Tuesday 17 May 2011

Kerajaan mansuh Subsidi Diesel Sembilan Kategori


Press Release

KUALA LUMPUR — Kerajaan memansuhkan pemberian diesel "super subsidi" kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.
  Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi 9 Mei, harga diesel dinaikkan daripada RM1.481 seliter kepada RM1.80 seliter.
  Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.
  Kenyataan akhbar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.
  “Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.
  “Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan akhbar itu.
  Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.
  Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.
  Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.
  Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter.

Oleh: DS Mohd Najib Tun Razak

KUCHING - Warga pendidik akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuatkuasa 1 Januari 2012 dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan guru.
  Kerajaan telah memutuskan demikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru. 
  Guru adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukan dengan lima kaedah kenaikan pangkat:
1) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan
2) kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP)
3) kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan
4) kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang
5) kenaikan pangkat guru cemerlang
  Ia sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion perguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
  Kerajaan mendapati sekarang, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian lama menabur bakti selama 25 tahun.
  Kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
  Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusunya kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
  Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan.
  Namun guru yang tidak dinaikan pangkat ke gred khas masih berpeluang menikmati pergerkaan gaji tahunan. Kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
  Kerajaan juga bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
  Manakala guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan.
  Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan.