Friday 13 March 2015

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno

  • Sumber dalaman PAS menyebut perlantikan Dato Dr Haron Din sebagai Musyidul Am Pas dijangka mempercepatkan proses kerjasama politik parti itu dengan Umno.
  • Dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin Pas baru-baru ini Dr Haron Din dikatakan bersetuju dengan gabungan itu dan mahu proses penyatuan itu disegerakan.
  • "Dr Haron mahukan proses itu (gabungan Umno Pas) dijalankan dengan segera dan jangan tunggu dekat pilihan raya (umum) kerana ia akan menimbulkan masalah di mana akan berlaku kekeliruan kepada ahli," kata sumber.
  • Ramai pemimpin Pas menantikan saat penyatuan yang telah lama dirancang. Khabarnya rancangan itu disusun oleh pihak tertentu sejak 2012 yang turut membabitkan Dato Dr Hasan Ali yang masih menjadi ahli Pas pada masa itu. Bagaimanapun Dr Hasan dipecat daripada Pas dan kini bergerak dalan NGO yang dikenali sebagai JATI.
  • Seorang lagi tokoh PAS yang membantu menyatukan kedua-dua parti itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau pernah beberapa kali bertemu Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada majlis tertentu dan enggan memberitahu pertemuan itu ada kaitan dengan penyatuan Umno Pas.
  • Khabarnya perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am Pas telah melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu (penyatuan Umno Pas) disegerakan.
  • Mengikut protocol Pas, tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir Mac dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.
  • Apabila perlantikan Dr Haron itu disegerakan, ramai pihak melihat  semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh tokoh ulamak Pas itu.
  • Perlantikan Dr Haron diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan, bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.
  • Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno tampak senang dan suka dengan perlantikan Dr Haron itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada pakar perubatan Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.
  • Ada puak Pas yang tidak senang dengan senario yang ada sekarang,  cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Ada juga mendakwa pujian Najib itu akan membawa petaka.
  • Bagaimana pun jika benar Dr Haron Din mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.
  • Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas. - Sumber