Sunday 12 April 2015

Kem Umno membengkok gara-gara isu jambatan bengkok


  1. Konflik jambatan bengkok yang dibangkitkan semula oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sejak kebelakangan ini telah menjadikan kem Umno semakin membengkok.
  2. Sebahagian ahli melencong kembali ke pangkuan Dr Mahathir, setengah pula membengkok badan dan menundukkan kepala sambil berkata `yes sir’ kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau adalah Perdana Menteri.
  3. Dua lencongan kian melebar apabila Najib membalas kritikan Dr Mahathir pada program `Soal Jawab’ di TV3 baru-baru ini.
  4. Najib dalam program itu antara lain berkata Dr Mahathir menyuarakan dua perkara dalam satu perbincangan yang pernah diadakan sebelum ini iaitu mengenai cadangan pembinaan jambatan bengkok dan isu 1MDB.
  5. Kata Najib, dia hormati pandangan Dr Mahathir, namun atas tugas sebagai Perdana Menteri beliau membuat keputusan tanpa dipengaruhi atau dikawal individu tertentu.
  6. Lantas Dr Mahathir menjawab semula di media, "Bridge ini .... kalau tak buat, saya matikah?" jelas beliau dalam klip video di blog "Din Turtle" yang dirakamkan dalam satu pertemuan beliau dengan sekumpulan blogger anjuran Bloghouse di ibu negara.
  7. Kata Dr Mahathir lagi, Najib pernah berjanji akan menyambung impiannya untuk membina jambatan itu yang terhenti seketika apabila bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan daripadanya pada 2003. Jawatan itu kemudiannya disandang Najib pada tahun 2009.
  8. "Harapan saya, bila Pak Lah (Abdullah) sudah tidak ada (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan itu, dan lain-lain seperti laluan kereta api, macam-macamlah.
  9. "Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tetapi Pak Lah tak buat.
  10. "Jadi, Najib pada satu masa ada menyebut, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kita hendak buat. Selepas itu apabila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata beliau lagi.
  11. Dr Mahathir juga menafikan beliau mempunyai sebarang kepentingan dalam pembinaan jambatan itu.
  12. "Saya tidak seronok sikitlah apabila dia (Najib) tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.
  13. "Tapi saya punya sikap, berlainan sikit daripada orang lain. Saya tak nak 'kow tow' (tunduk) kepada Singapura," dakwanya lagi.
  14. Cadangan pembinaan projek jambatan bengkok oleh Dr Mahathir sebelum ini dilihat akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor.
  15. Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu juga dilihat sudah lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari.
  16. Pembinaan jambatan bengkok dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia apabila rakyat Singapura tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk ke Johor.
  17. Selain itu, cadangan jambatan bengkok dengan ketinggian 25 meter dari aras tanah dilihat akan menarik kapal-kapal dagang kecil untuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor, tanpa perlu melakukan perjalanan yang lebih jauh melewati Singapura.


MB Kedah jadi sasaran mencantas kem Mahathir


  1. Umno Kedah bergolak seketika apabila ramai pemimpin negeri mahu Datuk Seri Mukhriz Mahathir segera mengosongkan kerusi Menteri Besar Kedah jika tidak lagi boleh menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang.
  2. Mereka mengingatkan Mukriz bahawa Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Adun BN, sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.
  3. Panas juga telinga apabila mendengar amaran itu selepas UMNO Kedah mengadakan perjumpaan tergempar semalam. Perjumpaan itu diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri yang mana MB Kedah juga hadir sama.
  4. Malangnya perjumpaan itu tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan apabila Mukhriz menyatakan dia akan membuat pendirian sokongan selepas siasatan 1MDB selesai.
  5. Ramai pemimpin Umno terkejut dengan Mukriz dan melahirkan kecewa dengan tindakan MB Kedah yang dikatakan bermain tarik-tali dan enggan membuat kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Najib.
  6. Mereka mendakwa 1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib. Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.
  7. Mukhriz dikatakan akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri selepas siasatan terhadap 1MDB selesai. Beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat.
  8. Kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh beberapa pemimpin Umno dengan menegaskan isu sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.
  9. Manakala pengajur perjumpaan itu mula pening kepala. “Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang,” kata penganjur.
  10. Sudah tentu kenyataan muktahir dari Mukhriz itu akan dicatat dalam diari peribadi Perdana Menteri dan besar kemungkinan lineup baru nanti, Mukriz mungkin akan dipanggil ke Persekutuan untuk `disejuk bekukan’ dengan menyandang menteri yang berkuku tumpul.
  11. Itu pun kalau pada PRU14 nanti BN masih mampu mempertahankan majoriti tipis yang ada sekarang. Rasa kurang yakin rakyat terhadap kerajaan timbul apabila Dr Mahathir berulang kali menyebut BN mungkin akan tewas pada PRU itu jika Najib masih menjadi Perdana Menteri.
  12. Bara cantas mencantas di dalam Umno sudah menular pada kerusi Timbalan Perdana Menteri dan kini usaha itu menyelinap ke Kedah. Selepas ini siapakah agaknya sasaran baru gerakan mencantas pemimpin Umno.  


