Thursday 12 February 2015

Perang antara Ismail Sabri dan Tiong Lai makin kronik

  • Semakin kronik nampaknya perang siber di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO) dan Datuk Seri LiowTiong Lai. Terkini mereka berdua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan peniaga Cina dan harga barang mahal.
  • Berikut adalah kenyataan media berkenaan yang diviralkan dalam laman sosial.
  • Polemik yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
  • Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di viral dan disalah-tafsirkan. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentiment perkauman.
  • Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
  • Ia tidak ditujukan kepada kaum tertentu sahaja tetapi kepada peniaga dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun hakikatnya harga minyak telah mengalami penurunan harga sebanyak tiga (3) kali.
  • Hari ini saya telah membincangkan perkara ini semula dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai sejajar dengan semangat muafakat Barisan Nasional. Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
  • Kami bersetuju semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
  • Kuasa beli dari kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga untuk menurunkan harga barangan. Manfaatnya akan dirasai oleh semua kaum termasuk Melayu, Cina, India, Dayak , Kadazan-Dusun dan lain-lain.
  • Kami dengan ini, bersama-sama menyeru agar semua pengguna tanpa mengira kaum di negara ini bersatu untuk menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
  • (Kenyataan bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 12hb Februari 2015)
  • Tak semena-mena Tiong Lai segera menafikan kenyataan media bersama itu menerusi Twitter beliau. Dakwanya, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedang beliau tidak tahu apa-apa mengenainya.
  • Apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua? Apakah sandiwara dalam media sosial itu palsu yang bertujuan mahu melaga-lagakan antara MCA dan UMNO? Ada spekulasi lain mendakwa fitnah itu dibuat bagi memporak perandakan hubungan Melayu dan Cina.
  • Jika Melayu `naik darah’, maka akan tercetusnya keganasan yang dinanti-antikan oleh puak yang mahu memanggil Amerika dan PBB masuk untuk menjajah Malaysia semula atas nama kedamaian dan keamanan.
  • Sementara itu beberapa NGO Melayu marah dengan hasrat Ismail Sabri yang mahu bertemu Tiong Lai di Wisma MCA bagi menjelaskan maksud sebenar berkaitan kenyataan sinisnya berkaitan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
  • Ismail tidak perlu ke MCA menjelaskan apa-apa, sebaliknya jika MCA tidak faham dengan kenyataan akhbar itu, mereka boleh ke pejabat Ismail sendiri atau Tiong Lai membangkitkan isu itu di dalam mesyuarat kabinet.
  • Manakala Ketua Pemuda MCA yang bertaraf senator perlu tutup mulut berkaitan isu panas itu atau beliau angkat kaki bersama MCA untuk bergabung dengan DAP dalam pilihanraya akan datang. UMNO sudah bersedia menghadapi risiko pengkhianatan MCA berdasarkan keputusan PRU13 yang mempamerkan undi Cina 100 peratus memihak kepada pembangkang.
  • Namun tanpa rasa malu MCA  menuntut beberapa kerusi menteri dan timbalan menteri daripada kerajaan. UMNO pun satu hal juga. Terlalu memberi muka kepada MCA dan Gerakan walaupun sedar mereka adalah musuh dalam selimut.
  • Jika UMNO masih terus berlembut dengan MCA, jangan terkejut jika Putrajaya akan terlepas dari genggaman pada PRU14.


Haram anjur candlelight vigil depan penjara

  • Upacara berhimpun dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.
  • Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.
  • Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.
  • Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil - Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara.
  • Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  • Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
  • Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
  • Apa yang berlaku di perkarangan Penjara Sungai Buloh ternyata mirip candlelight vigil. Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kalangan pelbagai bangsa termasuk umat Islam berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada pemimpin mereka yang dipenjara.
  • Sejak ia dimulakan jam 9 malam tadi, dianggarkan hanya kira-kira 200 penyokongnya termasuk kanak-kanak hadir memberi sokongan menyertai perhimpunan itu yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Beberapa pemimpin pembangkang turut sama hadir antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
  • Mereka turut membuat pengucapan awam yang antara lainnya mendakwa sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar yang juga ketua Umum PKR itu sebagai tidak adil dan zalim.
  • Mereka yang hadir juga dilihat menyalakan lilin kononnya simbol bagi menerangi kezaliman yang didakwanya dilakukan terhadap ketua pembangkang itu.
  • Bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit, anggota polis dilihat melakukan kawalan di lokasi bagi memastikan perhimpunan diadakan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.
  • Persoalannya ialah apakah umat Islam yang menyertai perhimpunan itu sedar perbuatan mereka melakukan candlelight vigil merupakan perbuatan yang tidak dibenarkan walaupun pada dasarnya niat mereka sekadar mahu memperingati ketua mereka yang dipenjara.
  • Fatwa telah menetapkan sedemikian dan tidak ada sebab bagi sesiapapun di kalangan umat Islam terkecuali daripada menanggung dosa kerana melakukannnya.
  • Jika sekalipun puak PKR dan konco-konconya membenci dan menolak perundangan sivil Malaysia, bagi umat Islam tidak mengira parti apa sepatutnya akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM kerana itu adalah sebahagian daripada sistem perundangan syariah.
  • Jika umat Islam enggan mematuhi syariah yang ditetapkan, undang-unang apakah yang sesuai untuk mereka. Mungkinkah mereka mahu undang-undang rimba yang dicipta oleh PKR dan konco-konconya diguna pakai untuk semua rakyat Malaysia. Jangan bermimpi di siang hari.


