Tuesday 24 May 2011

IPP subsidies cannot be removed, says MCA President


YANG BENAR: Dalam pada rakyat menikmati subsidi petrol semakin sedikit, MCA tidak mahu kerajaan mengurangkan subsidi berbilion ringgit kepada industri pengeluar tenaga (IPP) dengan alasan perjanjian subsidi sudah dimeterai.
  Atas nama pembangunan, rakyat perlu menanggung beban kemelesetan ekonomi bersendirian manakala industri pula mencari alasan tidak mahu menanggung beban itu bersama rakyat.
  Buktinya, MCA secara terus terang memberi amaran kepada kerajaan supaya jangan menyekat subsidi kepada industri tenaga. Kenyataan berikut jelas mempamerkan sikap kapitalis.


KUALA LUMPUR — The government cannot remove billion-ringgit subsidies for independent power producers (IPPs) as it is tied up in agreements with them, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said today.
  The DAP has said that the government would only spur inflation by removing the diesel super subsidy before cutting “big opium” gas subsidies worth RM19 billion for IPPs and commercial power sectors.
  “Because the government is tied up in a lot of agreements, this (subsidy) cannot just be abolished,” 
  “Then Malaysia will be recognised in the world as one government who does not honour its agreement. That’s wrong,” Chua said.
  He said some of the agreements were due to lapse and the government could then start negotiations.

RON95 dijangka naik 20sen


Laporan AMRESEARCH

KUALA LUMPUR — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.
 Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
 Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
 Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
 Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
 Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
 Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
 AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
 “Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
 Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
 Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.
 “Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.
 Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008 - ENDS