Jangan cari pasal dengan Along atau Tailong |
- Terdesak akibat perniagaan merudum, seorang kontraktor syarikat kejuruteraan yang hanya mahu dikenali sebagai Hashim, 63, mengakui dia terpaksa meminjam wang daripada tujuh along semata-mata mahu membayar pelbagai keperluan termasuk gaji pekerja, sewa premis, elektrik dan air.
- Pada awalnya saya membuat pinjaman daripada seorang along sembilan bulan lalu sebanyak RM20,000.
- Sebelum meminjam, along memberitahu kadar bunga yang dikenakan adalah sebanyak 10 peratus bagi tempoh 12 hari, namun selepas sebulan kadar itu bertukar kepada 10 peratus dalam masa 10 hari.
- "Ketika itu, saya masih mampu membayar hutang itu, namun selepas sebulan along menghubungi memaklumkan kadar bunga naik kepada 15 peratus bagi tempoh 10 hari.
- “Saya mula menggelabah kerana sebelum ini hanya membayar RM2,400 dalam masa 12 hari, namun selepas kadar bertukar saya perlu membayar sebanyak RM3,000.
- Saya tidak dapat meneruskan bayaran kerana terlalu tinggi sedangkan perniagaan semakin merosot,” katanya.
- Walaupun hanya meminjam RM20,000, dia sudah menyelesaikan hutang itu dengan bayaran lebih RM30,000.
- Katanya, dalam keadaan kewangan yang teruk, along lain menghubungi dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM20,000 bagi membayar hutang.
- Akibat terdesak dan ugutan daripada along sebelum ini, dia mengambil keputusan membuat pinjaman daripada tujuh along.
- Jumlah semua pinjaman sebanyak RM100,000 dan setakat ini dia sudah membayar lebih RM200,000 kepada tujuh along itu, namun ia masih tidak mencukupi sehinggakan semua along mula memburunya.
- Tidak cukup dengan panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mereka turut datang ke pejabatnya dan melakukan pelbagai ugutan.
- “Takut dengan ugutan itu saya cuba melarikan diri, namun mereka sungguh licik kerana dapat mencari saya ke mana jua.
- “Saya kini bimbang dengan keselamatan keluarga kerana mereka sanggup mengganggu kehidupan saya untuk mendapat wang yang dimahukan,” katanya.
- Menurutnya, keadaan perniagaan yang merosot dan gangguan along itu membuatkan dia juga berada dalam tertekan hingga menjejaskan kesihatan diri.
- “Saya tidak begitu sihat kerana mempunyai penyakit jantung dan bimbang sekiranya gangguan itu akan menjejaskan lagi tahap kesihatan.
- “Saya nasihatkan kepada semua supaya tidak membuat pinjaman daripada along walaupun dalam keadaan terdesak kerana ia hanya akan memakan diri dan keluarga,” katanya.
- Sehubungan itu, Hashim meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) beberapa minggu lalu kerana tidak mahu along mengganggu dan mendesaknya supaya membuat bayaran tidak munasabah.-- HM
No comments:
Post a Comment