Wednesday 11 February 2015

Cerita keadilan mahkamah buat rakyat Malaysia

  • Tulisan di bawah adalah terjemahan bebas dari kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berjudul “Anwar Ibrahim verdict”
  • Penghakiman ini mengakhiri saga tujuh tahun perbicaraan membabitkan 9 Hakim dan barisan peguam yang begitu ramai. Anwar sendiri menggunakan 20 orang peguam dalam keseluruhan peringkat perbicaraan. Malah di peringkat Mahkamah Persekutuan sahaja beliau menggunakan 14 orang peguam bela.
  • Beribu jam masa Mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) dan 9 Hakim digunakan untuk meneliti secara mendalam dan terperinci setiap bukti yang dikemukakan. Sebagai peguam saya berpuashati kerana akhirnya keadilan telah ditegakkan.
  • Namun ia bukan satu kepuasan mahu pun kebanggaan kerana kejadian liwat ini telah telah memporak-perandakan kehidupan seorang anak muda. Lebih teruk, mangsa telah diperiksa dan disoal balas dengan begitu mendalam dan terperinci selama 7 hari secara terbuka tanpa kerahsiaan oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sukar dibayangkan penderitaan emosi dan rasa malu yang ditanggung oleh mangsa kes ini.
  • Anehnya, tidak seperti mangsa yang berhadapan dengan pelbagai soal balas pihak pembela, Anwar Ibrahim memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak membenarkan dirinya disoal balas.
  • Memang benar itu adalah hak beliau. Namun beliau menggunakan hak memberi keterangan tanpa disoal balas untuk menyerang pendakwaraya, para hakim dan bekas rakan-rakan beliau dalam kerajaan. Beliau juga merendah-rendahkan negaranya sendiri.
  • Kes Anwar Ibrahim ialah kisah “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya, namun beliau memilih untuk membelasah reputasi kehakiman.
  • Justeru saya memohon rakyat Malaysia dan mereka yang di luar negara yang waras dan rasional supaya mengambil kira semua fakta secara teliti sebelum membuat kesimpulan. Lebih penting, tolonglah baca setiap perkataan dalam penghakiman hari ini dan sebelumnya. Ia memberi fakta-fakta yang benar biar sejijik mana pun kes ini.
  • Bukti DNA merupakan contoh yang paling menarik. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai beban pembuktian paling ketat di dunia.
  • Pertamanya, ia mengkehendaki padanan 16 daripada 16 titik pengecaman DNA. Ini bermakna mesti padanan DNA mesti seratus peratus adanan sempurna sebelum diterima. Kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak mempunyai syarat yang sebegini ketat.
  • Keputusan ujian mendapati kesemua 16 titik padanan DNA sepadan dengan DNA Anwar, – in gambler’s jargon, a ‘full flush’.
  • Dan semua ini diambil dari semen (air mani) yang berada dalam dubur Saiful. Sesunggunya bukti semen ini merupakan satu pembuktian DNA yang sangat utuh berbanding pembuktian melalui peluh. Anda boleh mengambil peluh manusia tanpa disedari, namun anda tidak boleh mengambil air mani tanpa disedari mahupun memalsukannya.
  •  
  • Kedua, Malaysia tidak mempunyai undang-undang mewajibkan tertuduh memberi sampel DNA kepada Mahkamah. Justeru apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pendakwa raya di Mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk mematikan bukti ini dengan menawarkan secara sukarela sampel beliau sendiri untuk bukti baru.
  • Jika beliau tidak bersalah, beliau pasti memberikannya dan kita tidak perlu mempunyai satu perbicaraan yang begitu panjang dan menyusahkan. Jika DNA diberi Anwar berbeza dari yang diambil oleh penyiasat, ia boleh menyelesaikan kesnya sekelip mata. Namun Anwar menolak peluang ini.
  • Berhubung degan alibi, Anwar pada mulanya menyatakan beliau mempunyai senarai penyaksian (alibi) yang banyak dan kuat bagi menafikan tuduhan ke atas dirinya. Namun semuanya diabaikan oleh Anwar sendiri sebaik sahaja Pendakwa raya mengemukakan rakaman litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian kepada mahkamah.
  • Sebagai seorang muslim, Anwar Ibrahim juga menolak untuk bersumpah dengan al-Quran, sedangkan mangsa beliau, Saiful (juga seorang muslim), telah bersumpah dengan kitab suci Islam ini di Malaysia dan di hadapan Kaabah, di tanah suci, Makkah.
  • Apakah kes ini merupakan kosnpirasi politik? Kes ini merupakan satu kes yang sangat teknikal, ia juga melalui semua jalan perbicaraan yang ada dengan penuh tertib dan mengikut perundangan; dibicara serta diputuskan di hadapan mahkamah tertinggi Malaysia.
  • Adakah terdapat sebarang perkara teknikal yang boleh mencabarkan keputusan Mahkamah sebelum ini mengenai beban pembuktian? Panel lima hakimn terbaik negara memutuskan tiada! Mereka memutuskan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini tepat, terbukti betul dan tidak perlu ubah.
  • Penghakiman turut menolak dakwaan berulang kali Anwar bahawa kes ini merupakan satu insiatif politik atau konspirasi politik.
  • Adalah tidak masuk akal mendakwa kes ini merupakan inisiatif politik (politically motivated) bukan sahaja kerana kebebasan kehakiman dijamin Perlembagaan Malaysia, tetapi juga kerana sifat kes ini yang merupakan aduan individu ke atas majikannya, Anwar Ibrahim.
  • Kes Anwar Ibrahim muncul kerana pekerja Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan membuat laporan polis ke atas. Saiful mendakwa majikannya, Anwar Ibrahim, telah “menekan” beliau agar melakukan hubungan seks di luar tabie (liwat).
  • Tidak mungkin ada sesiapa yang boleh merancang skrip seperti ini, yang kemudiannya melalui satu proses perundangan yang panjang, terperinci dan luar biasa tanpa menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa kejadian ini merupakan satu penipuan atau pemalsuan.
  • Satu-satunya pihak yang berusaha menjadikan kes ini sebagai kes sebagai kes politik ialah Anwar Ibrahim dan penyokong beliau kerana mahukan kes tersebut digugurkan.
  • Consider how this matter first arose. As Hansard (dated 22 October 1997, 18 December 1997) recalls, the very first time an MP stood up in parliament holding a statutory declaration that accused Anwar Ibrahim of sexual – homosexual – assault, Anwar Ibrahim was Deputy Prime Minister and his accuser was not a member of the government, but in fact an opposition MP from the DAP. And who was his original accuser? The late Karpal Singh MP, a brilliant lawyer. Any account of the criminal and then political downfall of Anwar Ibrahim should recall who threw the first stone.
  • Namun kepada mangsa dan rakyat malaysia lain, kes merupakan satu saga yang berpanjangan dan menyesakkan. Demi satu penutupan satu saga yang cukup panjang ini, saya mohon pihak media yang membuat liputan kes ini agar `to impartially look at the facts of the case, to analyse the meticulous judgments, and to carry these, as best they may, to the people.
  • Saya khuatir sebahagian media mempunyai anggapan Mahkamah Malaysia hanya bertindak adil apabila keputusan menyebelahi Anwar Ibrahim dan menganggap sebaliknya apabila ia tidak menyebelahi Anwar.
  • Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, seorang pemuda yang pernah menjadi pembantu peribadi Anwar, yang menjadi tumpuan dalam dan luar negara bukan kerana kesalahannya. Seperti semua mangsa jenayah serius, beliau mempunyai hak untuk mendapat keadilan dari penyiasatan pihak Polis dan perbicaraan di pihak Kehakiman.
  • Jadi, daripada menjadikan isu ini satu isu politik, media sewajarnya melihat perbicaraan ini merupakan satu kisah kemanusiaan. Malah dari sudut Kehakiman, ia merupakan hak kedua belah pihak mendapatkan keadilan di Mahkamah.
  • Sesungguhnya, semua ini sepatutnya mengenai hak yang sama rata untuk kita semua rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan tanpa mengira kedudukan, kuasa dan pengaruh. 


