Tuesday 11 March 2014

Passengers' MH370 Mobile Phones Ring But Not Answered


  1. The mystery surrounding the missing Malaysia Airlines flight MH370 has deepened with the Chinese media reporting that several of the passengers' mobile phones were connecting when called by relatives, but the calls were not picked up.
  2. The sister of one of the Chinese passengers among the 239 people on board the vanished flight rang his phone live on TV, the Mirror reports.
  3. "This morning, around 11:40 [am], I called my older brother's number twice, and I got the ringing tone," said Bian Liangwei, sister of one of the passengers. At 2pm, Bian called again and heard it ringing once more.
  4. "If I could get through, the police could locate the position, and there's a chance he could still be alive." She has passed on the number to Malaysia Airlines and the Chinese police.
  5. A man from Beijing also called his missing brother on the plane, and reported to the airlines that the phone connected three times and rang before appearing to hang up, according to Shanghai Daily. Media reports claim that the brother had called the number in the presence of reporters before informing the airline.
  6. The Strait Times reported that many of the family members told MAS commercial director Hugh Dunleavy that the commuters' mobile phones were ringing but they were not picked up.
  7. To this, Dunleavy replied that MAS was calling the mobile phones of the crew members as well, which were ringing, and that he had given the numbers to Chinese investigators.
  8. Relatives of the passengers are urging the authorities to search for the location of phones that rang using the Global Positioning System.
  9. However, at a press conference in Beijing, MAS spokesman Ignatius Ong said one of the numbers that had been passed on to the airline's command office in Kuala Lumpur failed to get through.
  10. "I myself have called the number five times while the airline's command centre also called the number. We got no answering tone," said Ong.
  11. A phone company in Singapore that was investigating this number said the number was out of credit.
  12. Families seek information. According to China.org.cn, 19 families have signed a joint statement saying that their family members' cell phones connected, but the calls hung up. The relatives have asked Malaysia Airlines to reveal any information they might be hiding, seeking an explanation for the eerie phone connections. The relatives have complained that the Malaysina Airlines is not responding as actively as it should.
  13. Angry family members also threw water bottles at an MAS spokesman and threatened to protest in front of the Malaysian embassy in China if the airlines did not "disclose" the "truth".

Dua wanita berentap di Kajang


  1. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  2. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan bahawa Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili parti itu.
  3. Pengumuman itu dibuat pada 10.10 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
  4. Chew, 50, yang merupakan bekas timbalan menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009 menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.07 pagi, manakala Wan Azizah, 61, berbuat demikian pada 9.10 pagi.
  5. PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Jan. Pengunduran Lee, membuka jalan pada mulanya bagi Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi pilihan raya kecil ini, dengan PKR mengumumkan keesokan harinya untuk meletakkan Anwar sebagai calon parti itu.
  6. Anwar bagaimanapun terpaksa membatalkan rancangannya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.
  7. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 5 Mei tahun lalu, Lee memperoleh majoriti 6,824 undi pada pertandingan enam penjuru di Kajang melibatkan calon BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
  8. Terdapat 39,278 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
  9. Jumlah keseluruhan pengundi itu terdiri daripada Melayu (48 peratus), Cina (40 peratus) dan India (10 peratus). Lima puluh peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita. Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka, iaitu tiga pusat mengundi bagi undi awal pada 19 Mac ini, manakala 15 lagi pusat mengundi pada hari pengundian biasa iaitu 23 Mac.
  10. PERBALAHAN PAKATAN JADI KELEBIHAN BN DI PRK KAJANG
  11. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbalahan besar dalam pakatan pembangkang yang cuba disembunyi daripada pengetahuan rakyat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuat kejutan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.
  12. Timbalan perdana menteri berkata sehubungan itu kempen BN akan turut menonjolkan kemelut yang dihadapi pembangkang itu. “Pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.
  13. "Jadi ini peluang besar untuk kita laksanakan gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan lawan mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu," katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi hari ini.
  14. Muhyiddin juga yakin kelebihan dari segi integriti dan pengalaman yang dimiliki calon BN itu sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan mampu menarik perhatian pengundi bagi memilih Chew kelak.
  15. "Saya percaya pemilihan Chew adalah satu keputusan tepat kerana beliau seorang yang ada kredibiliti, integriti dan pengalaman yang cukup luas. Kerana itu saya yakin beliau perlu dan boleh diundi sebagai individu yang akan mewakili penduduk di Kajang," katanya.
  16. Ditanya sama ada bentuk kempen BN bakal diubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak jadi bertanding, Muhyiddin berkata sedikit perubahan perlu dilakukan bagi disesuaikan dengan lawan yang bakal dihadapi, namun itu bukanlah satu halangan yang besar.
  17. Mengenai persediaan BN bagi menghadapi kemungkinan PKR mengeksploitasi keputusan mahkamah yang dikenakan ke atas Anwar sebagai bahan kempen, timbalan perdana menteri berkata beliau yakin rakyat faham mengenai peranan dan ketelusan mahkamah.
  18. Malah masyarakat juga tahu kes itu telah lama berlarutan, dan tentunya tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil ini, katanya.
  19. Beliau juga menolak dakwaan persidangan Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini boleh mengganggu kelancaran kempen kedua-dua parti bertanding.
  20. "Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa, malah kempen pilihan raya yang diadakan ketika Parlimen bersidang juga bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini," katanya. -- BERNAMA

