Saturday 11 April 2015

Azmin `kelentong' Sultan Selangor isu slogan #Kita Lawan


  1. Apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah murka mengenai penggunaan slogan "Kita Lawan" oleh kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016, PKR Selangor memberi alasan `kebudak-budakan’ untuk melindung keputusan salah yang dibuatnya sebelum ini.
  2. Untuk mengelak daripada menanggung malu diejek rakyat, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR) mendakwa pihaknya belum memuktamadkan slogan itu. Ia juga bukan cadangan kerajaan tetapi cadangan dari beberapa pertubuhan dan persatuan.
  3. “Ini bukan keputusan Kerajaan Negeri. Ia cadangan pertubuhan dan persatuan sukan, belum muktamad tetapi media menggembar-gemburkannya. Exco Amirudin (Shari) akan berbincang dengan persatuan sukan selaras dengan titah Sultan Selangor,” katanya.
  4. Peliknya, exco Selangor, Amirudin Shari sebelum ini telah mengumumkan penggunaan slogan #Kita Lawan untuk atlet negeri yang akan beraksi pada sukan di Sarawak yang dijadualkan Julai tahun depan.
  5. Ekoran pengumuman bersifat `malicious' (berniat jahat) itu, Adun BN telah membangkitkan isu slogan itu dalam sidang DUN yang lepas. Bantahan itu berasas kerana "Kita Lawan" merupakan slogan kempen politik PKR yang bertujuan membebaskan banduan peliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
  6. Oleh kerana Adun BN sudah menjangkakan bantahan itu tidak mendapat perhatian daripada kerajaan Selangor, maka aduan dikatakan telah disampaikan kepada Sultan Selangor sehingga memaksa baginda membuat titiah murka.
  7. Penyudahnya Sultan Selangor murka dan `membelasah' Azmin di khalayak ramai. Baginda bertitah slogan "Kita Lawan" itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik. "Justeru, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.
  8. "Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014.
  9. Azmin dan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang turut hadir pada majlis itu tersipu-sipu apabila mendengar titah Sultan Sharafuddin.
  10. Dalam titah baginda, Sultan Selangor mengingatkan agar semangat kesukanan tidak dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan baginda menyeru badan-badan sukan, atlet dan penyokong supaya mengetepikan fahaman politik serta tidak membawanya masuk ke dalam pentadbiran sukan.
  11. "Beta sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan sukan di Selangor. Beta masih ingat pada era 60-an sehingga 80-an, sukan menjadikan Selangor sebuah negeri yang terkenal serta dihormati dan ini hasil usaha bersungguh-sungguh pemimpin serta atlet Selangor dan komitmen mereka yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan bagi negeri ini yang mereka wakili," titah baginda.
  12. Sultan Sharafuddin turut menegur kegagalan kontinjen Selangor yang hanya menduduki tempat keempat pada SUKMA lepas serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia sejak beberapa musim lepas.
  13. Baginda bertitah kerajaan Selangor telah banyak menyediakan kemudahan sukan di setiap daerah, justeru atlet serta pasukan yang mewakili Selangor sepatutnya menjadi juara pada setiap kejohanan.
  14. "Mengapa perkara tersebut tidak berlaku (kejayaan), oleh itu pengurus pasukan, pegawai serta atlet perlu membuat 'post-mortem' bagi mencari punca kejatuhan ini.
  15. "Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini, beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab serta persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan kegagalan dan kemunduran sukan di negeri ini," titah baginda.
  16. Sultan Selangor turut menegur pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan yang banyak menimbulkan masalah serius disebabkan kurang mempunyai perancangan jangka panjang serta tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.
  17. Titah baginda, jika keadaan itu berterusan, ia akan melemahkan semangat atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.
  18. "Oleh itu, beta berharap pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberi sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan di negeri ini dikekalkan.
  19. "Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki serta cuba menjatuhkan antara satu sama lain," titah baginda.