PKR umpan Amerika untuk desak Najib bebaskan Anwar

  • Seperti yang dijangka, PKR menggunakan hubungan Anwar Ibrahim dengan Amerika Syarikat dengan menggunakan laman sesawang negara itu bagi menarik perhatian dunia menerusi satu petisyen untuk menentang keputusan mahkamah.
  • Kali ini PKR mengajak orang ramai di seluruh dunia menandatangani petisyen secara atas talian untuk mendesak agar Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama memberikan keutamaan polisi pentadbiran kerajaannya terhadap pembebasan Anwar.
  • Parti itu mendakwa sesiapa yang mahu menandatangani petisyen itu  boleh berbuat demikian di laman sesawang http://1.usa.gov/1EX0m0q. PetisyenDisasarkan 100,000 petisyen diperlukan sebelum tarikh 12 Mac ini.
  • “Kenyataan ini sahaja tidak cukup. Ia hendaklah mengikut kata-kata dan tindakan. Anwar adalah seorang tahanan politik. Oleh itu, masa depan demokrasi di Malaysia yang dipertaruhkan,” tulis petisyen itu.
  • Sehubungan itu, tindakan untuk mendapatkan pembebasan Anwar dari penjara mesti menjadi keutamaan dalam dasar Amerika terhadap Malaysia. Dalam pada itu Kerajaan Amerika mengeluarkan kenyataan kecewa dengan keputusan mahkamah menolak rayuan Anwar.
  • White House juga memaklumkan bahawa keputusan mendakwa Anwar dan pengendalian perbicaraan menimbulkan kebimbangan serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.
  • Tak cukup dengan itu, PKR dan konco-konconya mahu berdemonstrasi di Penjara Sungai Buloh setiap hari sehingga kerajaan Malaysia membebaskan Anwar tanpa syarat. Tindakan itu dibuat seolah-olah Anwar tidak mendapat keadilan mahkamah.
  • Wal hal sepanjang 6 tahun tempoh perbicaraan, Anwar tidak langsung memberi kerjasama di dalam mahkamah, diam seribu bahasa dan gagal menghasilkan apa-apa bukti dan saksi bagi memperkukuh penafiannya dalam kes liwat.
  • Kegagalan peguam Anwar  di dalam mahkamah telah menyebabkan ketua pembangkang itu mengambil jalan untuk  `menyalak’ di luar mahkamah. Beliau percaya suaranya laku di luar mahkamah terutama ketika berpindato di padang bola atau di tepi jalan.
  • Selagi suaranya laku di jalanan, beliau tidak peduli sekatan dan halangan perundangan. Baginya undang-undang Malaysia tak berguna. Hanya pidato jalanan yang diluahkannya itulah merupakan perundangan yang wajib dipakai oleh semua.
  • Dalam Bahasa lebih mudah, Anwar mahu menggunakan undang-undang rimba sebagai perundangan negara yang mana rakyat menjadi hakim kepada semua hal pentadbiran dan jenayah. Jika rakyat kata BETUL maka itulah perundangan. Jika rakyat kata salah SALAH itulah yang perlu ditolak dalam perundangan.
  • Betul atau salah kata-kata rakyat perlu dizahirkan dari bibir Anwar dan PKR sahaja. Sistem kehakiman Malaysia ditolak mentah-mentah, tapi pada masa yang sama, parti malang itu tetap menggunakan mahkamah untuk urusan saman menyaman. Setakt itu sahalah kepercayaan Anwar dan PKR terhadap sistem perundangan Malaysia.
  • Penjara adalah pasti dan Anwar mengharapkan rakyat memberontak, berdemonstrasi dari semasa ke semasa sehingga beliau dibebaskan dalam apa cara sekalipun.
  • Jika dalam demonstrasi ada kekerasan, PKR akan meminta bantuan Amerika untuk memujuk PBB menghantar tentera bagi  menjaga keamanan sambil menukar Perdana Menteri Malaysia kepada calon yang pro Amerika, pro PBB dan pro Anwar.
  • Ketika itu Umno akan hilang ketuanan dan Raja-raja Melayu hilang kedaulatannya. Soal harta dan tanah tak payah cerita. Semuanya dirampas. Tanah Rizab Melayu hapus, kuota itu dan ini kepada Melayu dan bumiputera juga lenyap.
  • Bangsa Cina akan berbondong-bondong menguasai tanah, perniagaan, politik, universiti, hospital dan sebagainya. Melayu akan terus tersepit seperti di Singapura. Ketika itu nanti Melayu tidak dibenarkan bersuara samada dalam blog mahupun dalam politik,semuanya akan disekat seperti di Singapura.

Fakta kes liwat Anwar didedah Karpal Singh pada 1997

  • Ketika ini penyokong Anwar Ibrahim percaya kes liwat ketua mereka itu merupakan konspirasi kerajaan Umno. Ini ditambah dengan kenyataan penghinaan Anwar terhadap mahkamah ketika diberi peluang membuat rayuan.
  • Namun selepas membaca artikel ini, penyokong Anwar pasti terkedu kerana tidak menjangka atau terlupa bahawa kes liwat Anwar sebenarnya telah didedahkan kepada umum oleh Karpal Singh (mendiang) pada 1997 iaitu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
  • Berikut adalah kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes liwat  Anwar. Diharap artikel ini dapat membuka mata semua pengikut Anwar di mana jua mereka berada agar lebih berhati-hati ketika berikrar memilih pemimpin:
  • Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.
  • Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.
  • Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.
  • Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.
  • Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.
  • Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.
  •  Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.
  • Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.
  • Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.
  • Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.
  • Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.
  • Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.
  • Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.
  • Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.
  • Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.
  • Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.
  • Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.
  • Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.
  • Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.
  • Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah  sama rata di sisi undang-undang. - 10 Februari 2015.


Anwar hina mahkamah sebelum ke penjara

  • Versi Utusan: Pada awal ‘rayuannya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti masih dalam keadaan terkedu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan dengan suaranya yang serak dan tertahan-tahan, Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah.
  • Namun, segalanya berubah sekelip mata apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertukar sikap dan mula menyelar institusi kehakiman tersebut yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ dalam membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.
  • Anwar juga mendakwa bahawa panel hakim tersebut telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan ke­dudukan.
  • “Anda (panel hakim) mempunyai peluang untuk menebus diri sendiri, membetulkan yang salah dan meletakkan semula kehakiman di tempat yang tinggi dan melakar nama sebagai pejuang keadilan. Namun anda telah memilih untuk terus berada di sisi yang gelap dan bergelumang dengan penipuan dan muslihat,” kata Anwar.
  • Ekoran kenyataan tersebut; Ketua Hakim Negara menegur dan bertanyakan mengenai relevannya ‘rayuan’ terbabit dengan rayuan bagi mengurangkan hukumannya.
  • Pada ketika ini, peguam bela utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon agar mahkamah memberikan anak guamnya hak untuk terus mengemukakan rayuan.
  • “Beliau (Anwar) ada hak untuk merayu tetapi bukannya mengutuk mahkamah,” kata Hakim Arifin.
  • Pada ketika ini, Anwar masih meneruskan ‘rayuannya’ tanpa menghiraukan teguran panel ha­kim menyebabkan hakim-hakim bersidang meninggalkan dewan mahkamah bagi membuat keputusan mengenai tempoh hukuman penjara.
  • Sungguhpun begitu, Anwar tetap meneruskan ‘rayuannya’ dengan lantang dan berjanji dengan bersaksikan Allah bahawa beliau tidak akan diam, akan terus berjuang bagi kebebasan dan keadilan serta tidak akan menye­rah kalah.
  • Selesai ‘rayuannya’, beberapa penyokong Anwar mula melaungkan perkataan ‘Reformasi’ dan takbir di dalam dewan mahkamah berulang kali.
  • Anwar kemudian berpusing ke arah galeri awam dan mula memeluk isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya yang menangis teresak-esak.
  • Versi Malaysian Insider yang memetik blogger Mohd Sayuti Omar yang bertajuk “Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam kelima-lima Hakim.”
  • Sayuti berkata, di sini saya postkan ucapan Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.
  • Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.
  • Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.
  • Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima Hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.
  • Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, kecuali Allah sang hakim yang maha adil saja mengetahuinya.
  • Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit dari jiwa seorang yang menganggap dianiya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.
  • Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang katajanji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelek dan insiden yang tidak pernah berlaku
  • Berikut adalah ucapan berkenaan:
  • Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.
  • Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.
  • Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.
  • Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
  • Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
  • Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
  • Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
  • Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
  • Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
  • Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
  • Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
  • Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
  • Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
  • Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.
  • Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
  • Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! - ANWAR IBRAHIM


Tuesday 10 February 2015

Anwar kena penjara 5 tahun

  • Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  • Keputusan itu dibuat panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria apabila mahkamah kembali bersidang sejurus rehat selepas menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan hukuman itu.
  • Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
  • Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
  • Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
  • Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
  • Anwar dilihat memeluk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya.
  • Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.
  • "Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah)," kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.
  • Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala. Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.
  • Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.
  • Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
  • Anwar membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Rayuan itu pada 7 Mac tahun lepas.
  • Sementara itu, penyokong Mohd Saiful kelihatan mula meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman selepas keputusan itu diketahui. - BERNAMA


Kerajaan tidak terbabit dalam laporan liwat Anwar

  • Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau.
  • Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata: “Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.
  • “Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar - bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.
  • “Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman.”
  • Sementara itu, peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus memberitahu anak guamnya menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan keputusan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwatnya. Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Zamri kepada Mohd. Saiful Bukhari melalui panggilan telefon.


Anwar bersalah meliwat Saiful

  • Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  • Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
  • Hukuman akan diputuskan nanti apabila mahkamah kembali bersidang selepas rehat. Anwar diberi peluang merayu untuk hukuman lebih ringan.
  • Pihak pendakwaan sebelum ini mengemukakan rayuan balas meminta agar hukuman terhadap Anwar ditambah.
  • Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
  • Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
  • Jika hukuman penjara itu dikekalkan, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
  • Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto BERNAMA


Pas liberal mahu kuburkan ulama

  • Puak liberal sedang menyusun strategi terancang untuk menguasai Pas bagi menyingkir kumpulan ulama yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Puak itu mahu Abdul Hadi dan kumpulan ulama akur dengan kehendak mereka walau bertentangan dengan agenda perjuangan Pas.
  • Hanya sokongan padu akar umbi Pas yang dapat menjamin kelangsungan golongan ulama sebagai teras dalam pucuk pimpinan parti.
  • Memang pada mulanya golongan ulama sangat kuat dalam Pas tetapi situasi kini berbeza selepas kemunculan golongan liberal dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).
  • Namun, golongan ulama boleh mengekalkan kedudukan sekiranya mereka disokong akar umbi yang tidak mahu melihat golongan liberal menguasai Pas.
  • Baru-baru ini Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.
  • Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai Pas.
  • Mohd. Fuad menambah, sekiranya dakwaan Fadhli tentang kewujudan komplot itu benar, pengaruh Abdul Hadi dijangka bertambah kuat kerana sebahagian besar ahli-ahli Pas akan mempertingkatkan sokongan kepada Presiden Pas tersebut bagi memastikan parti itu kekal di bawah kepemimpinan ulama.
  • Mungkin pihak yang ingin menjatuhkan golongan ulama ini berani berbuat demikian kerana mereka menyangka ada sokongan namun usaha itu bukan mudah kerana pengaruh Abdul Hadi dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din masih kuat.
  • Apapun, perkembangan terbaharu membabitkan Pas itu dijangka memberi kesan negatif terhadap parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
  • Konflik dalaman yang berlaku di dalam Pas sekiranya dibiarkan berpanjangan akan mewujudkan tanggapan dalam kalangan orang ramai bahawa parti itu mengalami perpecahan.
  • Pada masa yang sama penyokong Pas tertanya-tanya sejauh manakah kelangsungan kepemimpinan ulama dapat bertahan daripada tekanan puak liberal.
  • Tambah menimbulkan persoalan apabila kumpulan yang dilihat pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, mereka sudah menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
  • Malah, nama Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dikaitkan secara terbuka oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim sebagai penggerak utama usaha menggulingkan Abdul Hadi.
  • Rentetan dakwaan tersebut, Fadhli memuat naik di laman sosial Facebook miliknya cetakan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai arahan Mohd. Hatta agar ‘menyerang’ kumpulan ulama.
  • “Belasah cepat wei!!,” dakwa Mohd. Hatta dalam maklum balasnya terhadap perbincangan yang dipercayai merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
  • Semalam, Fadhli mendakwa kum­pulan yang diterajui Mohd. Hatta cuba menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dengan memburukkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
  • Sambil diiringi lebih 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi, beliau kemudiannya menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Pas Pusat dan mendesak kesemua pemimpin kanan yang terbabit dalam komplot berkenaan supaya meletakkan jawatan.
  • Dalam perkembangan yang sama, selain petikan meminta pihak tertentu ‘menyerang’ kumpulan ulama, Fadhli turut memuat naik cetakan skrin perbualan Ahli Parlimen Kuala Krai itu yang mengkritik pendirian Pas dalam isu Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
  • “Keputusan itu untuk Pilihan Raya Kecil Kajang dan telah kita sempurnakan. Takkan sampai mati nak pegang satu keputusan itu,” dakwanya, namun tidak dapat dipastikan kritikan Mohd. Hatta tersebut merujuk kepada keputusan yang masa satu.
  • Sementara itu, Mohd. Hatta enggan menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut dengan alasan, beliau belum bersedia memberi kenyataan.
  • Beliau turut memberikan jawapan yang sama apabila ditanya kemungkinan mengadakan sidang akhbar.
  • “Minta maaf, saya belum bersedia (beri sebarang kenyataan). Saya juga belum buat sebarang keputusan (sama ada mahu mengadakan sidang akhbar atau tidak),” katanya.


