Monday 3 February 2014

Tambah RM1,050 sebulan kepada warga miskin bandar

 

  • BIARPUN sesetengah pihak menyifatkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga yang  masih miskin dan melarat, namun langkah terbaru kerajaan menyediakan elaun RM35 sehari atau RM1,050 sebulan kepada warga miskin bandar mengejutkan warga global.
  • Kalau selama ini Amerika Syarikat dan England cukup berbangga kerana menyediakan wang saku tak sampai RM500 sebulan kepada kumpulan penganggur dan gelandangan, tetapi Malaysia menghadiahkan elaun jauh lebih besar kepada kumpulan terbabit.
  • Malahan kumpulan sasar juga menjangkaui kumpulan bekas penagih dadah, bekas banduan, OKU, warga emas, insan terkandas pelajaran dan sebagainya. Lebih hebat lagi, warga bandar berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan turut menikmati elaun paling menarik dalam sejarah bantuan mengatasi kemiskinan dan kemelaratan penduduk bandar.
  • Dunia terpegun dengan langkah yang diambil Malaysia dalam menangani kemiskinan bandar rentetan kenaikan harga barangan keperluan utama akibat tekanan ekonomi sejagat dan sabotaj peniaga dan pemborong Cina.
  • Dalam kesempitan itu, kerajaan Malaysia masih ada wang tambahan untuk memberi elaun RM1,050 sebulan kepada setiap individu yang diklasifikasikan sebagai miskin bandar.
  • Jelasnya, mulai April ini lebih 500,000 warga miskin bandar yang berdaftar dengan E-Kasih bakal menikmati bantuan RM35 sehari secara berperingkat-peringkat menerusi program Baucar Kerja yang dikelolakan Kementerian Sumber Manusia.
  • Pada masa yang sama, penduduk bandar yang berpendapatan di bawah RM3,000 juga layak mendapat bantuan itu yang akan dilancarkan pada peringkat perintis  pada April ini dengan menyaksikan penglibatan awal seramai 100 peserta.
  • Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
  • "Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya.
  • "Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari. Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.
  • Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja. Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.
  • JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih. E-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
  • Individu yang layak akan dihubungi secara terus. Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.
  • Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.
  • "Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya.

MB Selangor perlu kerjasama dengan BN atau berisiko dilucut jawatan.

 
 
  • SELEPAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil DUN N25 Kajang, barulah difahami mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas ihsan, kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah Anwar didedahkan, mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa Umno/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional.
  • Meninjau kembali kisah selepas PRU12 pada tahun 2008. Berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28 Jun, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008.
  • Ketakutan Anwar masa itu dikatakan luar biasa sehingga Anwar bersembunyi di rumah Duta Turki pada 29 Jun. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembaknya’.
  • Anwar sebelum itu menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14 April 1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
  • Anwar tahu kalau dia diheret ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai, malah pada umur senja, mungkin reput dalam penjara!
  • Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang dan dicanangkan kemungkinan menjadi PM melalui konspirasi 16 September 2008.
  • Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis. Mana mungkin Anwar dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising.UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising.
  • Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding.  Kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu kemudiannya telah ditawarkan. Namun petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
  • Lalu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Setelah mengangkat sumpah, beliau dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
  • Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang banyak, pada 10 Januari 2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful! Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
  • Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya! Risiko dipenjarakan mungkin menjadi nyata, impian menjadi PM ke 7 mungkin hancur lebur, di kala umur 67 tahun Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
  • Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang bakal menteri besar Selangor yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat?
  • Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
  • Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar di muka bumi ini! Tapi Tan Sri Khalid masih ada di sana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!
  • Pas pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Pas. Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh.
  • Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5  - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB. Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah.
  • Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Husin, panglima kanan Wan Azizah, wanita yang paling dibenci oleh kumpulan anti-Khalid di dalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa di dalam pejabat MB.
  • Beliau bukan sahaja (bekas) Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling berpengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar! Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa. Ini antara punca Faekah menjadi tidak popular, malah dibenci segelintir ahli PKR yang anti Khalid!
  • Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid? Check-Mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Tiba-tiba terbongkar kisah cerai fasakh Nurul Izzah, anak sulung Wan Azizah dengan suaminya, Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.
  • Tiba-tiba Ahad 26 Januari lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. Malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.
  • Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star di dalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.
  • Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid. Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang! Pembongkaran kes cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah.
  • Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga sendiri.
  • Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan Pas menjadi sandaran akhir Khalid!
  • Strategi menggusarkan DAP-Pas. Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam upacara keagamaan kristian di gereja-gereja mereka di Selangor. Pelik!
  • Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
  • Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah ALLAH tercetus dan Jais melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.
  • Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah ALLAH dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid. Di waktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan Jais mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada Pas.
  • Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada Pas, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen di dalam Pas Selangor.
  • Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, Pas akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan Pas berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
  • Akhirnya dengan strategi yang licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari. Peletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi Dun Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB.
  • Malah kemungkinan YB Chin Cheh sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini! 'Pelan Damai Nasional' memerangkap Umno’. Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada Umno dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'!
  • Bagaimana mungkin parti yang penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Jika Umno/BN menerima pelan ini, mungkin nanti akan timbul desakan supaya Umno/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N25 DUN Kajang.
  • Sekali gus memberikan Anwar laluan percuma untuk menjadi Adun Kajang dan bakal ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid. Kalau Umno/ BN termakan dengan taktik ini, tidak ada ayat lagi nak diberi kepada Umno/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada Umno/ BN. Nampak sangat Umno/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU14 nanti.
  • Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N25 Kajang, Umno perlu meletakkan calon di situ. Dengan calon Umno yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, Umno punya peluang cerah memenangi kerusi Dun Kajang. Mengikut maklumat, jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi di sebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu, tunggu dan lihat!
  • Rumusan dan opsyen buat Tan Sri Khalid. Persoalan sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir! Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini. Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
  • 1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta Dun Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh Adun DAP dan Pas selain Adun PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  Adun PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana Dun tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
  • 2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua Adun PKR, DAP dan Pas untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin Adun PKR akan menyebelahi beliau;
  • 3. Khalid boleh membuat pakatan dengan Adun BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah Adun yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk di bawah ugutan dan tekanan Adun-Adun ini;
  • 4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu duduk kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau
  • 5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan Dun Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan Dun Selangor.
  • Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati. Sekiranya beliau digulingkan maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang!
  • Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, Dun Selangor boleh dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama strategik dengan Umno-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.
  • Umno/BN perlu terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab! Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.
  • Nasihat kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik Anwar. Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan! Wallahua'alam dan Wassalam. – Daripada Zulkifli Nordin.

