Thursday 20 November 2014

Tony Pua `diupah' YTL hentam 1MDB?

  • KENYATAAN Tony Pua (MP PJ Utara) bahawa tarif elektrik akan naik bagi menampung beban hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat berniat jahat.
  • Dia tahu tarif elektrik naik sedikit demi sedikit bagi mengimbang harga bahan bakar dan pengurusan prasarana Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti mana yang terkandung dalam pengumuman polisi Rasionalisasi Subsidi oleh Perdana Menteri.
  • Menggunakan kesempatan ini, Tony Pua mendakwa pemberian projek loji kuasa oleh kerajaan kepada 1MDB mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik.
  • Pertamanya, tiada pemberian projek-projek loji janakuasa kepada 1MDB. Sebaliknya syarikat tersebut mendapat kontrak melalui tender dan juga pembelian IPP sedia ada.
  • Justeru kenyataan bahawa kerajaan “memberi” merupakan satu kenyataan jahat yang bertujuan mengelirukan orang ramai.
  • Kedua, bagaimana kenaikan tarif elektrik akan membantu 1MDB menampung hutangnya merupakan satu misteri ekonomi yang sangat luar biasa. Keuntungan 1MDB atau mana-mana syarikat penyedia loji janakuasa tidak bergantung kepada kenaikan tarif elektrik.
  • Mereka telah mempunyai perjanjian secara langsung dengan TNB untuk menjual letrik yang dihasilkan mengikut perjanjian yang dipersetujui. Justeru tidak masuk akal tarif dinaikkan untuk membiayai hutang 1MDB.
  • Ketiga, apabila Tony Pua mendakwa, ”Saya boleh memberitahu anda bahawa kadar elektrik akan naik pada masa hadapan. Mereka mungkin berkata ‘kami tidak ada wang untuk memberi subsidi kepada anda’ (tetapi) sebab sebenar ialah mereka menganugerahkan kadar tarif yang lebih tinggi kepada 1MDB,”; ia menimbulkan spekulasi bahawa serangan Tony Pua berkaitan dengan kekalahan YTL dalam merebut tender projek janakuasa elektrik 3B.
  • Semasa tender dijalakan, Tony Pua secara terbuka menyatakan YTL perlu diberi kontrak kerana menawarkan harga terendah. Hakikatnya, dalam apa pembidaan pun, harga terendah bukan syarat mutlak untuk mendapat kontrak kerana terdapat faktor-faktor lain diambil kira termasuk kemampuan, kualiti dan kecekapan. Atas semua faktor inilah Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan tender ini kepada 1MDB yang merupakan pembida yang memberi harga kedua terendah selain YTL. Manakala Malakof dan TNB memberi harga yang lebih tinggi.
  • Selepas Kekalahan YTL ini, Tony Pua dilihat menjadikan 1MDB sebagai musuh nombor satu beliau.
  • 1MDB wins RM11 bil Track 3B power plant project
  • Malaysia Development Board (1MDB) has officially clinched the RM11 billion 2,000 megawatt power plant project coded Track 3B, beating close competition from YTL Power International.
  • According to the Energy Commission (EC), the 1Malaysia Development Berhad–Mitsui Co Ltd consortium would receive a 25-year concession period for the coal-fired power plant which will be built in Jimah, Negeri Sembilan.
  • The levelised tariff for the concession is 25.33 sen/kWh, to be commissioned in two stages — by Oct 1, 2018 and April 1, 2019.
  • In a statement today, the EC said that the 1MDB-Mitsui consortium will be required to sign a new power purchase agreement (PPA) with Tenaga Nasional Berhad (TNB) and a coal supply and transportation agreement (CSTA) with TNB Fuel Services Sdn. Bhd. based on terms and conditions stipulated by the commission.