Monday 9 February 2015

Drama airmata Anwar diteruskan

  • Bermula dengan serangan ke atas Hadi Awang kerana sehingga setakat ini, Hadi Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau perintah kepada ahli-ahli PAS untuk bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, sekaligus mengurangkan kebarangkalian yang demonstrasi besar-besaran seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an dahulu akan berulang.
  • Semalam juga, satu pertemuan membabitkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, TERPAKSA DIBUAT di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut dengan harapan, Hadi Awang akan malu alah dan menurut kehendak Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng / Lim Kit Siang, tetapi yang lebih memalukan PKR dan DAP ialah apabila sekumpulan ahli-ahli PAS yang setia menjunjung perjuangan sebenar parti itu, membuat tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat PAS Pusat menuntut Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai meletak jawatan kerana menjadi ANJING DAN BARUA PKR serta DAP yang telah memecah belahkan PAS semata-mata terliur dengan tawaran kemewahan.
  • Hadi Awang sendiri tidak menunggu lama. Dia hadir sekadar untuk memenuhi protokol dan prosedur, apatah lagi dibuat di dalam 'rumahnya' sendiri. Selesai bermesyuarat, Hadi Awang bergegas meninggalkan bangunan Ibu Pejabat PAS Pusat tanpa mahu bersama-sama Lim Guan Eng/Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim memperkatakan tentang kesimpulan yang telah mereka buat.
  • Tindakan Hadi Awang itu ternyata menutup mulut Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang hampir menyatakan Presiden PAS bersetuju agar ahli-ahli PAS bergabung dan berdemonstrasi untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam keputusan akhir Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
  • Dari awal lagi, Anwar Ibrahim sangat sedar, perjalanannya kali ini lebih berduri tanpa sokongan daripada PAS. Dia telah menggerakkan orang-orangnya dalam PAS untuk tujuan itu, namun keadaan menjadi semakin buruk apabila belang PASMA dan GIK terdedah kepada umum sekaligus mengesahkan khabar-khabar angin selama ini bahawa PAS sememangnya cuba dipecahbelahkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim dari dalam.
  • Gerakan menggulingkan Hadi Awang dan mengangkat Mat Sabu sebagai Presiden PAS yang baru juga, semakin bocor. Printscreen perbualan beberapa orang upahan Hatta Ramli yang merancang penggulingan itu, kini sedang tersebar luas.
  • Siri ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim juga kurang mendapat sambutan sekalipun semalam (8 Februari) di Muar, ceramah tersebut dianggap yang paling 'berjaya' menarik kehadiran pendengar mencecah 1500 orang sekalipun pada masa yang sama, konco-konco Anwar Ibrahim cuba membesar-besarkan angka berkenaan menjadi 10,000 orang. 80% kehadiran adalah yang sudah tua-tua. Hanya 20% sahaja yang berusia muda.
  • Beberapa ceramah membela Anwar Ibrahim sebelum ini, hanya mencatatkan kehadiran sangat rendah.
  • Sekaligus memberitahu bahawa, tanpa PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan ke mana-mana. Sudah terbukti bahawa selama ini, PKR dan DAP yang kerap mendabik dada kekuatan mereka, sebenarnya sangat bergantung kepada PAS.
  • Justeru tidak hairanlah sehinggakan A.Samad Said yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS, PKR atau DAP, sekadar menjadi balaci Ambiga Sreevanasan, turut melalak meminta dan mendesak agar Hadi Awang meletak jawatan kerana dia melihat tanpa penyertaan PAS, gerakan menyokong Anwar Ibrahim yang meramaikan jalanraya dengan demonstrasi bodoh hanyalah sebilangan budak-budak muda yang tidak tahu arah tujuan hidup mereka.... sama seperti dia juga!
  • Dengan persediaan bas-bas percuma yang akan mengangkut para pendemonstrasi ke Putrajaya esok, PKR dan Anwar Ibrahim terus gelisah kerana sambutan tidaklah terlalu hebat sebagaimana yang diharap-harapkan. -- theflyingkick