Ismail Sabri kena spin atau terlepas cakap


  1. TAK  MUNGKIN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berani menyebut sesiapa yang tidak percaya sumpah laknat dibuat Perdana Menteri (berkaitan Altantuya)’ dianggap sebagai tidak mempercayai Allah’.
  2. Sebagai menteri beragama Islam yang bersolat lima waktu sehari, beliau mempunyai asas ilmu agama Islam dan pendidikan akademik yang baik untuk sekurang-kurangnya membezakan yang mana halal, haram, baik, buruk, munafik dan syirik.
  3. Lalu mengapa ucapan beliau di Kota Kinabalu disiarkan sebagai ‘Umat Islam tidak mempercayai Najib tidak percaya Allah’. Apakah beliau terlepas cakap atau ucapannya kena `spin' oleh akhbar Sabah.
  4. Perenggan pertama akhbar itu merupakan kesimpulan penulis (Tracy Patrick) atau sub-editor, atau editor, atau editor berita atau ketua editor yang sengaja berbuat demikian bagi menggalas aspirasi, ideologi dan fahaman pemodal akhbar.
  5. Oleh kerana sidang editorial mahu membawa fahaman pemodal, lalu akhbar itu mengkritik atau `spin’ kenyataan menteri malang itu Kota Kinabalu atau di mana saja di atas muka bumi ini.
  6. Jika tak percaya, tunggu dan lihat bagaimana menteri Melayu yang malang itu menafikan tulisan di akhbar berkenaan. Jika tidak menafikannya, memang mencari `bala' si menteri malang itu.
  7. Setakat ini kebanyakan blog cukup suka memviralkan keratan akhbar itu sambil membuat ulasan mengikut emosi dan ideologi masing-masing.
  8. Maknanya jika blogger itu anti kerajaan, maka inilah keratan akhbar yang sesuai untuk membelasah menteri Melayu, manakala blooger pro kerajaan pula tak tahu nak sebut apa kerana terkedu dengan kenyataan sebegitu rupa.
  9. Hanya mereka (blogger) yang pernah terbabit dalam industri media cetak dan elektronik sahaja yang faham bagaimana berlaku kebocoran atau ketergelinciran maklumat dari landasan fakta.
  10. Blogger anti kerajaan, sepantas kilat memviralkan keratan akhbar itu dengan mendakwa menteri Melayu itu cuba mengaitkan sumpah Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.
  11. Ditambah dengan kutukan, blogger berniat jahat membakar sentimen dengan menuduh menteri itu begitu mudah membuat kesimpulan sekiranya orang ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah.
  12. Benar berkhutbah mereka, bahawa sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya  kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya. Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang ‎mengetahuinya.
  13. Benar juga ayat  Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik. Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan‎ — Surah Al-Munafiqun ayat 2.
  14. ‎Akhirnya blogger berniat jahat (kebanyakannya di kalangan Melayu dan beragama Islam juga) mendakwa bahawa perbuatan menteri itu dikatakan menjual agama demi sokongan politik. Sudah dapat diagak kesimpulan mereka.
  15. Namun apa yang `blogger jalanan' tidak nampak ialah bagaimana sistem kepolitikan dalam akhbar tertentu dicipta sebegitu sistematik sehingga apa saja yang diucap oleh menteri BN akan menjadi bahan putar belit.
  16. Paling ketara ialah Malaysian Insider, MalaysiaKini, Roket Kini, Rakyat News, Selangor Kini, FMT dan disususli beberapa portal dan akhbar berhaluan kiri dari Sabah.
  17. Tak apalah. Apapun blog dan portal bukannya sumber berita sahih dan bertanggungjawab. Ia sekadar luahan perasaan blogger yang apa yang mereka nampak dan terjentik di hati. Mereka pun berselindung di sebalik server seperti Google, Yahoo, Facebook yang menyembunyikan identiti mereka. Itulah dunia blogger.
Ternyata beberapa jam selepas disiarkan, menteri berkenaan segera menjawab menerusi The Star Online:
  1. Datuk Seri Ismail Sabri (pic) has refuted a newspaper report in which he is alleged to have said that not believing in Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is akin to not believing in God.
  2. Speaking to The Star Online, the Agriculture and Agro-based Industry Minister said he was quoted out of context by Sabah Daily Express in a report which has gone viral on social media.
  3. "The headline is wrong! Even the statement is not correct," he said, referring to the daily's headline 'Don't believe Najib means don't believe in Allah'.
  4. "In my speech, I said Datuk Seri Najib had taken his oath in a mosque, reciting 'Wallahi Wabillahi Watallahi'.
  5. "As Muslims, we need to believe Najib's oath that he did not know or have anything to do with the individual said to have been linked to him. That is all," Ismail said.
  6. The report had quoted the minister as saying that Muslims ought to believe in Najib's sworn statement as he had recited the oath three times, including in a mosque. If we don't, that means, we don't believe in Allah," Ismail was quoted as saying. Ismail added that he had witnesses to back his claim that he was misquoted.
  7. "The report is incorrect. This was said at an official function. I have a lot of witnesses," he said.

