JERNIH dibekalkan ke kawasan banjir di Pantai Timur |
- KEMAMAN: Puncak Niaga Holding Bhd membekalkan 6,000 liter air bersih sehari kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, di sini.
- Bekalan air bersih itu disalurkan melalui sistem rawatan air mudah-alih yang dibangunkan syarikat tersebut dengan kerjasama Kementerian Pertahanan.
- Penolong Pengurus Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) Puncak Niaga Syamsul Ariff Supaat berkata sistem itu dibangunkan sejak Disember tahun lalu.
- "Sistem itu juga berfungsi untuk menukar air mentah daripada pelbagai sumber termasuk air tasik, air hujan atau air banjir (kepada air bersih)...menerusi proses yang hanya mengambil masa tiga jam.
- "Sistem ini dibangunkan khas untuk kegunaan semasa misi kemanusiaan termasuk bantuan ketika bencana sekiranya bekalan air sedia ada terputus.
- "Di pusat pemindahan ini kita menyediakan dua unit mesin rawatan air bagi memudahkan mangsa banjir menerima bekalan air bersih untuk diminum," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan itu hari ini.
- Menurutnya sistem tersebut pernah digunakan pasukan penyelamat ketika membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina baru-baru ini, malah penggunaannya di Kemaman adalah yang pertama di negara ini. Syamsul Ariff yang juga askar Wataniah, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 60 berkata, seramai enam kakitangan Puncak Niaga ditugaskan untuk menyelenggara mesin tersebut yang ditempatkan di pusat pemindahan itu sejak lima hari lalu.
- "Air yang kami proses ini boleh terus diminum setelah melalui beberapa peringkat yang telah ditetapkan, namun sumber air yang kami ambil perlu dikaji terlebih dahulu supaya tidak memudaratkan mangsa bencana," ujarnya.
- Katanya pihaknya juga bersedia membekalkan unit tersebut ke tempat lain yang turut terjejas oleh banjir.
No comments:
Post a Comment