Sunday 5 June 2011

TNB jadi Kuda Belasahan - kata Ani Arope

YB: When we overlooked, it will overcooked.
Laporan FaceBook
  1. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) kerana menaikkan tarif elektrik.
  2. Ani dilaporkan berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah sejak 20 tahun lalu.
  3. Beliau berkata EPU memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
  4. “Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang pernah menerajui TNB antara 1990 hingga 1996.
  5. “Dengan fasal ambil dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
  6. “Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.
  7. Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
  8. Ani pernah menggemparkan TNB 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)
  9. Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff.
  10. “TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.