Perebutan kerusi MB Selangor – Episod 8


  1. Susulan keputusan mahkamah menjatuhi hukuman 5 tahun penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, isterinya Datin Seri Wan Azizah tiba-tiba tak jadi bersara dari politik, sebaliknya ditambah satu lagi beban iaitu meneruskan agenda politik “Langkah Kajang” suaminya.
  2. Ini bermakna cabaran pertamanya ialah memenangi PRK Kajang. Kemudian beliau harus berikhtiar bagaimana “memujuk” Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan kerusi Menteri Besarnya. Selama ini Wan Azizah diketahui umum memang mempunyai hubungan baik dengan bekas tokoh korporat itu.
  3. Bagaimanapun mengikut “Langkah Kajang”, MB yang ada perlu diganti. Gara-gara tekanan dari kalangan pemimpin-pemimpin parti, Khalid diputuskan tidak boleh lagi diamanahkan membawa panji-panji PKR dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.
  4. PKR mahu menjenama semula Selangor untuk menjadi model pembangunan, kemakmuran dan kesaksamaan yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia.
  5. Anwar pertaruh ayam tambatannya Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli. Sebab itu, Anwar mahu imej dan pasukan pengurus kerajaan negeri Selangor ditukar. Maka Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan ditugaskan menjadi Ketua Staf di pejabat Menteri Besar. Ini bagi menjamin PKR akan sentiasa peka setiap rancangan negeri.
  6. Melalui pendekatan ini, PKR akan memastikan aspirasi parti akan dapat diterjemahkan oleh kerajaan negeri. Saifuddin sendiri memang telah terlalu lama menanti melaksanakan tugas yang dirancang Anwar itu tetapi masih tidak dilaksanakan oleh Khalid.
  7. Rafizi Ramli yang terlatih di bidang audit dan perancangan korporat akan diberi tanggungjawab untuk menasihati Wan Azizah perihal isu pembangunan dan perancangan ekonomi. Ini juga akan menghindar Wan Azizah daripada bergantung kepada Khalid sebagai sumber rujukan.
  8. Gelagat Khalid membelakangkan kepentingan parti dalam percubaannya menyelesaikan isu bekalan air terawat di Selangor secara sendirian benar-benar mengukuhkan azam Anwar dan PKR tidak mahu mengekalkannya di kerusi Menteri Besar.
  9. Apabila faktor Khalid yang sering bertindak “serba tahu” dapat diketepikan, lebih mudah bagi Anwar merencanakan strategi melalui Wan Azizah untuk melonjakkan Selangor sebagai contoh kehebatan pimpinan Pakatan Rakyat.
  10. Ini tidak sukar dilakukan kerana Selangor memang sebuah negeri yang mampu mencerna pendapatan tinggi. Ini kerana Lembah Kelang masih lagi nadi kegiatan ekonomi negara. Selangor akan lebih mudah berkongsi program ekonomi dengan Pulau Pinang dan Kelantan.
  11. Mampukah Azizah capai objektif ‘Langkah Kajang’? Menjelang tahun 2018 di mana Pilihan Raya Umum ke-14 dijadualkan, Pakatan Rakyat akan dapat mewujudkan model kerjasama ekonomi, pembangunan sosial dan masyarakat yang menggiurkan pengundi di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Itu objektif “Langkah Kajang”.
  12. Namun adakah semudah itu “Langkah Kajang” dilaksanakan oleh Wan Azizah? Semasa memperkenalkan PKR kepada rakyat di zaman awalnya, Wan Azizah memang sesuai menjadi duta atau proksi Anwar kerana tahap simpati rakyat amat tinggi.
  13. Bagaimanapun setelah lima belas tahun wujud, ramai dalam PKR sendiri tidak begitu selesa dengan method politik Anwar. Salah seorangnya ialah Khalid Ibrahim. Sebab itu beliau enggan berganjak dari kerusi menteri besarnya.
  14. Dalam tempoh enam tahun memimpin Selangor, Khalid yakin beliau sudah dapat membina kelompok penyokong yang kuat. Sebab itu beliau mahu mengukuhkan lagi kedudukan politiknya dengan mencabar Azmin Ali bagi kerusi Timbalan Presiden parti.
  15. Selain itu, Azmin juga kurang gembira Anwar telah memberi terlalu banyak “muka” kepada Khalid sejak menjadi Menteri Besar. Walaupun tiada jawatan dalam parti, beliau sering “ponteng” mesyuarat Biro Politik PKR. Dengan hanya menghantar wakil ke mesyuarat itu, Khalid berasa “kurang terikat” dengan keputusan halatuju parti.
  16. Ini menjengkelkan Azmin dan pimpinan lain. Ketika Anwar sibuk bermain politik untuk menenangkan pimpinan parti, Khalid terus bersikap agresif terhadap saingan politiknya, terutama Azmin.
  17. Azizah juga perlu menjinakkan Azmin dan Khalid. Kini Wan Azizah “mewarisi kembali” tanggungjawab sepenuhnya sebagai Presiden PKR di kala krisis kepimpinan Azmin dan Khalid memuncak. Tidak sampai tiga bulan lagi pemilihan akan berlaku dalam PKR. Wan Azizah perlu menangani persaingan yang sengit ini agar tidak memecahbelahkan parti.
  18. Memang benar PKR ada beberapa pemimpin muda yang mungkin membantu beliau mengurus parti dan negeri Selangor. Bagaimanapun PKR pun kini sudah dihinggapi sindrom berpuak dalam politik.
  19. Lima belas tahun lalu, PKR adalah parti idealisme. Tugasnya ialah untuk berkempen betapa Malaysia memerlukan reformasi dan ikon gerakan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim. Semua idealis membantu dan menyumbang supaya matlamat membebaskan ikon itu tercapai.
  20. Sekarang PKR ialah parti politik yang kompleks. Ada unsur kepentingan diri, ada yang memburu pangkat dan kedudukan dan sudah ada ahli yang mengumpul dividen politik hasil perjuangan parti untuk “mengambil alih pula kuasa” dalam PKR.
  21. Mampukah Wan Azizah terus memainkan peranan “proksi” Anwar seperti lima belas tahun lalu? Itu belum mengambil kira bahawa PAS pun masih bernafsu untuk meletakkan calonnya di kerusi Menteri Besar jika Khalid disuruh berhenti.

