Saturday 27 September 2014

Umat Islam sering terkeliru istilah jihad dan militan

  • Kerajaan, polis dan ulama sering menasihati umat Islam Malaysia supaya memahami konsep jihad sebelum membuat keputusan untuk berjuang di Syria.
  • Tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana sedangkan di Malaysia juga kita boleh berbuat demikian jika kita faham konsep itu.
  • Malangnya takrif jihad dan militan sering disalah erti secara sedar atau sebaliknya. Keadaan semakin parah apabila kebanyakan penulis laman sesawang tidak dilengkapi ilmu ketika berbiara soal itu lalu sering tersasar ketika berhujah.
  • Lalu berlakulah tanggapan bahawa perjuangan di Syria merupakan jihad fisabilillah manakala di satu pihak pula menyifatkannya sebagai gerakan militan.
  • Persoalannya apakah semua rakyat Malaysia cukup matang dan dapat membezakan yang mana satu jihad dan yang mana satu militan?
  • Kita selalu membuat keputusan berdasarkan apa yang kita baca dalam akhbar dan laman sesawang. Jika tulisan itu tersasar, sejauhmana kesannya kepada diri kita, keluarga dan masyarakat?
  • Cuba kita salami perasaan rakyat marhaen yang membaca wawancara Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin sebelum beliau terkorban ketika berjuang di Syria. Cuba kita perhatikan soal jawab Allahyarham bersama Sinar Harian:
  • SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?
  • MOHD LOTFI: Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.
  • SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
  • MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,
  • (1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
  • (2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
  • (3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
  • (4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.
  • Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak? Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?
  • SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?
  • MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.
  • Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.
  • SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
  • MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.
  • Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan? 
  • Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.
  • SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?
  • MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.
  • SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?
  • MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam. Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.
  • SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?
  • MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan. Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.
  • SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?
  • MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap? Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.
  • Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.
  • SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?
  • MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawa melayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.
  • SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?
  • MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing. Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusaha menyempurnakan.
  • Bagi mereka yang melayari internet dan yang membaca wawancara Allahyarham Mohd Lotfi sudah tentu hati mereka akan berasa syahdu kerana tiada satu patah perkataan pun boleh dilihat terpesong atau tidak benar.
  • Namun sebagai umat Islam yang matang, kita tidak membuat penilaian hanya berdasarkan kepada kenyataan Mohd Lotfi. Dalam kes ini, banyak pandangan telah dikemukakan oleh ustaz dan ulama bebas dan kerajaan.
  • Masing-masing mempunyai hujah tertentu untuk mempertahankan pandangan mengenai konsep dan definisi jihad. Manakala kalangan cendikiawan seperti professor, pakar Bahasa, sejarah, politik dan sebagainya mempunyai hujah bagi mempertahankan konsep dan definisi militan mengikut kaca mata masing-masing.
  • Tapi apakah rakyat biasa yang kurang cerdik dapat menerima semua hujah daripada pelbagai penjuru? Atau mereka lemas dengan hujah-hujah itu lalu mengambil keputusan untuk memilih pandangan blogger yang paling mudah difahami walaupun pandangan mereka itu jauh tersasar.
  • Mampukah semua media perdana membuat penjelasan sesuatu isu berkaitan jihad dan militant secara terperinci? Jika media tidak mampu menyediakan ruang secukupnya, rakyat terpaksa bergantung kepada blogger yang tidak bertauliah.
  • Lalu mereka terpesona dan terpengaruh pada tulisan yang paling mudah difahami atau paling provokasi walaupun faktanya tersasar kerana tiada editor dan ketua editor berada di situ untuk menapisnya.
  • Satu lagi persoalan, apakah media sanggup memberitahu Malaysia bahawa dalam kamus Islam tiada gerakan yang dipanggil militan. Jadi dari manakah asal usul istilah militan itu dan untuk siapakah ia sepatutnya digunakan.
  • Elok kita tinjau sebentar pandangan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin yang berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.
  • Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.
  • “Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.
  • “Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya.
  • Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.
  • “Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain. Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.
  • Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.
  • “Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah. Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.
  • Pandangan timbalan mufti Kedah itu merupakan satu nasihat agar umat Islam berhati-hati ketika membaca laporan akhbar dan laman sesawang yang berulang kali menyalahgunakan istilah jihad dan militan.


Tuesday 23 September 2014

Ceupacs tak baca paper ke, BPP tidak dimansuh

  • Mungkinkah Presiden Cuepacs tak baca surat khabar mengenai kenyataan Kementerian Kewangan tidak akan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam?
  • Hairan juga mengapa Cuepacs mahu mengadakan demonstrasi membantah pemansuhan BPP wal hal KSU Perbendaharaan sudah menyatakan ia tidak dimansuhkan tetapi dijadikan sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.
  • Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata demonstrasi itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Okt ini.
  • Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
  • "Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.
  • "Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya.
  • Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.
  • Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.
  • Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.
  • Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.
  • Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.
  • Sebelum ini satu berita tersebar di laman media sosial bahawa BPP di bawah Kementerian Kewangan yang menguruskan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam akan dimansuhkan.
  • Berita itu juga menimbulkan persoalan sama ada urusan pinjaman rumah kakitangan awam selepas ini akan dibuat oleh sebuah bank terkenal di negara ini (CIMB).
  • Menurut berita itu yang disebarkan di beberapa blog, syarat baharu juga akan dikenakan terhadap kakitangan awam untuk pinjaman perumahan rumah.
  • "Nilai bayaran pendahuluan untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4 peratus akan diubah kepada yang lain," menurut berita itu.
  • Berita itu turut menyebut pemansuhan BPP dan penggunaan bank komersil adalah satu daripada cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam.
  • Berikutan tersebarnya berita itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan bercadang menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.
  • "Pada masa ini, BPP dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan ini sedang menyediakan Rang Undang-Undang penubuhan BB berkenaan dan Skim Saraan Baharu bagi kakitangan BB tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
  • Beliau berkata, kerajaan beri jaminan bahawa pengurusan pinjaman perumahan di bawah BB tidak akan merugikan mereka.
  • "Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini. Malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," katanya.