Harga rumah menggila akibat spekulasi GST

  • Meneliti iklan di dada akhbar tempatan dan nasional, pemaju perumahan bagai terus optimis bahawa permintaan terhadap rumah kediaman tidak akan reda selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Mereka merebut peluang daripada keghairahan pembeli untuk terus membeli rumah.
  • Sejak tiga empat tahun ini, harga rumah sudah menggila, di luar daripada imaginasi dan jangkaan banyak pihak, sebahagiannya kerana spekulasi dan strategi pemaju menetapkan harga minimum sesama sendiri bagi meraih keuntungan tinggi.
  • Di sebalik kontroversi harga makanan dan barangan keperluan harian tidak turun meskipun harga minyak sudah menjunam, kini pembeli dan pelabur dalam sektor hartanah berteka-teki, adakah harga rumah akan naik selepas pelaksanaan GST?
  • Bakal pembeli, khususnya golongan muda keliru dengan pelbagai kenyataan pihak terbabit. Ada kementerian menjangkakan bahawa harga rumah akan naik sekitar tiga atau empat peratus, tetapi dinafikan kementerian lain, yang mendakwa hanya naik dua peratus. Kenyataan sedemikian tidak menguntungkan mana-mana pihak.
  • Spekulasi bahawa harga rumah akan naik mendadak, menyebabkan ada pemaju menasihati pembeli supaya membeli sekarang sebelum pelaksanaan GST pada 1 April depan ketika membuat promosi dan pemasaran. Pembeli yang tidak waspada, terperangkap dengan helah demikian.
  • Sesetengah pemaju perumahan cuba menangguk di air keruh, dengan menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga mengelirukan dan memperdayakan bakal pembeli. Bakal pembeli perlu berhati-hati membuat keputusan dan tidak mudah terpedaya dengan strategi sesetengah pemaju yang ingin melariskan jualan unit rumah yang dibina.
  • Sebab peningkatan permintaan yang mendadak bagi rumah sebelum pelaksanaan GST, berpotensi menyebabkan harga rumah terus naik, sedangkan impak GST ke atas harga rumah tidaklah berlaku mendadak seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.
  • Untuk itu, penting bagi pembeli dan orang ramai mengetahui bagaimana GST berfungsi dan kesannya terhadap harga rumah. Hakikatnya, rumah dikecualikan daripada GST, namun input bahan dan perkhidmatan untuk pembinaan tertakluk kepada GST sebanyak enam peratus, manakala tanah untuk perumahan dan kos pembiayaan dikecualikan daripada cukai. Malah, sesetengah bahan seperti perkakasan sanitari dan jubin yang kini dikenakan cukai jualan 10 peratus, akan dikenakan cukai 6 peratus selepas GST.
  • Kita perlu belajar daripada fenomena yang berlaku di Australia pada tahun 2000 ketika GST diperkenalkan apabila pembeli dan pemaju bergegas membeli dan menyiapkan projek mereka kerana bimbang kos akan naik selepas pelaksanaan GST.
  • Namun, disebabkan peningkatan permintaan yang mendadak itu, pemaju akhirnya membayar harga lebih tinggi untuk bahan dan perkhidmatan. Seterusnya, kos berkenaan disalurkan kepada pembeli. Sekitar setengah tahun selepas GST dilaksanakan, harga hartanah turun.
  • Meskipun pemaju tidak boleh mengenakan GST kepada pembeli rumah kediaman, mereka boleh memindahkan kos cukai tersebut ke dalam harga jualannya secara tersirat. Dijangkakan kenaikan harga untuk hartanah kediaman baharu akan lebih rendah berbanding hartanah komersial baharu.
  • Hakikatnya, kerajaan menjangkakan harga rumah bakal meningkat tiga peratus selepas pelaksanaan GST, bukan naik mendadak seperti yang dikatakan.
  • Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan impak kenaikan sebanyak tiga peratus berasaskan perincian bahan binaan dan sebagainya. Pemaju perumahan tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga rumah sesuka hati, melebihi peratusan yang ditetapkan.
  • Jika perkara ini berlaku, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas bagi melindungi pembeli. Seperti dalam kes harga makanan dan barangan keperluan harian sekarang, kita bimbang sesetengah pemaju menaikkan harga rumah sesuka hati di tengah-tengah keghairahan pembeli.
  • Bagi rakyat, mereka tidak boleh menunggu kerana berdasarkan rekod, harga rumah tidak akan turun malah sentiasa meningkat. Sementelah, apabila pemaju bersekongkol sesama mereka dengan menetapkan harga rumah minimum bagi memastikan harga rumah terus tinggi.
  • Kerajaan perlu terus berusaha untuk memastikan segala projek perumahan yang dirancang di bawah pelbagai skim dapat dilaksanakan dan seterusnya memastikan bahawa pemaju dikenakan tindakan yang sesuai, jika mereka mengaut keuntungan yang keterlaluan. -- Oleh Jeniri Amir, Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak


Kebebasan bersuara perlu ada batas

  • Terpanggil saya untuk mengulas mengenai isu penghinaan yang dilakukan masyarakat tidak kira bangsa dan agama terhadap pemimpin negara yang begitu ketara baru-baru ini. Melihat pada sejarah, sejak Malaysia merdeka dari tahun 1957, semua bangsa di negara ini duduk bersama dan kenal akan budaya dan agama setiap kaum yang mengamalkannya dan cuba bertoleransi berteraskan kata kunci perpaduan.
  • Namun dewasa ini, generasi baharu seolah-olah ingin melupakan apa yang diperjuangkan datuk nenek kita hanya kerana terpengaruh dengan ideologi kebebasan bersuara.
  • Bertitik tolak dari sinilah ramai yang tidak memahami 'gist' perlembagaan telah mencetuskan kontroversi di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun YouTube. Hakikatnya apa yang mereka mahu lakukan sekadar meraih populariti dan mendapatkan perhatian dan dengan itu menjana kewangan.
  • Sebagai contoh peraih populariti menggunakan akaun YouTube, Twitter dan Facebook pasti mengharapkan dengan mencetuskan kontroversi mereka akan dapat beratus ribu 'subscriber' ataupun 'like'. Dari situ mereka boleh jana ribuan ringgit di samping pengikut setia.
  • Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan mengenai apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya. Kebebasan bersuara adalah hak untuk seseorang menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi.
  • Ironinya, hak kebebasan bersuara tidak pernah bersifat mutlak di mana-mana negara sekalipun hatta di Amerika Syarikat dan lazimnya hak ini dihadkan. Namun, hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai 'hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan semua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat'. Di Malaysia, perkara 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa 'tiap-tiap warga negara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara'.