  • The commission added that that the winning bid was chosen based on the criteria of full compliance with all the bid requirements as stipulated in the Request For Proposal (RFP) document and the lowest levelised tariff offered.
  • “The proposed coal-fired power plant will consist of two units of IHI ultra-supercritical technology steam generator and two units of Toshiba turbo generator with proven operational track records,” said the EC. “The proposed plant will incorporate the latest emissions control technologies to meet the environmental requirements, as well as reduction in coal consumption for every unit of energy generated.”
  • Track 3B will be developed to meet power requirements in Peninsular Malaysia from 2018 onwards based on EC’s demand projections.
  • Edging out YTL Power
  • Clinching the project means 1MDB has edged out stiff competition from YTL Power International, which was initially reported to be the frontrunner for the project with a lower adjusted tariff of 25.23 sen/kWh.
  • Some reports claim that YTL Power’s bid was preferred by the EC’s technical evaluation team with an overall cheaper cost compared to 1MDB’s bid, which was initially said to be at 25.65 sen/kWh.
  • However, 1MDB’s proposed site for the power plant — next to its existing 1,400MW coal-fired power plant in Jimah — means the new plant would be closer to an injection point where the power generated can be channeled into the national grid.
  • In comparison YTL Power had proposed a site in Tanjung, Johor, is reportedly three times farther from an injection point compared to 1MDB’s site, which means a greater distance of transmission in turn leading to higher transmitted energy losses.
  • Previous media reports also claimed that even in the best case scenario YTL Power’s bid price would end up higher than 1MDB’s bid price. Reports quoting unnamed sources said that YTL Power was the only bidder whose proposed location was not within the country’s major load centres. Other bidders for the project was TNB and and Malakoff Corp Berhad.
  •  
  • Dalam dunia korporat, serangan-serangan seperti ini boleh merosakkan memusnahkan perniagaan 1MDB dan inilah yang dikehendaki oleh Tony Pua bagi membolehkan beliau meneruskan usaha menjatuhkan Barisan Nasional.
  • Namun yang masih menjadi tanda tanya, apakah kesungguhan Tony Pua ini disokong oleh YTL yang tidak berpuas hati dengan kemenangan 1MDB dan juga beberapa keputusan kerajaan yang tidak lagi menyebelahi konglomerat tersebut?
  • Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendenda YTL Communications Sdn Bhd sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan sekolah seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.
  • Mengapa Tony begitu sibuk isu 1MDB tetapi memajam mata kegagalan YTL melaksanakan Bestari Net dengan kontrak mencecah RM 1 bilion?
  • Para pemerhati politik dan ekonomi negara tentu tertanya-tanya apa hubungan Tony Pua dengan YTL sehingga bersungguh sekali Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menyerang 1MDB berdasarkan harga YTL lebih murah dari 1MDB sahaja.
  • 1MDB belum gagal sudah diserang bertubi-tubi oleh Tony Pua. YTL yang sudah dikatakan gagal oleh Ketua Audit Negara dipejam mata sahaja oleh beliau. Adakah YTL menaja Tony Pua?


Wednesday 5 November 2014

Melayu bergaji RM4,001 - anak mereka tidak layak dapat pinjaman penuh PTPTN

  • Satu-satunya harapan keluarga Melayu miskin dan sederhana untuk menyambung pendidikan anak-anak mereka ke menara gading ialah dengan bergantung kepada pinjaman PTPTN. Ini kerana kebanyakan mereka penjawat awam dan swasta, dan tidak ada sumber pendapatan lain untuk menyara pendidikan anak masing-masing.
  • Pada masa yang sama warga bukan Melayu tidak kisah sangat soal pinjaman PTPTN kerana kebanyakan mereka merupakan golongan peniaga dan sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa bantuan dan subsidi kerajaan.
  • Kini bangsa Melayu sederhana yang berpendapatan RM4,000 ke atas terpaksa mengikut jejak langkah bangsa Cina untuk tidak menikmati pinjaman PTPTN sepenuhnya sedangkan bebanan kehidupan mereka semakin getir.
  • Cukai pendapatan terpaksa dibayar, sewa rumah terlampau tinggi, kos hidup melambung dan minyak petrol semakin mahal. Bangsa Cina tak kisah soal cukai pendapatan kerana kebanyakan mereka bijak dalam menyediakan dua akaun syarikat.
  • Bagi tujuan percukaian mereka akan menunjukkan penyata akaun yang paling rendah sedangkan pendapatan sebenar jauh berbeza. Jabatan Hasil pula tidak cukup masa dan kakitangan untuk menyiasat status sebenar akaun sebenar syarikat untuk memastikan tiada penipuan. Asal mereka bayar cukai sudah memadai. Sedikit pun tak apa.
  • Soal pinjaman PTPTN dianggap tidak penting bagi bangsa bukan Melayu kerana pendapatan mereka tinggi melangit. Malangnya kehidupan bangsa Melayu bagai melukut di tepi gantang. Makin parah pabila anak-anak mereka tidak dapat menikmati pinjaman penuh PTPTN.
  • Semakin ramailah agaknya anak-anak Melayu akan tercicir pelajaran disebabkan birokrasi sebegini pelik dan memeningkan. Dosa apakah yang mereka lakukan hingga terpaksa menerima hukuman sebegini dashyat.
  • Mengapakah penderhakaan bangsa Cina dalam pilihan raya umum yang lalu, bangsa Melayu turut dijadikan mangsa. Apakah kerajaan sudah berfikir panjang mengenai PTPTN dan yakin mereka mampu mendapat undi secukupnya daripada bangsa Melayu untuk mentadbir Malaysia pada musim seterusnya.
  • Atau kerajaan Melayu mahu menguji masyarakat Melayu supaya lebih taat kepada pemerintah atau hukuman lebih berat daripada PTPTN akan dikenakan kepada mereka pada masa hadapan. Timbul persoalan di kalangan bangsa Melayu, dalam banyak-banyak isu nasional yang diperjuangkan kerajaan, mengapa pinjaman PTPTN terhadap keluarga Melayu menjadi keutamaan.
  • Sebelum ini institusi ekonomi Melayu dimusnahkan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan, mengakibatkan kegiatan ekonomi Melayu menjadi tunggang langgang akibat ketiadaan program mentor mantee, program francais, konsep payung dan sebagainya yang berkepentingan Melayu.
  • Program2 itu diserapkan ke dalam beberapa kementerian tertentu tetapi peniaga Melayu tidak tahu di mana program itu bersembunyi. Apabila ditanya, setiap kementerian menuding jari ke sana dan ke mari hingga peniaga letih dan serik untuk berurusan dengan kerajaan.
  • Kini sistem pendidikan mula diubah dan sekali lagi bangsa Melayu menjadi mangsa perubahan yang berkepentingan itu. Sudah tentu kerajaan mempunyai 1,001 sebab untuk menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian tetapi kesannya tetap terpalit kepada bangsa Melayu juga.
  • Bangsa bukan Melayu tesenyum lebar apabila melihat ketetapan mengenai pinjaman PTPTN itu. Pucuk dicita ulam pun tiba. Tanpa didesak tanpa dipaksa, kerajaan Melayu secara tidak sengaja telah memberi tekanan kepada bangsa sendiri.
  • Berikut laporan akhbar mengenai isu PTPTN.
  • PETALING JAYA: Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana badan itu telah mula menguatkuasakan syarat berkenaan.
  • Langkah tersebut telah berkuat kuasa Sabtu lalu, ia menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.
  • Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sejak Sabtu, hanya BR1M digunakan sebagai sistem tapisan yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar itu akan menerima jumlah pinjaman maksimum daripada badan berkenaan.
  • "Sekiranya jumlah pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM8,000 maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.
  • "Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dalam satu temu bual pada Selasa.
  • Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.
  • Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800.
  • Dalam pekeliling bertarikh 29 Oktober yang diedarkan kepada universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata pengurangan nilai pinjaman tersebut tidak akan memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan kerana yuran mereka agak tinggi.
  • Shamsul berkata dengan kekangan yang dihadapi, PTPTN tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk mengurangkan jumlah pelajar yang menerima pinjaman sebanyak 50,000 atau mengurangkan jumlah pinjaman sedia ada.
  • "PTPTN memilih pilihan kedua agar bilangan pelajar yang menerima pinjaman akan kekal sama," katanya.


Malaysia akan guna vaksin denggi pertama dunia

  • Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kelebihan dan kebaikan vaksin denggi pertama di dunia yang akan berada di pasaran pertengahan tahun depan sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya.
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, pihaknya sedang menganalisis segala data mengenai vaksin itu yang dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi.
  • “Selepas selesai kajian itu, kita akan membuat keputusan dalam kadar segera dan memuktamadkan sama ada ia boleh digunakan di negara ini atau sebaliknya.
  • Kita sentiasa mengikuti perkembangan dan kita difahamkan, sebelum vaksin itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat, beberapa kajian antarabangsa perlu dilakukan terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  • Beliau mengulas mengenai vaksin denggi syarikat multinasional Sanofi Pasteur yang akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.
  • Subramaniam berkata, pihaknya sedar akan kelebihan vaksin berkenaan, namun kajian menyeluruh perlu dilakukan dari beberapa sudut seperti sasaran kumpulan pengguna dan penerima, umur dan sebagainya.
  • Syarikat itu dalam satu kenyataan menyatakan kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan vaksin itu dapat memberikan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk, serta mengurangkan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.
  • Pengeluar ubat dari Perancis itu telah menjalankan kajian melibatkan lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia. – Bernama


Benarkah kadar internet Malaysia paling mahal

  • Baru-baru ini Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan laporan media sosial yang mendakwa kadar internet dan jalur lebar negara berada pada tahap paling mahal.
  • Menerusi satu kenyataan, TM menegaskan laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index yang meletakkan Malaysia di tangga ke 26 daripada 192 negara untuk purata kelajuan muat turun juga tidak tepat.
  • “Kaji selidik itu tidak menyeluruh dan seimbang kerana banyak faktor yang tidak dijelaskan secara terperinci. TM ingin menjelaskan, tahap kelajuan jalur lebar dan keluasan liputannya adalah berbeza di antara negara dan patut  turut ambil kira polisi nasional dan dinamik pasarannya,” katanya.
  • Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata 5.4Mbps, liputan jalur lebarnya melangkaui kebanyakan negara-negara jiran. Setakat suku tahun pertama 2014, tahap penembusan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives - NBI).
  • Sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia, TM kini mampu beri jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan di kawasan yang kurang menerima perkhidmatan secara berperingkat dengan pelancaran perkhidmatan 4G pertama  iaitu TMgo, baru-baru ini.
  • Menyentuh mengenai dakwaan kos sambungan internet dikatakan tinggi berbanding negara lain, ianya tidak seharusnya diperbandingkan secara terus memandangkan terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kos pelaksanaan rangkaian infrastruktur termasuklah faktor geografi serta saiz sesebuah negara itu.
  • “Sebagai contoh, Malaysia, dengan kawasan pendalaman serta bentuk topografi berbentuk banjaran dan gunung meliputi sebahagian besar negara, menjadikan pelaksanaan sebuah negara yang tersambung secara menyeluruh sangat mencabar,” katanya.
  • Menurutnya, kaji selidik BT Teleconsult telah membuktikan bahawa perbelanjaan modal (capex) TM adalah di antara paling efektif di dunia berdasarkan ciri-ciri utama rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang dilaksanakan serta tempoh pelaksanaan yang paling cepat.
  • Sebelum ini beberapa pihak di Malaysia menyatakan rasa tidak puashati dengan perkhidmatan jalur lebar yang lembap tetapi mahal. Ada yang mendakwa Malaysia mengenakan perkhidmatan paling mahal di dunia.
  • Malahan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
  • Bagaimana pula dengan negara jiran? Khabarnya Filipina juga dilanda masalah yang sama. Baru-baru ini Senator Bam Aquino telah tampil menemplak dan mohon diadakan siasatan menyeluruh dengan segera melihatkan kelembapan internet di Filipina dan dalam pada masa yang sama harga yang ditawarkan kepada pengguna Internet mahal.
  • Beliau mahukan kajian dilakukan samada perkhidmatan Internet di Filipina berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan pengguna dan pelanggan Internet di sana setelah melihatkan pengguna Internet di negara lain berjaya menikmati internet yang laju pada kadar yang berpatutan.
  • Umumnya kelajuan & kepantasan internet di Asia Tenggara berbeza mengikut negara. Ada negara yang Internet laju, harga berpatutan; ada negara kelajuan Internet sederhana, harga tidak munasabah; ada negara yang yang Internet serdahana & ataupun lembap tetapi caj harga Internet masih lagi munasabah; ada negara menyediakan Internet yang lembap tetapi malangnya harga caj Internet yang membebankan. Pendekata macam-macam pakej harga yang ditawarkan.
  • Realitinya, kelajuan internet di Singapura adalah terpantas bagi kalangan negara di Asia Tenggara malahan Jepun dengan USA juga tewas dengan negara ini dengan hanya menyediakan purata kelajuan 41.4Mbps & 22.3 Mbps.
  • Di Malaysia pula, harga caj langganan internet adalah 5 hingga 10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
  • Jom kita buat sedikit perbandingan caj internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Caj di Filipina: RM73 (3Mbps Unlimited); caj di Singapore (Singtel): RM95 (15 Mbps Unlimited); caj internet di Thailand (True Internet): RM80 (12 Mbps Unlimited); caj internet di Malaysia (TM dan Maxis): hampir RM200 (10Mbps); caj di Korea Selatan (Hanara Telecom): RM64 (100Mbps Unlimited).
  • Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini. Sedihnya.


Stesen keretapi KL ke 6 paling antik di dunia

  • Stesen keretapi Kuala Lumpur merupakan antara 10 stesen terhebat di dunia dengan menggabungkan seni bina Arab, India dan Barat. Berikut adalah senarai stesen keretapi terhebat di dunia.
  • 1.       Grand Central Terminal, London - Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.
  • 2.       Atocha, Madrid - Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.
  • 3.       St Pancras International, London - Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar  champagne terbesar di Eropah.
  • 4.       Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai - Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.
  • 5.       Gare De Strasbourg, Perancis - Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.
  • 6.       Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia - Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat.
  • 7.       Berlin Hauptbahnhof, Jerman - Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.
  • 8.       Antwerp Central Station, Belgium - Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.
  • 9.       Steseb Kanazawa, Jepun - Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.
  • 10.   Southern Cross Station, Australia - Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.

Dunia miliki 16,300 senjata nuklear

  • Penduduk bumi hari ini dikira bernasib baik kerana masih belum mengalami sebarang bencana besar nuklear sejak ledakan bom atom meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945. Lebih 200,000 nyawa terkorban dalam bencana yang amat dahsyat itu.
  • Namun, hakikatnya ancaman bencana nuklear terhadap manusia dilihat semakin besar hari ini berbanding apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua memandangkan kemajuan pesat teknologi nuklear serta jumlah senjata itu yang ada begitu tinggi.
  • Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).
  • Kira-kira 4,400 daripada senjata itu diletakkan dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.
  • "Mungkin memerlukan hanya empat hingga lapan minit untuk mana-mana jeneral atau presiden memutuskan sama ada mahu melancarkan senjata itu atau tidak", kata Profesor Gareth Evans dalam forum anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Wisma Putra baru-baru ini.
  • Bagaimanapun, Evans yang juga mantan Menteri Luar Australia menyatakan perang nuklear mungkin berlaku bukan kerana tindakan kejam seorang 'penyangak' tetapi lebih kepada kesilapan sistem atau manusia akibat salah jangkaan atau salah anggapan.
  • "Jadi jika setakat ini masih belum ada bom nuklear yang meletup dan meragut nyawa kita, ia  bukan kerana pengurusan atau pentadbiran yang tegas tetapi lebih kepada nasib semata-mata", kata Evans.
  • Beliau turut menyatakan bahawa dunia sejagat termasuk Malaysia boleh terjejas teruk walaupun perang nuklear yang meletus itu hanya melibatkan kawasan kecil dunia.
  • Buku "Nuclear Weapons: The State of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu Perang Dingin.
  • Ini memandangkan lebih banyak negara di rantau yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang kian meningkat berterusan mencari untuk memiliki senjata nuklear.
  • Sementara itu, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata pada majlis yang sama, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh daripada sasarannya.
  • "Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jentera ke arah pelucutan kurang berhasil", katanya ketika Perhimpunan Agung PBB di New York bulan Oktober lepas.
  • Sementara itu, Evans menjelaskan bahawa semua negara yang mempunyai senjata nuklear termasuk China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan AS yang kelima-limanya ahli Perjanjian Pengawalan Senjata sepatutnya komited kepada pelucutan senjata itu tetapi setakat ini tidak melakukan apa-apa ke arah matlamat itu.
  • Katanya, tidak ada satu negara yang mempunyai senjata nuklear memberi komitmen kepada sebarang jadual untuk mengurangkan stok simpanan itu, apa lagi untuk menghapuskannya.
  • Tambah beliau, stok simpanan nuklear kian meningkat terutama di Korea Utara dan sebagai tambahan kepada itu, program nuklear Iran.
  • "Apa yang berlaku sekarang sememangnya mudah untuk menjadikan kita pesimis dan melupakan sahaja usaha pelucutan senjata tetapi itu menunjukkan kita sudah berputus asa", kata Evans.
  • Bagaimanapun, Evans tetap optimis dan menggesa generasi muda mengambil giliran untuk bertindak. Antara langkah penting yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang ini ke arah dunia bebas senjata nukleaer adalah untuk berhujah secara berterusan untuk menghapuskan senjata nuclear.
  • Contohnya, untuk menghapuskan kepercayaan senjata nuklear sebenarnya penstabil keamanan dalam kalangan kuasa besar. Ini perlu dilakukan secara berterusan menerusi ucapan dan penulisan bagi memastikan mesej itu dihayati pembuat dasar.
  • Beliau juga menekankan fokus juga perlu diberi kepada mengurangkan proses senjata nuklear sebelum membuat jadual untuk pelucutan senjata itu sepenuhnya.
  • "Secara jujur kita perlu akur kita tak akan berjaya mencapai pelucutan senjata 100 peratus dan pastinya juga kita tak akan dapat mencapainya, katakan menjelang 2030. Perlu ada dua peringkat penting, pertama, meminimumkan dan kemudian menghapuskan. Mungkin proses ini tidak akan selancar yang diharapkan.
  • "Apabila kita bergerak daripada angka yang rendah kepada sifar, bukan sahaja ada sekatan psikologi dan geopolitik tetapi juga halangan teknikal yang serius di samping, pengesahan dan penguatkuasaan", katanya. - BERNAMA

Tuesday 4 November 2014

Belum terlambat untuk perkukuh politik dan ekonomi Melayu

  • Bangsa Melayu Malaysia dilanda pelbagai cabaran getir termasuk cemuhan daripada bangsa sendiri yang tidak mahu berbangsakan Melayu tetapi lebih suka digelar sebagai umat Islam sahaja.
  • Mereka ini membentuk Melayu minoriti yang berhaluan kiri dan menyertai beberapa parti pembangkang. Lebih parah lagi ialah mereka menganggap lebih layak mentadbir Malaysia berbanding Melayu majoriti yang telah memimpin negara sejak ratusan tahun lalu.
  • Melayu merupakan satu bangsa yang tidak bersuku-suku. Tetapi hari ini sudah ada Melayu majoriti dan minoriti?. Hal ini berlaku kerana pihak minoriti tidak mahu bekerjasama dengan pemerintah sedia ada dan memilih untuk menjadi pembangkang sejak Tanah Melayu menikmati kemerdekaan dari penjajah.
  • Dek kerana perseteruan inilah bangsa Melayu mula berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri dalam menegakkan kebenaran masing-masing. Melayu minoriti beranggapan bahawa pada suatu hari nanti mereka akan memimpin Malaysia dengan gandingan pembangkang berbangsa pendatang.
  • Oleh kerana bangsa pendatang jauh lebih ramai daripada Melayu minoriti, maka apa juga perjuangan Melayu minoriti selalunya terkandas di tengah jalan. Malah perjuangan mereka diperlekeh oleh bangsa pendatang.
  • Di satu pihak lain, Melayu majoriti bekerjasama dengan bangsa pendatang selepas kemerdekaan kerana mematuhi Kontrak Sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka terus berlembut sehingga hampir semua kek ekonomi dibalun oleh bangsa pendatang. Manakala Melayu minoriti tidak peduli rompakan ekonomi Melayu oleh bangsa pendatang kerana mereka mahu meneraju politik Negara walau apa jua kos dan risikonya.
  • Maka musuh-musuh Islam dari luar Negara khususnya Kristian telah menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi menyokong Melayu minoriti yang bersekongkol dengan bangsa pendatang. Pabila ada usaha menyatukan Melayu, pihak luar tergesa-gesa mencari isu untuk memecahkan mereka semula.
  • Musuh Melayu Islam di Malaysia bertepuk tangan apabila segelintir bangsa Melayu menolak kerjasama sesama saudara tetapi menerima bangsa pendatang yang sejak azali tidak menerima Islam.
  • Jika Melayu majoriti dan minoriti bersatu, perjuangan ke arah memperkukuhkan Islam boleh dilakukan secara bersama walaupun dalam beberapa situasi mereka berselisih pendapat dan pandangan.
  • Malangnya mereka memilih untuk mengikut haluan masing-masing dan akhirnya bangsa pendatang yang didalangi Kristian antarabangsa berjaya memecahkan kekuatan bangsa Melayu di Malaysia.
  • Namun Allah masih menyayangi bangsa Melayu. Perpecahan bangsa dan agama yang kritikal di Malaysia pada ketika ini tidak mengakibatkan Negara ini tergadai kepada bangsa kafir dan musyrikin. Malaysia masih lagi ditadbir oleh pemimpin Islam.
  • Musuh Islam antarabangsa terutamanya Yahudi dan Nasrani cukup hairan terhadap kuasa politik Melayu Islam di.Malaysia pada hari ini yang masih teguh walaupun sudah digoncang dengan begitu kuat oleh ejen2 mereka.
  • Di negara2 Arab, mereka sudah berjaya memporak-perandakannya.  Rupa-rupanya kekuatan Melayu berada pada aqidah Islam berteraskan ahlus sunnah waljamaah, akhlak dn semangat cintakan tanah.
  • Ejen2 Yahudi dan nasrani telah dihantar ke Malaysia untuk merosak parti pemerintah yang dikenali sebagai Umno. Mereka mahu menunbangkan tunggak kuasa politik Melayu Islam yang dipegang oleh parti itu.
  • Pelbagai isu diketengahkan untuk meracuni pemikiran rakyat yang akhirnya BN hampir tumbang pada pilihanraya umum 2008 dan 2013. Kini mereka membawa masuk fahaman liberal pluralisme untuk menghakis aqidah ahlussunnah waljamaah dan semangat patriotik di kalangan anak2 muda. Nampaknya tindakan mereka hampir berjaya.
  • Kini anak2 muda sudah ramai menyebelahi bangsa pendatang dan ejen Yahudi yang berselindung disebalik parti2 politik tajaan Barat. Anak2 muda hanya kenal pejuang2 tempatan yang melaungkan demokrasi mengikut naluri parti yang dibawa.
  • Mereka tidak sedar laungan itu datang dari ejen2 Yahudi yang mahu meruntuhkan Islam di Malaysia dengan menggunakan beberapa pemimpin pembangkang tempatan. Merekalah yang meracuni rakyat Malaysia supaya menolak kerajaan dan sistem kehakiman sedia ada. Merekalah yang mahu rakyat Malaysia kembali pada undang-undang rimba sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa Negara di Timur Tengah.
  • Selepas undang-undang rimba diamalkan, mereka akan datang penjajah ke wilayah ini dengan alasan mahu menukar undang-undang rimba kepada demokrasi mengikut kehendak mereka. Akhirnya bangsa Melayu Malaysia juga akan rugi.
  • Sebelum situasi di Malaysia menjadi lebih parah, semestinya bangsa Melayu bersatu tanpa dibatasi rantai politik kepartian dan membawa semula kemajuan ekonomi bangs sebelum ia lenyap diratah bangsa pendatang yang didalangi Yahudi Barat.