Monday 23 March 2015

DUKE ulas kenapa Hudud belum boleh dilaksana di Malaysia

Ustaz Kazim Elias (DUKE)
Pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika seluruh rakyat Malaysia bersatu menerimanya. Berikut adalah kenyataan beliau. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.

Jika hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza, orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pulak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.
Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.

Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama. Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan didapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.

Cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.

Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini?

Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama. – Oleh Ustaz Kazim Elias




Benarkah Pas guna hudud untuk guling UmnoBN

  • Hampir tidak percaya apabila ada penganalisa politik meramalkan bahawa Pas mengumpan hudud untuk menjatuhkan Umno dan BN sekaligus membawa masuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
  • Tidak mungkin tokoh ulama seperti Dato Dr Harun Din dan Abdul Hadi Awang sanggup berkomplot dengan DAP dan PKR ke arah itu. Apapun analisa politik adalah sekadar ramalan teknikal dan bukannya hakikat sebenar. Percaya atau tidak, terpulang kepada kematangan rakyat Malaysia.
  • Alkisah seorang blogger dikenali sebagai AJAB telah menulis dengan panjang lebar di portal MyKMU.net mengenai hudud dan komplot Pas.
  • Katanya, agenda hudud dimainkan oleh Pas bukan atas nama keadilan Islam atau perjuangan Islam tetapi merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional.
  • Para strategis Pakatan Rakyat termasuk di dalam Pas tahu bahawa Hudud tidak akan boleh dilaksanakan di negara ini berikutan komposisi kerusi Parlimen dan kedudukan masyarakat majmuk yang sangat berbeza dengan zaman dahulu. Malahan mereka tahu Pas tidak mungkin berjaya mendapat kelulusan Parlimen seperti yang diperlukan, namun mereka memainkan isu ini bagi tujuan memecah belah Barisan Nasional.
  • Agenda Hudud yang dimainkan semula oleh Pas bukan sahaja ditentang oleh Ahli Parlimen bukan Islam dalam DAP dan PKR, tetapi juga sebahagian Ahli Parlimen Islam dalam Pas seperti Khalid Samad dan Mujahid Yussof Rawa. Semua ahli Parlimen Islam PKR menentang hudud Pas ini. Demikian juga Zairil Khir Johari.
  • Pas telah membahagi kumpulan pemimpin mereka kepada dua puak iaitu yang menyokong dan menentang Hudud. Apabila UMNO Kelantan memutuskan untuk menyokong Hudud Pas ini dan direstui oleh UMNO Pusat, perangkap Pakatan Rakyat sudah menjadi.
  • Ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional dalam meyakinkan masyakarat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya bukan Islam bahawa tiga parti ini  lebih mesra bukan Islam berbanding UMNO dan Barisan Nasional.
  • Ketika sebahagian pemimpin Islam dalam Pas sendiri menyatakan dengan lantang mereka tidak bersetuju, ramai pemimpin UMNO membuat kenyatan menyokong Hudud Pas ini. Kononnya ini sebagai satu perjuangan jalan Allah tanpa mereka memahami kandungan Hudud Pas sepenuhnya dan memahami tipu helah politik Pas.
  • Jika Pas sanggup mengkafirkan UMNO dan sehingga sekarang tidak pernah merasakan penyesalan, apakah kita harus percaya keikhlasan Pas membentangkan Hudud ini?
  • Pas sebenarnya hanya menjadi alat DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Jika UMNO mengambil keputusan menyokong Hudud Pas ini, maka selepas pembentangan usul persendirian ini pada Mei 2015 nanti, ia akan menjadi pembangkang.
  • DAP dari awal telah mencabar MCA dan Gerakan keluar Barisan Nasional jika benar mereka tidak bersetuju dengan Hudud Pas. MCA, Gerakan dan MIC tiada pilihan, sama mereka ada keluar Barisan Nasional atau berkubur terus dari politik negara. Mereka telah menyatakan pendirian mereka. Demikian juga PRS akan keluar BN jika UMNO menyokong isu ini.
  • Dalam masa yang sama persefahaman Pakatan Rakyat tetap utuh kerana mereka memutuskan untuk terus bekerjsama. Oleh kerana mereka bukan entiti seperti Barisan Nasional, maka tidak timbul isu keluar parti.
