Baru-baru ini puak pembangkang menggunakan jenama 501 telah menyebarkan 10 tuduhan berkaitan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) dengan tujuan agar rakyat semakin membenci Kerajaan
Persekutuan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.
Perbuatan itu dilancarkan sebagai salah satu senjata
merendahkan moral kerajaan lantas rakyat akan mengundi pembangkang pada Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Dalam konteks ini Gabungan Rakyat Prihatin (GRP) telah
melihat bahawa 10 pertuduhan itu sebenarnya tidak berasas sambil menyediakan
jawapan agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
Tuduhan 1: Pasaran menghadapi kacau bilau GST. Kebanyakan barangan
telah naik harga ataupun saiz makanan semakin kecil. Mana janji "harga barang
turun"?
Jawapan : Kerajaan telah berjanji harga turun dan ia telah di kotakan. Apabila SST dihapuskan, kebanyakan harga barangan telah diturunkan.
Kos dari pihak Kerajaan telah diturunkan supaya faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat.
Tapi Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka, bukan
sistem ekonomi komunis. Keenganan peniaga menurunkan harga adalah di luar
kuasa undang-undang sedia ada untuk memaksa peniaga menurunkan
harga barangan dan perkhidmatan.
Bagi barangan bukan tersenarai di
bawah Akta Kawalan Harga, kerajaan tidak boleh memaksa peniaga menurunkan harga melainkan satu akta baru diluluskan dalam Parlimen. Malangnya BN tidak
lagi menguasai 2/3 kuasa undi yang diperlukan untuk memperkenalkan akta baru.
Tuduhan 2: Peniaga terpaksa beli software GST dan upah kerani
tambahan untuk kendali operasi GST. Walaupun kebanyakan barangan asas adalah kadar
sifar GST tetapi kebanyakan ramuan lain dikenakan GST. Ini telah menyebabkan
kos naik dan harga barang juga naik.
Jawapan: Kerajaan memberi subsidi kepada peniaga
untuk meningkatkan taraf kemudahan dan membeli software GST sebanyak RM1,500. Tiada isu
mengatakan peniaga terpaksa menanggung kos pembelian software GST.
Sekiranya selama ini peniaga telah mematuhi arahan kerajaan
mengenai penyimpanan akaun, mereka hanya perlu upgrade kepada akaun
sedia ada untuk memenuhi GST compliance. Malah jumlah subsidi yang diberikan melebihi kos untuk
meningkatkan taraf akaun sedia ada.
Kerajaan telahpun menghapuskan SST dan harga
pasaran adalah tertakluk kepada kuasa penawaran dan pembelian. Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli barangan yang diklasifikasikan
sebagai sifar GST dan telah dinaikkan harga jualan mereka. Ini akan memberi
tekanan kepada para peniaga untuk menurunkan kembali harga mereka.
Tuduhan 3: Lagi panjang senarai pengecualian GST,lagi jelas
membuktikan Malaysia tidak sesuai laksanakan GST. Ini kerana kebanyakan gaji
rakyat hanya mencukupi untuk isi perut dan tiada wang tambahan untuk bayar
cukai.
Jawapan: Ini sama sekali tidak benar. Ambil contoh negara
Australia yang telah memperkenalkan GST 14 tahun yang lepas. Ketika memperkenalkan
GST, gaji mingguan pekerja am rakyat Australia hanya sekitar AUD $350 - $500.
Dengan kejayaan cukai GST yang diperkenalkan, gaji mingguan
pekerja am rakyat Australia kini tidak kurang dari AUD $1,000. Penyelarasan kesimbangan
antara pendapat dan perbelajaan akibat
GST diperkenalkan tidak boleh dirasai dalam sekelip mata tetapi memerlukan
sedikit jangkamasa.
Sistem percukaian GST amat bertepatan dengan matlamat
Kerajaan mencapai taraf negara maju pada tahun 2020 dimana dijangkakan
pendapatan purata rakyat Malaysia sekitar RM4,000 - RM5,000 sebulan.