Cepat padamkan api fitnah

  • Fitnah dan adu domba adalah virus yang amat bahaya jika dibiar membarah dalam masyarakat. Jika tidak dikekang, budaya ini boleh menjadi wabak pembunuh utama dalam masyarakat hingga mampu menghancurkan keamanan dan meleburkan keharmonian negara.
  • Jika ditelusuri sejarah silam, fenomena fitnahlah penyebab utama berlaku peristiwa pemberontakan terbesar dalam sejarah awal Islam khususnya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Pemberontakan yang membawa kepada peristiwa pembunuhan Khalifah ketiga Saiyyidina Uthman ‘Affan adalah detik paling tragis dalam sejarah umat Islam hingga melarat kepada pertelingkahan hebat dalam kalangan sahabat.
  • Cetus keraguan. “Firman Allah SW; "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang ke sana kemari menghambur fitnah". (Al-Qalam : 10-11)
  • Mengikut riwayat yang dikemukakan Saif Umar di dalam buku Tarikh al-Tabariy, fitnah terbesar itu berlaku akibat kegagalan mengekang usaha pengadu domba diketuai Abdullah bin Saba’ berketurunan Yahudi. Dia dan pengikutnya bergerak dari satu tempat ke tempat termasuk Kufah, Basra hingga ke Mesir untuk menyesat dan mencetuskan keraguan terhadap kepemimpinan dan keIslaman Uthman berpusat di Madinah.
  • Jika diperhatikan segala pertuduhan tuduhan terhadap Uthman termasuk menyentuh keperibadian beliau, tiada satu pun yang masuk akal. Sebagai contoh, tuduhan mengatakan Uthman tidak lagi mengamalkan sunah Nabi SAW sedangkan beliau antara sahabat paling rapat dengan Baginda.
  • Namun, hebatnya kesan gerakan penabur fitnah ini berjaya menimbulkan kesangsian dan keraguan sehinggakan gabenor yang dilantik Khalifah juga tidak mampu menangani fenomena penyimpangan persepsi yang terbiak.
  • Lebih menyedihkan apabila gerakan adu domba ini berupaya membiakkan kelompok pelampau yang akhirnya membunuh Saiyyidina Uthman dengan cara yang tidak berperikemanusian.
  • Pada hari Khalifah Uthman dibunuh, 3,000 pemberontak mengepung rumahnya ketika ramai sahabat menunaikan haji di Makkah. Uthman bukan sahaja dipukul dengan besi, bahkan mashaf al-Quran dibaca ketika itu dipijak hingga darah beliau terpercik ke mashaf isteri yang turut dipotong jarinya.
  • Demikianlah hakikat fitnah yang bukan saja menumpahkan darah pemimpin agung umat bahkan berupaya menghancurkan keharmonian dan meleburkan kestabilan agama serta negara.
  • Hari ini, fitnah dan adu domba tidak sepayah dulu. Malah, pendekatan adu domba dan fitnah pada zaman ini hanya menggunakan jari jemari yang tidak memerlukan banyak tenaga.
  • Salah guna media sosial. Papan kekunci komputer, laptop, Ipad mahupun telefon bimbit dengan pelbagai perisian canggih masa kini seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, blog dan instrumen lain sering disalah guna bagi merangsang dan menyuburkan budaya negatif ini.
  • Sebab itu, sesuatu cerita amat mudah direka dan disensasikan dalam pelbagai bentuk dengan hanya menekan butang tanpa batasan. Berita yang belum dipastikan kesahihannya sering dihidangkan kepada masyarakat tanpa batasan.
  • Rakyat marhain pula seolah-olah dipaksa menelan bulat-bulat segala cerita berbaur fitnah. Budaya sebegini juga seolah-olah menjadi mazhab baru yang menjadi pegangan dan mainan bagi mereka yang begitu haus dan rakus untuk berkuasa.
  • Lebih menyedihkan apabila setiap warga yang terbabit seperti tiada langsung rasa bersalah atau takutkan Tuhan apabila mensensasikan isu yang belum dipastikan benar. Malah, ada juga yang menjustifikasikan perbuatan fitnah dengan menganggap usaha menjatuhkan pihak lawan yang didakwanya zalim adalah lebih utama.
  • Sebab itulah Islam keras mencela pencacai dan pengadu domba kerana menyalakan obor kebencian dan membakar api permusuhan hingga terlerai ikatan ukhuwah umat. Amaran keras Allah jelas dalam al-Quran: “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang ke sana kemari menghambur fitnah”. (Al-Qalam : 10-11).
  • Al-Quran turut memberi peringatan keras terhadap mereka yang mendengar dan menyebar fitnah dan tuduhan palsu, tanpa sikap berbaik sangka atau memastikan kebenaran fakta terlebih dahulu. Peringatan ini disampaikan dalam konteks kisah ‘al-Ifk’ iaitu peristiwa isteri Nabi SAW sendiri, Sayidatina Aisyah yang turut menjadi mangsa fitnah (Lihat an-Nur: 16-17).
  • Fitnah dan adu domba moden dengan bantuan teknologi jika tidak dibendung pasti menghancurkan bangsa dan memporak-porandakan negara. Moga-moga api fitnah yang menyemarak kini berjaya kita padamkan demi kepentingan bangsa dan negara. -- Dr Asyraf Wajdi Dusuki (YADIM)