  • Malangnya ramai pendukung kebebasan bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran diberikan. Lihat sahaja akhir-akhir ini, apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Maka berlakulah keretakan perkauman apabila ada beberapa individu peraih populariti yang khilaf. Mereka ini amat mementingkan diri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat menyebabkan keretakan perpaduan.
  • Lembaran sejarah membuktikan, kebebasan bersuara tidak rasional serta bersifat melulu juga menimbulkan pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu peristiwa ketidakpuasan kaum terhadap kaum lain di Malaysia. Kebebasan penggunaan perkataan berunsur tidak sopan dan lucah jelas boleh menimbulkan pergaduhan dan huru-hara di negara kita.
  • Tidakkah kita belajar apa-apa daripada sejarah? Dalam sistem pemerintahan kita hari ini, yang mengamalkan kaedah demokrasi raja berperlembagaan, institusi raja adalah lambang kenegaraan yang sangat penting. Penghinaan kepada institusi raja mahupun pemimpin negara boleh dianggap penghinaan juga kepada negara.
  • Akhir-akhir ini penghinaan terhadap agama Islam, Raja-Raja Melayu, pemimpin negara dan kaum terus berleluasa. Penghinaan itu termasuk memaki serta menggunakan kata-kata lucah terhadap Raja-Raja Melayu, menyunting gambar pemimpin dengan gambar lucah serta menghina menteri. Bukit Aman sudah menerima lebih 500 laporan polis sejak tahun 2011 membabitkan isu penghinaan terbabit.
  • Kronologi penghinaan institusi Diraja lima tahun kebelakangan ini bermula dengan isu penghinaan Aduka Taruna terhadap Almarhum Sultan Johor, penyamaran seorang remaja mengaku anak angkat Tengku Mahkota Pahang, paparan wajah Sultan Johor di kain rentang sebuah parti politik, penggunaan nama seorang Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, penyamaran seorang lelaki sebagai Tengku Mahkota Johor dalam laman FaceBook, dan penghinaan seorang wanita terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika Baginda berucap di laman sosial ternama.
  • Sebelum ini seorang didapati bersalah menghina Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lelaki ini menunjukkan isyarat lucah dan kononnya, secara kebetulan kereta Permaisuri Agong lalu di kawasan itu.
  • Dalam insiden terbaharu, negara digemparkan dengan tindakan Vincent Leong, pelukis tempatan yang mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri pada pameran seni yang diadakan di Dart Stage, Singapura yang dilakukan bertunjangkan seni.
  • Benih-benih penghinaan kepada negara dan pemimpin negara melalui media sosial boleh menghakis keyakinan dan kecintaan rakyat kepada negara dan menghancurkan landasan yang dibina dalam 57 tahun kemerdekaan. Hanya mereka yang dungu sahaja tidak tahu apakah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan negara. Seharusnya mereka yang tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong ditarik balik kerakyatan sebagai pengajaran kepada orang lain.
  • Bekas Pengerusi SUHAKAM iaitu Tun Musa Hitam (2001) berpendapat bahawa tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporan dan penghasilannya. Jika media serta pengamalnya saling melagakan masyarakat yang berbilang kaum, maka penduduk berada dalam keadaan tidak aman serta rakyat menjadi keliru dan hidup dalam penuh kebencian. Adakah maruah negara, bangsa dan agama satu benda yang remeh yang boleh dipermainkan oleh siapa sahaja untuk mencakna kebebasan bersuara? Adakah ini yang kita mahukan, kebebasan tanpa batasan?
  • Keterbukaan melampau yang cuba ditonjolkan sesetengah masyarakat seolah-olah bertujuan 'menghasut' rakyat agar membenci segala-galanya berkenaan Malaysia, orang Melayu, agama Islam dan Perlembagaan negara. Dengan itu, mereka akan dapat laluan mudah untuk mencorak negara mengikut acuan mereka sendiri dengan memadamkan sejarah yang menjadi bukti "Ketuanan Melayu".
  • Mereka ini cuba dan terus cuba menggunakan bermacam-macam cara untuk memastikan matlamat keji mereka akan tercapai. Negara maju yang mengamalkan sistem beraja dan kebebasan bersuara seperti Belanda juga mempunyai kanun keseksaan dikenali sebagai Crimen laesae-Majestatis yang boleh mendakwa mana-mana individu yang menghina ratu atau pasangannya.
  • Sebagai contoh, pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Regilio Amelo dikenakan denda STG400 kerana menghina Ratu Beatrix dengan berkata 'I hate your Queen, she is a whore'. Pada tahun sama, seorang wanita muda yang juga seorang wartawan ditangkap hanya kerana memakai sehelai t-shirt yang tertulis 'Beatrix is a whore'.
  • Begitu juga dengan negara jiran kita Thailand, pada tahun 2011 seorang pemandu teksi bernama Ampon dihukum 20 tahun penjara atas kesalahan menghantar teks SMS yang berunsur penghinaan kepada Raja Thai. Sebelum ini, beberapa warga asing turut dihukum atas kesalahan sama, tetapi mereka kemudian segera diberi pengampunan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
  • Saya sama sekali tidak bersetuju dengan perlakuan yang tidak melambangkan ketamadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa menjijikkan kepada Raja-Raja Melayu dan pemimpin. Tanpa mengira ideologi politik, ini adalah sifat yang memalukan dan tiada langsung melambangkan sikap rakyat Malaysia apatah lagi bangsa Melayu yang bersopan santun.
  • Pada masa sama, penghinaan berkenaan juga menunjukkan tidak semua rakyat Malaysia memahami apatah lagi untuk menghormati Raja-Raja Melayu dan institusinya. Penghinaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan berlakunya keresahan dalam masyarakat. Kita harus menjunjung tinggi institusi raja sebagaimana kita seharusnya menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Ingat, sesiapa yang sabit dengan kesalahan melawan Yang di-Pertuan Agong, hukumannya mati! Bagi saya, isu ini adalah isu kebangsaan bukan politik. Mereka yang terbabit perlu dikenakan tindakan yang maksimum agar dapat menjadi iktibar pada yang lain. -- Oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri.