Thursday 18 September 2014

Ulama Malaysia perjelas korban perang Syria belum tentu syahid

  • Status rakyat Malaysia yang terkorban di Syria masih tidak jelas samada mati syahid atau mati katak. Walaupun peperangan tersebut dikatakan antara golongan Sunni dan Syiah, ramai menganggap ia perang saudara sesama umat Islam. Apatah lagi, kumpulan pejuang kini bukan hanya berperang dengan kerajaan Syria, malah sesama mereka sendiri.
  • Tindakan ganas mereka seperti memenggal leher musuh, menzalimi mayat dan merogol membuatkan ramai mempersoalkan sama ada mereka ini benar-benar berjihad. Apatah lagi, mereka bukan hanya bertindak ganas terhadap golongan Syiah, malah kepada golongan Sunni sendiri.
  • Lagipun, tidak ada satu kerajaan Islam pun mengisytiharkan peperangan dan membenarkan rakyatnya pergi berperang ke Syria atas nama jihad.
  • Tokoh-tokoh agama di Malaysia berpendapat bahawa umat Islam di negara ini perlu melihat jihad dalam pengertian lebih luas dan bukan hanya sekadar berperang mengangkat senjata.
  • Menurut mereka, jihad yang lebih utama ialah memenuhi tanggungjawab kepada ibu bapa serta negara terutamanya dalam meningkatkan ekonomi umat Islam yang masih jauh ketinggalan.
  • Mereka juga menyatakan bahawa umat Islam yang mahu pergi berjuang di Syria perlu mengesahkan sama ada berperang di negara berkenaan merupakan jihad serta perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa dan pemerintah negara sebelum pergi ke sana.
  • Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria misalnya, berkata, berjihad di dalam negara adalah wajib diutamakan dan berdakwah di sini juga adalah jihad yang amat dituntut.
  • Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut pula menyatakan, satu hadis Rasulullah SAW menyebut bahawa barang siapa menyertai perbalahan antara dua kumpulan Islam, kedua-dua pihak yang membunuh dan terbunuh akan masuk neraka.
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii juga berkata syarat pihak yang menyertai peperangan di Syria perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum ditentukan individu tersebut mati syahid.
  • “Kematian orang kita (rakyat Malaysia) di Syria belum dapat dipastikan syahid atau tidak kerana kita tidak dapat pastikan dia berjuang di pihak mana. Kita kena ambil tahu (siasat) individu itu berperang bagi pihak siapa dan adakah syarat-syarat dia menyertai peperangan tersebut bersesuaian dengan maksud jihad.Kalau tidak (sesuai) itu belum tentu lagi dia mati syahid,” katanya.
  • Sebelum ini, rakyat Malaysia adalah antara pihak yang tergerak untuk melibatkan diri dan berjuang di Syria.
  • Antaranya ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Ustaz Lotfi Ariffin dan bekas anggota kumpulan music 90-an Ukays, Akel Zainal.
  • Berikutan kenyataan beberapa ulama itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam peperangan di Syria sebagai satu alasan jihad.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebagai seorang Muslim seharusnya memahami konsep jihad berperang, apatah lagi, ia bukanlah peperangan diisytiharkan.
  • “Di Syria, mereka tidak mengharapkan bantuan tentera tetapi mahu bantuan ubat-ubatan, makanan dan pakaian. Jadi, jika mahu membantu, lebih baik kepada misi kemanusiaan berbanding turut sama dalam medan peperangan mereka. Bantulah dalam bentuk lain selain menjadi tenaga ketenteraan,” katanya.
  • Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad berkata, setiap rakyat di negara ini perlu memahami dan sedar peperangan sesama Islam tidak dibenarkan sama sekali.
  • "Mereka perlu tahu keadaan terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana misi peperangan, apatah lagi kepada negara sedang bergolak. Membunuh golongan yang tidak terlibat dalam peperangan merupakan satu kesalahan apatah lagi tindakan membunuh sesama umat Islam," katanya.
  • Menurutnya, Mufti Syria juga berterima kasih di atas keprihatinan rakyat negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pelbagai bantuan kemanusiaan yang diberikan.
  • Mengenai perjuangan dibawa Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kalangan ulama juga berpendapat kumpulan itu tidak mencerminkan perjuangan sebenar Islam.
  • Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, segala tindakan mereka (ISIL) bertentangan dengan Islam, malah  para ulama di Timur Tengah yang lebih memahami situasi di sana juga tidak bersetuju dan menegaskan apa yang dilakukan bukan cara Islam.
  • "Berdasarkan gambar, video dan maklumat yang didedahkan, tindakan mereka menyembelih manusia dan memperkosa wanita dari agama lain adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam.
  • "Malah mereka juga dikatakan mempunyai hubungan dengan Zionis serta Amerika Syarikat. Keadaan itu menunjukkan ISIL ini sebenarnya bertujuan merosakkan imej Islam dan dijadikan alasan untuk menyerang Islam," katanya.
  • Ketika mengulas bagaimana masyarakat Islam yang hendak memperjuangkan agama tanpa dilabel sebagai pengganas, Zaharuddin berkata, setiap perjuangan atau tindakan yang hendak dilakukan perlu selari dengan Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi.
  • "Bagi memastikan perjuangan atau kumpulan yang hendak disertai atau disokong itu adalah kumpulan yang betul-betul memperjuangkan Islam, mereka boleh rujuk kesatuan terbabit bagi mendapatkan panduan serta kefahaman sebenar. Jangan berpandukan kefahaman sendiri.
  • "Selain itu, masyarakat Islam juga perlu ada media sendiri supaya dapat beri penjelasan serta penerangan berterusan kepada media bukan Islam," katanya.
  • Beliau berkata, sebagai contoh dalam isu Palestin, media Israel memutarbelitkan fakta bagi menyembunyikan kezaliman dilakukan, tetapi penipuan itu didedahkan oleh rakyat Palestin melalui media mereka sendiri termasuk di Facebook.
  • Katanya, masyarakat Islam Malaysia juga perlu bijak untuk membezakan antara perjuangan jihad dengan perjuangan pengganas.
  • "Semak dan buat kajian terhadap latar belakang sesuatu kumpulan sebelum terus menyertai atau menyokong kumpulan tersebut," katanya.
  • Lebih menyedihkan, wanita Malaysia juga dipercayai menyertai pasukan kumpulan ISIS untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan.
  • Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.
  • Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
  • Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.
  • “Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.
  • “Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan.
  • Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.
  • “Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.
  • “Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.
  • Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.
  • “Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.
  • Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan fatwa pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.
  • “Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.
  • “Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi fatwa itu,” kata pegawai berkenaan.
  • Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk ISIS.
  • “Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.
  • “Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di samping Isis,” kata pegawai risikan itu.
  • Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.
  • “Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya.
  • Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
  • Mengenai jihadi al nikah ini, Majlis Fatwa Kebangsaan digesa menjelaskan pengertian jihad sebenar berlandaskan Islam memandangkan semakin ramai umat Islam di negara ini terkeliru dengan konsep tersebut bahkan turut  menyertai gerakan pelampau yang hanya menghalalkan keganasan.
  • Exco Pemuda Umno Ustas Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnya memberi penekanan dengan menjadikan isu tersebut sebagai perbincangan utama agar dapat memudahkan masyarakat Islam di negara ini membuat rujukan mengenai konsep jihad.
  •  "Hal ini yang sewajarnya dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya tidak kata mereka (ulama) tidak bincang namun mungkin mereka ada banyak kertas kerja perlu diselesaikan.
  •  "Ia amat mustahak supaya orang kita yang ada keinginan untuk berjihad namun kerana ada panduan dan penjelasan jadi mereka tidak akan mudah terikut dengan gerakan ekstremis," katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan pemberita semalam yang mendedahkan ada golongan wanita Islam di negara ini dan beberapa negara lain menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.
  • Memetik daripada sumber pegawai kanan risikan, pihak berkuasa mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.
  •  Fathul Bari berkata, beliau kesal dengan penglibatan wanita Islam di negara ini yang menyertai kumpulan pelampau itu dengan menggunakan alasan jihad seksual.
  • Beliau berkata, perbuatan itu jelas bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, malah gerakan Isis itu tidak pernah mendapat pengiktirafan mana-mana ulama terkenal dunia terutama negara Timur Tengah.
  • Katanya, gerakan itu kemungkinan memanipulasikan konsep 'mutaah' yang diperkenalkan pada satu masa dulu ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan.
  • "Menurut sejarah, ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan, tentera Islam yang terlibat  dalam peperangan kemudiannya keluar musafir mereka akan bermutaah iaitu maksudnya mereka berkahwin dengan wanita tempatan sehingga selesai perang lalu mereka balik ke tempat asal dan menceraikan isteri sementaranya itu.
  • "Bagaimanapun ia kemudiannya dimansuh dan dibatalkan hukumnya, jadi mutaah ini sudah tidak wujud lagi. Yang mengamalkan mutaah hanya golongan Syiah," katanya.
  • Beliau berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai erti konsep jihad sebenar mengikut sudut pandang Islam.
  • "Contoh apabila kita terima pensyariatan solat maksudnya kita juga wajib terima cara dan kaedah untuk bersolat, dan bukan melakukannya sesuka hati.
  • "Begitu juga dengan jihad ia ada cara dan kaedah bukan kata angkat senjata dan jom kita pergi perang. Kita tidak boleh mengambil nas Al-Quran dan hadis kelebihan jihad tanpa mengkaji (bagaimana untuk laksanakannya) terlebih dahulu," katanya.
  • Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata susulan pendedahan itu pertubuhannya menggesa pengertian jihad dimasukkan dalam sukatan agama di sekolah bagi membetulkan tanggapan yang salah.
  • Katanya, ia perlu dilakukan ulama dan mereka yang mempunyai latar belakang agama untuk membetulkan pandangan tersebut.
  • "Kita seru umat Islam untuk lebih mendalami ajaran agama dengan sebaiknya. Pendedahan itu merupakan perkara ekstrem dalam agama.
  • "Kita tidak pernah jumpa istilah jihad seksual sebelum ini dalam agama tambahan pula Islam itu sendiri sentiasa memartabatkan wanita dan menolak golongan itu dijadikan pemuas nafsu," katanya.
  • Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali menggesa rakyat Malaysia di negara ini tidak terlibat dengan gerakan ekstremis terbabit.
  • "Wanita atau siapa saja rakyat Malaysia kita tidak galakkan mereka menyertai Isis atas nama jihad, ia merupakan satu gerakan ekstremis dikaitkan dengan doktrin Syiah.
  • "Banyak lagi cara umat Islam di negara ini boleh melibatkan diri dalam isu dunia seperti memberi sumbangan, tidak perlu pergi berjihad masuk kumpulan yang diragui dan menawarkan seksual itu juga sangat tidak masuk akal," katanya.
  • Katanya, dalam Islam hanya pernikahan saja yang dapat menghalalkan hubungan seksual. "Saya tidak dengar jihad seksual ini wujud dalam Islam. Tidak ada perkara sedemikian sekiranya tidak bernikah namun kalau betul ada ikatan sah pun ia tidak berapa praktikal untuk diguna pakai," katanya.
  • Beliau berkata, wanita yang terpengaruh dengan jihad tersebut kemungkinan mempunyai pegangan lemah terhadap hadis dan Al-Quran sehingga menimbulkan kekeliruan.
  • "Saya fikir ia terjadi kerana pegangan hadis dan Al-Quran itu terlalu lemah, sekiranya pegangan mereka kuat sudah tentu dengan jelas mereka boleh nampak hadis pun tidak pernah menyebut atau menyokong perkara itu," katanya.
  • Jihad Al Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Islam dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
  • "Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam disini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata sumber pegawai kanan risikan itu.
  • Enggan didedahkan identitinya, pegawai risikan itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember lalu.
  • "Wanita itu berusia 30-an pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.
  • "Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai berkerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber.


