Wednesday 20 April 2011

Semua Rakyat 18 Tahun Ke Atas Dapat E-mel Peribadi



PUTRAJAYA: Mulai Julai 2010 warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memiliki e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia bagi menerima makluman kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan kerajaan.

Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga melengkapi beberapa perkhidmatan online kerajaan  seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi elektronik (e-kerajaan), MyEG. 

 Laman portal sehenti itu dibangunkan oleh Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan permohonan kerakyatan menerusi pautan. 

E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan khidmat berkaitan kerajaan. Kerajaan akan meletakkan notis dan pengumuman penting dalam e-mel pengguna.


Tricubes sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas. 

Faedah. Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan. Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan.