Tuesday 24 December 2013

Lega kadar tol belum lagi dinaikkan

LEGA.... kdar tol belum dinaikkan lagi
  • Pengguna lebuh raya, khususnya di Lembah Klang boleh menarik nafas lega, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, apabila kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan tol yang menimbulkan kekecohan sejak dua minggu lalu, masih pada peringkat kajian sebelum dilaksanakan tahun depan.
  • Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, kelmarin menegaskan, kerajaan belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya.
  • Dalam kenyataan terbaharunya, beliau berkata kerajaan masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Ia termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula, melalui laman Facebooknya, berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat, terutama mengenai kenaikan kos sara hidup. Justeru, makmal PEMANDU itu akan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup.
  • Akhbar New Straits Times kelmarin melaporkan, hanya sembilan daripada 15 syarikat konsesi yang menghantar cadangan menaikkan kadar tol, mungkin dibenarkan berbuat demikian, bergantung kepada aliran tunai dan data trafik di lebuh raya masing-masing.
  • Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, kita yakin kenaikan tol tidak berlaku serentak dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari ini. Sekurang-kurangnya ia melegakan puluhan ribu keluarga terutama di Lembah Klang ketika mereka terpaksa berbelanja untuk tahun baru persekolahan anak nanti.
  • Jejas belanja bulanan. Keresahan rakyat, khususnya di Lembah Klang yang mempunyai 24 lebuh raya bertol, jika kadarnya dinaikkan, tidak sukar untuk difahami. Bagi mereka tol sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan setiap isi rumah membelanjakan antara RM100 hingga RM500 sebulan untuk bayaran tol.
  • Dengan kenaikan kos hidup di bandar yang semakin meningkat sekarang, kenaikan tol walaupun serendah 50 sen, pastinya menjejaskan belanja bulanan mereka terutama yang berpendapatan rendah. Apa lagi jika ia membabitkan kenaikan sehingga RM1 atau RM2. Separuh daripada pendapatan bulanan mereka terpaksa dibelanjakan untuk kereta, minyak, tol dan tempat meletak kereta.
  • Lebih membengangkan mereka ialah membayar tol pada kadar tinggi pun tidak mempercepatkan perjalanan ke tempat kerja atau mengurangkan penggunaan petrol kerana kesesakan pada waktu puncak sudah menjadi ciri utama lebuh raya di Lembah Klang.
  • Justeru, kajian yang bakal dilaksanakan nanti tidak seharusnya menjurus kepada kesan kenaikan sara hidup termasuk kenaikan kadar tol semata-mata tetapi perlu mencari jalan bagaimana memberikan nilai kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih.
  • Sementara kenaikan kadar tol seperti termaktub dalam perjanjian konsesi tidak dapat dielakkan, pemegang konsesi juga harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan matlamat murni pembinaan lebuh raya itu tercapai iaitu memendekkan tempoh perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna.
  • Atasi kesesakan. Kecuali beberapa lebuh raya yang dilihat berbuat sesuatu untuk membantu mengatasi kesesakan waktu puncak dan berkomunikasi dengan pengguna, kebanyakan lebuh raya lain seolah-olah melepas tangan terutama sebaik melepasi tol konsesi mereka.
  • Pada peringkat kerajaan pula, galakan/insentif harus diberikan kepada majikan, terutama dalam industri bersesuaian, untuk memperkenalkan waktu kerja anjal atau membenarkan kakitangan masing-masing menyiapkan tugas secara dalam talian dari rumah. Ini membolehkan kakitangan mereka datang ke pejabat di luar waktu puncak, menggunakan jalan alternatif.
  • Akhir sekali makmal itu juga perlu mengkaji bagaimana untuk berkomunikasi dengan rakyat secara berkesan sebelum mengumumkan sesuatu perkara yang secara langsung mempengaruhi kehidupan mereka. Aspek ini penting kerana kegagalan berkomunikasi bukan saja menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan, malah meningkatkan kemarahan rakyat. Menyuruh pengguna menggunakan jalan alternatif jika enggan membayar tol mahal, bukanlah contoh komunikasi berkesan. -- Dato Manja Ismail

Ridhuan Tee beri nasihat kerdil…

 
Najib dan Muhyiddin menggalas pentadbiran negara
 
  • KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.
  • Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.
  • Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.
  • Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
  • Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.
  • Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.
  • Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.
  • Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.
  • Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.
  • Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.
  • Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.
  • Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.
  • Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.
  • Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.
  • Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.
  • Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.
  • Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.
  • Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam. -- Dr Ridhuan Tee Abdullah

Syed Mokhtar to take over The Malaysian Reserve

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
  • After months of talk, I hear that reserved tycoon Syed Mokhtar al-Bukhary has finally struck a deal with owners of the Malaysian Reserve, which will see him control 91% in the only local business daily affiliated with the International New York Times.
  • I didn't hear how much Syed Mokhtar paid for the stake but he's not known for making bad investments. The newspaper industry in Malaysia is death-defying; while dailies in most other countries suffer from dwindling sales (many have had to close shop, citing the Internet challenge), the local industry has actually grown in spite (or because) of the new/social media.
  • This year alone, several new titles have debuted, including the Weekend Runner, business weekly Focus, and of course The Heat, which was last week suspended indefinitely for offending the conditions attached to its KDN (publishing permit). Knowing Syed Mokhtar, I don't think he will stop with the Reserve. And why should he? -- From: Rocky BRU
 

Pelik tapi benar, `Mat Motor' berdemonstrasi membantah kenaikan kadar tol?

