akan berkurangan, negara juga tidak dapat membangun seperti yang sepatutnya.
  • Justeru isu ini menyentuh psikologi manusia serta kepentingan nasional untuk jangka pendek dan jangka panjang. Ada yang mengatakan masalah harga rumah tinggi yang kita hadapi sekarang berpunca daripada kita yang tidak menguruskan perkara ini dengan betul dari dulu lagi.
  • Oleh yang demikian kita harus memperbetulkan keadaan ini dari sekarang agar anak cucu kita tidak perlu lagi menghadapi serta membincangkan masalah yang sama di masa hadapan. Masih belum terlambat untuk kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya agar sejarah tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
  • Kita dapati peranan kerajaan adalah sangat penting untuk memantau perkembangan pasaran rumah. Mengambil contoh di Australia, pembeli pertama diberikan subsidi antara AU$5,000 hingga AU$7,000 untuk rumah pertama.
  • Kita tidak menafikan kerajaan berusaha untuk menangani masalah harga rumah ini seperti melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang membina rumah mampu milik terutama kepada golongan belia yang baru memasuki alam pekerjaan.
  • Industri perumahan negara begitu rumit kerana ia melibatkan banyak pihak. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan satu pihak sahaja kerana ia adalah tidak adil. Semua pihak harus memainkan peranan agar masalah ini dapat diatasi. Jika puncanya adalah rasuah, maka kita harus terapkan nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia agar tidak berlaku penganiayaan kepada pembeli rumah.
  • Bagi yang beragama Islam pula, sudah tersedia ada nilai-nilai agama yang perlu diamalkan dan bukan hanya disebut di bibir sahaja. Memang senang untuk memetik ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi, tetapi apa yang lebih penting adalah setakat mana ia diamalkan.
  • Jika suapan RM20,000 sudah terbentang di depan mata, mungkinkah segala nilai agama yang sering digembar-gemburkan itu akan melayang begitu sahaja. Maka apa yang tinggal hanyalah kata-kata retorik yang tidak memberi apa-apa makna pun.
  • Jika umat Islam mengamalkan nilai-nilai agama sepenuhnya, mungkin banyak masalah di negara ini akan dapat diselesaikan, termasuklah isu perumahan ini. Kita dapati agama Islam sentiasa mementingkan keadilan sosial serta perseimbangan ekonomi di antara anggota masyarakat.
  • Ini adalah supaya setiap individu dapat menikmati taraf hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Bahkan memenuhi keperluan asasi hidup manusia merupakan sebahagian daripada maqasid syariah.
  • Di dalam Surah al-Hasyr: 7, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu". Ayat ini menerangkan bahawa tidak harus harta kekayaan itu hanya berlegar dalam satu bilangan kecil tanpa kelompok yang lain.
  • Apatah lagi jika kekayaan tersebut menghindarkan orang lain daripada memenuhi keperluan asasi hidup mereka seperti memiliki sebuah rumah yang selesa. Keadaan yang tidak adil dan seimbang ini akan terus menerus menindas dan menzalimi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki sebuah rumah.
  • Bahkan lebih malang lagi apabila sebahagian besar rakyat akan rasa terhina apabila tidak mampu untuk membeli rumah di negara sendiri dan hanya melihat rumah-rumah tersebut dimiliki oleh golongan yang tidak sepatutnya. -- IKIM

Kes tipu menjadi-jadi...

Jenayah semakin serius
  • KES penipuan semakin menjadi-menjadi dan berlaku kepada sesiapa sahaja. Setiap hari, kita disajikan dengan berita-berita yang melibatkan penipuan dengan pelbagai cara. Terkejut juga dengan kes-kes yang kita rasa tidak logik tetapi bermula daripada percayalah maka semuanya lesap sekelip mata.
  • Sindiket penipuan berlaku dalam mencari pekerjaan, pemerdagangan manusia, pelacuran, dadah dan juga di internet.
  • Sejak kebelakangan ini yang ketara berlaku ialah berkaitan dengan pelaburan. Siapa yang tidak mahu melabur dan mengaut keuntungan berlipat ganda? Semua orang memikirkan hendak cepat senang dan bertambah mewah.
  • 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran', menimpa nasib seorang Datuk yang ditipu RM500,000 dengan dijanjikan pulangan RM200 juta terkandas di Amsterdam apabila lelaki yang baharu dikenalinya telah menghilangkan diri.
  • Kalau difikirkan, Datuk berkenaan yakin dalam pelaburan ini kerana kenal lelaki itu melalui rakannya. Semestinya selamat, tidak ragu tetapi masalahnya di dunia hari ini, wang akan mengaburi hati nurani manusia.
  • Satu lagi kes, kerana percaya kepada kawan sejak dari bangku sekolah yang bergelar Datuk, seorang warga emas kerugian hampir RM500,000 akibat ditipu selepas geran tanah miliknya ditukar milik tanpa pengetahuannya.
  • Keyakinan beliau untuk meminta bantuan rakannya membantu memecah lot tanah kepada anak-anaknya akhirnya penama milikan tanah telah ditukar milik sendiri tanpa persetujuannya.
  • Dikaitkan tentang kepercayaan dalam pembahagian harta dalam sebuah drama bersiri Hong Kong bertajuk Will Power yang baharu habis siarannya berkisar tentang kuasa undang-undang dan peranan peguam yang menjaga wasiat dan perlu menyimpan seribu rahsia yang diamanahkan kepadanya.
  • Di akhir cerita, salah seorang peguam yang menyatakan mengapa perlu rebut harta. Bukankah lebih baik hati nurani didepankan. Bukankah saling percaya lebih baik kerana yang paling penting, "Kita adalah satu keluarga"?
  • Semuanya telah dirancang awal kerana yang hendak menipu tetap ada niatnya. Kasihan pula memikirkan nasib lebih 30 warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan pedalaman dipercayai ditipu seorang lelaki yang menyamar ada kuasa politik dan meminta bayaran RM50 yang dijanjikan mendapat rawatan percuma.
  • Kes penipuan di internet sering berlaku kebelakangan ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor ACP Chong Mun Phing, kes penipuan perbankan dalam talian di Selangor meningkat apabila 173 kes dicatatkan sejak awal tahun ini. Pengguna dan pemegang akaun bank online dinasihatkan berhati-hati dengan penjenayah siber.
  • Kita tahu kes penipuan tidak dapat diselesaikan apabila melibatkan transaksi yang sukar dikesan. Banyak kes sindiket penipuan yang turut melibatkan pukau apabila kita tidak sedar melakukan segala proses pemindahan wang. Apa yang dikesalkan ialah banyak kes penipuan yang terlepas begitu sahaja.
  • Sebenarnya, kita acap kali dengar dan baca tentang kes-kes penipuan namun, mengapa masih lagi berlaku kes penipuan setiap hari. Adakah kita juga harus menyalahkan diri sendiri apabila kita terlalu percaya, baik hati dan lurus dalam menangani situasi apabila ditawarkan hadiah menarik dan lumayan.
  • Adakah kita mula bersifat tamak apabila dijanjikan wang berlipat berganda yang akhirnya menjerat diri kita sendiri? Saya merasakan, kita perlu ada perasaan was-was dalam setiap tindakan yang akan dilakukan walaupun kita sangat percaya seseorang dan ada kalanya katakan "tidak" adalah lebih baik. Ini kerana luka ditipu orang yang paling kita percayai adalah luka parah yang tidak akan sembuh selamanya.
  • Kepercayaan sesama insan makin luntur kerana bukan sahaja kes penipuan berlaku di alam maya oleh orang tidak dikenali hinggalah kepada orang yang kita kenal rapat pun sanggup menipu dan menikam dari belakang.
  • Kawan yang dikenali menipu kita, tidak termasuk kalau kita bercakap tentang yang mempunyai tali persaudaraan. Adik beradik pun sanggup menipu sesama mereka kerana wang dan kuasa.
  • Adakah semua itu penting untuk menjamin kebahagiaan jika wang diperoleh dari jalan yang salah dan tidak berkat. Persoalannya, sampai bila orang yang hobinya menipu akan terlepas. Di dunia mungkin terlepas tetapi tidak di akhirat. Fikir-fikirkan. Salam 1Hati.-- DR. JESSICA ONG HAI LIAW, Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Industri Kewangan Islam Dunia Berkembang US$2 Trilion Tahun Depan, Kata Ahmad Maslan

Bank Islam semakin digemari
  • KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Industri Kewangan Islam global dijangka berkembang kepada US$2 trilion tahun depan berbanding US$1.3 trilion pada masa ini, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat dari negara bukan konservatif, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
  • Beliau berkata penerimaan dunia terhadap kewangan Islam semakin meningkat seperti yang dibuktikan menerusi terbitan sukuk (bon Islam) di negara bukan konservatif seperti United Kingdom (UK).
  • "Kita sudah lihat kerajaan United Kingdom sudah mula menerbitkan sukuk. Ini sesuatu yang mengejutkan memandangkan kita tidak terfikir ia akan berlaku.
  • "Inilah contoh bagaimana kita wajar meneroka ke negara asing untuk mempromosi instrumen kewangan Islam dan memastikan produk kewangan Islam sentiasa berkembang," katanya selepas melancarkan majalah "Islamic Banker Asia" di sini hari ini.
  • Ahmad berkata industri kewangan Islam akan terus berkembang berikutan semakin banyak negara menerima sistem kewangan itu sebagai alternatif yang lebih kompeten kepada sistem konvensional.
  • "Industri kewangan Islam pastinya akan berkembang apabila pihak berkuasa kewangan di luar sana memahami betapa stabilnya sistem kewangan Islam.
  • "Sistem itu tidak tergugat akibat kelembapan ekonomi di mana-mana sahaja di dunia," katanya.
  • Tambahan pula, sistem kewangan Islam juga lebih adil seperti dari segi pengagihan keuntungan, kata Ahmad.
  • Di Malaysia, pertumbuhan kewangan Islam akan memberi manfaat kepada pelanggan Islam dan bukan Islam, katanya.
  • "Berikutan rangka kerja perundangan dan kawal aturan yang ketat, selain tahap kesedaran yang tinggi, industri kewangan Islam kita bukan sahaja kukuh, malah ia turut memberi perkhidmatan kepada pelanggan bukan Islam yang membentuk separuh daripada pasaran," katanya.
  • Malaysia kini merupakan penerbit sukuk terbesar di dunia, pasaran Insurans Islam, Takaful, kedua terbesar, pasaran perbankan Islam ketiga terbesar.
  • Sementara itu, Pegawai Eksekutif Islamica Money Group, penerbit Islamic Banker Asia, Muhammad Fadzil berkata majalah itu disasarkan untuk peserta industri kewangan Islam seperti bank Islam, profesional kewangan, pembuat dasar, pengawal selia, dana Islam dan pengurus kekayaan.
  • Beliau berkata majalah itu akan menampilkan liputan eksklusif, berita dan perkembangan terkini dalam perbankan Islam global dan industri kewangan.
  • "Kami percaya penerbitan Islamic Banker Islam Asia akan menyediakan bahan yang membina dan mengukuhkan industri yang sudah berkembang pesat ini dan pada masa yang sama membantu negara untuk memahami prinsip-prinsip dan amalan kewangan berlandaskan Syariah," katanya.
  • Turut hadir pada majlis pelancaran majalah itu ialah Ketua Eksekutif CIMB Islamic Bank Pegawai Badlisyah Abdul Ghani, Pengarah Eksekutif Persatuan Institut Perbankan Islam Malaysia Addellan Jusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Islamica Money Group Muhammad Fadzil Abdullah. -- BERNAMA

Banjir Terengganu meningkat, Pahang menyusut

Banjir di Terengganu meningkat, di Pahang menyusut
  • KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu Rabu pagi terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding Selasa malam.
  • Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.
  • Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.
  • Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam.
  • Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.
  • Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.
  • Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
  • Setakat 8 pagi ini, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
  • "Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
  • Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat) -- BERNAMA

GWGF bantu mangsa banjir di Felda

Banjir di Pahang dikatakan paling buruk pernah berlaku
  • KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sebanyak 200 sukarelawan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) akan mengadakan misi bantuan banjir ke kawasan Felda di negeri Pahang dan Terengganu, bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat dengan bencana alam tersebut.
  • Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, misi bantuan dengan kerjasama Felda ini akan dibahagikan kepada dua pasukan.
  • Katanya, pasukan pertama akan bergerak ke Felda di Pahang pada hari Rabu ini dalam misi bantuan kepada 100 keluarga peneroka di daerah Maran manakala esok satu pasukan lagi ke Felda di Terengganu melibatkan 200 keluarga.
  • "Kita akan merangka bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir mengikut keperluan dalam dua fasa iaitu semasa dan selepas banjir.
  • "Bantuan selepas banjir melibatkan pembersihan kawasan perumahan peneroka Felda, surau, masjid dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir. Ini kerana pembersihan bagi kawasan perumahan harus dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit yang mudah merebak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Abdullah berkata, misi bantuan banjir itu merupakan satu inisiatif GWGF dalam menyumbang tenaga kepada warga Felda bagi meringankan beban setiap mangsa.
  • "Justeru, Sekretariat GWGF telah menghubungi pusat-pusat operasi banjir bagi negeri-negeri tersebut untuk mengagihkan bantuan.
  • "Keperluan asas untuk memasak seperti 500 dapur gas, 7,500 liter air mineral dan makanan ringan berkhasiat yang keseluruhannya berjumlah RM78,300 akan disalurkan bagi meringankan beban yang dialami setiap mangsa," katanya.
  • Tambahnya, GWGF juga mengalu-alukan sukarelawan yang ingin turut serta dalam menjayakan misi bantuan banjir kepada warga Felda.

JOINT OPERATION: Flood victims get help from military personnel as well as Syabas, Puncak Niaga and TNB

  • KUALA LUMPUR: FOLLOWING a call by the Defence Ministry to extend assistance to flood victims  in Pahang, Terengganu, Kelantan and Johor, agencies within the Malaysian Armed Forces have teamed up  with several other organisations to provide aid.
  • The Territorial Army's Royal Engineers Regiment's (RAJD) water and electricity experts (Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD and Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Elektrik Ke-70) as well as Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga and Tenaga Nasional Bhd (TNB) launched the Flood Relief and Clean Water Supply Assistance mission called Operation Murni to help the victims.
  • Op Murni was launched by Brigadier-General of Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (Territorial Army) Tan Sri Rozali Ismail who is also Syabas's executive chairman.
  • Seventy RAJD squadron members are part of Op Murni. Some of them are experts in water management while 20 from the Territorial Army, who are also TNB staff, are electricity experts. Thirty Armed Forces personnel and 16 Syabas employees are also part of the mission.
  • The first phase of the mission involved transporting 8,800 five-litre bottles of water and 9,600 500ml bottles of drinking water.
  • Syabas, TNB and the Armed Forces provided 23 lorries and six water tankers for this purpose.
  • Puncak Niaga is also supplying two portable water purification systems called Jernih. Jernih, a highly innovative product which uses bio-sand technology filters, was jointly developed with the army.
  • It is capable of generating 3,000 litres of clean water per day. Members of the mission are also trained to help people in disaster areas and during emergencies.

Puncak Niaga bekal 6,000 liter air bersih sehari

JERNIH dibekalkan ke kawasan banjir di Pantai Timur
  • KEMAMAN: Puncak Niaga Holding Bhd membekalkan 6,000 liter air bersih sehari kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, di sini. 
  • Bekalan air bersih itu disalurkan melalui sistem rawatan air mudah-alih yang dibangunkan syarikat tersebut dengan kerjasama Kementerian Pertahanan. 
  • Penolong Pengurus Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) Puncak Niaga Syamsul Ariff Supaat berkata sistem itu dibangunkan sejak Disember tahun lalu. 
  • "Sistem itu juga berfungsi untuk menukar air mentah daripada pelbagai sumber termasuk air tasik, air hujan atau air banjir (kepada air bersih)...menerusi proses yang hanya mengambil masa tiga jam. 
  • "Sistem ini dibangunkan khas untuk kegunaan semasa misi kemanusiaan termasuk bantuan ketika bencana sekiranya bekalan air sedia ada terputus.
  • "Di pusat pemindahan ini kita menyediakan dua unit mesin rawatan air bagi memudahkan mangsa banjir menerima bekalan air bersih untuk diminum," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan itu hari ini.
  • Menurutnya sistem tersebut pernah digunakan pasukan penyelamat ketika membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina baru-baru ini, malah penggunaannya di Kemaman adalah yang pertama di negara ini.  Syamsul Ariff yang juga askar Wataniah, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 60 berkata, seramai enam kakitangan Puncak Niaga ditugaskan untuk menyelenggara mesin tersebut yang ditempatkan di pusat pemindahan itu sejak lima hari lalu.
  • "Air yang kami proses ini boleh terus diminum setelah melalui beberapa peringkat yang telah ditetapkan, namun sumber air yang kami ambil perlu dikaji terlebih dahulu supaya tidak memudaratkan mangsa bencana," ujarnya.
  • Katanya pihaknya juga bersedia membekalkan unit tersebut ke tempat lain yang turut terjejas oleh banjir.

