Monday 11 May 2015

Muhyiddin juga bimbang kerajaan Melayu akan tumbang


  1. Segala isu yang melingkari UMNO perlu dijawab secara profesional dan ditangani dengan baik atau kerajaan Melayu yang memerintah negara sejak ratusan tahun bakal tumbang menjelang PRU14.
  2. Bangsa Melayu mungkin patah hati dan enggan memberi mandat kuasa pada musim akan datang jika UMNO dan kerajaan sedia ada tidak mengurus tadbir dengan baik.
  3. Kegelisahan itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam amanat sempena Ulangtahun UMNO Ke-69.
  4. Katanya, kewujudan sebuah kerajaan yang telus dengan tadbir urus yang baik menjadi keutamaan rakyat dalam membuat pilihan politik.
  5. Sebarang isu yang melibatkan soal ketelusan dan tadbir urus perlu dipandang berat dan jika terdapat masalah ianya perlu diselesaikan dengan segera. Ini termasuk isu 1MDB yang tidak boleh dibiarkan berlarutan.
  6. Setiap dakwaan mengenai penyelewengan dalam urusan 1MDB perlu segera disiasat secara bebas, telus dan adil dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
  7. Imej UMNO tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB. Tidak dinafikan orang Melayu masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap UMNO untuk membela nasib mereka.
  8. “Saya bimbang jika isu-isu yang melingkari parti kita tidak dapat dijawab dengan baik untuk terus meyakini rakyat tentang keikhlasan perjuangan UMNO, maka rakyat akan menolak UMNO dalam PRU dan kita terpaksa melepaskan amanah kepimpinan yang digalas selama ini,” jelas Muhyiddin.
  9. Katanya lagi, rakyat sedang memerhati tindakan dan pendirian UMNO dalam beberapa isu utama. Dalam isu hubungan kaum dan perpaduan nasional misalnya, rakyat sedang melihat ke mana arah tuju UMNO? Adakah UMNO akan terus menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang moderat, sederhana dan progresif atau berubah menjadi sebuah parti perkauman yang rasis dan ekstrim?
  10. Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap cabaran dan ujian yang dihadapi UMNO pada masa sekarang ini amat besar.
  11. Untuk itu UMNO tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya perlu bangkit dan berkerja keras, bersatu dan mengenepikan segala kepentingan sempit dan peribadi.
  12. UMNO Selangor pula menyeru supaya parti itu terus mendekati akar umbi. Sikap melupakan akar umbi hanya akan membuatkan UMNO lumpuh kerana mereka adalah nadi yang selama ini menjadi nyawa kepada perjuangan parti semenjak sebelum merdeka sehingga ke hari ini.
  13. Dalam mendepani cabaran yang sedia ada UMNO harus menambah keyakinan dan sokongan golongan muda di kalangan masyarakat Melayu.
  14. Golongan muda atas pagar sedang memerhatikan gelagat UMNO, sama ada UMNO ini benar-benar mendengar suara mereka atau tidak.
  15. Ramai lagi pemimpin UMNO melahirkan kegelisahan secara terbuka dengan situasi yang berlaku sejak kebelakangan ini.
  16. Sudah tentu puak pembangkang melihat kegelisahan itu sebagai `ubat batuk’ kepada rakyat agar terus membenci kerajaan dan UMNO.
  17. Hakikatnya, bangsa Cina, India dan lain-lain sudah lama membakar jambatan sokongan ke atas BN dan ia dibuktikan melalui PRU13.
  18. Kini mereka mengajak, memujuk dan merayu bangsa Melayu agar bersama-sama dengan mereka untuk terus membenci kerajaan dan UMNO.
  19. Jika kita perhati dengan teliti sejak merdeka, DAP tidak pernah menjalankan kempen membenci MCA atau MIC, sebaliknya sejak 1957 mereka telah melancarkan ribuan kempen hasutan hanya untuk membenci UMNO.
  20. Semakin ramai Melayu membenci bangsa dan pemimpin sendiri, semakin mudah DAP mengambil alih kerajaan Melayu UMNO.
  21. Jika dahulu ramai pemimpin Cina DAP berteriak membangkitkan pelbagai isu untuk menghentam kerajaan, kini mereka telah mengubah gaya serangan.
  22. Mereka menggunakan pemimpin Melayu untuk mengkritik habis-habisan ke atas UMNO, kerajaan Persekutuan dan barisan kabinet.
  23. Tanpa disedari ada segelintir pemimpin Melayu UMNO tidak sedar mereka diperalatkan secara percuma oleh DAP untuk mengkritik UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri, sambil mengertak bahawa BN akan tumbang pada PRU14.
  24. Kini Cina DAP ketawa riang dengan pelbagai isu baru yang dilihat menyebelahi mereka, antaranya 1MDB, Tabung Haji, gaya hidup mewah Perdana Menteri dan isteri.
  25. Melihat kepada perpecahan Melayu yang sebegini teruk, beberapa NGO Melayu telah mencari jalan untuk menyatukan bangsa dan agama, namun usaha mereka dicantas oleh jentera pembangkang.
  26. Sedihnya usaha perpaduan UMNO dan PAS telah dicemuh oleh bangsa Melayu sendiri terutama dari kalangan penyokong PAS.
  27. Mereka menyifatkan usaha itu adalah jerat penipuan UMNO, untuk itu PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP walaupun dihina setiap hari.
  28. Racun DAP cukup berbisa sehingga ramai bangsa Melayu `terkorban’. Malah ramai bangsa Melayu kini cukup teruja untuk melihat kerajaan Melayu tumbang pada PRU14.
  29. Sebelum lebih ramai Melayu terkorban di Malaysia, eloklah Melayu menoleh dan melihat nasib bangsa sendiri di Pulau Pinang yang ditindas dalam kelembutan Cina DAP.