Wednesday 10 June 2015

PAS mahu jadi king maker bersama UMNO


  1. Kepimpinan PAS sedang bersiap sedia menjadikan parti itu sebagai pencatur utama kepada politik Malaysia.
  2. Ia mahu menjadi satu gerakan Islam yang lebih terbuka dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahat rakyat.
  3. Untuk itu seluruh ahli PAS diseru merapatkan ukhuwah dan memperkukuh iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru.
  4. Dalam bahasa politik, PAS mahu memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu mahu menjadi pencatur utama (king maker) kepada politik Malaysia.
  5. Ini bererti PAS tidak lagi mahu berfungsi sebagai `pak turut’ seperti yang pernah dialami ketika bersama Pakatan Rakyat terutama parti kafir yang sombong dan diktator seperti DAP.
  6. Ramai pemimpin PAS dikatakan yakin dengan bahawa parti itu kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.
  7. Saf kepimpinan PAS yang baru diharapkan memiliki iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam.
  8. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.
  9. Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi parti untuk kembali ke landasan sebenar.
  10. Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada pada landasan yang betul termasuk kesediaan parti Islam itu menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti.
  11. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.
  12. Parti itu semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak.
  13. Ia semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini.
  14. Saf kepimpinan baru PAS didominasi golongan ulama tetapi pada masa yang sama didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang sains, teknologi dan perundangan.
  15. Keyakinan PAS untuk menjadi king maker politik pada masa depan merupakan satu lagi indikasi ke arah kerjasama professional dengan kerajaan BN yang didominasi oleh bangsa Melayu Islam UMNO.
  16. Biarpun ramai ahli PAS tidak ingin berpakat dengan UMNO, tetapi selepas melihat bagaimana DAP melayan mereka seumpama haiwan, maka parti Islam itu lebih berhati-hati bekerjasama dengan kafir.
  17. Jika PAS berkerjasama dengan BN, mereka tidak akan menerima beban tekanan langsung dari parti anti hudud seperti MCA, Gerakan dan MIC.
  18. Ini kerana UMNO adalah parti teras BN dan pasti akan bersama PAS dalam  memartabatkan Islam di Malaysia.
  19. UMNO tidak sezalim firaun adalah antara kata petunjuk Presiden PAS yang memberi indikasi bahawa kerjasama bangsa Melayu tidak boleh terputus kerana mereka tetap mengadap kiblat yang sama.
  20. Berbeza dengan DAP yang tiada berkiblat, ketika berdepan dengan isu Islam, DAP akan melaungkan hak dan kebebasan sejagat sebagaimana yang tercatat dalam piagam kafir antarabangsa.
  21. DAP, MCA, Gerakan tetap bersama walaupun berlainan pakaian. Sayangnya PAS dan UMNO tidak mahu bersama biarpun mengadap kiblat yang sama.
  22. Seribu sebab telah dilontarkan bagi memisahkan UMNO dan PAS sejak merdeka. Semua sebab musabab itu diulang siar oleh ejen perpecahan dalam DAP, MCA dan Gerakan bagi memastikan UMNO dan PAS sentiasa menjarakkan diri dalam segala hal.
  23. Contoh paling ketara, Mat Sabu dibayar oleh DAP Pulau Pinang dengan gaji bulanan yang lumayan untuk terus berkhutbah ke seluruh Malaysia bagi menanam kebencian umat Islam terhadap UMNO.
  24. Nasib baik PAS berjaya merawat penyakit dalam parti. Kini PAS sudah tiada nanah dan kudis. Sebab itu perjuangan memartabatkan Islam secara bersama dengan parti Melayu lain di Malaysia kembali diberi penekanan.
  25. Namun persoalannya, apakah PAS mampu menjadi `king maker’ jika kembali `berduet’ dengan UMNO? Kita lihat senario seterusnya nanti.