Grim warning of the critical water situation in the Klang Valley

water shortage in Klang Valley
  • A GRIM warning of the critical water situation in the Klang Valley, the nation's nerve centre, points to not only periodic dry taps for millions of households but the likelihood of a negative impact on the economy.
  • Syabas, the water supplier for Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya, took out an advertorial in national newspapers on Friday providing details of what consumers could expect with treated water reserves down to well below the danger level of 1%.
  • The required minimum reserve level to avoid emergency situations like drought and pollution at water sources is 10% while the ideal figure is double that.
  • In August, some three million people in the Klang Valley were hit by water woes for a week when four treatment plants had to be shut down because used engine oil was dumped into a river in Rawang.
  • Besides being a basic need, water is a key element for industrial and commercial development and the deciding factor in a nation's ability in attracting investments.
  • All 34 plants run by the four water treatment operators are working between maximum and overload capacity and supply disruptions caused by factors like an upsurge in demand due to population increase, extraordinary consumption during peak periods as well as power cuts are bound to worsen the situation.
  • Already 778 applications for development projects in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya had to be turned down by the National Water Services Commission since January last year on account of supply shortages.
  • The water shortage in these three regions while slowing down the frenetic pace of development might provide some breathing space for the environment. It also means loss of much needed new jobs. Also projects to overcome the housing shortage could not take off thus putting greater pressure on housing.
  • A senior Syabas executive said the company had to give the full facts and figures to drive home the seriousness of the situation to consumers so that they won't be confused by baseless statements.
  • "This is not intended to cause panic or undue worry to consumers but only for them to understand the actual situation," said the advertorial.
  • As previously mentioned in this column, politics obstructs efforts to ensure adequate supply in Malaysia's most highly populated belt which is also its industrial hub.
  • To mitigate the situation, Selangor has agreed to carry out three projects costing some RM600 million that are expected to come on stream between 2014 and 2016.
  • But according to the advertorial, even with these mitigation projects to increase supply, the reserve level will remain at below 1% taking into account the rapid population increase and economic development.
  • Consumers would not have to worry about taps running dry if only politics had not stood in the way of the vital Langat 2 treatment plant; the federal government has not been able to obtain a development order from the Selangor government to proceed with its construction.
  • Construction of the plant was to have started in 2010 to treat raw water to be channelled from Pahang to Selangor via a 44.6km-long pipeline costing RM8.65 billion, the biggest such project ever undertaken.
  • This inter-state project is over 80% completed but work on Langat 2 scheduled to be ready early next year has not even started. With the project more than three years behind schedule, the massive pipelines being laid out will be a white elephant in the interim.
  • And while waiting for Selangor politicians to get their act together, the people and the economy will suffer.
  • The latest about Langat 2 was a remark from Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili two weeks ago in Parliament.
  • But he merely said the federal government could take legal action under the National Water Supply Act if an agreement with the Selangor government could not be reached to proceed with the Langat 2 plant.
  • It's clear the state government is delaying approval for the development order despite knowing the dire consequences. So what is Putrajaya waiting for?
  • In other words, such an action as provided under the law should have been taken a few years ago so as not to compromise the capital-intensive project.
  • It's better for the court to decide once and for all and because water is life, we can only expect the judges who would preside over the case to place uppermost the interest of the nation and wellbeing of the rakyat and the economy.
  • Meanwhile, the water saga continues as Gamuda Bhd, which owns 40% of Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) – one of the four concession holders in the state – has rejected the bid by the state to take over its 100% equity in Splash for RM1.8 billion.
  • The state government, via its investment arm Kumpulan Darul Ehsan Bhd, has offered RM9.65 billion to take over the four water concessionaires. Besides Splash, the other three are Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syabas and Konsortium Abass Sdn Bhd.
  • Puncak Niaga Holdings Bhd, which owns 70% of Syabas with the other 30% held by state government, has accepted the offer but with conditions.
  • "The ball is in their (state government) court. If they want to buy over and own it ... and the price is right for our shareholders, we won't stand in the way," said Gamuda managing director Datuk Lin Yun Ling.
  • Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is still optimistic that the deal with the concessionaires could be struck within the next two weeks.
  • But the Gamuda boss stands firm in his belief that the best way to ensure competitiveness, transparency and affordable tariff in the water industry is to leave it to the private companies.
  • We have seen how companies run by state governments fail and have to be bailed out or close shop and Lin's argument is valid.
  • Without the willing buyer willing seller accord on the deal, the water saga is destined to be protracted, going into the New Year and beyond, bringing in its wake potentially untold suffering and hardship. -- Azman Ujang is a former editor-in-chief of Bernama. Comments: letters@thesundaily.com