Monday 16 March 2015

Jentera prepaid DAP serang kerajaan Kelantan

  • Disebabkan ketakutan terhadap Rang Undang-Undang Hudud yang bakal menyatukan umat Melayu Islam, jentera berbayar Pakatan Rakyat terutama DAP telah melancarkan pelbagai serangan ke atas kerajaan PAS Kelantan.
  • Kalau dahulu pemimpin tertinggi DAP sentiasa memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membandingkan pentadbirannya setaraf dengan pemimpin zaman Khulafa Ar Rasyidin, kini DAP menghina Hadi bagaikan haiwan.
  • Semuanya gara-gara perundangan hudud yang bakal menjadi kenyataan di Kelantan. DAP menentang bukan kerana tidak selesa dengan perundangan itu tetapi kerana bimbang dengan penyatuan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari Kelantan.
  • Sebab itulah DAP bersusah payah mengutuk PAS sambil dikatakan mengupah `jentera prabayar’ untuk mengkritik Islam secara terbuka.
  • Pelik bin Ajaib. Ketika rang undang-undang hudud mahu dibentangkan ke sidang DUN Kelantan selepas mendapat persetujuan Sultan Kelantan dan Umno Kelantan, DAP dan `jentera prabayar’nya cuba meraih simpati rakyat dengan membawa kaji selidik Merdeka Centre yang mana pengendali dan juga responden kajian itu dikatakan `geng prabayar’ pakatan berkenaan.
  • Baru-baru ini kajian Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia mahukan kerajaan Kelantan memberi fokus terhadap usaha pemulihan dan pembinaan semula rumah mangsa banjir berbanding pelaksanaan enakmen hudud.
  • Pusat kajian prabayar itu mendakwa tinjauan yang dilakukan terhadap 1,008 pengundi, sebanyak 84 peratus reponden berpendapat Kelantan perlu memberi tumpuan kepada pasca pemulihan banjir, dan pandangan yang sama turut disuarakan oleh sejumlah 81 peratus pengundi Melayu Muslim seluruh Semenanjung Malaysia.
  • "Pada padangan kami, cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk menarik perhatian terhadap enakmen kanun jenayah hudud ini tidak akan meningkatkan kedudukan parti memerintah negeri (PAS) dikalangan pengundi Kelantan ataupun pengundi Muslim di peringkat nasional.
  • "Perkara ini mengimbas semula prestasi teruk parti tersebut semasa pilihanraya umum 2004 dibawah manifesto 'Negara Islam' yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan hampir kalah di Kelantan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat kajian itu.
  • Tambah kenyataan itu lagi, penemuan kajian tersebut selari dengan dapatan kajian Merdeka Center yang dilaksanakan pada April 2014.
  • "Dalam kajian tersebut, didapati majoriti (58%) responden Melayu Muslim merasakan negara Malaysia ini belum bersedia untuk melihat kanun jenayah hudud dilaksanakan," petik kenyataan berkenaan. 
  • Kajian untuk melihat kecenderungan masyarakat terhadap hasrat kerajaan Kelantan itu dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research di antara 21 hingga 30 Januari 2015.
  • Ia melibatkan 1,008 pengundi yang terdiri daripada 60 peratus pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India yang dilakukan menerusi ditemubual telefon dan dipilih secara rawak berstrata. 
  • Ini ditambah dengan kenyataan pemimpin yang memecahbelahkan parti PAS (Dr Hatta Ramli) yang mendakwa isu banjir lebih memberi keutamaan dan keperluan.
  • "Kalau dalam suasana genting begitu (banjir), saya amat yakin jawabannya sudah diberikan pilihan antara tidur dan makan sebagai contohnya, tetapi kalau boleh orang akan pilih dua-dua, makan pun mahu, tidur pun mahu.
  • "Jadi kalau soalan meminta membuat pemilihan sedemikian, kerana melihat perkembangan itu belum dijalankan, jadi sewajarnya apabila ditanya, (pembangunan banjir) perlu diutamakan kerana itu," katanya.


Hampir 4,000 nikah di Thai setiap tahun

  • Hampir 4,000 pasangan rakyat Malaysia bernikah di Selatan Thai setiap tahun dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.
  • Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, pada tahun lalu saja seramai 3,831 pasangan bernikah di negara itu berbanding 3,485 pasangan pada 2013.
  • Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.
  • Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thai. Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal.
  • Beliau ditemui di sini hari ini selepas selesai mengiringi lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Wilayah Krabi, Selatan Thai sejak Jumaat.
  • Tuanku Syed Faizuddin yang disertai ahli-ahli majlis MAIPs mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di Selatan Thai membincangkan isu pengurusan nikah-kahwin, perakuan produk halal, pendidikan, permohonan bantuan dan sumbangan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah serta kerjasama dua hala untuk kepentingan umat Islam.
  • Mohd. Faizal berkata, warga asing yang memohon berkahwin itu pula berumur 20-an hingga awal 40-an dan pasport atau visa mereka hampir luput manakala kebanyakan wanita Malaysia yang menjadi pasangan mereka berumur 50-an.
  • Majoriti pasangan Malaysia adalah penduduk negeri-negeri yang bersempadan dengan selatan Thailand iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tetapi jumlah itu tidak termasuk yang berkahwin menggunakan khidmat sindiket, katanya.
  • Menurutnya sindiket mengenakan bayaran perkhidmatan RM5,000 hingga RM7,000 dan mendakwa RM2,000 untuk dibayar kepada pegawai tertentu di pejabat Konsul.
  • "Saya menyangkal tuduhan ini tidak benar walaupun mangsa-mangsa sindiket tidak mengadu kepada pejabat Konsul mungkin kerana tidak mahir dan bergantung kepada ejen. Mereka hanya sedar ditipu setelah pulang ke Malaysia," katanya.
  • Mohd Faizal berkata kos perkahwinan dengan lima MAI yang diiktiraf iaitu Yala, Pattani, Songkhla, Narthiwat dan Satun antara RM400 hingga RM500 sahaja dan setiap permohonan itu akan disiasat oleh Pejabat Konsul. - BERNAMA


