Sunday 29 May 2011

Kerajaan Haramkan Beer Halal


 
 Oleh BERNAMA
  1. PADANG Serai - Umat Islam disarankan tidak minum sejenis beer yang didakwa sebagai "halal" kerana minuman itu mengandungi alkohol lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata syarikat itu mendakwa beer berkenaan hanya mengandungi 0.01 peratus alkohol sedangkan ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol sebenar 0.5 peratus.
  3. Jakim dan kerajaan Malaysia akan melarang penjualan minuman itu kepada umat Islam berkuatkuasa serta merta.
  4. Beliau mengulas kenyataan sebuah akhbar melaporkan "beer halal" sangat popular di kalangan umat Islam di Malaysia. Jus buah-buahan itu mengandungi alkohol 0.5 peratus.
  5. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman mengikut hukum Islam berada di bawah 0.01 peratus.
  6. Paras itu dibenarkan kerana alkohol boleh terbentuk secara semulajadi dalam makanan dan minuman.
  7. Arak halal itu diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah, terdapat di kafe-kafe di Malaysia dan dijual dengan harga antara RM3 dan RM5 sebotol botol.