Sunday 8 May 2011

Yang Benar Mengenai Peristiwa Sumpah Shahril Eskay

Yang Benar Mengenai Sumpah Eskay


beberapa komen mufti mengenai sumpah laknat



Dr Mahathir: Perkauman Makin Tebal. PM perlu buat PRU tahun depan



KUALA LUMPUR — PM perlu mengadakan pilihan raya umum tahun depan berikutan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

  BN berdepan dengan kekalahan terburuk dalam pilihan raya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri.

  “Pilihan raya umum tidak harus diadakan tahun ini. Bagaimanapun terpulang kepada PM. Kadang kala saya terlupa bahawa saya bukan lagi PM,” katanya.

  Bekas PM itu berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding asa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.

  “Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh ditunda hingga 2012,” katanya sambil menambah perpecahan kaum tidak seburuk hari ini ketika beliau menjadi PM.

   “Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskipun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.
  Anwar Ibrahim pula ramal pilihan raya umum diadakan sebelum Ramadan ini.