Islam dalam masyarakat majmuk

 
  • DALAM negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, orang Islam dan bukan Islam, mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat adalah asas utama dan menjadi satu tuntutan besar. Ini kerana kehidupan tanpa hubungan baik akan membawa kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara. Dengan itu, setiap pihak perlu mempunyai sikap integrasi yang positif agar hidup sejahtera dapat menjadi satu elemen berkekalan dalam masyarakat.
  • Islam memperincikan garis panduan dan teladan untuk umat manusia melihat dan mengambil iktibar daripada hubungannya dengan yang lain. Al-Quran jelas memberi panduan kepada umat Islam perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam hubungan dengan bukan Islam.
  • Firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8 bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam yang tidak memerangi kamu di dalam perkara agama dan tidak menghalau kamu daripada kampung halaman kamu.
  • Imam al-Zuhaili mentafsirkan ayat ini dalam kitab tafsirnya, al-Munir fi al-Aqidah dan al-Syariah wa al-Manhaj bahawa Allah tidak melarang umat Islam daripada bergaul dan berbuat baik kepada orang bukan Islam yang berdamai dengan mereka. Termasuk dalam perkara yang baik mewujudkan hubungan mesra, menerima mereka sebagai tetamu dan berjiran.
  • Allah SWT juga tidak menghalang orang Islam untuk berlaku adil terhadap mereka termasuklah di dalam menunaikan hak mereka, janji, amanah, memberi hak harga pembelian dengan tidak mengurangkan hak mereka dan sebagainya.
  • Ini diperkuatkan lagi dengan sunah Nabi Muhammad SAW yang memperlihatkan bagaimana baginda menghormati bukan sahaja orang Islam bahkan bukan Islam.
  • Dalam aspek hubungan orang Islam dan bukan Islam, sejarah Islam turut memperlihatkan teladan Saidina Omar al-Khattab ketika berjaya menawan dan membuka kota Baitul Maqdis.
  • Sebagai pemerintah Islam, beliau memberi jaminan menghormati hak-hak penduduk bukan Islam di kota berkenaan yang terdiri daripada golongan Masihi dan Yahudi. Mereka diberikan jaminan keselamatan, boleh kekal tinggal di Baitul Maqdis di samping dapat mengamalkan ajaran agama masing-masing.
  • Jaminan keselamatan dan perdamaian kepada bukan Islam yang tinggal di negara Islam adalah kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan jaminan berkenaan dan sanggup memberi kerjasama. Maka untuk mereka ini, umat Islam perlu mengelakkan permusuhan, menerima mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat sesebuah negara.
  • Pemerintah Islam pula bertanggungjawab melindungi hak-hak mereka seperti juga menjaga hak-hak orang Islam. Walaupun begitu, orang bukan Islam perlu tunduk kepada undang-undang negara Islam kecuali dalam urusan yang menyentuh undang-undang diri. Mereka juga perlu membayar cukai kepada negara dan menghindarkan diri daripada mencela dan menyakiti orang Islam.
  • Untuk kesinambungan jaminan keselamatan dan menikmati hak-hak masing-masing, mereka perlu akur kepada undang-undang negara dan mengelak daripada berkompromi dengan musuh Islam sama ada di dalam atau pun luar negara untuk meruntuhkan umat Islam. Jika sebaliknya berlaku, maka jaminan keselamatan yang dinikmati boleh terbatal.
  • Dalam keadaan ini mereka akan dianggap sebagai golongan harbi iaitu golongan yang memerangi umat Islam dan undang-undang negara Islam. Ini antara prinsip utama dalam hubungan orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesebuah negara Islam mengikut prinsip dan tradisi Islam.
  • Dalam konteks kehidupan masyarakat moden, masyarakat Islam boleh mengambil pengajaran daripada teladan ini yang telah pun wujud dalam garis panduan al-Quran, sunah kehidupan nabi SAW dan juga para sahabat. Islam secara jelas tidak menindas sesuatu golongan manusia kerana secara fitrah Islam tidak menzalimi sesiapa pun.
  • Pada masa sama, masyarakat bukan Islam perlu menghormati undang-undang negara dan peraturan-peraturan yang adil untuk mewujudkan suatu kehidupan yang sejahtera. Mereka tidak mengambil tindakan berkepentingan sendiri sehingga boleh merosakkan kehidupan harmoni sesama ahli masyarakat.
  • Prinsip aman dan adil mengikut ajaran Islam sepatutnya diberi kefahaman secara meluas kepada segenap lapisan masyarakat. Ini kerana Islam agama universal, fitrah yang sesuai untuk semua orang, masa dan tempat.
  • Apabila mesej aman dan sejahtera yang dibawa oleh Islam menjadi elemen yang diterima dan difahami oleh segenap ahli masyarakat, maka ini akan mencetuskan kestabilan dan kemajuan masyarakat dan negara.
  • Pertimbangan pelbagai aspek yang menjaga kepentingan umat perlu diambil kira ketika membuat keputusan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara Islam. Sebarang urusan yang menawarkan dua tiga pilihan baik maka pilihlah pilihan yang terbaik.
  • Jika keputusan perlu diambil dalam perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan maka ambil perkara yang kurang keburukannya. Jika keputusan sesuatu perkara yang ada keburukan dan kebaikan, maka sudah jelas kebaikan yang perlu diutamakan demi kesejahteraan umat manusia.
  • Dalam mendepani isu-isu berkaitan masyarakat majmuk di Malaysia, pihak-pihak berkepentingan harus bertindak dengan mengambil kira kebaikan dan keburukan yang timbul akibat sesuatu tindakan yang dibuat.
  • Pendekatan menjaga kesejahteraan masyarakat dan hubungan umat Islam dengan bukan Islam perlu dilihat dengan lebih teliti berdasarkan kepentingan umat, kebaikan bersama masyarakat dan memenuhi keperluan siasah syariah. -- IKIM

Kelam kabut bila CIMB hentitugas dua hari

  • Tindakan CIMB melakukan hentitugas sementara bagi menaik taraf perkhidmatan perbankan ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina mendapat reaksi pelbagai pihak. Biarpun CIMB telah mengeluarkan notis pemberitahuan tiga hari sebelumnya, perkara itu tidak dapat diterima oleh orang ramai.
  • Sejak hentitugas, pelanggan secara terbuka mengkritik tindakan bank itu menerusi akaun Facebook rasmi CIMB. Kebanyakan mereka mempersoal mengapa CIMB memilih musim perayaan Tahun Baru Cina untuk menaik taraf sistem bank sedangkan ia boleh dilakukan pada hari biasa secara berperingkat.
  • Antara komen di FB CIMB Malaysia ialah:
  • Peter Chiam - Dear CIMB, your management should at least SMS us (a small courtesy to inform) which probably one week ahead. You are announcing this maintence via online and FB? You expected me to keep on surfing FB or Online to look out for maintence news? and some it is few days before the shut down! Even i am not from IT or Maintence department or knowledge about it, I would at least make the Online transfering or ATM machine available during the maintence period. You must give customer alternative! If you need to urgently upgrade, I understand, but you cant just shut two services at one time!! Please! Put ur self in customer shoes and you would understand how we feel about it! Notes: I am not trying to criticise you all but we as customers wish you all could make this better for us and not worsen it!
  • Muhammad Fairuz Hamid - So, this is it. Saya takde nak komplen sebab perkara ini memang dah berlaku dan masih belum selesai even banya aduan. Sekaang saya nak tahu, kalau kami semua terlewat bayar untuk loan atau bil yang ada deadline adakah kami akan dikenakan penalty charge? Kami semua warga yang sibuk bekerja jadi bukan setiap masa kami dapat tahu info terkini. Barangkali iklan TV harus diguna pakai untuk memberi maklumat segera kepada kami.
  • Soalan ke 2, jika nombor akaun kami..Tak kira apa jenis akaun sekali pun..Apa cara kami boleh tahu dgn segera? Melalui surat? Melalui online banking? Atau terpaksa beratur panjang untuk sesi recover semula nombor akaun? Dan apa akan jadi jika kami termasukkan no akaun yg lama?
  • Soalan ke-3, adakah dengan system upgrading ini..Segala maklumat dan simpanan wang kami tidak terancam dengan salah laku dan jenayah siber?Itu saja soalan yg saya nk ajukan. Terima kasih.
  • Farhan Rafaie Jaafar - CIMB has denied our rights to our own money, what type of bank is this?. I think there's gonna be a bank run this Monday. I will definitely close my account with CIMB after this monkey driven upgrade fiasco.
  • Hon Seng Phuah - This bank does not respect Chinese community who may withdraw money for some expenses and some children may deposit to their saving account to avoid get robbed. This bank does not seem to serve the community but think of their own benefits and profits over account holders convenience. 
