Wednesday 6 May 2015

Melayu Pulau Pinang tersiksa akibat sengketa rumah


  1. Sebutlah apa saja alasan, kerajaan Melayu Persekutuan memang tidak boleh bina rumah mampu milik di bawah RM80,000 seunit untuk orang miskin di Pulau Pinang. Hanya DAP saja boleh buat rumah, itu pun harganya sekitar RM400,000 seunit.  
  2. Penyudahnya semua Melayu miskin di negeri itu terus menyewa rumah milik kaum Cina dengan kadar mahal. Gaji kecil mereka dibuang begitu saja untuk membayar sewa rumah melebihi RM1,000 sebulan.
  3. Menang kalah mana-mana parti politik di Permatang Pauh tidak akan mengubah apa-apa, Melayu marhaen Pulau Pinang tetap tersiksa dan menderita.
  4. Buktinya, ketika Kerajaan Persekutuan sedang rancak membina rumah mampu milik di seluruh negara, DAP Pulau Pinang tidak mahu bekerjasama malahan menolak projek itu dengan alasan tersendiri.
  5. Kedua-dua kerajaan (pusat dan negeri) tidak rugi apa-apa jika projek itu terkandas, tergendala, terbenam atau tak jalan langsung, tetapi bagaimana pula dengan nasib rakyat miskin Pulau Pinang.
  6. Tak sebesar kuku kaum Cina miskin di pulau termahal itu, tetapi seluas lautan rakyat miskin Melayu menghuni di situ sejak zaman berzaman. Kalau dahulu mereka terpinggir oleh Cina Gerakan, kini mereka terus dipinggir oleh Cina DAP.
  7. Bagi mereka yang tinggal di luar Pulau Pinang dan tidak tahu apa-apa mengenai isu rumah mampu milik di pulau mutiara, ringkasan perang antara kerajaan Melayu Persekutuan dan kerajaan Cina Pulau Pinang pada hari ini mungkin dapat memberi iktibar untuk mereka.
  8. Dari Persekutuan, seorang menteri Melayu mengatakan DAP sengaja melewatkan kelulusan pembinaan rumah mampu milik, walaupun JKP dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dipertanggungjawabkan projek itu cuba menyelesaikan isu berbangkit.
  9. Katanya, kerajaan Cina DAP seolah-olah sengaja melambatkan kelulusan walaupun JKP dan Perda bersikap penuh berhemah dalam menyelesaikan segala isu yang berkaitan.
  10. Surat sudah dihantar dan permohonan untuk bertemu sudah dikemukakan oleh JKP dan Perda. Tiga tahun berlalu, kelulusan belum juga diberi.
  11. Selepas beberapa tahun merayu bagi pihak rakyat Melayu miskin Pulau Pinang, JKP dan Perda akhirnya dapat menemui wakil kerajaan negeri DAP pada Disember tahun lalu. Seperti diduga, kerajaan negeri mengubah peraturan bagi pelaksanaan projek perumahan oleh JKP dan Perda.
  12. Lima bulan berlalu tanpa apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan beranggapan, dengan mengambil alih peranan kerajaan tempatan menerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng, keadaan akan menjadi lebih mudah. Rupanya kerajaan tersilap.
  13. Seperti diduga, DAP sudah menyediakan jawapan. Seorang pemimpin Cina memberitahu kerajaan Persekutuan bahawa permohonan Perda dan JKP sudah ditolak.
  14. DAP mendakwa dua agensi itu memasukkan projek pembangunan hartanah sehingga RM1.8 juta di pulau dan RM800,000 di tanah besar melebihi harga rumah mampu milik yang sepatutnya kurang RM400,000 di pulau dan RM250,000 di tanah besar.
  15. DAP juga mendakwa agensi tersebut mahu membuat keuntungan melampau mencecah RM 149 juta dari projek tersebut.
  16. Menteri Melayu dari kerajaan Persekutuan  bagaimana pun menafikan dua agensi itu mementingkan keuntungan semata, dan berkata pulangan tahunan menunjukkan mereka tidak mendapat keuntungan sejak ditubuhkan dengan hanya mencatat kira-kira RM2 juta "pada tahun yang baik" walaupun mengeluarkan modal besar.
  17. JKP dan Perda juga mencatat kerugian besar dalam tempoh 15 tahun dengan membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik, sehingga mencecah RM20 juta dalam beberapa projek.
  18. Dakwaan DAP mengenai rumah banglo berharga RM1.8 juta seunit, hakikatnya hanya 20 unit saja mahu dibina. Angka itu amat sedikit berbanding 9,500 unit rumah mampu milik yang akan dibina JKP dan Perda.
  19. Kebanyakan banglo itu merupakan rumah rehat mirip pusat peranginan yang akan disewa sebagai rumah rehat korporat. Unit-unit itu tidak akan dijual.
  20. Lalu apakah yang dapat kita simpulkan daripada kedegilan Cina DAP mengenai projek rumah mampu milik untuk Melayu Pulau Pinang?
  21. Ya benar. Cina DAP mahu `mensabotaj’ dan mengamalkan `politik dendam’. DAP menuduh kerajaan Melayu Persekutuan cuba mengeksploitasi kepentingan rakyat Pulau Pinang melalui perumahan mampu milik.
  22. Wal hal apa yang nyata Cina DAP dilihat sedang mengeksploitasi dan menghapuskan kepentingan Melayu pulau itu. Mereka percaya Melayu miskin tak mampu menyewa di pulau itu dan akan lari ke tanah besar hingga ke Kedah.
  23. Lalu empayar Cina DAP akan kekal dan kukuh di pulau termahal itu. Kalau dahulu pulau itu dikuasai Cina Gerakan (sebelum merangkak masuk dalam BN), kini Cina DAP meneruskan penguasaan di situ. Dan selama itulah Melayu Pulau Pinang akan terus menderita kecuali mereka yang sememangnya kaya raya dan dari keturunan bangsawan.
  24. Pengukuhan empayar DAP hanya boleh dibuat jika majoriti Melayu diusir dari pulau itu dengan cara yang paling bertamadun tetapi amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
  25. DAP melihat bagaimana Umno berbuat apa saja untuk memperkukuh bangsa Melayu di peringkat nasional, maka mereka mahu berbuat pekara yang sama menerusi Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
  26. Akhirnya Melayu Pulau Pinang akan berbondong bondong keluar dari pulau itu untuk berteduh di Kedah di bawah kepimpinan Melayu. Maka lupakanlah hasrat untuk bersemenda dengan bangsa Cina kerana mereka sejak zaman dahulu tidak sudi menjadi sahabat bangsa Melayu.