  • Sekiranya UMNO menyokong Hudud Pas, kerajaan Barisan Nasional akan tumbang kerana MCA, MIC, PRS, SUPP, SPDB, PBS, UPKO, Gerakan tidak lagi menyokong Barisan Nasional.
  • PBB juga kemungkinan perlu keluar Barisan Nasional jika mereka mahu terus menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.
  • Ini bermakna UMNO hanya tinggal 88 kerusi. Bolehkah mana-mana Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri? Kerajaan Barisan Nasional akan tumbang sekelip mata tanpa melalui pilihan raya umum pun.
  • Apakah Pas akan menyokong UMNO? Pas mungkin akan mengelabui mata umat Islam dengan sebahagian ahli Parlimennya menyokong Presiden UMNO ketika Usul Undi Kepercayaan ke atas Perdana Menteri di buat di Parlimen.
  • Namun ahli-ahli Parlimennya yang menentang Hudud sudah pasti tidak akan menyokong. Jika dengan sokongan penuh pun Pas dan UMNO belum boleh membentuk kerajaan Persekutuan, apatah lagi jika sebahagian ahli Parlimennya telah pun menyatakan tidak menyokong hudud.
  • Adakah anda mendengar mana-mana fatwa ulama Pas bahawa jatuh kafir ke atas Khalid Samad, Mujahid Yusoof Rawa, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sediri kerana tidak bersetuju dengan Hudud ini? Tidak ada, kerana ini adalah permainan politik pas yang amat licik bertopengkan agama.
  • Mereka tahu sukar mengalahkan BN dalam pilihan raya umum kecuali melakukan pecah belah seperti ini. Jika UMNO terperangkap dalam permainan ini mereka akan menjadi pembangkang sebelum Raya Aidilfitri tahun ini dan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.
  • Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak boleh berdolak dalih esok.
  • Pendirian yang perlu dibuat hanyalah melalui keputusan Barisan Nasional bukannya UMNO. Dalam konteks pemerintahan negara UMNO secara sendirian tidak relevan pada masa kini.
  • Ini perlu disedari oleh Mohd Najib Tun Razak, para pemimpin UMNO dan ahli UMNO. Mana lebih penting menjadi parti pemerintah yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu atau menjadi catatan sejarah menyokong Hudud Pas tapi menyebabkan masa depan Islam dan Melayu terumbang ambing dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP, parti didikan mendiang Lee Kwan Yew!
  • Jika Ulama dalam UMNO tidak faham siasah politik ini, maknanya belum cukup dalam ilmu agama mereka.
  • Susulan tulisan AJAB itu, pengendali portal MyKMU yang selama ini pro UMNO juga memberi komen dengan berkata bahawa UMNO membuat kesilapan apabila mengenepikan pendirian awal parti tersebut sejak berdekad-dekad lalu dengan menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (pindaan 2015) baru-baru ini. Penolakan Hudud Pas ini telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh UMNO sejak 20 tahun lalu dan tiada sebab untuk melangkah kebelakang semula.
  • Kita tahu Hudud tidak boleh berfungsi dengan adil selagi ia tidak memperuntukkan hukuman dan sistem menjatuhkan hukum yang sama antara Islam dan bukan Islam. Tidak ada ada dalam sejarah pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan Khulafa ar-Rasyidin, orang Islam menerima hukuman yang lebih berat dari bukan Islam.
  • Jika kita tidak boleh mengenakan hukuman hudud berzina dan minum arak ke atas orang bukan Islam, hukuman ke atas pencuri harus sama. Malangnya ini tidak diambil kira oleh Hudud Pas. Hudud Pas ini juga tidak mengambil kira kaedah-kaedah penentuan hukuman rejam oleh Rasulullah s.a.w dalam kes berzina.
  • Perbahasan mengenai keupayaan Malaysia melaksanakan hudud dengan adil sudah banyak diperbahaskan. Cukuplah dengan kesimpulan bahawa adalah hak pemerintah negara untuk menggantikan Hudud dengan hukuman takzir. Ini kerana dalam agama Islam dosa kepada Allah seperti minum arak dan berzina boleh dihapuskan melalui taubat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Hanya jika kejahatan minum arak dan zina itu sampai kepada pemerintah (bukannya pemerintah menubuhkan pasukan pencari kesalahan) maka hukuman perlu dijatuhkan sama ada hudud atau takzir bergantung kepada ijtihad pemerintah ketika itu. - MyKMU.net