Anwar `hammered’ by Selangor Palace

  • The Selangor Palace today slammed Datuk Seri Anwar Ibrahim for “misleading the people” by saying Pakatan Rakyat (PR) had only followed convention set by UMNO in nominating one name for the mentri besar post.
  • The Malay Mail today reported that private secretary to the Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, said Anwar’s claim was inaccurate and insisted that the Barisan Nasional (BN) governments of the past had always submitted several names through the prime minister.
  • “The statement made by Anwar was inaccurate and is misleading the people. What was practiced under the BN administrations was that the names of the candidates for the mentri besar post was presented to the Selangor Sultan by the Prime Minister when granted audience with the Sultan.
  • “It is in this event that the prime minister would present a few names deemed suitable for the consent of the Sultan,” Munir said.
  • Meanwhile The Star newspaper today stole public attention with a catchy headline `Selangor MB crisis: Get your facts right, Palace tells Anwar’.
  • The newspaper wrote, the Selangor palace has rapped Anwar for stating that it was convention to submit only one name for the Selangor Mentri Besar position.
  • Munir said the norm was for the Prime Minister to submit several names before a candidate deemed suitable for the role was appointed.
  • “In 2008, when the state government fell to the Opposition, the palace wrote to leaders of all the parties to nominate two names for the Selangor Mentri Besar post. When all three parties unanimously nominated Tan Sri Khalid Ibrahim, who also fit the criteria as stated under the Selangor constitution, the Sultan agreed to appoint him,” Munir said.
  • After the 2013 general election, which again saw PR ruling the state, Munir said he was instructed by Sultan Sharafuddin to write to the three parties to nominate four names for the position of the Mentri Besar.
  • He said this was because PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail had, during an election campaign, said Khalid might not be reappointed as Mentri Besar.
  • “Although the palace did receive other nominees for the position, the three party leaders also nominated Khalid to administrate the government for a second time and given that he had good ties with palace officials, the Sultan decided to appoint him again,” the statement said.
  • According to Munir, even though it was not the policy of the palace to release such information, the situation was such that a clarification was needed to ease the confusion that had surfaced. He also urged Anwar to get his facts right before issuing any statement on the matter.
  • “He (Anwar) is advised not to issue statements that could confuse the people or make the Selangor Sultan look bad,” he said.
  • Anwar had said that the practice of submitting only one name as the Mentri Besar candidate had been followed since the country achieved independence in 1957.
  • Meanwhile the Malaysian Insider portal today said, BN had submitted multiples names for the menteri besar post to the sultan‎ when it ruled the state, and Anwar's statement which claimed otherwise was "inaccurate", the Selangor palace said today.
  • Munir said that the sultan denied Anwar's claim that it had been the convention to submit only one name for the post since Merdeka.
  • "Anwar’s statement is inaccurate and confuses the rakyat. What happened during the BN government's administration was that the choices for the Selangor MB post were presented to the Selangor Sultan by the prime minister in a ceremony.
  • "‎During the ceremony, the prime minister would present the candidates believed to be qualified, for the sultan's consent. From the list of names, the sultan would choose one candidate to be appointed MB," said Munir.
  • Munir added that the PKR de facto leader did not have the correct facts and urged him not to release statements that could confuse the public and taint the sultan's image.
  • Last Tuesday, Anwar had sought the sultan's forgiveness for offending him after PKR defied his decree to submit more than two names to the palace.
  • But Anwar had insisted that his party had acted according to convention and state law in proposing only Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the position.
  • He said that Umno, too, had only presented one name for the positions of state assemblyman, parliamentarian, chief minister, menteri besar and prime minister since 1957.
  • Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad‎ appeared to confirm this, saying it had always been convention to submit one name to the state ruler when appointing a MB.
  • The ex-prime minister told reporters on September 11 that he had never submitted more than one name, and this had not been a problem with any state rulers.
  • On August 26, PKR and DAP said it would nominate Dr Wan Azizah as the sole candidate as this had been PR's practice since 2008, when it proposed only Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim for the top post. The palace confirmed that it had received only Khalid's name from PR in 2008‎.
  • Munir said the sultan had consented to PR's unanimous decision to nominate only Khalid in 2008 as he had fulfilled all the criteria to become MB and it was in accordance with the state constitution.
  • However, the palace’s letter revealed that more than one name had been received for the menteri besar post in 2013.
  • "The party leaders in PR wrote a letter to the Selangor Sultan recommending that Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim be appointed the Selangor MB," said Munir, after PR won Selangor in the 13th general election. The Sultan also received other candidates' names for the Selangor MB post,” he added.
  • "Because Abdul Khalid had held the position as Selangor MB before this, and had good relations with the palace and the rakyat of Selangor, the Sultan consented for him to be reappointed as the Selangor MB."
  • Munir added that it was not the palace's policy to reveal the names or details. "Because the situation forces the palace to issue a statement, then this matter must be explained.
  • "Hence, if Anwar does not have the correct facts, he is advised not to release any statements that could confuse the people and tarnish the image of the Selangor Sultan," said Munir.