Harga barang tak turun gara-gara peniaga tamak

  • Keengganan untuk mengurangkan harga produk dan perkhidmatan selepas pengurangan harga bahan api berkemungkinan menjadi penghalang kepada Malaysia untuk mencapai harga pasaran bagi sumber tenaga.
  • Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah memantau perkembangan mengenai harga tenaga dan kesannya kepada ekonomi Malaysia secara berterusan. Pencatutan (profiteering) adalah penyakit kronik yang boleh diperhatikan dalam semakan harga bahan api yang terbaharu.
  • Mari kita mengkaji isu ini dengan lebih lanjut. Apabila kerajaan mengurangkan subsidi untuk petrol dan diesel pada bulan Oktober 2014, banyak peniaga mengadu. Ada yang mengatakan mereka akan tutup kedai jika tidak menyalurkan kos tambahan kepada produk dan perkhidmatan manakala segelintir lagi mengatakan bahawa mereka akan 'mati' disebabkan oleh peningkatan harga yang mendadak.
  • Harga tertinggi RON95 (petrol) adalah RM2.30 seliter dan diesel adalah RM2.23 seliter antara bulan Oktober 2014 dan Disember 2014. Kini, selepas tiga kali harga bahan api disemak semula pada bulan Disember 2014, Januari 2015 dan Februari 2015, harga RON95 dan diesel adalah RM1.70 seliter. Ini bersamaan dengan pengurangan 26.09 peratus dalam harga RON95 dan 23.77 peratus dalam harga diesel.
  • Keluar kenyataan berbeza - Hairannya, golongan yang mengadu bahawa mereka tidak tahan dengan peningkatan dan akan 'mati' kini keluar dan mengatakan bahawa harga bahan api adalah komponen 'sangat kecil' dalam perbelanjaan operasi. Ada pihak menuding jari kepada yang lain dan yang lainnya adalah sejarah. Pokoknya, penurunan dalam perbelanjaan operasi bermakna kadar atau 'margin' keuntungan yang lebih tinggi, itulah matematik yang mudah. Wang mempunyai caranya sendiri untuk menggoda kebanyakan perniagaan supaya tidak menurunkan harga!
  • Jika kita mengambil komponen harga bahan api sekata dalam kos operasi perniagaan sebagai 5 peratus, 10 peratus, 15 peratus, 20 peratus, 25 peratus, 30 peratus, 35 peratus dan 40 peratus. Kemudiannya, kita proratakan pengurangan sebanyak 20 peratus dalam kesan kos bahan api secara keseluruhan, komponen kos bahan api akan menurun menjadi, 4 peratus, 8 peratus, 12 peratus danalam kos operasi mereka.
  • Sebagai contoh, persatuan pengusaha bas dan teksi menyebut bahawa komponen bahan api mereka adalah antara 30 peratus hingga 40 peratus apabila kerajaan menaikkan harga bahan api pada bulan Oktober 2014. Kini, ia sepatutnya antara 24 peratus hingga 32 peratus atau lebih rendah. Tetapi, mereka maklumkan bahawa kos lain telah meningkat, jadi mereka mengekalkan caj perkhidmatan seperti sedia kala. Bolehkah mereka senaraikan komponen kos yang meningkat dan apakah peratusan peningkatan bagi setiap komponen ini?
  • Harga jualan dikawal - AWER ingin berkongsi pengalaman kami dalam mengkaji produk elektrik dan elektronik yang cekap tenaga. Kami dapati ada unsur kartel dan pencatutan dalam barangan elektrik dan elektronik semasa proses perundingan dengan pihak berkepentingan. Peruncit (termasuk pasar raya besar) tidak dibenarkan untuk menjual produk di bawah harga tetap. Jika mana-mana peruncit mengurangkan harga jualan di bawah harga tetap, peruncit ini tidak akan dibekalkan model produk tersebut sebagai hukuman.
  • Peruncit hanya dibenarkan untuk menjual produk di atas harga yang ditetapkan sebanyak yang mereka suka. Malangnya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang telah dibekalkan salinan laporan kami gagal mengambil tindakan sehingga kini. (MyCC adalah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
  • Sebagai pengguna, jika kita menyemak harga barang yang dijual di pasar raya besar dan peruncit, kita akan melihat bahawa harga diskaun sebenarnya tidak jatuh di bawah paras tertentu. Baru-baru ini, lapan pek mi segera dijual dengan harga RM4.88 sebagai harga terendah di beberapa pasar raya besar. Senarai ini berterusan untuk sabun pencuci, barangan rumah, makanan, minuman dan sebagainya. Jika kerajaan serius dalam menangani isu ini, mereka boleh dapatkan maklumat daripada peruncit yang dipaksa menjual pada harga tetap dan bergerak ke atas rantai bekalan untuk menangkap 'jerung-jerung' ini.
  • Terdapat banyak 'jerung' untuk ditangkap bagi pelbagai produk. Bolehkah MyCC melakukan ini? Dalam satu kajian yang berkaitan dengan Lampu Kalimantang Mampat (compact fluorescent lights - CFL), kami telah menjalankan kajian pasaran dan menggunakan kaedah 'menamakan dan memalukan' (name and shame). Ada kumpulan syarikat yang berjanji kepada agensi kerajaan (semasa mesyuarat) apabila mentol pijar (mentol filamen) yang tidak cekap tenaga dihentikan penggunaannya secara berperingkat, syarikat ini bersedia membekalkan CFL pada 'tag' harga lebih rendah.
  • Tetapi, selepas pengumuman mentol pijar akan dihentikan penggunaannya, harga CFL naik dan tidak pernah turun sehingga mereka pada dasarnya dinamakan dan dimalukan dalam laporan kami yang diterbit pada tahun 2012. Oleh itu, kami gesa pengguna menggunakan media sosial untuk menamakan dan memalukan barangan dan perkhidmatan yang tidak menawarkan harga berpatutan. Begitu juga, mengenali perniagaan yang baik dan menggalakkan kepada rakan anda.
  • Beri pengajaran sepatutnya - Jangan lupa restoran francais termasuk restoran makanan segera yang berada dalam kedudukan lebih baik untuk mengekalkan kos rendah berikutan pembelian pukal. Mereka telah meningkatkan harga dan mengurangkan saiz makanan ditawarkan dengan ketara sejak beberapa tahun ini. Sektor perniagaan ini memerlukan pengajaran yang lebih pedih daripada rakyat Malaysia juga. Pada masa sama, gerai makanan juga mesti diingati oleh pengguna!
  • Umumnya, rakyat Malaysia bersikap memaafkan dan tidak menuntut untuk barang dan perkhidmatan setanding kadar yang mereka bayar. Jika kita terus tidak menuntut dan menghukum peniaga yang menipu, peniaga terbabit akan mencari jalan untuk memerah lebih banyak daripada kita. Gunakan media sosial untuk mewujudkan gelombang menamakan dan memalukan. Jangan lupa, anda adalah bos. Jika anda (secara kolektif) tidak membeli, mereka terpaksa menutup kedai akhirnya. Pastikan momentum ini dikekalkan, sebagai pengajaran!
  • AWER juga kerap dengar alasan bahawa 'biar pasaran menentukan.' Apa yang akan berlaku apabila sumber tenaga yang digunakan untuk sektor pengangkutan, sektor tenaga dan perindustrian akhirnya mencapai harga pasaran? Adakah peniaga akan mengikut trend dengan harga pasaran atau mereka hanya akan meningkatkan harga dan enggan untuk kurangkan harga apabila harga pasaran sebenarnya adalah rendah?
  • Laksanakanlah penguatkuasaan di bawah undang-undang yang sedia ada. Pencatutan dan kartel tidak dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia. Ia begitu jelas dan mudah. Saya ingin petik kata-kata Profesor Albert Einstein: "Hanya dua perkara yang tak terhingga (infinite), alam semesta dan kebodohan manusia." Cuma, beliau lupa bahawa ketamakan manusia juga tiada hadnya!


Hatta `dalang' komplot guling Hadi

  • PAS berdepan ancaman komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama.
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang digerakkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai PAS Pusat.
  • Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepemimpinan ulama.
  • “Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.
  • “Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecah­belahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan perancangan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas.
  • Fadhli seterusnya menyerahkan memorandum mendesak pemimpin-pemimpin terbabit untuk meletakkan semua jawatan dalam parti kepada wakil Pas Pusat.
  • Beliau turut mengedarkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu termasuk salinan akuan berkanun dan cetakan skrin perbincangan kumpulan yang terlibat dalam komplot itu menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mengetuai bacaan doa selepas sidang akhbar bagi memohon kepada Allah SWT supaya melindungi parti itu serta Abdul Hadi dan golongan ulama daripada ancaman komplot dan pengkhianatan sama ada dari dalam atau luar Pas.
  • Lebih 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi dan golongan ulama berhimpun di lokasi tersebut sambil me­maparkan sepanduk untuk mendesak pemimpin-pemimpin parti yang didakwa terlibat dalam komplot supaya meletakkan jawatan.
  • Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.
  • Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.
  • “Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami peroleh bahawa komplot ini menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” ujarnya.
  • Fadhli mendakwa, mereka berupaya mensabotaj dan mencaturkan keputusan parti sehingga menjadikan Abdul Hadi kelihatan seperti boneka.
  • “Sehubungan itu, kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya.
  • Beliau menambah, lebih banyak pendedahan akan dibuat sekiranya pemimpin-pemimpin Pas terbabit tidak meletak jawatan.
  • Sementara itu, Mohd. Hatta berkata, tuduhan Fadhli adalah tidak berasas dan beliau tidak berminat untuk memperbesarkannya kerana perkara sedemikian dianggap lumrah dalam parti.
  • “Saya sudah tengok memorandum itu, yang gambar perbualan tersebut saya tengok bukan cetakan skrin tetapi gambar yang dirakam (snapshot),” jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.