RTM gegar Astro hingga terpaksa tawar NJOI percuma


  1. Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti pendigitalan RTM bagi membolehkan mereka menikmati tontonan 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan 15 Saluran Standard (SD) secara PERCUMA di bawah projek Angkasapuri Media City.
  2. Ia menyebabkan Astro `goyang' lalu mereka juga menawarkan pakej percuma dikenali sebagai NJOI. Khabarnya ia disediakan tanpa bayaran bulanan dengan jumlah pelanggan setakat ini mencecah 920,000 orang.
  3. Pakej NJOI itu ditawarkan dengan harga RM263 dan RM100 caj pemasangan (tertakluk kepada terma dan syarat). Ia membolehkan orang ramai menonton 25 saluran TV & 20 saluran radio secara PERCUMA.
  4. Persaingan sihat dalam industri ini sepatutnya sudah lama berlaku yang akhirnya membawa kepada perkhidmatan telekomunikasi yang murah atau percuma kepada semua rakyat Malaysia, bukannya caj bulanan yang `mencanak-canak’ tingginya seperti yang dikenakan Astro semata-mata kerana tiada saingan dalam industri itu.
  5. Bayangkan betapa tersiksanya ramyat Malaysia selama ini kerana melanggan Astro dengan kadar purata hampir RM200 sebulan dan siarannya sangat memalukan dengan mengulangsiar program filem setiap hari setiap bulan dan sepanjang tahun.
  6. Jika ditambah dengan kemudahan internet, bayaran Astro mencecah hampir RM300 sebulan. Jumlah itu hampir separas dengan kadar sewa rumah kos rendah di luar bandar seperi Muar, Batu Pahat, Pontian dan Yong Peng.
  7. Ketika dikritik mengenai kualiti perkhidmatan buruk itu ihak Astro menjawab selamba bahawa segala kos sudah meningkat dan harga filem luar negara bukannya murah.
  8. Sekonyong-konyong RTM menawarkan pendigitalan PERCUMA, lalu Astro mula mengelabah dan kelam kabut menawarkan siaran PERCUMA kerana takut kehilangan TIGA JUTA pelanggan.
  9. Namun pakej percuma Astro tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi mereka yang sudah lama melanggan Astro, sudah tentu kenal dengan istilah itu. Ada saja `benda pelik' yang menjadi sandaran agar pelanggan tetap membayar sejumlah tertentu yang tinggi secara bulanan. Kalau tak percaya cuba register dengan Astro dan lihat apa terma dan syarat itu.
  10. Berbeza dengan pendigitalan RTM, siaran PERCUMA yang disediakan itu tanpa terma dan syarat. Malah gologan termiskin mendapat segala-galanya tanpa perlu membayar satu sen pun.
  11. Beberapa hari lalu kerajaan mengumumkan sebanyak dua juta set top box (STB) bakal dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti siaran televisyen (TV) digital apabila dilaksanakan tidak lama lagi.
  12. Dalam persidangan Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set top box percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.
  13. “Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siarannya tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu,” ujar beliau kepada Bernama.
  14. Penggunaan TV digital itu, kata Ahmad Shabery, seiring perkembangan trend penyiaran dunia yang membolehkan penggunaan spektrum gelombang radio yang lebih optimum dan efisien. Ini membolehkan lebih banyak rancangan interaktif dan siaran video yang lebih berkualiti.
  15. Transmisi ujian siaran TV digital itu dijangka bermula pada hujung April ini dengan menggunakan stesen pemancar Bukit Pelindung di Kuantan, Bukit Besar di Terengganu dan Machang di Kelantan.
  16. Persiapan dari segi pelaksanaan infrastruktur dan sebagainya dijangka akan siap pada hujung tahun depan di mana kawasan Lembah Klang adalah kawasan yang terakhir sekali dijalankan.
  17. Zaman kegemilangan RTM akan kembali tidak lama lagi dengan program pendigitalan stesen penyiaran secara percuma menerusi kerjasama di antara syarikat MYTV Broadcasting dan TM.
  18. Terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kerana menyediakan penyiaran yang dijangka setaraf dengan Astro. Usaha itu kini sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.
  19. Sebaik saja pendigitalan RTM dilaksanakan, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standard (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.
  20. Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Syed Mokhtar akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.
  21. Malah, sebagai memenuhi rasa tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar akan menghadiahkan dekoder percuma kepada 2 juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.
  22. Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  23. Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.
  24. Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.
  25. Siapa sangka anak melayu seperti Syed Mokhtar mampu berfikir sebegini jauh untuk kepentingan rakyat Malaysia?