Mohd Amar `jahit’ mulut jahat Kit Siang dalam mesyuarat

  • PAS dah tak tahan lagi dengan maki hamun DAP sejak kebelakangan ini, lalu mendedahkan bagaimana mulut jahat Lim Kit Siang `dijahit’ oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan.
  • Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu media, betapa Kit Siang 'terdiam' dan `tergamam’ apabila diajukan soalan perihal pelaksanaan hudud di Kelantan dalam mesyuarat baru-baru ini.
  • Mohd Amar hairan mengapa DAP terus menentang pelaksanaan hudud di negeri itu walhal hukum itu langsung tidak melibatkan golongan bukan Islam.
  • "Awak (Kit Siang) kata awak tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.
  • “Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?
  • “Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita laluan. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita.
  • “Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa dia berkeras lagi, kecuali dia ada agenda tersembunyi, kita tak tahu,” kata Mohd Amar.
  • Soalan itu diajukan kepada Kit Siang dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara baru-baru ini.
  • Kit Siang terus terdiam ketika Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud itu memberitahu kerajaan negeri Kelantan melalui proses demokrasi dan merujuk kerangka undang-undang sepanjang usahanya melaksanakan hukum itu di negeri itu.
  • Mohd Amar juga mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.
  • "Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah.
  • "Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan," ujarnya.
  • Mohd Amar berkata jika kerajaan negeri kelantan gagal mendapat sokongan ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang itu, pihaknya akur namun tetap akan mencari alternatif lain bagi merealisasikan hasrat melaksanakan hukum tersebut.
  • "Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat.
  • "Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan," tegasnya.
  • Buat kesekian kalinya, Mohd Amar memberi jaminan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam.
  • "Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?
  • "Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu," katanya.

