Tuesday 14 April 2015

Singapura larang rakyat ambil alkohol, Malaysia bagaimana


  1. Sesekali elok juga kita jenguk apa yang berlaku di negara jiran. Khabarnya Singapura telah memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat awam selepas 10.30 malam hingga 7.00 pagi.
  2. Lebih dari itu, `zon kawalan alkohol’ telah diwartakan iaitu di Little India dan Geylang yang mana pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada semua masa pada hujung minggu dan cuti am.
  3. Melalui akta yang baru diluluskan pada awal tahun ini, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan dikenakan denda SG$1,000.
  4. Bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda SG$2,000 dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.
  5. Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga SG$10,000.
  6. Ketika perundangan itu dilaksanakan, tiada siapapun melancarkan demonstrasi atau perhimpunan aman untuk membantahnya.
  7. Biarpun ada sedikit rungutan namun rakyat Singapura bertolak ansur dengan peraturan baru itu kerana ia membawa kebaikan kepada mereka walaupun industri alkohol terjejas sedikit kerana waktu berniaga dihadkan.
  8. Apakah agaknya reaksi orang ramai jika peraturan seumpama itu dilaksanakan dalam perundangan sivil di Malaysia.
  9. Pastinya ramai akan memberontak, berdemonstrasi berguling-guling atas jalan, bakar lilin sampai ke subuh sambil memaki hamun kerajaan.
  10. Semestinya juga ramai akan mendakwa bahawa hak dan kebebasan mereka dalam Perlembagaan Persekutuan telah dicabul atau diperkosa.
  11. Blog dan media sosial pro pembangkang yang diberi kebebasan berbicara sudah tentu terkinja-kinja menyebar fitnah dan apa jua keburukan kerajaan dengan akta itu.
  12. Kelihatan dalam kes ini, Pas sudah mula menyindir bahawa Malaysia yang mempunyai 56.4% rakyat berbangsa Melayu dan 61.3% beragama Islam tidak dapat membuat peraturan yang baik mengenai pengambilan arak.
  13. Malah Pas dengan bangga membentang laporan Organisation (WHO) 2011 yang mencatat Malaysia sebagai negara pengguna alkohol yang ke­10 terbesar di dunia walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara­negara lain.
  14. Pas juga membentang statistik oleh sebuah badan antarabangsa yang mengatakan rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.
  15. Pas mendakwa lagi, walaupun angka ini adalah rendah berbanding negara­negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara­negara Asia. Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak 11 liter per kapita. Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.
  16. Parti itu menggesa kerajaan bersikap serius dalam isu pengambilan arak kerana sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14% rakyat berbangsa Melayu dan 14.9% beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang­undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.
  17. Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan ruh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat. Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.
  18. Akhir sekali Pas menyeru dan mendesak Kerajaan Malaysia agar segera memulakan inisiatif untuk menguatkuasakan larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan penjualan secara terbuka di kedai­kedai runcit.
  19. Cantik juga cadangan Pas itu, namun pada masa yang sama parti itu perlu menasihati kerajaan Kelantan supaya melarang semua pusat hiburan dan kelab malam daripada menjual arak kerana di situlah sarang maksiat.
  20. Tak cantiklah kalau kerajaan negeri mengatakan bahawa golongan bukan Islam Kelantan berhak menikmati hiburan dan arak di kelab malam wal hal ini soal maruah kepimpinan Islam Kelantan, bukannya `kerajaan syaitan’ seperti yang disebut oleh ulama bebas Ustaz Azhar Idrus.
  21. Pendekata soal arak, judi, tenung nasib dan berhala perlu ditangani secara bersama termasuk ulama, imam, kerajaan negeri, kerajaan pusat, menteri, timbalan menteri,  menteri besar dan ketua menteri.
  22. Adapun di peringkat persekutuan sudah ada peraturan syariah berkaitan pengambilan, jualan dan pengimportan arak membabitkan umat Islam, bukannya tak ada undang-undang langsung. Pas pun tahu perkara itu.
  23. Kebanyakan Enakmen Jenayah Syariah Islam mengikut negeri masing-masing, bagi kesalahan minum arak, mereka dikenakan hukuman tidak melebihi RM3,000 atau  penjara tidak melebihi 2 tahun atau  kedua-duanya.
  24. Bagi umat Islam yng membuat, menjual, menawarkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan ataupun membeli, jika sabit akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
  25. Pahang dan Kelantan, semua kesalahan itu dikenakan hukman yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak lebih 3 tahun, disebat tidak melebihi 6 sebatan.
  26. Bagi perundangan hudud pula, hukuman tidak kurang daripada 40 sebatan dan tidak lebih dari 80 sebatan. Boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
  27. Semuanya sudah ada enakmen yang wajar. Cuma apakah hukuman itu perlu ditambah atau penguatkuasaannya yang patut ditambah, Pas dan semua parti yang ada pemimpin Islam perlu duduk berbincang kaedah terbaik untuk semua orang, bukan berteriak di padang mengutuk kerajaan sipolan atau negara bapak sipolan.
  28. Kita tinjau apa kata Ustaz Azhar Idrus seperti yang dipaparkan dalam video klip di bawah. Ustaz itu menghadiahkan ceramah itu kepada semua pemimpin Islam di peringkat Persekutuan dan Negeri: