Tuesday 7 October 2014

Makin menjadi konspirasi Barat pecah belah umat Islam Malaysia


  • Usaha memecah belahkan umat Islam di Malaysia sudah dikesan sejak merdeka dan ia ada kaitan dengan konspirasi musuh Islam di peringkat antarabangsa. Malangnya umat Islam tidak mahu percaya sebaliknya menganggapnya sebagai helah politik saja.
  • Akibat hasutan pihak tertentu, sebahagian kecil umat Islam telah meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Banyak sebab mengapa PAS terbentuk ketika itu tetapi kesannya umat Islam mula berpecah dan saling berbalah mengenai pelbagai hal sehingga ke hari ini.
  • Penyatuan PAS-UMNO sudah beberapa kali dilakukan tetapi jodoh mereka tidak panjang. Banyak sebab membawa kepada penceraian  itu tetapi ia sudah tidak penting kerana kesannya jurang perpecahan semakin lebar di kalangan umat Islam Malaysia. Namun UMNO masih kuat dan ahlinya masih ramai.
  • Bagaimanapun peta politik Malaysia mula berubah berikutan kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Musuh Islam antarabangsa telah menggunakan kesempatan untuk meletakkan agennya di dalam parti itu. Barat menggunakan beberapa NGO terpilih untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia menerusi agen yang dilantik. Komplot lebih licik dirancang kerana serangan DAP dan PAS secara bersendirian dalam beberapa pilihan raya umum sejak merdeka tidak mampu menggugat kekebalan UMNO dan BN.
  • Namun sejak kemunculan PKR yang kebanyakannya umat Islam, landskap politik Malaysia berubah. Hasil perancangan rapi pembangkang dengan kerjasama agen-agen Barat, majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN dapat dimusnahkan.
  • Lebih parah lagi pada pilihanraya umum ke 13, pembangkang mampu meraih kelebihan undi popular tetapi tidak boleh memerintah Malaysia kerana asas pentadbiran kerajaan Persekutuan berdasarkan kelebihan bilangan kerusi Parlimen.
  • Konspirasi Barat semakin terserlah apabila ramai agen dalam PKR sudah berada dalam PAS sehingga apa jua keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama berjaya dicantas oleh AJK Pusat.
  • Kini AJK Pas Pusat sudah tidak mahu patuh kepada keputusan Presiden dan Mrusyidul Am parti. Mereka lebih utamakan kepentingan Pakatan Rakyat berbanding parti sendiri.
  • Lalu gerakan anti-Hadi Awang sudah bermula. Rakyat PAS tidak boleh menafikannya kerana analisa itu dibuat oleh Nik Abduh Nik Aziz, anak kepada Musrsyidul Am PAS yang amat disegani suatu ketika dahulu tetapi dicemuh oleh AJK PAS Pusat pada masa kini. Berikut kenyataan Nik Abduh.
  • Gerakan anti-Hadi konspirasi antarabangsa
  • SHAH ALAM: Pemimpin muda terkenal PAS Nik Abduh Nik Aziz menegaskan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia didakwa sebahagian konspirasi musuh Islam antarabangsa.
  • “Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH (Hadi) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa?
  • “Saya jawab, ya,” kata anggota jawatankuasa pusat PAS dan anak kepada mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat itu.
  • Menulis di Facebook, Nik Abduh berkata, tindakan PAS yang konsisten memperjuangkan agama di Malaysia bukan sahaja merimaskan BN tetapi juga musuh Islam antarabangsa.
  • Justeru, katanya, PAS mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi “kekuatan utama” dalam Pakatan Rakyat.
  • “Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam,” tulisnya lagi.
  • Beliau juga menegaskan, kekuatan asal itu berpangkal dalam institusi Majlis Syura Ulama yang diketuai mursyidul am dan kepimpinan ulama diketuai Hadi.
  • Dalam tulisan berjudul “Islam Tanpa Syariat” itu juga, Nik Abduh mengingatkan terhadap ancaman Yahudi terhadap gerakan Islam yang istikamah menegakkan agama dan syariat Islam.
  • “Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka,” tulisnya lagi.
  • Beliau membangkitkan situasi di perbagai negara umat Islam seperti di Mesir, Syria, Turki, Yaman dan Palestin yang didakwanya terdapat perancangan jahat musuh Islam.
  • “Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat.
  • “Semuanya dilakukan sama ada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam,” katanya.
  • Semua itu dilakukan, dakwanya lagi, bagi menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada “perjuangan Islam tanpa syariat”.
  • Setakat ini tiada siapa di kalangan pemimpin PAS yang sanggup menafikan pengakuan Nik Abduh itu kerana secara langsung mereka akan meletakkan diri dalam kumpulan musuh dalam selimut seperti yang telah dilakukan oleh beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor.
  • Beberapa musuh yang dahulunya dalam selimut PAS, kini sudah keluar daripada selimut itu dan menampakkan diri mereka di khalayak ramai. Mereka berkempen dan berhujah kesat di dalam dewan milik taukeh Cina dengan kebenaran dan sokongan masyarakat Cina.
  • Tanpa rasa malu, mereka menghentam Nik Aziz dan Hadi Awang dengan menganggap kedua-dua orang tua itu gila kuasa dan tidak menghormati pandangan kumpulan PAS progresif. Mereka sebenarnya kumpulan Erdogan atau Anwarinas dan mereka tidak kisah dengan gelaran itu kerana strategi menumbangkan Hadi dijangka akan berjaya.
  • Kini Dewan Ulama dan Majlis Syura sedang berusaha keras untuk menyelamatkan Presiden PAS dan Mursyidul Am daripada serangan Erdogan sehingga terlupa untuk menyatukan dan membangunkan ekonomi umat Islam Malaysia.
  • Pada keseluruhannnya konspirasi Barat mahu umat Islam Malaysia samada dalam PAS, UMNO, PKR dan parti2 lain sentiasa berbalah sesama sendiri dan mengabaikan usaha membangunkan ekonomi secara bersama.
  • Percayalah, banyak lagi isu yang akan diketengahkan lagi bagi menarik perhatian umat Islam Malaysia supaya menyibukkan diri dengan bertelagah, manakala bukan Islam semakin senyap dan terus tekun merampas apa saja peluang perniagaan yang ada di sekeliling Malaysia.
  • Melayu dan umat Islam sudah lama menjadi `melukut di tepi gantang’. Diramalkan bangsa dan agama itu akan menjadi pengemis selepas 2018. Apakah fenomena itu akan dibiarkan berlaku? Apakah PAS atau UMNO akan menjadi menyelamat agama Islam? Tepuk dada tanya selera.