Operasi Umno singkir Muhyiddin Yassin


  1. Maklumat terkini yang diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin telah menjadi mangsa pertama dalam kemelut kepimpinan Umno masakini.
  2. Difahamkan Mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang lewat semalam telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tradisi melantik Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN untuk mengetuai kempen pilihanraya kecil.
  3. Sebaliknya amanah Presiden Umno itu kini dianugerahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi (untuk kempen BN bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh ) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (bagi PRK kawasan Parlimen Rompin).
  4. Tidak pasti jika Muhyiddin yang kini berada di Jakarta  untuk lawatan kerja telah dimaklumkan terlebih dahulu ataupun beliau sendiri telak menolak tanggungjawab tersebut.
  5. Kenapa Muhyiddin memilih untuk ke Jakarta dan tidak menghadiri mesyuarat penting Biro Pengurusan Umno di Kuala Lumpur?
  6. Walau apa pun, perkembangan yang agak mengejutkan ini pasti akan menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya akan hubungan diantara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan beliau.
  7. Satu lagi perkembangan yang akan mengeruhkan lagi keadaan serta menimbulkan pelbagai spekulasi ialah ura-ura akan tindakan menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
  8. Jika maklumat di-atas adalah benar serta sahih, apa maknanya? Apakah Najib sudah tidak lagi mempercayai Muhyiddin atau mungkinkah Muhyiddin sudah tidak yakin dengan Najib?
  9. Apakah sudah bermula langkah drastik untuk memperkukuhkan kedudukan Najib dengan menyingkirkan Muhyiddin yang hangat diperkatakan sebagai individu paling layak menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bila Najib terpaksa berundur?
  10. Sementara menunggu pengesahan/penafian atau pengumuman rasmi akan perkara yang disebut di-atas, marilah kita sama-sama mendengar serta mengambil iktibar dari nasihat ikhlas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
  11. Kata orang nasihat ini masih panas dan berhubungkait dengan kemelut kepimpinan dalam Umno. Saya tidak pasti, biarlah para pembaca sekalian yang membuat kesimpulan masing-masing.
  12. Untuk makluman, Umno Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu di Seremban. – Blog Apanama