Tuduhan 4: Sama ada anda gaji RM10,000 ataupun RM1,000 semua rakyat
Malaysia menggunakan kuantiti barangan dan perkhidmatan asas yang sama. Tapi
bagi golongan berpendapatan rendah, pembayaran tambahan GST RM100 beri tamparan
hebat kerana mereka tidak dikenakan cukai sebelum ini. Dengan hanya 75% pekerja
Malaysia yang bergaji bulanan RM2000 ke bawah (sumber KWSP), RM100 amat
bermakna untuk mereka.
Jawapan: Kenyataan mengatakan golongan berpendapatan rendah
tidak dikenakan cukai sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Malah hakikat
sebenarnya mereka membayar cukai SST dalam setiap barangan yang dibeli oleh
mereka sebelum ini.
Di bawah sistem SST para peniaga tidak perlu menunjukkan
jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Oleh kerana itu ada di kalangan peniaga menggelak daripada membayar cukai SST tersebut kepada kerajaan walaupun ia tetap dikenakan
kepada pembeli.
Kerajaan mengalami kerugian pendapatan cukai sementara rakyat
mengalami kerugian dari segi pembangunan yang dapat dilaksanakan dengan cukai
yang dilarikan.
Sistem pencukaian GST memerlukan para peniaga mempamerkan
jumlah cukai yang dikenakan kepada pembeli dan kerana itu ianya kelihatan
seolah-olah satu cukai baru. Sistem percukaian GST dapat menghindar para
peniaga dari melarikan diri dari membayar cukai dan cukai yang diperolehi dapat
dinikmati oleh rakyat dalam bentuk program program pembangunan negara.
Tuduhan 5: GST dikenakan untuk isi kepincangan pentadbiran kerajaan
dan rasuah. Tiap-tiap tahun Laporan Ketua Audit Negara membongkarkan banyak
agensi kerajaan berbelanja sewenang-wenangnya. Terbaru, 1MDB pula berhutang RM42
billion. Malaysia telah alami kerugian wang haram sebanyak RM173.8 billion pada
tahun 2011 dimana ia 8 kali ganda daripada jangkaan pendapatan RM23.2 billion.
Kerajaan seharusnya fokus banteras rasuah, bukannya cukai duit rakyat.
Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah rasuah yang
melanda negara dan sedang berusaha menghapuskan rasuah. GST ialah salah satu
komponen yang diperkenalkan untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan wang
kerajaan.
Sistem GST menghendaki setiap transaksi direkodkan dan
jumlah cukai GST yang dibayar harus seimbang dengan jumlah pembelian. Sebarang
ketidakseimbangan akan menunjukkan ketirisan dan penyalahgunaan wang kerajaan. Sistem GST juga boleh diperluaskan untuk merangkumi perbelanjaan rakyat dan semua
perbelanjaan akan diseimbangkan dengan pendapatan individu yang di isytiharkan
kepada LHDN.
Sebarang transaksi yang menunjukkan perbelanjaan serta
simpanan melebehi pendapatan akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dan perlu
disiasat sumber pendapatan tambahan yang digunakan dalam perbelanjaan.
Pemberi rasuah juga tidak dapat melarikan diri kerana
akaun mereka juga akan menunjukkan ketidakseimbangan pendapatan dan
perbelanjaan. Sebarang pendapatan dari rasuah tidak dapat disorokkan dan
kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi dan menerima
rasuah.
Pengaliran keluar wang haram juga dapat dibanteraskan apabila semua
transaksi yang di hantar kepada kerajaan perlu seimbang bukan sahaja dengan
akaun syarikat dan persendirian tetapi juga dengan akaun pemborong, peniaga dan
lain lain.
Tuduhan 6: Tak berjimat masa harga minyak naik, harga turun baru nak
cari duit. Minyak naik, harga petrol naik, minyak turun kenakan GST. Rakyat yang
menderita.
Jawapan: Tidak benar sama sekali. Kerajaan telah mula
mempertimbangkan penggunaan sistem percukaian GST semenjak 1992. Jangka waktu
pengenalan GST adalah secara kebetulan bertembung dengan jangka waktu harga
minyak turun. Penurunan harga minyak tidak sama sekali ada kena mengena dengan
keputusan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian GST.
Tuduhan 7: Dalam jawapan yang diberikan di Parlimen, 7 juta orang
menerima BR1M bermakna 60% isi rumah mendapat gaji kurang daripada RM4000.
Perahan GST dan kenaikan barang bebankan golongan bawah. Daripada fokus
mengedar BR1M, mengapa tidak kurangkan ketirisan, rasuah dan pembaziran serta
memperbaiki ekonomi dan meningkatkan pendapatan semua.
Jawapan: Kerajaan amat prihatin dengan masalah yang
dihadapi oleh rakyat dan berusaha mengatasi semua masalah tersebut. Sistem percukaian
GST ini adalah jawapan terhadap semua permasalahan yang dinyatakan. Sistem
percukaian GST yang lebih lengkap dan menyeluruh dapat mengatasi semua masalah
tersebut jika diberi masa untuk sistem ini berfungsi sepenuhnya.
Tuduhan 8: Kekurangan pembayaran cukai berpunca dari gaji rendah dan
ekonomi teruk, maka kebanyakan tidak capai tahap pembayaran cukai pendapatan.
GST memaksa golongan miskin dan penganggur seperti pelajar, pesara dan
kanak-kanak membayar cukai. rakyat jadi mangsa apabila kerajaan berhasrat untuk
menghalang pelarian cukai.
Jawapan: Kerajaan telah mengenal pasti permasalahan rakyat
dari segi pendapatan. Berdasarkan kepada sejarah beberapa negara yang telah
melaksanakan GST, kadar pendapatan purata rakyat semakin meningkat kerana
pungutan cukai yang lebih efisyen membolehkan kerajaan melabur dan melaksanakan
program yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi serta mewujudkan
peluang peluang perniagaan serta pekerjaan. Bagi barangan asas yang di perlukan
oleh golongan berpendapatan rendah, miskin dan kanak-kanak, banyak dari barangan
ini tidak dikenakan cukai GST.
Tuduhan 9: GST memaksa golongan yang tidak mampu untuk membayar
cukai. Selepas pelaksanaan GST, pelanggan berkurang. Kekurangan bisnes bermaksud
kemelesetan ekonomi dan pengganguran meningkat, Kos dan tekanan hidup semakin
tinggi menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.
Jawapan: GST tidak memaksa golongan tidak mampu membayar
cukai tambahan kerana sebelum ini pengguna sememangnya membayar cukai SST yang
disorokkan dalam harga jualan. Malah GST membenarkan peniaga untuk mengurangkan
harga jualan kerana GST hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding dengan
SST yang mengenakan cukai sebanyak 10%.
Kekurangan bisnes merupakan satu petanda baik dan rakyat
harus bersabar dengan situasi ini. Kekurangan bisnes ini akan memaksa peniaga menurunkan kembali harga barangan mereka ke satu tahap yang munasabah.
Di negara
maju di mana Persatuan Pengguna aktif, para peniaga sentiasa tertekan
dengan program yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna sehingga peniaga terpaksa menurunkan
harga barangan dan perkhidmatan ke paras yang munasabah.
Tuduhan 10: Ulang sekali lagi. Golongan berpendapatan rendah memang
tidak mampu membayar cukai pendapatan. Pengurangan kadar cukai pendapatan
langsung tidak beri kesan kepada 90% rakyat kecuali 10% yang bayar cukai
pendapatan. Lagipun, pembayaran BR1M berpunca dari GST dimana golongan berpendapatan rendah tidak dapat
tingkatkan pendapatan. Golongan tersebut sama ada mengurangkan perbelanjaan
ataupun bekerja sambilan. Tetapi kedua-dua pilihan tidak memanfaatkan dan
menyusahan rakyat.
Jawapan: Mengikut perangkaan yang dikeluarkan, hanya 40%
daripada penduduk Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah, manakala hanya 1.7%
dikategorikan sebagai golongan miskin. Tuduhan mengatakan 90% dari rakyat tidak
membayar cukai sama sekali tidak benar.
Di samping itu, GST akan membolehkan kerajaan mendapatkan
pendapatan yang munasabah untuk terus membangunkan negara dan membuka peluang
peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia di samping membantu
golongan miskin.