Job offer to 6,000 MAS outgoing staff

  • The largest layoffs in the history by Microsoft USA which involved 18,000 workers in June has never come up with job offer plan but in Malaysia, Khazanah Nasional Bhd is so generous to set up a special center to provide "outplacement support" to 6,000 Malaysia Airlines (MAS) staff to be dismissed as part of its restructuring process.
  • A source familiar with the restructuring said the focus of the outplacement center (OPC) will be to extend all relevant and required support to the various groups of employees leaving the national airline.
  • This includes professional, emotional and financial support to assist them as they transition to the next stage of their careers.
  • Khazanah had, at the end of August, announced its 12-point plan to resuscitate the national airline which would see 6,000 jobs cut across the board and result in the emergence of a “new” and leaner MAS come July 1, 2015 from its existing workforce of 20,000 employees.
  • According to the source, the OPC will help transition employees who have been identified under three categories: early retirees, job seekers and potential entrepreneurs.
  • OPC comes under the auspices of the Corporate Reskilling Centre (CRC), set up for restructuring and support services, and will cover areas such as financial and retirement planning, career guidance and counselling, linkages to possible recruiters and partnerships with potential statutory bodies.
  • For the early retirees, OPC will provide counselling on managing their retirement funds as well as adjusting to life after retirement.
  • For employees who opt for reskilling, entering a new job or another industry with different requirements, the OPC will help position them for the future.
  • The reskilling at CRC will cater to employees who opt for training and reskilling to obtain new skill-sets as CRC will provide them with the necessary infrastructure and support so that they may excel in other careers after MAS.
  • Khazanah and MAS have partnered with Scicom (MSC) Bhd and Sutherland Global Services to reskill MAS staff. In addition, the OPC offers guidance and assistance for those who opt for the entrepreneur route.
  • The source also said the OPC would assume a crucial role in the restructuring process, not just from the side of the 6,000 staff but also from the aspect of the 14,000 employees moving to the new MAS where there will be assessment of employees who might be moving internally.
  • "Both sides of the fence will require support and counselling as they move to a 'different' work place and adjustments will be made within the different environments and requirements," he said.
  • Asked how the 6,000 dismissed employees would be identified, the source said the process was being carried out by human resource professionals who are currently looking into the job requirements post-restructuring.
  • "Having a third party to do this will eliminate biasness and favouritism, taking into account the proper principles of fairness, transparency and compassion," he added.
  • A new concept in Malaysia, the OPC is the first holistic and comprehensive plan to help affected staff transition to new jobs, said the source.
  • Funded by Khazanah, it is a first for government-linked companies and will be a role model for others to follow while MAS staff who transition out of the airline will be the first beneficiaries of this programme.


Wednesday 17 September 2014

Aziz Bari pakar `temberang’ perlembagaan negara

  • Dalam satu forum baru-baru ini, bekas Profesor, Dr Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa kemelut menteri besar Selangor kali ini berbeza dengan krisis jawatan itu di Perlis dan Terengganu pada 2008.
  • Beliau berpendapat Sultan Perlis dan Terengganu mempunyai hak untuk tidak menghiraukan surat presiden Umno ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan melantik menteri besar dari pilihan istana masing-masing ketika itu.
  • “Ini kerana ketika itu berlaku krisis selepas Umno yang tidak bermaya selepas pilihan raya umum kehilangan majoriti dua pertiga mereka di Parlimen dan lima negeri di tangan Pakatan Rakyat, memerlukan tindakan dari sultan.
  • “Saya memberikan ‘benefit of a doubt’ kepada sultan (Terengganu dan Perlis) buat keputusan. Walaupun tak ikut perlembagaan,”
  • Beliau menegaskan demikian di forum ‘Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?’ anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Kuala Lumpur.
  • Ukuran Aziz Bari sungguh melucukan kerana jika dibandingkan kedudukan Barisan Nasional di Terengganu dan Perlis selepas pilihan raya 2008 BN jauh lebih kuat daripada kedudukan Wan Azizah hari ini.
  • Di Terengganu dan Perlis, Barisan Nasional mendapat kerusi 2/3 dan selayaknya membentuk kerajaan secara sah dan memilih siapa Menteri Besar. Ini berbeza dengan Selangor bahawa tiada satu pun parti mempunyai majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor pada 2008 dan 2013.
  • Pas, DAP dan PKR tidak bertanding atas satu logo dan tidak diikat secara perundangan sebagai satu entiti di bawah Pakatan Rakyat. Justeru kedudukan politik di Selangor pada 2008 dan pasca PRU 2013 adalah lemah.
  • Aziz Bari juga secara semberono menutup fakta bahawa telah berlaku krisis pemilihan Menteri Besar selepas pilihan raya 2013 dalam parti PKR apabila Timbalan Presiden, Azmin Ali, secara terbuka mengkritik pemilihan semula Khalid Ibrahim.
  • Justeru hujahan Aziz Bari menghalalkan tindakan Sultan Terengganu dan Raja Perlis tapi menafikan hak Sultan Selangor bukan sahaja tidak cerdik malah boleh dianggap bodoh jika kita mahu berkata kasar.
  • Aziz Bari juga seolah-olah seperti katak di bawah tempurung apabila tidak menyedari bahawa punca utama konflik ini ialah apabila usaha PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim tidak mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.
  • Pas dan Barisan Nasional tidak bersetuju dengan penggantian Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah membentuk 27 kerusi Dewan. Khalid Ibrahim turut menyatakan ketidaksetujuan beliau dalam proses penggantian ini. Ini bermakna Dewan Negeri Selangor “stalemate” atau seri. Dalam keadaan ini Tuanku Sultan Selangor perlu mengekalkan Khalid Ibrahim sehingga keputusan yang lain dicapai.
  • Sungguhpun kemudiannya Tuanku menerima akuan bersumpah daripada 30 orang untuk menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, ia bukan jaminan yang kuat kerana Pas masih tidak menyokong Wan Azizah secara total.
  • Justeru adalah hak baginda Sultan Selangor untuk meminta pilihan nama lain setelah nama Wan Azizah sejak awalnya gagal mendapat sokongan majoriti Dewan.
  • Menurut Aziz, di Perlis, sultan bertemu dengan ADUN yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Md Isa Sabu yang bukan calon pilihan Umno dan berpuas hati beliau mendapat sokongan majoriti dewan undangan negeri.
  • Sementara itu di Terengganu, beliau berkata, sultan mempunyai hujah tersendiri menolak Datuk Seri Idris Jusoh dan melantik Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar.
  • “Tapi di Selangor Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail) ada sokongan majoriti. Ada SD (akuan bersumpah) melampaui keraguan. Mengapa (masih) ditolak? Ini beza Selangor 2014 dengan Perlis dan Terengganu 2008,” katanya.
  • Beliau turut berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh dilantik semula oleh sultan dalam keadaan sekarang kerana tiada sokongan majoriti dari Dewan Undangan Negeri Selangor.
  • “Khalid tak boleh dilantik sebab dia bukan dapat sokongan majoriti. Boleh lantik kalau lepas pilihan raya negeri nanti dia buat parti (politik) baru dan dapat sokongan majority. Tapi untuk senario sekarang tak boleh,” tegas Aziz lagi.
  • Pandangan Aziz ini nampak sangat kebudak-budakan. Jika dilihat senario di Terengganu, Perlis dan Selangor, kita akan dapati masalah politik di Selangor lebih serius dan mewajarkan campur tangan sultan.
  • Jika Aziz Bari boleh mewajarkan campur tangan Sultan Terengganu dan Perlis dalam pemilihan Menteri Besar yang sebenarnya tiada isu sokongan majoriti, mengapa Aziz Bari cuba mengharamkan keputusan Sultan Selangor dalam situasi politik yang jauh lebih huru-hara?
  • Kita juga tertanya-tanya apakah Aziz Bari masih menggunakan gelaran profesornya? Ini kerana Malaysiakini sering meletakkan geralan Prof Dr Aziz Bari sedangkan beliau tidak lagi layak menggunakan gelaran tersebut.
  • Gelaran profesor hanyalah untuk tenaga akademik universiti. Jika ada sudah meninggalkan universiti, maka dengan sendirinya gelaran tersebut gugur kecuali mendapat anugerah khas daripada Universiti yang melayakkan beliau menggunakan gelaran Profesor Emeritus.
  • Lebih melucukan beliau juga dianggap Pakar Perlembagaan oleh pakatan rakyat. Soalan penulis ialah, sudah berapa banyak kes membabitkan pertikaian Perlembagaan Malaysia pernah beliau bicarakan atau cabar di Mahkamah? Apakah sekadar membaca dan mengulas isu perundangan menjadikan beliau Pakar Perlembagaan?
  • Melihat hujahan Aziz Bari yang jelas bias dan berpihak secara membuta tuli, Aziz Bari bukan sahaja tidak layak dianggap pakar Perlembagaan, malah pakar perundangan negara pun tidak wajar. Mungkin yang sesuai untuk Aziz Bari ialah pakar temberang atau pakar putar belit? – UMNO Online.


Tuesday 16 September 2014

Ribut suria henti bekalan elektrik, rosakkan sistem elektronik dunia

  • JIKA benar ribut suria yang besar akan berlaku pada bila-bila masa tahun ini, ia akan menghantar suar suria kelas-X ke arah Bumi dan akan menyebabkan dunia lumpuh dalam banyak cara yang kita tidak boleh digambarkan dan menyebabkan hampir semua tidak boleh berfungsi sehingga dibaiki.
  • Bayangkan telefon bimbit, kereta, trak, kapal terbang, komputer, televisyen, radio atau permainan elektronik semua tidak berfungsi.
  • Oleh kerana tiada bekalan elektrik seluruh dunia untuk beberapa bulan maka sudah tentu tiada sistem perbankan moden, gedung makanan di rompak dan bekalan air terjejas.
  • Keadaan dunia yang huru-hara ini akan menyebabkan kebuluran dan kematian kepada penduduk dunia. Ia akan mengambil masa bertahun untuk memulihkan semua sistem di dunia jika Bumi dihentam atau dilanggar oleh ribut solar yang kuat.
  • Penduduk dunia tertanya-tanya bagaimanakah fenomena ini boleh berlaku. Sejak tahun lepas lagi fenomena solar maksimum digembar-gembarkan sebagai kejadian yang dahsyat malah ada yang mengaitkannya dengan dunia di hujung hari.
  • Ancaman yang dijangka adalah kerosakan kepada stesen jana kuasa seperti yang telah terjadi ketika solar maksimum pada tahun 1989 melibatkan bandar Quebec dan pantai timur Kanada mengalami bekalan elektrik terputus.
  • Pada masa yang sama juga beberapa satelit perhubungan juga kehilangan sementara orbit mereka yang menyebabkan frekuensi radio tergendala di Bumi dan perhubungan elektronik telah diubah.
  • Demikian antara jawapan yang dikongsi oleh Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin, pakar astro fizik Universiti Malaya menerusi e-mel.
  • Beliau berkata, pancaran sinar-X yang kuat jika terdedah kepada angkasawan adalah amat berbahaya kepada kesihatan.
  • Pada masa sama ejeksi jisim korona yang mengandungi zarah-zarah yang bertenaga tinggi dan jika zarah-zarah bertenaga tinggi ini apabila memasuki sistem kawalan elektronik satelit akan mengakibatkan pusat kawalan satelit di Bumi akan terputus hubungan dengan satelit tersebut.
  • Ini bermakna satelit itu akan dianggap telah hilang. Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan solar maximum atau fenomena ribut solar ini?
  • Dr. Mohd. Zambri berkata, untuk memahami takrifan solar maksimum kita perlu mengetahui kitaran matahari atau suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari terlebih dahulu.
  • Katanya, kitaran suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari adalah perubahan berkala dalam jumlah pancaran atau sinaran dari matahari yang menyirami Bumi.
  • Menurutnya, matahari mempunyai tempoh purata sekitar 11 tahun dan salah satu komponen daripada perubahan matahari yang berkala, manakala komponen yang lagi satu adalah perubahan yang tidak berkala.
  • Perubahan suria membuat cuaca angkasa berubah dan seterusnya memberi kesan ke atas cuaca dan iklim di Bumi. Kitaran itu diperhatikan dengan membilang kekerapan kehadiran tompok di permukaan matahari.
  • Kitaran suria mengambil masa secara purata 11 tahun dari satu solar maksimum ke solar maksimum berikutnya dan telah diperhatikan bahawa perubahan antara sembilan dan 14 tahun bagi sebarang kitaran suria yang diberikan.
  • Dr. Mohd. Zambri menjelaskan, bahawa solar maksimum adalah tempoh apabila aktiviti solar adalah tertinggi dalam kitaran suria bagi matahari. Semasa solar maksimum, terdapat bilangan tompok matahari yang banyak di atas permukaannya iaitu melebihi angka 200.
  • Takrifan saintifik solar maksimum adalah tempoh apabila garisan medan magnet matahari terlalu herot disebabkan medan magnet yang berada pada khatulistiwa matahari berputar pada kelajuan yang lebih sedikit dari kedua-dua kutubnya itu.
  • Ini menyebabkan medan magnet matahari berpintal atau menyimpul. Akibatnya akan berlaku suar suria atau julangan bebola api yang bersaiz gergasi dari permukaan matahari dan juga ejeksi jisim korona.
  • Menurut beliau lagi, kali terakhir solar maksimum berlaku pada kitaran suria ke -23 adalah pada tahun 2000/2001. Solar maksimum yang seterusnya dalam kitaran suria ke-24 dijangka pada hujung tahun lalu atau Februari lalu seperti mana diramalkan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).
  • Ramalan tersebut, kata beliau berdasarkan kepada solar minimum untuk kitaran suria ke-24 dikatakan telah bermula pada bulan Mac 2008.ketika solar minimum, diperhatikan tidak terdapat sebarang tompok matahari di atas permukaan matahari.
  • Ini bermaksud tiada suar suria dan matahari di katakan senyap. Solar maksimum yang akan berlaku pada kitaran ke-24 ini dikatakan adalah yang lemah semenjak tahun 1928 mengikut NASA.
  • Menurut Mausumi Dikpati dari National Center for Atmospheric Research (NCAR), kitaran tompok matahari berikutnya akan menjadi lebih kuat antara 30 peratus dan 50 peratus berbanding kitaran terdahulu. Jika ini betul, maka penghasilan letusan aktiviti solar adalah kedua terbesar dalam sejarah solar maksimum iaitu yang pertama pada 1958.
  • Dikpati meramalkan solar maksimum berlaku pada tahun 2012 manakala David Hathaway dari National Space Science and Technology Center (NSSTC) pula tidak bersetuju dengan Dikpati. Beliau meramalkan solar maksimum berlaku pada tahun 2010 dan 2011. Ini terbukti tidak tepat.
  • Selalunya, ramalan tentang bila berlakunya solar maksimum dan kekuatannya adalah sentiasa tidak tepat kerana banyak perkara yang manusia sehingga hari ini tidak memahami perilaku Matahari. Apa yang pasti adalah ribut matahari, suar suria dan ejeksi jisim korona berlaku untuk kitaran suria ke-24 sama ada pada akhir tahun 2012 atau pun awal tahun 2013 atau pun awal tahun 2014.
  • Ahli Fizik Suria, Dean Presnell meramalkan bahawa untuk kitar suria 24 ini, kita akan dapati dua puncak maksimum iaitu pada akhir tahun 2012 dan awal tahun 2014. Bagaimanapun katanya, tambahan kepada semua tompok Matahari itu, terdapat aktiviti solar yang begitu hebat iaitu suar sinar-X yang kuat akan terpancar daripada permukaan matahari dan ejeksi jisim korona boleh membebaskan zarah bertenaga tinggi ke ruang angkasa.
  • Suar suria dipercayai meletup dari matahari dengan kekuatan letupan seperti satu juta bom atom diletup serentak. Ketika solar maksimum, Bumi akan mengalami cahaya utara dengan lebih banyak lagi iaitu fenomena aurora yang sangat menarik dapat disaksikan di kawasan kutub utara dan kutub selatan yang mempunyai latitud 480 darjah Utara atau 480 darjah Selatan ke atas.
  • Oleh itu, jika benar ribut suria yang besar berlaku, ia akan menghantar suar suria kelas-X ke arah Bumi dan akan menyebabkan dunia lumpuh dalam banyak cara yang kita tidak boleh digambarkan dan menyebabkan hampir semua tidak boleh berfungsi sehingga dibaiki. – Oleh: Laupa Junus.