Hudud dicabar pelbagai pihak termasuk Melayu fasiq

  • Golongan kafir dari pelbagai kaum dan parti di Malaysia telah mengasak hudud dengan begitu hebat sekali sehingga ada yang mengupah atau meng`kaldai’kan ramai bangsa Melayu fasiq untuk menghentam perundangan Islam.
  • Lihat saja bagaimana portal tajaan kafir seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider yang sedang galak mengoncang perpaduan Islam dengan memutarbelit pelbagai isu.
  • Terbaru, mereka memfitnah Setiausaha Agung UMNO dengan artikel "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. Kaum kafir seperti kena `sawan’ apabila melihat bibit penyatuan Islam Malaysia semakin terserlah.
  • Lalu mereka mencari helah yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam dan atas rasa terdesak Malaysiakini menyiarkan artikel tergantung mengenai Tengku Adnan dan Hudud.
  • Untuk itu umat Islam perlu berhati-hati dengan portal kafir ini. Sebaiknya teliti terlebih isi kandungan sebenar kenyataan Ku Nan daripada pelbagai sumber sebelum menelan fitnah Malaysiakini.
  • Perbuatan gologan kafir menghina Islam dan perundangannya mungkin tidak mendatangkan kesan kepada bangsa Melayu, lalu mereka menggunakan taktik terbaru dengan mengumpan segelintir Melayu fasiq untuk mempersoal hudud bagi menghasil impak yang lebih besar.
  • Buktinya umat Islam gempar apabila radio BFM menggunakan Aishah Tajuddin dalam iklan yang menghina Hudud sambil mempersoal apakah perundangan itu boleh memberi makan kepada manusia.
  • Kita terkejut dan bertanya apakah Aishah itu murtad atau tidak kenal dosa dan pahala. Rupanya dia sekeluarga merupakan ahli dan penyokong DAP. Maka benarlah bahawa DAP menggunakan Melayu fasiq untuk menghina hudud dalam pelbagai bentuk agar perundangan itu dibenci dan digeruni.
  • Dari aspek perundangan pula, Tan Sri Abu Talib Othman (Melayu pro pembangkang) menyertai pakatan kafir untuk menyerang perundangan Islam.
  • Dakwanya, hudud akan menyebabkan kekeliruan dan ketidakadilan kepada rakyat walaupun ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
  • Bekas peguam negara itu mendakwa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama di mana hudud didapati tidak praktikal. Apakah Abu Talib terlupa bahawa perundangan itu mahu dilaksanakan di Kelantan yang mempunyai 92 peratus penduduk Melayu Islam.
  • Abu Talib mula merapu, katanya, apa yang akan terjadi jika jenayah dilakukan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam dan saksinya ialah bukan Islam. Orang Islam yang dihadapkan ke mahkamah syariah mungkin dapat melepaskan diri ekoran saksi yang bukan Islam itu tidak dapat memberi keterangan di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam boleh didakwa dan ditahan melakukan jenayah di mahkamah sivil, dan mereka boleh memberi keterangan di sana.
  • Bekas Peguam Negara itu merapu lagi, katanya, pendakwa raya sebelum ini berdepan dengan pelbagai senario iaitu dari mangsa, tertuduh dan saksi yang terdiri daripada Islam atau bukan Islam.
  • Dakwanya, hanya Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan sepertimana Perkara 8 yang menjamin kesaksamaan dan perlindungan yang sama dalam undang-undang.
  • Walaupun Islam merupakan agama persekutuan seperti dinyatakan Perkara 3(1), ia mempunyai batasan. Perkara 3(4) menyatakan tiada apa yang terkandung dalam perkara itu mengurangkan kandungan lain dalam Perlembagaan.
  • Begitulah gelapnya hati Abu Talib hingga sanggup menggunakan ilmu perundangannya ke arah dunia yang gelap sedangkan hudud ternyata mahu memberi cahaya kepada beliau dan umat Islam di seluruh dunia.
  • Gelap hati Abu Talib sama juga seperti gelapnya hati Tun Musa Hitam dan beberapa pemimpin Melayu lain yang memandang serong kepada perundangan hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.
  • Tak cukup dengan penghinaan tokoh-tokoh Melayu veteran, hudud menerima kritikan daripada aktivis Melayu pula.
  • Entah dari mana asal usul Dr Ahmad Farouk Musa, dia muncul di portal pembangkang dengan mendakwa hudud yang diperjuangkan kerajaan PAS Kelantan bukan wahyu dari Tuhan.
  • Dia mendakwa, hudud PAS dibentangkan seolah-olah satu set undang-undang dari Allah, menjadikannya seakan-akan imun atau kebal kepada kritikan.
  • Lebih pedih lagi apabila dia menuduh undang-undang PAS itu kebal kepada kritikan padahal ia semata-mata hasil tafsiran literal kumpulan ulama tertentu yang gagal melihat maqasid undang-undang tersebut, atau matlamatnya yang lebih tinggi, dalam mencapai kesempurnaan keadilan.
  • Farouk juga mendakwa, rang undang-undang hudud PAS tidak mungkin maksum kerana ia termasuk peruntukan yang masih menjadi perdebatan antara ulama, contohnya hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin.
  • Dakwanya lagi, hukuman itu tidak wujud di dalam Al-Quran tetapi disimpulkan dari hadith Rasul, sambil menambah yang orang ramai masih mempertikaikannya.
  • Penulis percaya lebih ramai lagi Melayu fasiq akan muncul dalam mana-mana portal kafir untuk mengecam dan menghina Hudud.
  • Samada mereka muncul atas dasar upahan atau tanggungjawab menyokong PKR dan DAP, mereka pasti sudah menyediakan beberapa skrip baru yang lebih segar setiap hari untuk menghentam hudud, PAS dan UMNO.
  • Secara tidak langsung mereka mahu menghasut umat Islam menanam perasaan benci kepada parti PAS dan UMNO yang memperjuangkan Islam, sekaligus cuba meruntuhkan kerajaan Melayu sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan DAP yang lebih selesa di mata mereka.
  • Kesimpulannya, apapun yang diakukan oleh golongan kafir menerusi juak-juak Melayu, Hudud akan menjadi penyatu umat Islam di Malaysia dalam masa terdekat. InsyaAllah.