PUNCAK and SPLASH reject Selangor offer

 
What Puncak Niaga wants:
  • A compounded rate of return on equity of 15% per annum.
  • Syabas to pay all receivables due to Puncak Niaga.
  • Residual cash in PNSB and Syabas to be returned to Puncak Niaga.
  • No due diligence post acceptance of takeover offer.
  • Removal of the arbitration clause.
What Gamuda wants:
  • Takeover price based on net asset value.
  • Remain as operator of Splash.
  • Valuation that takes into account 16 years remaining life of its concession.
  • Arbitration panel to determine internationally accepted valuation method.
Why KPS accepts offer:
  • No renewal of its raw water abstraction licence.
  • Needs cash to meet debt obligations.
  • The prospects of Water Services Industry Act.
PETALING JAYA: Puncak Niaga Holdings Bhd and Gamuda Bhd are standing their ground for a better offer from the Selangor Government for their water assets, indicating that the entire exercise is not going to be a straight-forward affair as envisaged.
 
As expected, only Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) has accepted the Selangor Government’s offer.
Puncak Niaga controls two water concessions which are Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), a water treatment plant operator, and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) that have the mandate to distribute water in the state, Kuala Lumpur and Putrajaya. Gamuda has a 40% stake in Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
Puncak Niaga, in a statement to Bursa Malaysia, reiterated its conditions that included a compounded return on equity of 15% per annum taken as compensation to PNSB for the loss of future income.
Puncak Niaga is also seeking receivables due and outstanding from Syabas to PNSB to be paid to the parent company as these amount for services that have already been rendered.
In addition, Puncak Niaga also sought to remove the arbitration clause as it claims that it violates the spirit of “laissez faire”.
The company also felt that other valuation methodologies were not within the scope of the arbitration.
“Such a clause on arbitration is unfair to the shareholders including the minority shareholders,” Puncak Niaga said.
It added that Syabas had previously received written instruction from the Federal Government, which holds one golden share, that the negotiations must be done on a willing-buyer-willing-seller basis.
As such, Puncak Niaga said the inclusion of the arbitration clause was clearly against the directive of the owner of the golden share, which is the Federal Government.
However, the Selangor Government had signed a memorandum of understanding (MoU) with the Federal Government on Feb 26. According to Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, the agreement effectively compels the Federal Government to facilitate the state’s efforts to take over the water assets.
The Selangor Government has offered RM9.65bil to Puncak Niaga, KPS and Gamuda Bhd to acquire Splash, PNSB, Syabas and Konsortium Abass Sdn Bhd. The offer was made based on a 12% return on equity per annum and water assets to be acquired by Pengurusan Aset Air Bhd.
Puncak Niaga is the biggest water treatment operator in Selangor by virtue of its 100% ownership of PNSB and its 70% interest in Syabas.
Splash is 40% controlled by Gamuda, 30% by KPS and another 30% by the Sweetwater Alliance Sdn Bhd, a company linked to businessman Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.
The fourth water treatment concessionaire is Konsortium Abass, which is almost wholly-owned by KPS, which in turn is a 57.9% subsidiary of Kumpulan Darul Ehsan Bhd.
Concurrently, Gamuda said the net offer was lower than its net asset value (NAV) and was “not reasonable for acceptance by the company”.
“The net offer of RM250.6mil for Splash when compared to the NAV of Splash amounting to RM2.54bil as at Dec 31, 2013 will result in a huge divestment loss of RM920mil to the company. The offer of RM250.6mil is below 10% of Splash’s NAV. The offer is therefore, not reasonable for acceptance by the company,” Gamuda said.
Gamuda told Bursa it had informed KDEB that it was, however, amenable to accepting an offer by KDEB to acquire the equity of Splash, upon mutually agreed terms on a willing buyer-willing seller basis based on several conditions including payment of Splash’s NAV.
“The consideration for the two previous offers of July 2009 and February 2013 were close to the NAV of Splash and the company had accepted those offers. Anything less than that will result in losses on divestment to Gamuda,” it said, adding that the company could not justify to its shareholders the acceptance of such a huge loss.
In the interest of moving forward and so as not to hold back the consolidation exercise, Gamuda said the shareholders of Splash are agreeable to KDEB’s offer for international arbitration on the valuation of its equity.
However, it said the arbitration panel should be given the freedom to make its own decision on the valuation based on internationally-accepted methods and not be confined to using one that has been proposed by KDEB, as it now stands in their February 2014 offer.
Meanwhile, KPS said in a filing with Bursa that the acceptance by the company should be conditional on the approval of the shareholders of KPS at a general meeting to be convened.
It also said that the company had a right to refer any dispute with regard to the determination and values in respect of its equity in Splash and Titisan Modal Sdn Bhd respectively to arbitration in accordance with the procedures as set out in the offer letters.

