Wednesday 5 August 2015

DAP kenyang dapat cerita panas untuk sembelih UMNO


  1. Portal satey milik DAP cukup gembira mengumumkan `perang terbuka’ di antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  2. Ini berikutan tindakan UMNO Bahagian Semporna mengubah jadual perasmian mesyuarat pada 15 Ogos ini dilakukan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mengikut jadual asal mesyuarat itu sepatutunya drasmikan oleh Presiden UMNO.
  3. The Malaysian Insider milik DAP (Tong Koii Ong) mencipta persepsi bahawa pemimpin Sabah itu telah mengisytihar perang ke atas Najib walaupun Shafie Apdal berjanji tidak akan mendurhakai parti.
  4. DAP dan PKR cuba menggambarkan Shafie dan Muhyiddin sedang bersatu menentang Najib. UMNO pula digambarkan sedang menghadapi perang saudara yang sama besar seperti dalam tahun 1997.
  5. Bagi mereka yang singkat akal, akan membenarkan persepsi ciptaan DAP itu. Namun bagi mereka yang ada akal panjang, mereka dapat melihat tindakan itu mahu menyelamatkan maruah Najib daripada kemungkinan dicemuh, diserbu dan dimalukan oleh segelintir warga UMNO Semporna.
  6. Shafie tidak mungkin dapat mengawal emosi semua ahli UMNO di Bahagiannya, maka cara terbaik mengelak Najib daripada diserbu dan dimalukan ialah dengan membatalkan kehadiran Presiden UMNO itu.
  7. Menyediakan ruang untuk menjatuhkan air muka Presiden parti, hanya akan membunuh kedudukan serta kerjaya politik Shafie Apdal sendiri.
  8. Sebaiknya laporan beberapa portal DAP mest dicermati sebelum ditelan dan dihadam kerana portal seumpama itu tidak pernah memberi liputan positif tentang UMNO dan kerajaan.
  9. Di Johor, DAP cuba `menangguk di air yang keruh’ (kalau DAP faham bidalan) dengan menumpang kenyataan Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Khaled Nordin yang mahu UMNO membanteras rasuah secara lebih bersungguh-sungguh.
  10. Lalu DAP membuka pintu berkerjasama dengan pemimpin dan ahli UMNO yang anti-rasuah, yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh penyelewengan, perkauman dan salahguna kuasa.
  11. Dengan selamba Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menasihatkan pimpinan dan anggota UMNO supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu mengenai rasuah termasuklah dalam hal penerimaan 'derma RM2.6 bilion' kepada UMNO bagi memenangi pilihanraya menerusi akaun peribadi Perdana Menteri.
  12. DAP gigih berusaha untuk menjuarai isu rasuah kerana mereka mahu bangsa Melayu yang mentah ini melupakan hakikat bahawa bangsa Cina di Malaysia sebenarnya `maharaja rasuah’.
  13. MCA dan Gerakan merupakan perasuah di dalam kerajaan, manakala DAP perasuah di luar kerajaan. Mereka berkekongkol tanpa perlu berkata apa-apa atau menjalin hubungan secara lisan mahupun bertulis.
  14. Di hati mereka sudah terpahat bahawa demi perjuangan ekonomi bangsa Cina di Malaysia, mereka terpaksa merasuah semua bangsa Melayu yang berkepentingan terutama kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan tender dan sebagainya.
  15. Pekara ini pernah disindir oleh beberapa penulis berkaliber di media perdana terutama Utusan Melayu dan sering dibangkitkan oleh blogger Melayu juga.
  16. Apa reaksi bangsa Cina terutama DAP. Mereka mahu penulis akhbar itu membuktikan siapakah di kalangan ahli DAP, MCA, Gerakan yang menjadi perasuah.
  17. Gagal membuktikan dakwaan bererti penulis akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Itu bab satu. Bab kedua pula, setakat ini bangsa Cina anggap perasuah bukan penjenayah kerana tidak ada perundangan menghukumnya.
  18. Yang ada cuma hukuman ke atas penerima rasuah iaitu kalangan bangsa Melayu dan UMNO jadi mangsa sembelihan DAP tak berkesudahan.
  19. Soal blogger Melayu yang menyuarakan isu serupa, mereka tak berapa peduli kerana mereka anggap blogger Melayu seumpama `kucing kurap’ dan mereka tidak mahu buang masa untuk berdepan kumpulan ini.
  20. Lalu DAP terus memainkan `sentimen persepsi’ di kalangan masyarakat Malaysia agar sentiasa memusuhi UMNO yang korupsi sedangkan DAP dan bangsa Cina secara umumnya merupakan bangsa perasuah.
  21. Sedihnya ramai di kalangan bangsa Melayu terjerumus dalam permainan `sentimen persepsi’ ciptaan DAP itu dan kini bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri dalam berbicara isu rasuah.
  22. Lebih parah lagi apabila bangsa Melayu tidak mahu `mengangkat mata’ apatah lagi mahu memerangi perasuah yang dijuarai oleh bangsa Cina.
  23. Saban hari bangsa Melayu hanya mengutuk dan menghina penerima rasuah seperti UMNO, polis, pegawai dan agensi kementerian.
  24. Apabila sentimen persepsi yang dilakukan oleh DAP berjaya, maka mudahlah parti Cina itu menyembelih UMNO dengan apa juga isu semasa yang terlintas di depan mata. Sayang seribu kali sayang. Melayu masih belum mahu matang.