Wednesday 25 March 2015

Saman dan tarik balik lesen Malaysian Insider

Mohor Besar Raja-Raja Melayu
  • Pejabat Perdana Menteri (PMO) digesa segera menyaman Malaysian Insider dan penerajunya Jahabar Sadiq kerana memfitnah Majlis Raja-Raja Melayu dengan tuduhan paling serius dalam sejarah.
  • Portal pembangkang itu telah dengan sengaja mendakwa Raja-Raja Melayu telah menolak pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi perlaksanaan perundangan hudud di Kelantan.
  • Sehubungan itu SKMM pula perlu segera menarik balik lesen portal pembangkang itu sebagai pengajaran agar semua sidang editorialnya mempraktikkan etika kewartawanan, bukannya menabur fitnah.
  • Tindakan keras perlu dikenakan terhadap portal penipu itu kerana ia membabitkan maruah dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
  • Buat pertama kalinya Majlis Raja-Raja Melayu menyampaikan titah murka bagi menafikan tuduhan liar itu.
  • Majlis Raja Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja Raja hari ini menafikan kenyataan Malaysian Insider yang menulis yang membawa maksud Majlis Raja Raja menolak Pindaan Perlembagaan bagi pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah (ii) Kelantan (Pindaan 2015).
  • Kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja memaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja Raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Raja Melayu.
  • “Artikel yang membawa maksud Majlis Raja Raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu” menurut kenyataan tersebut.
  • “Majlis Raja Raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis”.
  • Penyimpan Mohor Besar Raja Raja juga memaklumkan bahawa intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015 adalah saperti berikut –
  • (i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).
  • (ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.
  • (iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • (iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
  • (v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.
  •  
  • “Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja Raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan,” titah Majlis Raja-Raja Melayu.
  • Ternyata perbuatan Malaysian Insider sudah keterlaluan. Demokrasi apakah yang dibawanya sehingga sanggup menderhaka.
  • Kalaupun dalam bidang kewartawanan mempunyai kebebasan namun ia disalahguna dengan menulis apa saja yang dapat memuaskan emosi puak yang menaja dan menyokong penerbitan mereka.
  • Sudah sampai masanya kerajaan perlu bertegas terhadap media sebegini. Kebebasan media tidak sepatutnya diberkan sepenuhnya kerana pengamal media tertentu seperti Malaysian Insider akan menulis tanpa ada rasa tanggung jawab.
  • Kepada semua warga editorial Malaysian Insider yang merangkak-rangkak membaca tulisan bahasa Melayu, bacalah teguran di bawah khusus kepada Jahabar Sadiq yang `buta hati' dan buta bahasa Melayu.
  • When the government give freedom to people many of whom are not very responsible, they don’t use that freedom responsibly. They exploit it and couldn't care less about correcting their wrongs even when asked to.
  • It is a fact that freedom comes with responsibility. Singapore knew that even their people don’t appreciate that point much. So, they license the so-called news portals.
  • Until and unless Dato Seri Najib does that to such “blogs” in this country – most of whom are on the Opposition stable – they will continue to ride rough shots time and again. Shoot like cowboys, below the belt and so on. Twist, spin and slant. Even plain inaccurate reporting to give bad impressions on the government.
  • Therefore Najib should tackle wisely to these kinds of nonsense by what have been referred to as news scrotals and start to license them like Singapore does.

Portal Malaysian Insider fitnah Raja-Raja Melayu

  • Rakyat Malaysia terus dikejutkan dengan fitnah terbaru portal Malaysian Insider yang mendakwa Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan perundangan Hudud di Kelantan.
  • Ternyata fitnah itu mengudang padah apabila Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) menafikan dakwaan itu.
  • Sehubungan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak portal tersebut berhenti menyebarkan fitnah dan menarik kembali artikel tersebut yang disifatkan bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam.
  • “Ini bukan kali yang pertama portal tersebut melemparkan fitnah dan saya mengesa agar artikel tersebut di tarik serta merta. Saya difahamkan mesyuarat tersebut tidak pernah membincangkan berkenaan perlaksanaan hudud” katanya.
  • Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.
  • “Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
  • “Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” dakwa portal itu yang memetik kenyataan sumber.
  • Dr Asyraf menjelaskan melalui akaun Facebook sebagai berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan isu menaik taraf Mahkamah Syariah.
  • “Majlis Raja-Raja tidak pernah pun membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan Hudud, apatah lagi untuk menolaknya.
  • “Yang dibincangkan hanyalah berkenaan menaik taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat” tulisnya di laman Facebook .
  • Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Jangan tolak Hudud dan Ta’zir Kelantan tanpa gali ilmu


Hudud menjadi bualan paling hangat di kalangan masyarakat Malaysia muktahir ini. Dari kedai kopi hinggalah ke hotel, hampir semua orang bercerita mengenainya. Namun amat menyedihkan mereka bercerita tanpa ilmu.

Lebih menyedihkan apabila mereka membuat analogi pelik-pelik dengan menggunakan lojik tanpa ada keinginan untuk menggali ilmu mengenainya. Kalau ada pun ilmu dan maklumat dari internet yang `melekat' dengan jiwa dan akal mereka.

Selalunya asas bualan mereka di kedai kopi adalah mengenai cara perundangan hudud menghukum perbuatan merogol yang membabitkan pasangan Islam dan bukan Islam. Di laman sesawang pula dibanjiri dengan artikel negatif dan pengakuan ramai umat Melayu Islam mengenai sebab mereka menolak hudud.

Tidak kurang juga mengatakan mereka tidak menolak hukum Allah tetapi tidak mahu hukum itu dilaksanakan kerana ia bukan hudud Allah. Tanpa berusaha menggali ilmu, mereka menganggap hudud yang dicadangkan di Kelantan sudah diubahsuai dan bukan lagi hudud Allah tapi merupakan hudud PAS. Inilah modal cerita yang diusung ke sana sini sepanjang hari seolah-olah cerita mereka itu benar semata-mata dan tiada cerita lain yang lebih benar selain cerita mereka.

Bagi mengelakkan mereka terus sesat dengan cerita yang tiada hujung pangkalnya, elok sama-sama kita hayati pengertian hudud dan takzir seperti berikut.

HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yang telah ditentukan kadar hukumannya oleh ALLAH itu tidak banyak.

Bukan semua jenis kesalahan jenayah yang manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yang ALLAH serahkan kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya.

Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau terus dibuang kes.

Ertinya, hukum ta’zir itu ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH, kerana ALLAH memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud.

Contoh-contoh hukum hudud ialah:
1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
2. Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
5. Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin.

Contoh-contoh hukum ta’zir ialah:
1. Diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya.
2. Dipenjarakan.
3. Dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum.
4. Didenda duit atau disuruh buat kerja berat.

Kesalahan yang sama oleh orang yang berbeza mungkin berbeza pula hukuman ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yang sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar terasa malu atau susah atau sakit yang sepadan dengan kesalahan supaya dia insaf dan kesal dengan perbuatannya itu. Tetapi kesalahan-kesalahan jenayah yang dikenakan hukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walau siapa pun yang terlibat.

Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yang telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia daripada diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dengan hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada segelintir penjahat itu.

Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hukum hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yang menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yang menyeluruh kepada masyarakat. Sepert& h bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yang sakit kencing manis, jangan di lihat lahimya yang menakutkan itu. Tetapi lihatlah natijah baiknya yang penuh keselamatan bagi anggota-anggota yang lain.

Hukuman-hukuman ALLAH itu sebenamya mempunyai kebaikan yang cukup banyak. Lihatlah firman-Nya: "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa. (Al Baqarah: 179)

Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dengan menggunakan ilmu yang ALLAH berikan. Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah begini:

Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan.

Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah. Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH.

Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa takdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu.’

Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH. Dengan itu akhimya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam,. pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yang agak ringan.

Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orangorang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam. Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. “Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik padaku.

Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibatakibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”

Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yang sering berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman-hukuman yang ALLAH tentukan itu.

Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pemah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi kerana mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberian maaf ke atas pesalah. Maka tidak pemah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yang dia telah bersalah. Sementelahan pula hati ini mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu.

Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus jadi jahat. Itulah maksud. hudud yang sebenamya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:

Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. (An Nasyrah: 5-6). Sebaliknya, sekiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana ia tidak dimaafkan, itu tetap akan membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat. Di dunia, hukuman itu, cukup menghina dan memalukan serta menyeksanya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu.

Tidak lebih. dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi. Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dari mengakui kesalahan dirinya. Dalam masa yang sama, hukum hudud yang dijalankan pada seseorang mendidik orang lain agar takut untuk membuat jahat.

Hatinya akan merintih, “Sebagaimana terseksanya orang lain kerana aku, maka padanlah dengan apa yang kutanggung ini.” Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu.


Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima kasih, ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yang mahal itu.

Setakat ini dulu yang boleh dicoretkan di laman sesawang ini. Sehingga bertemu lagi di lain siaran, sekian wasalam.

Sedih projek bantu rakyat miskin 1Azam gagal

  • Ramai rakyat termiskin yang kebanyakannya bangsa Melayu gelisah apabila mendapati program 1Azam dikatakan gagal. Puluhan ribu peserta mendaftar dengan E-Kasih dan sebahagian besar masih belum menerima bantuan yang disediakan untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
  • Kini mereka dikejutkan pula dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendapati program yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) itu bermasalah berikutan kelemahan pelaksanaan.
  • Kata PAC, antara kelemahan projek yang sepatutnya menawarkan peluang kerja kepada golongan miskin itu adalah 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan.
  • Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga mendedahkan beberapa masalah lain seperti ketiadaan semakan dibuat terhadap kelayakan peserta, yang mana pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.
  • Nur Jazlan turut menyentuh tentang ketiadaan justifikasi pembelian barangan selain peserta program sendiri yang tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan.
  • Jelas beliau, tempoh jaminan jangka pendek bagi peralatan seperti mesin jahit, ketuhar dan peti sejuk yang diberikan kepada peserta program juga menyebabkan masalah kerana barangan yang rosak tidak dapat dituntut semula di bawah jaminan tersebut.
  • Kita tahu Nur Jazlan sememangnya `banyak mulut’ dan cakap `ikut lepas’ namun dalam hal program 1Azam untuk rakyat miskin, kita tidak boleh tutup telinga. Kritikan terhadap program ini tidak boleh dianggap sambil lewa kerana cukup ramai rakyat miskin di negara ini perlukan bantuan.
  • 1Azam merupakan usahasama KPWKM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Amanah Ikhtiar Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.
  • Bagi mengatasi masalah itu, PAC mahu memanggil Ketua Setiausaha KPWKM pada tahun 2012, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi memberi penjelasan berhubung program itu.
  • Projek 1AZAM bermula pada Jun 2008 bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
  • Mengikut laman sesawang KPWKM, sebanyak empat peluang menambah pendapatan dikenalpasti iaitu penempatan pekerjaan, perniagaan kecil-kecilan, penyediaan perkhidmatan dan pertanian.
  • Semestinya program ini berfaedah antaranya menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan, memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah dan menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.
  • Program 1AZAM telah dijalankan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis telah dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010.
  • Inisiatif itu diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA).
  • Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing.
  • Melalui progam yang dipanggil Azam Kerja, warga miskin diberi latihan kemahiran seperti jurujual produk, pengurusan rumahtangga, pekerja restoran makanan segera, pelayan restoran dan pekerja hotel.
  • Selain itu rakyat miskin juga berpeluang menjana pendapatan kecil-kecilan seperti tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan Mat Salai.
  • Di sektor pertanian (Azam Tani), mereka juga berpeluang menjana pendapatan melalui kegiatan seperti pertanian berkelompok, tanaman yang mempunyai pulangan cepat dan ternakan.
  • Bagi projek hiliran hasil pertanian, rakyat termiskin berpeuang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro seperti perniagaan makanan dan minuman, kiosks, perniagaan runcit dan industri kraftangan.
  • Melalui Azam Khidmat, mereka berpeluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti rawatan penjagaan diri, andaman pengantin Spa dan refleksologi.
  • Betapa indahnya semua peluang ini jika semua rakyat termiskin di Malaysia dapat menikmatinya. Namun bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.
  • Hanya segelintir golongan sasar mendapat kemudahan yang disediakan itu, manakala selebihnya terlepas ke tangan pihak yang tidak ketahuan status kemiskinan mereka.
  • Lalu PAC mendedahkan kelemahan pengurusan sebagai aras tanda bahawa tindakan penyelesaian perlu diambil secara drastik bagi mengatasi kemelut yang berlangsung sejak beberapa tahun lalu.
  • Mungkin ada pihak tidak puashati dengan pendedahan sebegini sebaliknya mahu semua pihak yang terlibat duduk semeja untuk berbinang dan menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan.
  • Kaedah seumpama itu sudah dilakukan banyak kali. Setiap kali kepincangan dikesan, semua pihak dipanggil untuk memberi penjelasan dan ketika itu masing-masing datang membawa bukti bahawa mereka menjalankan tugas mengikut peraturan.
  • Penyudahnya tiada penyelesaian terhasil dari mesyuarat itu. Jika ada, perlaksanaannya lambat kerana tidak ada penyukat masa terbuka untuk orang ramai mengetahui sejauh mana tindakan penyelesaian itu dilakukan.
  • Untuk itu, tindakan PAC mendedahkan kelemahan pengurusan 1Azam kepada umum dilihat sesuai bagi memastikan pihak yang berkaitan dapat menanganinya secepat mungkin tanpa emosi atas pendedahan itu.