Ramai bingung MH370 ghaib


  1. Ramai pakar penganalisis penerbangan bingung dengan misteri kehilangan pesawat MH370.
  2. Pakar 1 - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini merupakan pengalaman pertama kehilangan pesawat canggih seperti MH370 walaupun beliau telah berkecimpung dalam kerjaya ini selama puluhan tahun.
  3. Bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Pertanian Malaysia itu berkata, beliau sedaya upaya mengkaji segala macam kemungkinan yang mungkin terjadi kepada pesawat tersebut namun 'buntu' walaupun sudah masuk hari ketiga.
  4. "Kita tahu dan sedia maklum dengan bencana alam dan tragedi akan berlaku dalam mana-mana lapangan. Namun, ini merupakan kejadian pertama yang mempunyai seribu persoalan.
  5. "Saya sendiri tidak pasti apa lagi yang boleh saya komen. Industri penerbangan masih terkejut dan bingung memikirkan segala kemungkinan yang telah terjadi dengan pesawat MH370," katanya.
  6. Sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) beserta kelengkapan dari Thailand, Singapura, China, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat telah dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat.
  7. Jelas beliau, adalah sesuatu yang luar biasa kerana dalam insiden berkenaan, kapal terbang dan menara kawalan tidak berkomunikasi seperti kebiasaan.
  8. "Menara kawalan tidak menerima apa-apa isyarat, tiada bangkai atau serpihan andai terhempas, tiada isyarat kecemasan. Mungkin juga juruterbang patah balik mengikut gerak hati. Sukar untuk membuat sebarang andaian ketika ini. Semuanya nampak seperti mimpi dan mustahil untuk ditafsirkan.
  9. "Mungkin berlaku perkara yang mengejutkan pada enjin atau letupan sehingga menyebabkan sistem kawalan berada di luar kawalan biasa sehingga menyebabkan terputusnya hubungan," katanya.
  10. Beliau dimaklumkan pesawat MH370 sudah diselenggarakan dua minggu lepas dan sekiranya terdapat kerosakan sekalipun, masih mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan.
  11. Pakar 2 - Pakar Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Fadzil Mohd. Akhir pula membuat andaian, kemungkinan MH370 terhempas ke laut.
  12. "Ini hanyalah salah satu andaian, mungkin pesawat terhempas dan hanyut ke arah Teluk Thailand, atau ke perairan Malaysia.
  13. "Walau bagaimanapun, semua andaian ini hanyalah kemungkinan yang berlaku kepada pesawat tersebut. Kejadian ini masih kekal misteri dan sukar dijawab," ujarnya.
  14. Pakar 3 - Seorang juruterbang veteran yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan mendakwa, dalam tempoh kurang dari 24 jam ini, kemungkinan 'misteri' kehilangan pesawat MH370 akan mendapat petanda penting.
  15. "Saya rasa kita akan dapat dapat sedikit petunjuk dalam tempoh kurang dari 24 jam ini. Kita perlu banyak berdoa dan yakin dengan usaha yang sedang dilakukan oleh semua pihak.
  16. "Tidak mungkin pesawat itu hilang daripada radar begitu sahaja, risiko tersebut sangatlah rendah" katanya.
  17. MH370 dirampas?. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.
  18. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, bagaimanapun berkata pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu.
  19. “Pada tahap ini, kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan. Kami melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya.
  20. Bagi mengesahkan apa yang berlaku, DCA tetap memerlukan bukti kukuh dalam bentuk bangkai pesawat.
  21. “Malangnya, kita masih tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun mengesan lokasinya,”katanya.
  22. Sehingga kini masih tiada sebarang penemuan dilaporkan daripada mana-mana unit yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan-kawasan terlibat.
  23. Jangan peduli spekulasi. Tindakan orang ramai menyalurkan pelbagai "berita" dalam laman siber sebenarnya menjejaskan imej dunia kewartawanan kerana mereka memberi pendapat berhubung sesuatu isu atau kes tanpa mempedulikan kesahihan dan kredibiliti.
  24. Komen 1 - Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata isi kandungan yang terdapat dalam media siber kebanyakannya dimanipulasi sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
  25. "Mereka tidak mempunyai ilmu dan kredibiliti sebagai wartawan tetapi menyalurkan maklumat sesuka hati dan seolah-solah sebagai wartawan dan tindakan mereka telah mencemarkan profesion kewartawanan," katanya.
  26. Katanya, wartawan sebenar adalah wartawan yang terlatih dan tidak menulis sesuatu berita yang tidak mempunyai kesahihan atau bukti yang kukuh.
  27. "Banyak manipulasi dan boleh dikatakan seperti tukang mereka berita dalam media siber ini. Media siber adalah satu pendapat bukan berita, cerita putar belit, dimanipulasikan seolah-olah macam berita tetapi sebenarnya bukan berita," katanya.
  28. Katanya orang ramai diminta jangan membuat dan mempercayai spekulasi yang sering dimuat naik dalam laman sosial dan hanya merujuk berita yang ditulis oleh wartawan bertauliah.
  29. Ditanya mengenai dakwaan kononnya media tempatan lambat menyalurkan maklumat berhubung insiden itu berbanding media barat, beliau berkata: "Orang yang kata ini pun tidak tahu apa itu media dan dia cuba untuk menjadi wartawan yang tidak bertauliah".
  30. Mohamad berkata orang ramai perlu mengetahui bahawa dalam etika kewartawanan ia menuntut wartawan supaya melaporkan sesuatu berita berdasarkan fakta yang tepat daripada sumber berautoriti untuk bercakap mengenai sesuatu isu.
  31. "Kerana dalam krisis komunikasi mesti ada SOP (Prosedur Operasi Standard), kerana melibatkan fakta, fakta tak betul boleh disaman, media bukan sahaja untuk hiburan," katanya.
  32. Komen 2 - Pensyarah di Pusat Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia Abu Bakar Abd Jalal berkata maklumat mahupun kenyataan rasmi tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh individu kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.
  33. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategik dan Keselamatan) berkata, menerusi Akta Rahsia Rasmi penjawat awam tidak boleh mengeluarkan sesuatu maklumat tanpa kebenaran pihak atasan.
  34. "Jadi orang ramai kena faham ada peraturan, undang-undang dan prosedur tertentu yang perlu dipatuhi dan tiada bukti yang sahih maka tidak boleh mengandaikan sesuatu sekiranya belum ada bukti," katanya.
  35. Sehubungan itu, Abu Bakar menasihati orang ramai yang menginginkan laporan berita berhubung pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan itu dengan pantas, perlu mendapatkannya daripada media arus perdana seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mahupun media kerajaan kerana sumbernya lebih tepat daripada pihak berautoriti.