DAP bantah hudud kerana takut Melayu bersatu

DAP takut Melayu bersatu menerusi perundangan Hudud
  • Bangsa Cina terutamanya mereka yang bersekongkol atau simpati kepada DAP ternyata semakin biadap hingga sanggup menentang cadangan undang-undang hudud di Kelantan walaupun sudah berulang kali ditegaskan perundangan itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang tidak menganut agama Islam.
  • Sebelum mereka dikatakan mengumpan wakil rakyat DAP supaya mengkritik teks khutbah masjid. Sebelum itu juga mereka tidak puashati dengan laungan azan yang mengganggu tidur mereka. Sebelum itu lagi mereka mahu agama mereka mendapat hak sama rata dengan Islam walaupun perlembagaan Malaysia sudah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan. Terlampau banyak kritikan mereka lemparkan terhadap Islam.
  • Mereka bebas mengkritik kerana perundangan sivil sudah menetapkan jika mereka diheret ke mahkamah, paling-paling pun mereka didenda RM400 kerana menghina orang secara terbuka. Mereka gembira kerana tidak terikat dengan perundangan syariah.
  • Maka dengan itu, mereka tidak langsung rasa bimbang untuk mengkritik Rang Undang-Undang Hudud yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
  • Kebiadapan bangsa Cina dapat dilihat dengan jelas apabila Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan tegas terhadap PAS Kelantan jika tetap berkeras membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 dalam sidang DUN.    
  • Dakwa Anthony, sebarang rang undang-undang mesti mendapat pandangan dan konsensus Majlis Pimpinan Pakatan.
  • Beliau mendakwa lagi, draf hudud yang dibentangkan pada mesyuarat Pakatan memeranjatkan wakil DAP dan PKR kerana ia menyerupai rang undang-undang baru dan bukannya beberapa pindaan kecil seperti yang dinyatakan pada asalnya.
  • "Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah, wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan telah membentangkan draf “Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015” yang mempunyai 71 fasal dan 4 Jadual.
  • "Draf rang undang-undang tersebut memeranjatkan semua wakil DAP dan PKR yang hadir kerana ia bukan merupakan satu draf pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 tetapi merupakan satu draf Kanun Jenayah Syariah 2015 yang baru yang merangkumi semua aspek dalam Kanun tersebut," dakwa Loke.
  • "Wakil DAP dan PKR membantah keras dalam mesyuarat tersebut dan menghujahkan bahawa ini bukan merupakan satu pindaan kepada Enakmen sedia ada tetapi merupakan satu rang undang-undang yang baru.
  • "Ia juga menunjukkan bahawa Datuk Nik Amar tidak bertindak jujur dan sengaja mengelirukan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat 8 Februari," dakwa Loke lagi.
  • Sehubungan iu Loke mengulangi pendirian DAP dalam isu hudud selama ini amat konsisten, jelas dan tegas iaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia.
  • Peliknya Loke mendakwa perlaksanaan hudud di Kelantan menyalahi Perlembagaan Persekutuan wal hal perlembagaan itu jelas menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Ini bererti cara mana agama rasmi itu dikendali dan dilaksanakan mesti dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.
  • Sudah berulang kali dikatakan bahawa hudud tidak akan dikenakan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Namun DAP tetap kepala batu dan tidak mahu menerima ketetapan itu.
  • Dalam bahasa lebih mudah, DAP merasakan bahawa perundangan negara yang mengiktiraf mereka sebagai rakyat Malaysia sudah mencukupi untuk mereka menolak apa saja yang mereka rasa tidak selesa tanpa mengambil kira sensitivity dan kepentingan bangsa teras.
  • Dalam bahasa politik, DAP dan manjoriti bangsa Cina di dalam parti itu makin `besar kepala’ dan kini mahu menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sikap mereka itu berbaloi kerana semakin hari semakin banyak mendapat sokongan undi.
  • Namun DAP dan bangsa pekoyokongnya terlupa satu perkara. Hudud mampu menyatukan bangsa Melayu Islam tanpa mengira parti. Lihatlah kesan selepas rang undang-undang hudud di Kelantan itu dikuatkuasakan. Tunggu.