 
Tunggang motosikal tapi bantah cadangan kenaikan kadar tol, pelik kan?
 
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan (MD), Pengurus Besar (GM) dan Pengurus Kanan (SM) kebanyakannya gunakan kenderaan syarikat. Pemaju, kontraktor, arkitek dan konsultan pun guna kenderaan syarikat. Peniaga, pengusaha, pemborong, peraih dan pemilik gedung di darat atau kapal di laut semuanya mampu berkenderaan mewah. Mereka mampu bayar tol mahal.
  • Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, 85 peratus golongan elit yang disebutkan itu merupakan bangsa Cina yang menguasai ekonomi. Usahawan Melayu pun ada tetapi sekerat dua. Paling ramai Melayu adalah penjawat awam, seramai 1.4 juta setakat ini.
  • Realitinya, ramai enjawat awam Melayu menggunakan motosikal kerana mereka masih digenang kesusahan. Lagi pula motosikal jimat sedikit dan bagi mereka yang tinggal di ibu kota, tidak timbul soal sesak atau jam kerana mereka mudah menyusup di celahan ribuan kenderaan di jalanraya.
  • Tup-tup apabila kadar tol hendak dinaikkan, ramai Melayu turun padang berdemonstrasi sambil memaki hamun kerajaan yang disifatkan tidak berhati perut, zalim dan sebagainya. Ironinya CEO, MD, GM, SM, pemaju, kontraktor, arkitek dan konsultan yang paling kerap menggunakan lebuhraya tidak mahu turun padang untuk berdemonstrasi.
  • Yang terkinja-kinja berdemonstrasi kebanyakannya ialah pemilik motosikal yang tidak langsung terbabit dengan kenaikan kadar tol. Mereka yang beriya-iya memberontak. Berontak untuk siapa? Kalau untuk diri sendiri tak mungkin sebab mereka penunggang motosikal dan tidak membayar satu sen pun untuk tol.
  • Memberontak untuk mewakili pemilik kenderaan mewah? Mengapa? Atau mereka sebenarnya tidak sedar emberontak untuk siapa, atau sekadar menerima arahan dari pihak atasan kumpulan mereka. Memberontak apa saja yang kerajaan lakukan walaupun tak ada kena mengena dengan diri mereka.
  • Atau memberontak kerana dendam? Dendam atas penderitaan dan kemiskinan yang mereka tanggung selama ini di bawah pentadbiran kerajaan Melayu?. Dendam atas kesempitan hidup di ibu kota sehingga ada yang terpaksa menjadi perompak, peragut dan pengemis?
  • Jom kita imbau sedikit soal kemiskinan dan penderitaan Melayu. Semua orang maklum kek ekonomi sudah lama dibolot dan kini terus dibolot oleh bangsa Cina. Pernahkah kita soal, apakah selama ini mereka memberi kek itu kepada bangsa Melayu? Jawapannya tiada. Paling tinggipun mereka memberi peluang kerja bergaji rendah kepada kita. Beri peluang berniaga, jauh sekali. Itu realiti yang tidak boleh dinafikan.
  • Jadi siapa yang beri peluang niaga kepada bangsa Melayu kalau bukan kerajaan dan agensinya?. Bila ramai tak dapat berniaga, kerajaan buta-buta dipersalahkan dan dituduh memberi projek mega kepada kroni, zalim dan sebagainya. Pabila agensi kerajaan memberi peluang mereka berniaga dan mereka gagal separuh jalan atau di hujung jalan, mereka kata kerajaan tidak ikhlas membantu.
  • Melayu bermotosikal yang berdemonstrasi cuba sesekali soal diri sendiri “Pernahkah memohon petujuk untuk berniaga daripada mana-mana agensi kerajaan atau sekadar menadah tangan, menunggu kerajaan curahkan bantuan?” Ada yang telan cakap orang “Ahhh tak guna jumpa MARA, mesti pemohonan kewangan tidak diluluskan”. Kalau tak pernah cuba memohon, dinasihatkan jangan turun ke padang untuk berdemonstrasi. Duduk rumah lebih baik.
  • Melayu yang sudah berusaha memohon bantuan agensi kerajaan dalam perniagaan, juga tidak perlu turun berdemonstrasi kerana dalam perniagaan ada “check and balance”. Mereka kena kaji di mana kesilapan diri dan baiki kelemahan.
  • Peniaga Cina ada yang gagal, tapi mereka tidak pernah putus asa. Ada yang cuba lebih 10 kali dan gagal juga. Mereka tetap tidak putus asa. Mereka terus mencuba dan akhirnya sukses. Tapi Melayu baru gagal sekali dua sudah turun ke jalanraya menyertai demonstrasi itu dan ini.
  • Ada juga Melayu yang tidak mengharapkan apa-apa dari kerajaan. Mereka percaya pada diri sendiri dan boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa sambil terlupa masuk universiti kerajaan secara percuma atau separa percuma. Alhamdulillah. Mereka pun tak perlu berdemonstrasi menentang kenaikan kadar tol, elektrik, tambang bas, teksi dan sebagainya sebab mereka mampu menanggung kenaikan itu.
  • Bagi mereka yang tidak mampu menanggung kenaikan yang disebutkan, juga jangan berdemonstrasi sebab kerajaan sudah gariskan bentuk caj tambahan yang tidak memerlukan mereka membayarnya. Sila baca kadar tarif elektrik betul-betul. Soal kadar tol pula toksah ceritalah kerana mereka kebanyakannya menggunakan motosikal.
  • Peliknya, Melayu bermotosikal tetap mahu berdemonstrasi di sana sini semata-mata kerana geram. Siapa sebenarnya yang membuatkan mereka geram? Rupanya mereka terpesona dengan jutaan  risalah anti-kerajaan yang disebar melalui internet dan sms, mengutuk kerajaan mengenai itu dan ini.
  • Mereka lemas dengan semua risalah itu kerana mereka hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan. Mungkin jika dapat gulingkan kerajaan, mereka bermimpi untuk menjadi senang atau kaya raya kerana kerajaan baru akan lebih prihatin. Benarkah begitu? Jangan berangan-angan. Lihat sekeliling kita khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.
  • Jika demonstrasi Melayu marhaen sekadar untuk melepaskan geram, hentikanlah. Cuba siasat siapa yang membuatkan Melayu geram? Bukankah risalah dan kempen yang diterajui oleh bangsa Cina menerusi wakil-wakil mereka.
  • Bangsa Cina cerdik dalam segala hal. Mereka menggunakan wakil dan jurucakap dari kalangan bangsa Melayu sendiri. Tapi mereka pakai pegangan dan falsafah seperti yang tercatat dalam Buku Jingga dan bermacam-macam buku lain yang ada.
  • Buku yang kelihatan cantik kerana dihiasi perkataan yang cantik-cantik. Mereka mahu undi Melayu dan undi itu sudah diperolehi tapi tak cukup untuk merampas Negara. Kini mereka mahu rampas melalui demonstrasi. Mereka racun semua orang termasuk bangsa Melayu.
  • Bangsa Cina sudah tak perlu diracun lagi sebab mereka sudah mantap bersama puak yang mahu menggulingkan kerajaan. Kini hanya bangsa Melayu saja yang masih berbelah bahagi. Lalu perhimpunan demi perhimpunan dilakukan.
  • Perhimpunan boleh jadi biasa-biasa dan boleh bertukar menjadi demonstrasi, ikut pada cuaca dan arahan semasa. Pokoknya, perhimpunan ibarat “gula yang akan memikat semut-semut dari seluruh penjuru Malaysia”. Apabila sudah biasa berhimpun, mereka tidak lagi risau soal perjuangan itu untuk faedah siapa. Yang penting turun padang.
  • Penyudahnya pemilik motosikal berdemonstrasi mengenai kenaikan kadar tol untuk melindungi peniaga-peniaga Cina yang kaya raya supaya dapat menggunakan lebuh raya dengan selesa dan tidak membebankan. Mereka berdemonstrasi tanpa periksa garispanduan kadar tol yang baru. Mereka main sondol saja asalkan puas dapat menghentam dan memaki hamun kerajaan.
  • Penyudahnya Melayu marhaen yang tiada kena mengena dengan kenaikan tarif elektrik berdemonstrasi bagi menjaga kepentingan orang Cina yang memiliki gedung di darat dan kapal di laut. Mereka demonstrasi sesuka hati tanpa baca kadar tarif elektrik yang disiarkan dalam akhbar. Mereka main sondol saja asalkan puas hati.
  • Pernah kita lihat demonstrasi TOL dan ELEKTRIK disertai oleh CEO, MD, GM, tokoh korporat, syarikat disenarai dalam Bursa Malaysia dan lebih SEJUTA pengusaha industri berbangsa Cina yang memonopoli ekonomi Negara ini sama-sama turun padang menentang kenaikan kadar TOL dan tarif ELEKTRIK?
  • Sudah pasti mereka menjawab, “Tak perlu”. Pernahkah kita tanya mereka apakah wajar penentangan kenaikan itu? Sudah tentu mereka akan jawap “Ya”. Apa ertinya jika mereka setuju menolak kenaikan tarif tetapi tidak mahu turun padang menentang polisi kerajaan? Sudah tentu mereka jawab “Kita ada periuk nasi mau jaga beb”.
  • Penyudahnya, Melayu marhaen dikerah turun padang berdemonstrasi memaki hamun kerajaan sedangkan mereka (peniaga yang menguasai ekonomi Malaysia) sekadar menonton TV sambil minum kopi mahal dan tersenyum lebar melihat karenah kuli-kuli murahan bercakaran. Itu realiti dan bukannya mimpi. -- YANG BENAR