Lihatlah hudud secara menyeluruh, kata pakar

Pakar Hudud - Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid 
ENAKMEN Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Kerajaan Kelantan, mendapat perhatian ramai, sejak dua minggu lalu. Ia mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Malangnya orang ramai melihat perundangan hudud menerusi sudut pandang sendiri yang sempit dan emosi, umpama sekumpulan orang buta menjelaskan bentuk gajah mengikut kedudukan dan naluri rasa mereka.

Untuk itu Profesor Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menerangkan bagaimana umat Islam dan bukan Islam perlu melihat isu undang-undang hudud alam perspektif yang menyeluruh.

S: Bolehkah Prof jelaskan serba sedikit secara umum apakah itu perundangan hudud?

J: Islam mempunyai dua cara untuk mendisiplinkan masyarakat, salah satunya dengan menjanjikan rahmat Tuhan, syurga dan bidadari, manakala yang kedua dengan memberikan ancaman, sekiranya berbuat jahat akan dimasukkan ke neraka. Isunya sekarang masyarakat tidak melihat hudud secara menyeluruh. Misalnya, kisah sekumpulan orang buta menyentuh gajah. Yang memegang belalai menyangkakan gajah seperti tali, yang memegang telinga gajah menyimpulkan ia adalah kipas, yang memegang kaki pula menyangkakan gajah tiang. Itulah perumpamaan masyarakat yang hanya memahami hudud tidak secara menyeluruh, sedangkan Islam itu sepatutnya dilihat secara keseluruhan. 

S: Sesetengah pihak menganggap hukuman hudud ini sesuatu yang kejam. Benarkah perkara ini?

J: Dalam Islam, hukuman yang digariskan bukan sekadar menghukum, tetapi untuk mendisiplinkan pesalah. Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir. Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat. Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat. Hukum hudud adalah ibarat menggantung rotan tinggi-tinggi, supaya anak kita nampak. Tetapi rotan itu tidak pernah diturunkan, sebab anak kita sudah takut dengan rotan. Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan. Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin. 

Masyarakat yang melihat Islam melalui kaca mata Barat, akan mengatakan undang-undang hudud kolot apabila hendak dikongkong dengan disiplin. Contohnya, hukuman bagi kesalahan zina, hukum hudud memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur. Saksi juga perlu melihat persetubuhan itu seperti melihat benang memasuki lubang jarum (perlu benar-benar perbuatan itu dengan jelas). Bukan mengendap. Oleh itu, adalah agak mustahil  untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina. Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina. Itu pun, beliau sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya. Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan.

S: Bolehkan Prof jelaskan mengenai hukum hudud yang boleh dilaksanakan?