Bukan Islam terima Hudud, DAP memang mengada-ngada


  1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran keras kepada DAP jangan jadi parti anti-Islam. Ini kerana golongan kafir di Malaysia dan luar negara memberi maklum balas positif berkaitan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
  2. Menurutnya, pihaknya menerima respons sangat positif daripada orang bukan Islam tentang hudud dan menemubualnya sama ada dari dalam atau luar negara. Malah Hadi turut diundang memberi ceramah khusus di Universiti Nanyang, Singapura hujung bulan ini.
  3. Semua itu, katanya, menunjukkan respons daripada pihak yang bukan Islam secara ilmu dan bukannya secara hentam keromo.
  4. Maka, sebab itulah DAP diingatkan supaya tidak membuat kenyataan sehingga mengheret kepada anggapan bahawa dia adalah anti-Islam dan nak bermusuh dengan orang Islam.
  5. Namun DAP peduli apa dengan semua amaran itu. Selagi ada PKR dan PasMa disisinya, DAP akan menghentam semua yang tidak disukai. Mereka semakin sombong kerana mempunyai kekuatan ekonomi yang disokong oleh bilionair seperti Robert Kwok dan rakan-rakan. Malah DAP semakin yakin kerana mereka sudah menguasai Pulau Pinang dan Selangor yang cukup kaya.
  6. Pas merupakan `cacing tanah’ yang mudah diumpan dengan wang ringgit. Jika Hadi mahu berkerat rotan, DAP tak kisah kerana meraka ada PasMa dan Erdogan dalam AJK Pas Pusat untuk menawan Pas secara keseluruhan.
  7. DAP juga sudah lama `membeli’ PKR. Kit Siang, Guan Eng, Tony Phua dan konco-konco sentiasa memantau dan mengikat Anwar Ibrahim anak beranak, Azmin Ali, Rafizi Ramli dan lain-lain pemimpin Melayu dalam PKR.
  8. Lalu DAP memasang perangkap untuk menundukkan Pas. Serangan demi serangan dilakukan agar Hadi dan golongan ulama tewas kepada Erdogan dan PasMa.
  9. Namun kutukan DAP yang keterlaluan itu juga tidak disenangi masyarkat kafir. Akhbar Nanyang Siang Pau 7 April 2015 menyiarkan artikel menegur DAP.
  10. Ruangan Pendapat akhbar itu menyatakan DAP perlu bersikap terbuka serta tidak mencampuri urusan ‘rumah tangga’ Pas selaku parti rakan dalam PR.
  11. Keputusan berkaitan hudud telah dipersetujui kepimpinan tertinggi Pas, malah Hadi dan bebeapa pemimpin Pas bertegas bahawa Pas mampu berjuang bersendirian tanpa DAP dan PKR dalam hal itu.
  12. Malah, hudud yang dibentangkan dalam sidang DUN Kelantan berkaitan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir juga telah diluluskan. Tidak ada apa yang DAP boleh lakukan kecuali ‘merestui’ keputusan Pas itu.
  13. Jika hudud diluluskan Dewan Rakyat, ini bermakna tugas itu telah diserahkan kepada UMNO dan Perdana Menteri, dan jika enakmen itu ‘terkandas’ berikutan bantahan rakyat, maka Abdul Hadi akan dikritik orang ramai.
  14. Dalam konteks ini Hadi dan golongan ulama sedang berdepan dengan puak Erdogan yang ramai di dalam parti itu. Justeru pelaksanaan hukum hudud disifatkan ‘talian hayat’ kepada beliau untuk terus dilihat sebagai seorang pemimpin tertinggi parti yang menguasai Pas.
  15. Jika benar Pas telah berazam mahu melaksanakan hukum hudud, sudah pasti mereka telah mengkaji kesan-kesannya selepas itu. Mungkin Pas perlu berbaik semula dengan UMNO untuk bersama-sama memperkukuhkan kedudukan dan kuasa orang Melayu dan terus memperjuangkan agama Islam.
  16. Biarpun Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak akan bergabung dengan Umno dalam apa jua situasi, majlis itu memikirkan bagaimanakah Hudud mahu dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan Umno.
  17. Ahli Parlimen Melayu PKR dan DAP sudah `berbaiah’ untuk tidak menyokong hudud dalam apa jua situasi, manakala kerabat PasMa dan Erdogan mungkin buat U-Turn dalam Dewan Parlimen.
  18. Lalu apakah opsyen yang Pas ada. Tak perlulah bersifat keanak-anakan untuk bertanya kepada Umno mengapa sokong hudud hari ini, mengapa tidak sokong 20 tahun dahulu atau 10 tahun atau 3 tahun dahulu.
  19. Persepsi mengatakan Umno nak bersatu dengan Pas pada masa ini kerana terdesak dan akan kalah dalam PRU14 juga patut dihentikan kerana ia adalah perasaan negatif yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.
  20. Jika sekalipun Umno tewas PRU14, apakah kemenangan pakatan akan membolehkan Pas melaksana hudud di bumi Kelantan? Impian itu tidak akan terlaksana biarpun terpaksa menunggu 1,000 tahun. Sebaliknya besar kemungkinan Pas akan ditutup kerana dicap sebagai pengganas agama. Ini bukan provokasi tetapi merupakan `unspoken truth’ dari jentera DAP sendiri (rujuk kenyataan Razali Abdul Rahman – bekas DAP Pulau Pinang)
  21. Lalu apakah opsyen Pas yang ada sekarang ini. Jangan terlalu berharap semua Melayu dalam Umno, PKR dan DAP akan sudi `sujud’ kepada Pas pada masa hadapan. Kemungkinan itu terlalu tipis untuk berlaku.
  22. Maka gunakan kemungkinan yang lebih realistik iaitu bersatu, bersatu dan bersatu dengan parti Melayu terbesar yang ada sekarang ini kerana masing-masing wajib menunaikan solat lima waktu sehari dan mengadap kiblat yang sama.