  • Nofa Stella - CIMB are really dispointed me, its really bad you know. you are trouble too much people in malaysia that use CIMB as the main of their BANKS FOR in and out money. HOW DARE all the system will be close on the PUBLIC HOLIDAY and CHINESE NEW YEAR like this stupid. How stupid this can happen..IF CIMB BANK REALLY want to upgrade your system, you should done this on working days, so that we all yours customer can go to CIMB BANK branch near to withdraw money, deposit etc. not on PUBLIC HOLIDAY and FESTIVAL CELEBRATIONS idiot. IF emergency case happen example critical illness and we cannot withdraw our own money, would you responsible for what happened or just hands off? CAN WE ALL OF CIMB BANK CUSTOMER GOING TO MAKE LOAN FROM DIRECTOR, BOARDS OF DIRECTORS AND ALL THE CIMB STAFF? CAN OR NOT LEND US SOMES MONEY FOR US TO USE UNTILL THE SYSTEM BACK TO BE FINE. STUPID. This issues you makes trouble to use, dunt you regret when 99.9% your customer now turn off to others bank that can give us 200% more better servise...thank you, bye and sayonara.
  • Eka Junaidi Widianti - Sedihnye... baru pgi ni tau notis cimb. Lima ATM mecine i pergi... huhuhuhuuuu..... Tak de cash. terpakse la puasa. Ket Syakir Shahrudin MEPS pun tak boleh gak. kalau dah pegang kad CIMB.
  • An Ra - Stupid cimb, you just a retarded. You spoil your corporate name to core. for 4 days you just never exist in Malaysia. Giving notification is not enough. You should have back up plan. How can you just close down your system and not letting people to take out money. And those who so stupid by asking people to withdraw money in advance just remember that someone cant stuck 10000 ringgit in his wallet.
  • Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang mempertahankan tindakan CIMB tersebut:
  • Cempaka Sari - Ramainya orang Malaysia yang bodoh2 kat sini, tak tau complain, menyalak macam bangang.. upgrade salah...tak upgrade pun salah.. bodoh.. kalau tak buat hari ni..hari apa yang sesuai? Hari bekerja? Weekend lain..mesti ada jugak mangkok macam korang meroyan jugak.. kesian.. so pathetic.. depa dah bagi notice. .siap sms lagi kepada semua pemegang account.. ke dapat sms korang terus delete? Bodoh sungguh.. gelihati hati aku tgk kebodohan korang2 ni semua... nak ugut tutup account? Ahahahah..korang rasa cimb heran ke? Alahaiiii... dah2 la menyalak tu.. tunggu je la pagi Isnin esok...cucuk la duit korang yang berjuta2 tu... adoiii..kesiann.
  • Masing2 kalau bercakap macam dah takde agama... insaf le wei..baru uji skit je pun...dah sawan....alahaiii
  • Shamin Harun Chong - Cimb upgrade to serve u all better ok.
  • Kekanda Syafiq - So Weird for who using cimbclick everyday dint notice about upgrade....btw i know from cimbclick + flyers..btw b4 upgrade already mention on all cimb machine about it..so many slowpoke.
  • Zulhakim Majid - Cimb dah bagitahu awal awal kot. Kat mesin atm pun dah ada iklan cakap nak upgrade. Diri sendiri tak alert nak salahkan pihak cimb pulak. Apa lah.
  • Tna Tiff - Yang complain kat sini either too dumb or too educated. Wise man said "belajar tinggi-2 bodoh bertingkat-2". Cubalah dulu kerja bank back end processing tgk mcm mana. Kalau atm & cdm machine lousy, memekak. CIMB upgrade to serve u guys better pun memekak jugak. Semua org dah dpt notice a month before kot. Semua info nak suap meh? 
  • Albert - Which part of the notice you don't understand. They are having a system upgrade to serve better. Notice was made available in every branch, on the web and applications 2 to 3 weeks in advance. Blame yourself, not the bank!! Pathetic people!!