J: Kesalahan yang boleh dikenakan hudud membabitkan murtad, zina, mencuri, merompak, qazaf dan minum arak. Proses hudud adalah sangat berat dan tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada kekeliruan. Dalam kes mencuri, ia perlu mencukupi nisab (jumlah) sebelum seseorang itu dipotong tangannya dan jika dia mencuri barang yang diletakkan di tempat yang tidak sesuai, perkara itu tidak akan dilaksanakan. Banyak syarat yang perlu dipenuhi. Jika ada sikit pun kekeliruan kes itu akan dibuang.

S: Bagaimana jika terdapat kekeliruan dan ketiadaan bukti, adakah pesalah akan terlepas?

J: Objektif utama hudud adalah untuk mendidik. Hudud adalah umpama benda yang ditayang, jika kesalahan yang dilakukan itu memenuhi syarat-syarat yang boleh dikenakan hukuman hudud maka seseorang pesalah itu akan dihukum. Jika syarat yang digariskan bagi membolehkan pesalah itu dihukum mengikut hudud tidak dipenuhi, maka ia akan jatuh kepada hukuman takzir. Kalau hendak dibandingkan dengan hukuman Barat, pakar psikologi jenayah mendapati bahawa seseorang pesalah yang menjalani hukuman penjara lebih daripada tiga bulan akan mengalami masalah dari segi mental. Islam tidak menggalakkan sangat hukuman sebegini. Jika kita lihat berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk penjara, ini adalah hukuman alternatif.

S: Bagaimana pula dengan ketiadaan saksi, bolehkan mana-mana kes disabitkan dengan pembuktian lain? Adakah hukuman hudud itu boleh bersesuaian dengan peredaran zaman?

J: Hukuman hudud ini sudah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW. Semuanya sudah lengkap. Bagaimanapun, dengan peredaran zaman, ia boleh disesuaikan mengikut ijtihad baharu oleh ulama. Contohnya, dalam kes rogol yang tidak mempunyai saksi. Dalam hal ini, teknologi moden boleh digunakan untuk pembuktian kes seperti pemeriksaan doktor. Cuma hal ini perlu ada perbincangan yang lebih mendalam di kalangan ulama dan ahli akademi bagi mewujudkan garis panduan yang boleh digunakan pakai. Contoh zaman dulu, wanita tidak dibenarkan keluar sendirian kerana bimbang ramai orang jahat di jalanan, tetapi fatwa Sheikh Yusuf Qardawi membenarkan wanita bermusafir dengan kumpulan wanita yang dipercayai sesuai dengan zaman yang berubah.

S: Adakah mana-mana negara dunia yang berjaya melaksanakan sistem hudud?

J: Bagi saya, Sudan dan Somalia dilihat gagal tetapi tidak boleh salahkan mereka kerana ia disebabkan sabotaj. Di Brunei pula ia baru dan lihatlah Barat sudah mula tidak senang dan turut mensabotaj negara itu. Arab Saudi dilihat sebagai negara yang boleh dianggap berjaya dalam melaksanakan hudud yang dibantu oleh kuasa Rajanya. Ia mungkin pernah gagal di beberapa negara tetapi saya percaya orang Melayu boleh melaksanakannya. Contoh dari segi perbankan Islam, kita lebih baik dari negara lain.

Saya rasa Brunei boleh berjaya kerana negara itu diperintah Sultan yang tidak berubah sistem politik, tidak seperti di Malaysia yang diperintah oleh parti politik yang boleh berubah-ubah. Selain itu, sistem sokong perlu dimantapkan melalui sistem Mahkamah Syariah yang lebih berwibawa, dengan hakim efisyen dan pelaksanaan hukuman.  Di negara ini, saya melihat perkara ini tidak mustahil. Ini kerana bangsa Melayu yang cukup sederhana dan sentiasa mengambil kira perkara penting untuk jangka panjang dan tidak ekstrem. Tetapi kerajaan perlu menghapuskan perkara yang boleh menyumbang kepada keburukan, termasuk kebebasan media.

S: Bolehkah Kelantan melaksana sistem hudud ini?


J: Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat apa itu hudud terlebih dulu. Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati. Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa. Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa. Selepas ini, perlu ada sistem sokongan serta mencari pengalaman. Dalam mengemukakan undang-undang ini, kita perlu berhati-hati, tidak boleh 'simple minded' (ambil mudah).