Catuan air fasa tiga di Selangor sudah bermula


  1. Jadual catuan air di Selangor kini bermula pada 10 Mac hingga 31 Mac. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga ini juga adalah menggantikan keseluruhan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu.
  2. Manakala Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan tiga (3) wilayah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ekoran dari penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia yang tinggi di dalam Sungai Langat akan diteruskan.
  3. Dalam tempoh catuan, SYABAS tidak akan menyediakan bekalan air menerusi lori tangki kecuali bagi kawasan kritikal, kecemasan dan ada upacara tertentu.
  4. Pelan catuan merupakan program bekalan air berjadual dan pengguna seharusnya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan pada hari tiada bekalan.
  5. Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bekalan air termasuk merosakkan sistem paip agihan.
  6. Mereka yang didapati terlibat dengan perbuatan itu berdepan dengan penalti tinggi menurut Akta Industri Pembekalan Air 2006.
  7. Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:
  8. Catuan bermula pada 10 Mac (Isnin) hingga 31 Mac (Isnin). Tempoh itu tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Span. Syarat catuan adalah seperti berikut:
  9. • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
  10. • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
  11. • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air  kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari  pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
  12. • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
  13. • Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri dan rumah kebajikan.
  14. ZON 1
  15. Taman Setapak Indah, Taman P. Ramlee, Taman Tai Onn Setapak, Taman Setapak Indah Jaya, Langgak Bukit, PPR Taman Intan Baiduri, Taman Keramat AU1, Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5, Taman Keramat AU3, Taman Permata, Taman Setapak Jaya, Taman Sri Rampai, Desa Setapak, Kg Kemensah, Wangsa Melawati (Jalan Wangsa Perkasa), Seksyen 5 Wangsa Maju, Seksyen 6 Wangsa Maju, Seksyen 10 Wangsa Maju, Villa Wangsa Mas, Taman Ukay Perdana, Ukay Bistari, Sierra Ukay, Riana Ukay, Taman Melawati, Tiara Kemensah, Saujana Melawati, Tropika Kemensah, Kemensah Height, Residen Kemensah, Ukay Prima, Bukit Melawati, Amber Hill, Twin Palm Kemensah, Nadayu Melawati, Sunway Melawati, One Jelatek, Taman Bukit Wangsa Mas, Bandar Manjalara, Sunway Harmoni, Sunway SPK, Desa Aman Puri, Taman Industri Ehsan Jaya, Bandar Sri Damansara (SD 1 hingga SD 6), Kawasan Metro Perdana Timur, Kawasan Metro Perdana Barat, Jinjang Selatan Jinjang Selatan Tambahan, Taman Pusat Kepong, Taman Jinjang Baru, Sebahagian kawasan AU4 Keramat.
  16. ZON 2
  17. Kg Sungai Merali, Kg Puah, Kg Padang Balang, Kg Bandar Dalam, Beverly Heights, Bukit Jubina, Pinggiran Ukay, Kuala Ampang, Ampang Utama Taman Dato’ Ahmad Razali, Kg Baru Ampang, Kg Melayu Ampang, Kg Tasek Permai, Taman Cahaya Indah, Taman Ampang Mewah, Taman Villa Sri Ukay, Taman Wangsa Ukay, Bkt Mewah, Riverdale Apt Bkt Antarabangsa, Taman Kelab Ukay, Bkt Mulia, Kg Sg Sering, Sering Ukay, Taman Bkt Jaya, Taman Bkt Utama, Bkt Antarabangsa, Taman Zooview, Taman Ibukota, Air Panas Setapak, Taman Setapak, Kg Lee Kong Chian, Desa Haras Hulu Kelang, Taman Kemensah Heights, Taman Pesona Villa, Ampang Jaya, Taman Sri Ukay, Taman Hillview, Dataran Ukay, Taman Ukay Heights,Taman Kosas, Taman Rasmi Jaya, Taman Bandar Baru Ampang, Mesra Ria Apartment, Taman TAR, Taman Ampang Indah, Kg Dato’ Mufti, Taman Bukit Indah, Kg Ampang Campuran, Taman Halaman, Taman Kesuma, Taman Bkt Ampang, Kg Muhibbah, Taman Sri Watan, Taman Sri Ampang, Kg Sungai Mulia, Taman Suria Setapak, Taman Setapak Permai, Kg Kuantan Gombak, Taman Tasek Tambahan, Taman Sri Raya, Taman Sri Bayu, Danau Kota (kawasan A), Jalan Usahawan, Taman Wangsa Jaya, Pangsa Murni, Taman Bukit Maluri, Bandar Sri Damansara (SD 7 hingga SD 13) Taman Metro Prima, Desa Park City, Taman Kepong Indah Perdana, Kepong Baru 1, Kepong Baru 2, Taman Sri Segambut, Laman Rimbunan, Jinjang Utara, Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 4, Wangsa Melawati & Wangsa Delima.