UAI nasihat Najib bina negara bukan pakai jari telunjuk



  1. Ustaz Azhar Idrus (UAI) memang terkenal dengan jenakanya dalam loghat Terengganu. Kemana saja beliau berceramah, pasti tidak kering gusi. Namun dalam berceramah soal dunia dan akhirat, UAI juga sesekali memberi nasihat kepada beberapa pemimpin negara.
  2. Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dinasihati UAI dalam nada jenaka tetapi perlu diberi perhatian serius. Antara jenaka ceramahnya ialah dengan meminta Najib membangunkan negara seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahthir iaitu dengan membina sesuatu yang baru untuk rakyat.
  3. Katanya, Dr Mahathir pada ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak berjasa pada negara walaupun ramaiorang kata dia `jahat sikit'. Dr Mahathir telah membina Petronas, Putrajaya, lapangan terbang baru, kereta Proton, kilang besi dan bermacam-macam lagi.
  4. UAI berjenaka lagi dengan mengatakan Perdana Menteri hari ini (Najib) hanya cipta simbol `jari telunjuk' saja untuk mentadbir negara. Najib dinasihatkan supaya mencontohoi pembangunan yang dilakukan oleh Dr Mahathir, barulah rakyat Malaysia akan sentiasa menghormatinya.
  5. Ceramah video UAI itu ternyata satu sindiran dalam bentuk jenaka atau lebih popular dipanggil `sacarstic jokes' namun Perdana Menteri perlu mengambil kira nasihat itu dengan serius iaitu berusaha membangunkan negara dengan lebih agressif.
  6. Agresif bukan bermakna menubuhkan 1MDB untuk melabur di luar negara dan hasilnya entah bila dibawa masuk dan daedahnya untuk siapa. Di mana peluang kerja atau peluang niaga yang 1MDB berikan kepada rakyat Malaysia.
  7. Memang benar 1MDB mirip kepada konsep pelaburan Temasik Holdings yang dilakukan oleh kerajaan Singapura pada zaman Lee Kuan Yew dan anaknya. Malah mungkin ia `copy cat' dari negeri jiran kerana pengendali projek 1MDB juga adalah bangsa bukan Melayu yang teruja dengan kejayaan `bapa angkat' dari Singapura yang baru saja `mati tua' baru-baru ini.
  8. Rakyat pun sudah menyampah nak bercerita soal 1MDB yang tak berkesudahan dan Najib sememangnya disahkan gagal menasihati projek ini, tak kiralah berapa ruginya kerana angka kerugian hanya akan lebih memaskan hati masyarakat.
  9. Kini negara dilanda badai GST. Kartel perniagaan yang dikuasai bangsa Cina memang menunggu saat seperti ini untuk mengenakan beban kepada pengguna walaupun perundangan menghalangnya.
  10. Bila bebanan `mencanak', rakyat akan menyalahkan kerajaan kerana melaksanakan GST dengan pelbagai janji manis iaitu harga barangan dan perkhidmatan pasti turun. Apabila keadaan sebaliknya berlaku, kerajaan berkata berilah tempoh dalam tiga hingga enam bulan lagi untuk keadaan kembali stabil.
  11. Secara lojik kalau diberikan tiga tahun pun, keadaan akan kekal kerana harga yang sudah dinaikkan tidak akan diturunkan walaupun dengan paksaan. Ini semuanya memang komplot peniaga Cina untuk menjahanamkan pentarbiran kerajaan yang ada sekarang.
  12. Lalu Najib menyerahkan kepada menteri seperti Ahmad Maslan untuk menyejukkan hati rakyat dengan pelbagai janji manis, manakala rakannya menteri KPDNKK pula tidak pernah menyerang peniaga-peniaga Cina yang menaikkan harga sesuka hati.
  13. Paling jauh pun,pengguna dinasihatkan menggunakan kuasa untuk tidak membeli di kedai yang menjual harga mahal. KPDNKK dan mana-mana menteri (kecuali Menteri Pertanian), tidak pernah meminta orang ramai memboikot peniaga Cina yang berkomplot itu kerana takut diklasifikasikan rasis.
  14. Ketakutan itu menjadikan peniaga Cina di Malaysia bermaharajalela, manakala Perdana Menteri tidak langsung mahu menegur peniaga berniat jahat yang menghuru harakan situasi harga barangan dan perkhidmatan.
  15. Di mana Najib ketika rakyat sedang kepayahan berenang di lautan GST. Yang muncul hanya KPDNKK kerana itu bidang kerjanya. Sebab itulah manusia seperti Ustaz Azhar Idrus terpaksa menyindir Perdana Menteri kerana sikap lembap menjadikan rakyat semakin benci.