Hari Malaysia: Di sini lahirlah sebuah cinta

  • SEJARAH pembentukan dan kemerdekaan sesebuah negara sangat penting diketahui dan fahami oleh rakyatnya terutama kalangan generasi muda. Fakta sejarah membuktikan bahawa negara yang bebas merdeka dan berdaulat akan menjadikan sesebuah negara itu aman, maju dan makmur.
  • Semangat cintakan negara dengan semangat patriotisme mendorong sambutan hari kebangsaan tahun ini iaitu 57 tahun negara merdeka dan 51 tahun penubuhan Malaysia bertemakan, 'Malaysia...Di sini lahirnya sebuah cinta.' Tema ini membawa maksud mendalam tentang kelahiran cinta yang agung kepada sebuah negara bernama Malaysia.
  • Memerdekakan sebuah negara memerlukan pengorbanan dan idea yang jelas serta wawasan yang bijaksana daripada seorang pemimpin. Matlamat pembentukan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial.
  • Pembentukan Persekutuan Malaysia pada mulanya terdapat pelbagai reaksi yang pro dan kontra, tetapi dapat diatasi melalui Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Malaysia.
  • Sebagai rakyat negara ini, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan pada 16 September 1963 dikenali Malaysia.
  • Justeru, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara sampai bila-bila.
  • Tarikh 31 Ogos 1957 pula penting dan bermakna kepada semua rakyat Malaysia kerana detik ini menandakan negara kita mula bebas daripada penjajahan British.
  • Persekutuan Tanah Melayu - menyambut baik gagasan Malaysia. Namun, terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya.
  • Sejarah telah membuktikan bahawa bagi Singapura, sebelum keluar dari Malaysia, mengalu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Brunei pula menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
  • Idea dan cadangan Gagasan Persekutuan Malaysia adalah untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dalam sebuah kerajaan persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia. Tetapi akhirnya Singapura keluar dari Malaysia dan Brunei mengundur diri daripada menyertai Malaysia untuk menentukan masa depan negara sendiri.
  • Jika diteliti idea pembentukan Persekutuan Malaysia bukanlah suatu yang baharu. Ura-ura untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan wilayah British yang lain telah kedengaran sejak akhir kurun ke-19 lagi.
  • Mengikut catatan sejarah, gagasan tersebut telah dikemukakan dalam suatu majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.
  • Dalam Majlis itu Tunku Abdul Rahman menyatakan: "Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei, dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bagaimana kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat."
  • Akhirnya, kira-kira dua tahun kemudiannya, gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman ini telah dapat direalisasikan apabila Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 walaupun terdapat reaksi kurang senang Indonesia dan Filipina terhadap gagasan Malaysia.
  • Sejarah membuktikan bahawa pada 16 September terbentuk Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura. Apabila nama Malaysia diberikan secara tidak langsung, nama Melayu pada Persekutuan Tanah Melayu hilang dan secara beransur-ansur nama Melayu semakin hilang.
  • Justeru, Hari Malaysia pada 16 September mestilah disambut oleh semua rakyat dan kaum di negara ini bagi menyatakan rasa syukur atas kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. Idea daripada kepimpinan yang berwibawa, bijaksana dan berpandangan jauh ini telah menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia.
  • Perlu diingatkan kejayaan Tunku Abdul Rahman menggabungkan beberapa buah negeri dalam sebuah persekutuan dengan kaedah diplomasi sukar dilakukan oleh pemimpin negara lain di dunia. Malah idea-idea penggabungan oleh pegawai tinggi British sebelumnya menemui kegagalan.
  • Pembentukan Persekutuan Malaysia telah mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, keseimbangan serta perpaduan kaum di samping keharmonian sosial dan juga keselamatan dalam kalangan penduduk di negeri-negeri di bawah Malaysia.
  • Selain itu, Persekutuan Malaysia terbukti telah memajukan sosioekonomi negeri-negeri yang menganggotainya. Kawasan pasaran ekonomi yang luas telah dapat diwujudkan di samping sumber tenaga manusia serta sumber asli dalam kalangan negeri anggota dapat disatukan.
  • Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat menghapuskan sekatan cukai dalam kalangan negeri anggota dan memudahkan usaha untuk menarik pemodal dari luar.
  • Semua ini telah menjadi elemen penting memajukan taraf hidup rakyat khususnya di Sarawak dan Sabah.
  • Selain itu, pengaruh komunis di Sarawak yang boleh membahayakan kehidupan rakyat dapat dihapuskan. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai banyak pengalaman dalam membanteras pengaruh komunis semasa zaman darurat dan akhirnya dapat menjamin keselamatan dan kestabilan dalam kalangan negeri anggota.
  • Lantaran itu, bukti sejarah ini sangat penting dan harus difahami serta dimanfaatkan oleh kalangan generasi muda terutama mereka yang lahir selepas merdeka dan selepas Hari Malaysia pada 16 September 1963 bagi mengisi dan membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, aman, makmur dan stabil dari segi ekonomi dan keselamatan.
  • Di sinilah akan lahirnya cinta kepada negara Malaysia, tanah tumpah darah dan terus berusaha memupuk semangat perpaduan, menyatupadukan pelbagai kaum, memperkukuhkan kerjasama sosial dan ekonomi dalam sebuah negara yang merdeka. - Oleh Dr. Aminudin Mansor


Ada sampah di bawah tikar politik Malaysia


  • SEPULUH hari yang lalu rakyat Malaysia dikejutkan oleh tindakan berterus-terang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiada kelayakan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
  • Beberapa akhbar bertarikh 7 September 2014 menyiarkan alasan oleh Hadi. Bagi sesetengah pihak, sikap berterus-terang Hadi membantutkan langkah Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
  • Bagi pihak lain, pernyataan yang jujur lebih baik daripada penyembunyian sampah di bawah tikar.
  • Wan Azizah tahu tentang tingkat tahap dirinya sebagai pemimpin. Oleh sebab itu, beliau tidak berasa marah kepada Hadi. Beliau sedar, Pas telah banyak berkorban untuk pencapaian PKR, bukan sebaliknya. Selaku pemimpin atasan pembangkang, Azizah dan mereka yang lain tahu bahawa kerjasama DAP, Pas dan PKR besar kemungkinan akan sia-sia akhirnya.
  • Hala tuju mereka berlainan. Sejauh yang diketahui oleh pemikir politik, dan juga oleh ahli politik yang berfikiran tinggi, kerjasama ketiga-tiga parti itu hanya bertujuan menjatuhkan Barisan Nasional.
  • Secara keseluruhan, rakyat Malaysia mungkin bersetuju apabila Datuk Nik Abdul Aziz mengatakan PKR tidak wajar dilayan sangat. Ayat Nik Aziz tegas. Rakyat Malaysia tahu bahawa PKR, sama seperti Semangat 46, ialah serpihan daripada Umno.
  • Selaku serpihan Umno, kaedah Umno tidak akan ditinggalkan jauh. Perhatikan, walaupun Tengku Razaleigh dan Anwar memiliki perwatakan yang berbeza, hasrat mereka sama. Pada masa lepas, Tengku Razaleigh ialah pencabar Tun Mahathir, dan beliau mahu menjadi Perdana Menteri. Kemudian, Anwar Ibrahim yang juga berasal dari barisan kepimpinan Umno, mahu menjadi Perdana Menteri.
  • Melalui pandangan noe-Freudianisme, adalah biasa tokoh yang di bawah akan menentang tokoh yang di atas. Tokoh yang berada di bawah Mahathir, malah pernah dididik oleh Mahathir, akhirnya menentang Mahathir. Anwar dan watak-watak lain yang menentang ketua lama,  memaparkan diri dan parti barunya seakan-akan amat berlainan malah bertentangan dengan Mahathir dan Umno.
  • Hal yang begini sukar difahami oleh pengikut fanatik mana-mana parti dan tokoh, namun pengkaji dan peninjau politik dapat melihatnya dengan jelas.
  • Kini, Hadi Awang telah menyelak tirai helah politik sekular itu. Hasilnya, ada pengikut fanatik yang kembali sedar bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (seperti Datuk Seri Najib Razak juga) ialah murid Tun Mahathir.
  • Dalam kalangan orang politik, perkara ini dan yang sebegini amat mudah ditanggapi. Misalnya, perihal Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar dikesani banyak pihak. Namun, perkara yang berlaku membawa dua makna.
  • Pertama, sejumlah ahli politik suka jika Wan Azizah menjadi menteri besar, kerana beliau ialah isteri Anwar. Isteri Anwar akan membawa imej dan cita-cita Anwar. Kedua, ‘tokoh’ tertentu mahu Wan Azizah menjadi menteri besar untuk masa yang singkat sahaja. Tanpa bakat yang cukup Wan Azizah akan berhenti, dan ‘tokoh’ itu akan mengambil empatnya.
  • Pendekatan Freudian memang menarik dalam melihat tingkah laku manusia, terutama orang politik. Sejumlah mereka tiada ketulusan hati untuk berbakti kepada rakyat, kerana semua itu ditindih di bawah hasrat mahu melonjak.
  • Itu biasa saja, dan rakyat boleh menerima sesiapa saja yang melonjak naik jadi menteri besar, asalkan prosesnya diperhalus. Wan Azizah pernah mengatakan Anwar ialah anugerah ALLAH untuk rakyat Malaysia, dan dalam ‘Langkah Kajang’ Anwar pula mengatakan Wan Azizah layak menjadi MB.
  • Demikianlah mutual admiration antara mereka berdua, dan itu masih tidak mengapa, kerana jalan politik adalah pelbagai. Sesetengah orang berasa kesal kerana kes pemilihan MB telah menyebabkan PKR bermasam muka dengan Pas. Mungkinkah masam di Selangor akan menjadi manis di Pengkalan Kubor?
  • Walau apa pun, eloklah ‘masam manis Pakatan Rakyat’ ini diperhatikan oleh rakyat pada tahap kini. Jika PKR, Pas dan DAP sudah membina kerajaan bersama, dan pertelingkahan tentang hala tuju berlaku, rakyat akan terlalu serba salah dan susah. Politik ialah seni segala kemungkinan. – Oleh: Datuk Rahman Shaari


Siapa PASMA dan apa agenda mereka


  • Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya Pasma. Ia kini menjadi bahan bualan ahli-ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru Pasma bukanlah sebuah NGO kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan lainnya.
  • Juga bukan sebuah NGO yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R) , Anak dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah NGO yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.
  • Pertemuan Pasma pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempoh hari jelas mempotraitkan rupa wajah Pasma yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini.
  • Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden.
  • Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea pelaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan Pas di dalam PR setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya Pas yang sedang diterajui  oleh Abdul Hadi mahu bekerjasama dengan Umno dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR. Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( فاس ) akan wujud.
  • Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Presiden Pas. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadir dalam pertemuan Pasma pada 31 Ogos 2014 tempoh hari, bagaimana Shaikh Umar Bagharib Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan Pas Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK Pas Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan Pas Pusat? Menganggap Presiden Pas sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatankuasa Pas Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden Pas tanpa perlu pun menunggu Muktamar Pas.
  • Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Mustafa, maka lemah dan jatuhlah Presiden Pas. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Presiden yang sedang harum dengan pelantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia tempoh hari.
  • Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Ust Mohd Taib Ahmad, Setiausaha Pasma. Beliau menegaskan jika AJK Pas Pusat tidak mahu menurunkan Presiden Pas, maka semua AJK Pas Pusat kita turunkan termasuk  Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan semua AJK Pas Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan Umno di Selangor.
  • Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan Pas Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil  dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing (sebagai membayar kifarah). Ucapan resolusi Pasma itu juga turut menegaskan bahawa Majlis Syura Pas hanya diperalat oleh Mustafa. Mustafa 'over rule' segalanya, beliaulah Presiden Pas yang sebenarnya.
  • Penjelasan ini adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar Pasma. Pertemuan itu menjadi majlis "membelasah" pimpinan Pas khasnya Presiden Pas.
  • PasMa menjadi forum  yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan Pas itu.
  • Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan Pasma yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempoh hari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu-aluan, sementara penceramah pertama ialah Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi.
  • Saya melihat tidak mustahil Pasma akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan Pas yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
AJK Pas Pusat

Ahli Parlimen Temerloh

Sunday 14 September 2014

Negara bakal huru hara tanpa Akta Hasutan 1948

Usaha menghapuskan Akta Hasutan bakal mengundang huru hara di Malaysia
  • Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) diadakan untuk mengekang perbuatan menghasut yang terlampau sehingga terjadinya pertumpahan darah pada 13 Mei pada tahun 1969.
  • Sesungguhnya ia menunjukkan bahawa negara berbilang kaum seperti Malaysia sangat menghargai kepelbagaian dan memutuskan untuk tidak lagi berkompromi dan mengambil mudah akan hal-hal berkaitan dengan sensitiviti kaum. Setiap kaum tentunya mempunyai sensitiviti yang pelbagai. Kaum Melayu merujuk kepada Perkara 3(1), Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181, Perlembagaan Persekutuan.
  • Menyedari akan hal itu, kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kejadian yang serupa berulang, meminda Akta Hasutan 1948 mengikut ramuan dan acuan tempatan dengan memasukkan elemen-elemen yang sangat penting kepada negara supaya ianya dapat menegah sesiapa saja yang cenderung untuk menghasut daripada menyentuh perkara-perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi, dalam bentuk apa sekalipun, seperti Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181, Perlembagaan Persekutuan.
  • Bertitik tolak daripada tragedi berdarah 13 Mei, kebebasan bersuara, dalam negara ini tidak lagi memberikan lesen untuk sesiapa pun untuk mengkritik apa saja. Apatah lagi untuk mengkritik, waima berdiskusi sekalipun tentang kedudukan, keperluan atau relevansi perkara-perkara sensitif tersebut.
  • Seseorang yang bergelar akademik tentulah sepatutnya lebih arif akan hal ini. Namun entah apalah bala, entah siapalah yang kurang pahala, masih terdapat lagi segelintir yang bebal, atau mungkin juga seronok dipuji rakan-rakan, ‘berani’ (bodoh dan tidak bertanggugjawab sebenarnya!) untuk mengungkit akan perkara-perkara tersebut.
  • Apatah lagi jika seseorang itu seorang Melayu, yang berani mempersoalkan Perkara 153, tentulah akan mendapat sokongan dan dokongan segelintir mereka yang berkepentingan, terutamanya mereka-mereka yang sememangnya secara terang-terangan atau tersembunyi, anti dan benci akan Perkara 153, perlembagaan Persekutuan.
  • Ingin ditekankan di sini, seorang Melayu pun sebenarnya tidak mempunyai lesen bebas untuk mempersoalkan perkara-perkara di atas. Mungkin perbuatan tersebut akan kelihatan sangat ke depan, namun,suka atau tidak, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara, wajib dihormati. Golongan anti Perlembagaan Persekutuan wajar ambil perhatian tentang perkara ini.
  • Tentunya seorang pensyarah undang-undang akan lebih sedar dengan hal ini? Atau mungkinkah kerana seronok dengan pujian yang melambung atau mungkin juga kerana selesa dengan imbuhan yang menggunung, seorang Melayu, seperti sesetengah yang boleh kita lihat, sudah mula lupa daratan dan memilih untuk tidak menjunjung langit di bumi yang dipijak.
  • Apatah lagi apabila perasaan bongkak melulu mula timbul dengan kesenangan materi yang diperoleh, leka dengan keselesaan hidup diri dan keluarga, lalu persetankan mereka-mereka yang masih memerlukan ‘tongkat’ untuk bertaut hidup.
  • Amatlah memalukan untuk seseorang ahli akademik atau sesiapa sekalipun yang mencari makan sebagai kolumnis atau apa sekalipun, dan didakwa disebabkan oleh kerja penulisannya dan lain-lain kerja, yang tidak pernah pula mahu menghormati peraturan dan undang-undang sedia ada, cuba menipu khalayak-khalayak yang cintakan keamanan atau sekumpulan pelajar-pelajar naif (atau mungkin juga lemah berbahasa Inggeris) untuk melobi supaya perbicaraan yang sedang berjalan dihentikan oleh pihak-pihak tertentu.
  • Apa jua alasan, apa juga pertimbangan, makhamah harus dibiarkan bebas untuk menjalankan amanahnya tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak sekalipun. Bukankah itu yang selama ini kita mahu? Sebuah Institusi Kehakiman yang bebas daripada cengkaman Esekutif. Bebas juga daripada campur tangan politik.
  • Jadi kenapakah ada diantara kita kini, cuba melobi supaya Perdana Menteri menghentikan kes-kes pendakwaan yang sedang mengambil tempat? Kangaroo Court apakah yang sedang kita bina untuk Malaysia sekarang?
  • Apa mungkinkah Majlis Peguam mempunyai alasan yang kukuh selain daripada sentimen melulu tidak berasas bahawa ‘kawan-kawan’ seperjuangan mereka patut dibebaskan daripada segala pertuduhan?
  • Kenapakah ketika Ustaz Abdullah Zaik didakwa menghasut tempoh hari, Majlis Peguam, Aliran dan Gerakan tidak menyatakan bantahan secara terbuka seperti yang berlaku kini?
  • Kenapakah tidak berlaku sebarang hartal untuk menunjukkan solidariti kepada beliau? Kenapakah tidak ada EGM oleh Majlis Peguam?
  • Kenapakah tidak ada tandatangan petisyen sokongan oleh Aliran? Kenapakah pula tidak ada bantahan daripada parti Gerakan?
  • Adakah hanya seorang Abdullah Zaik yang wajar didakwa menghasut dan yang lain, tidak? Jika tidak, adakah Pejabat Peguam Negara akan mengkaji semula dakwaan yang dikenakan ke atas Presiden ISMA itu, bersama-sama dengan yang lain seperti yang diumumkan semalam?
  • Atau adakah keinsanan Abdullah Zaik itu lebih rendah daripada seorang Azmi Shahrom, contohnya, maka ada yang wajar diteruskan pendakwaan dan ada yang tidak?
  • Bukankah Abdullah Zaik juga bercakap daripada segi akademik yang masih boleh dibangkang atau dipersetujui dengan hujah berserta dengan dalil dan fakta?
  • Benar ‘How can we legislate thought?’. Jadi kenapakah lesen akademik hanya menjadi hak ekslusif seseorang dan tidak yang lain? Liberalisme bentuk apakah ini yang sedang kita perkenalkan kepada rakyat Malaysia?
  • Tentunya sebuah liberalisme pura-pura yang penuh dengan kebatilan yang cuba menipu mereka-mereka yang kurang cerdik atau rendah diri dan kendiri. Ianya hanyalah sebuah hipokrasi basi yang sudah berkali-kali diulang-tayang dan penonton-penonton seperti kami sudah mula jemu!
  • Jika tidak kenapa perlu ada ‘double standard’? Jika tidak kenapakah rakyat Malaysia harus berpandangan terbuka, liberal dengan perbincangan akademik Azmi Shahrom, contohnya dan tidak boleh berliberal dengan perbincangan akademik Abdullah Zaik?
  • Kita semua nampaknya semakin mengenali bahawasanya ‘moderates’ bukanlah benar-benar moderates atau terdiri daripada mereka-mereka yang selalu bersederhana dengan pandangan dan perbuatan mereka.
  • Bagaimanapun atau dengan apa namapun, mereka cuba memberikan penjenamaan dan pakej baru penampilan mereka. Mereka sebenarnya beraliran liberal. Namun dengan hipokrasi yang ditunjukkan oleh puak-puak liberal seminggu dua ini, dengan dwi-standard yang mereka cuba laungkan kini, kita mungkin juga akan mula nampak, bahawa, mereka-mereka itu tidaklah seliberal mana, sebenarnya!
  • Jika tidak sanggup mempertahankan perjuangan ‘sampai ke pangkal lengan’. Tidak sanggup untuk ‘genggam bara sampai jadi abu’ dan berdiri tegak atas nama perjuangan mereka. Maka sedarlah kita bahawa mereka-mereka ini bukanlah para pejuang yang sering digambarkan sebagai kelompok yang paling terkedepan dengan perjuangan mereka.
  • Mereka-mereka ini yang tidak sanggup untuk bertanggungjawab malah mula merengek apabila didakwa dan cuba pula melobi untuk dilepaskan dengan demo, hartal dan sebagainya, tidak lebih daripada sekumpulan konservatif yang sudah penat mencuba-cuba memakai topeng liberal. Menjadi liberal rupanya tidaklah seseronok yang disangka.
  • Tidak lagi seronok kerana realitinya, dunia, dan undang-undang khasnya, tidak berpusing mengikut kehendak dan telunjuk mereka sebenarnya.
  • Mereka perlu sedar bahawa, modus operandi menghasut yang selama ini mereka pakai dalam usaha mereka untuk mengisi secupak-dua tembolok masing-masing, patut dihentikan segera. Adalah menjadi harapan kita semua, supaya mereka-mereka ini sedar bahawasanya senjata yang sering digunakan mereka bisa memakan diri. Mereka tidak kebal dan tidak selama-lamanya kebal undang-undang!
  • Dan tentunya kita tidak boleh bersetuju dengan pandangan sesetengah daripada mereka yang suka mengatakan bahawa Wawasan 2020 tidak boleh dicapai hanya kerana negara masih mempunyai undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970). Apa kena mengena, akta tersebut dengan keboleh-langsungan produktiviti negara?
  • Namun apa yang pasti, sesebuah negara yang aman, seperti Malaysia, dan tidak seperti Thailand, atau Mesir, contohnya, tentunya akan dapat merancakkan lagi kegiatan ekonominya untuk terus berdaya saing. Tanpa gangguan yang akan merencatkan perjalanan ekonominya.
  • Mungkin juga Singapura, jiran kita yang mempunyai kepelbagain kaum yang tinggi sama seperti kita, boleh dijadikan contoh. Singapura maju dan menjadi tumpuan jutawan dan selebriti dunia, seperti Eduardo Saverin dan Gong Li, sekadar menyebut dua nama, bukan kerana nyanyian ‘Majulah Singapura’ yang menjadi mantra setiap rakyatnya. Ianya bukan juga dicapai dengan termansuhnya akta hasutan legasi penjajah seperti telahan ramai ‘cendiakawan-cendiakawan’ Malaysia.
  • Hakikatnya Singapura menawarkan kualiti hidup yang tinggi dengan prasarana moden dunia pertama dan dibantu pula dengan pelaksanaan undang-undang yang cekap dan berkesan.
  • Pendekatan ‘no nonsense’ yang diamalkan Singapura nampkanya berjaya mengekang kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti rusuhan daripada berlaku, seperti yang dapat kita lihat baru-baru ini, di Bangkok dan juga seperti yang kita semua pernah alami, di Kuala Lumpur itu sendiri beberapa tahun yang lalu.
  • Dan bukankah keamanan dan keharmonian hiduplah yang kita semua mahu? Malah Singapura, selain daripada lokasinya yang strategik, menjadi tumpuan ramai pemastautin tetap ‘high nett worth’, kata Kishore Mahbubani, Dekan dan Profesor di Lee Kuan Yew, School of Public Policy, adalah kerana keberadaan undang-undangnya yang walaupun dilihat ketat, namun menjadi sandaran dan keyakinan kepada mereka-mereka yang sangat cintakan keamanan dan keharmonian hidup.
  • Adakah kita, rakyat Malaysia, juga mencintakan keamanan dan keharmonian hidup seperti rakyat Singapura?
  • Dan kepada mereka-mereka yang masih berpendapat bahawa Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970) sebagai sesuatu yang kuno dan tidak sesuai dengan tahun 2014, kita ingin bertanyakan adakah mereka juga mempunyai pandangan yang sama terhadap Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukkan Malaysia?
  • Apa perlukah kita memansuhkan juga undang-undang tertinggi negara hanya kerana sesetengah daripada kita menganggapnya sebagai entiti kuno dan merupakan legasi penjajah British yang akan menghalang kita semua daripada mencapai Wawasan 2020? Mungkin kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Hapus Akta Hasutan boleh bagi pencerahan? – Oleh: Megat Rizal M.H