Friday 5 September 2014

PAS `tendang’ isteri Anwar Ibrahim

  • PAS mengesahkan Majlis Syura telah menggugurkan nama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali daripada senarai pencalonan PAS untuk jawatan menteri besar Selangor.
  • Kumpulan ulama itu bertindak demikian bagi mengenepikan keputusan Jawatankuasa Pusat apabila meminta Presiden PAS menghantar nama lain.
  • Memetik laporan sebuah portal berita, Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa Majlis Syura PAS merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti memutuskan senarai nama calon menteri besar tersebut.
  • “Ya betul. Majlis Syura menentukan senarai nama yang dihantar. Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam PAS.” kata Nik Muhammad.
  • PAS juga dilaporkan menghantar dua nama dengan senarai pertama hanya mengandungi tiga nama ADUN PAS sahaja.
  • Senarai kedua mengandungi nama dua Adun PKR iaitu ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan Idris Ahmad, Adun Ijok serta satu Adun PAS, Iskandar Samad.
  • Kedua-dua senarai tidak menyenaraikan Azizah dan Azmin sebagai antara calon MB  Selangor seperti mana yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat bulan lalu.
  • Ini bermakna Majlis Syura PAS sedang menyiapkan diri untuk berdepan dengan hentaman Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selepas ini.
  • Penganalisis politik melihat tindakan PAS itu mengambilkira beberapa pekara termasuk Anwar akan ke penjara dan Sultan Selangor tidak berkenan dengan calon PKR yang meletakkan isteri Anwar sendiri.
  • PAS juga terpaksa menolak Wan Azizah kerana tidak mahu bersekongkol dengan amalan nepotisma yang dilakukan oleh Anwar walaupun bekas perdana menteri yang dipecat itu berulang kali menafikannya.
  • Malahan juak-juak Anwar juga tidak lagi berteriak menentang nepotisma kerana PKR kini diterajui oleh ketua umum parti itu bersama-sama isteri dan anak perempuannya. – Yang Benar 

ISTANA SELANGOR DISERANG LAGI

  • ISTANA Selangor diserang lagi oleh pelbagai pihak yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) yang kini sedang kemaruk kuasa.
  • Kali ini beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membayangkan Sultan Sarafuddin Idris Shah akan membuat keputusan secara `seksis’ (diskriminasi gender) mengenai kedudukan menteri besar Selangor.
  • Ini kerana Tuanku bakal menolak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana baginda meminta beberapa nama lain daripada PAS dan PKR.
  • Sebelum ini Tuanku diserang `gurka’ PKR yang mendakwa dirinya pakar perlembagaan. Gurka itu mendakwa Sultan Selangor perlu patuh kepada kehendak parti politik yang memerintah negeri itu.
  • Gurka itu (Aziz Bari) mendakwa mengikut perlembagaan negeri itu, Sultan Selangor perlu menerima nasihat PR yang mencadangkan Dr. Wan Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  • Beliau juga mendakwa Tuanku tidak ada kuasa mahupun hak eksekutif untuk meminta beberapa nama daripada PKR dan PAS yang sesuai menduduki kerusi pentadbiran tertinggi Selangor.
  • Aziz memutarbelitkan Undang-Undang Tubuh Selangor dengan niat mengelirukan orang ramai mengenai hak dan batasan kuasa sultan.
  • Semua orang tahu niat Aziz yang dikeldaikan oleh PKR untuk meraih simpati rakyat supaya tidak bersetuju dengan mana-mana calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.
  • Pihak istana tidak berminat untuk memintas dakwaan liar Aziz kerana tidak mahu terpalit dengan sengketa politik di antara PKR, PAS dan DAP yang kini berada di tahap kritikal.
  • Selepas Aziz menyerang istana Selangor, beberapa NGO berhaluan kiri menyambung serangan dengan membayangkan Tuanku mengamalkan diskriminasi gender dalam pemilihan menteri besar Selangor.
  • Selain itu, NGO terbabit juga mendakwa Sultan perlu patuh dengan nasihat yang diberikan oleh PR dan pelbagai pertubuhan, persatuan yang diwakili rakyat jelata sebagaimana yang mereka dakwa tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
  • Namun beberapa pengamal undang-undang menepis dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, tidak tercatat satu perenggan pun yang menyatakan Sultan perlu mendengar, taat dan patuh kepada sebarang bentuk nasihat, arahan atau pendapat daripada mana-mana syarikat swasta seperti SIS FORUM Sdn Bhd. Ini bukan zaman Francis Light menipu Sultan Kedah.
  • Tiada juga tiada tercatat di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang mewajibkan Sultan  mendengar, tunduk dan patuh kepada cadangan, arahan atau perintah mana-mana NGO seperti EMPOWER, AWAM dan sebagainya.
  • Menurut Undang-Undang Tubuh negeri, Sultan mempunyai hak mutlak dalam menentukan siapa yang difikirkan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh undang-undang tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
  • Konflik yang cuba diwujudkan di negeri Selangor menyaksikan pemain-pemain yang sama dengan gerakan IFC, COMANGO, BERSIH dan KUMAN NEGARA menampilkan diri melakukan kebiadaban kepada institusi Raja-Raja Melayu terutamanya kepada Sultan Selangor.
  • Menggunakan segala ruang secara semaksima, golongan ini semakin biadab dengan mendakwa Sultan Selangor mengamalkan diskriminasi gender.
  • Ini adalah satu kebiadaban yang tidak boleh ditolak ansur langsung. Sultan bertindak mengikut Perlembagaaan negeri.
  • Mencadangkan tindakan Sultan yang mengikut Perlembagaan negeri sebagai mengamalkan diskriminasi gender bererti menghasut rakyat untuk mempercayai undang-undang tersebut sebagai satu bentuk undang-undang yang menindas dan cenderung kepada diskriminasi gender.
  • Selangor dan negeri-negeri yang bersultan tidak perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur versi pembangkang untuk memberi nasihat songsang kepada mana-mana Raja-Raja Melayu.
  • Malaysia tidak perlu campurtangan kumpulan pendesak yang dibiayai kuasa Barat untuk menjadi Penasihat Residen yang baharu kepada Sultan-Sultan negeri Melayu.
  • Mana-mana pihak yang cuba mempersoal tindakan istana boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 pada perkara 3 (1) (a) berkaitan “kecenderungan menghasut” bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.
  • Artikel yang dimuatkan dalam Malaysian Insider bertajuk Sultan’s decree may send wrong signals aboutwomen in office, say groups,  secara sengaja membuat andaian songsang bagi memberi tekanan kepada Istana Selangor dalam menentukan menteri besar pilihan NGO-NGO ini diterima oleh Sultan di dalam keadaan tertekan.
  • Ia sama seperti pelakuan residen-residen Inggeris satu ketika dahulu yang mengikat setiap keputusan-keputusan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu untuk mengikut kehendak hawa nafsu mereka. Malang sekali kebiadaban ini berlaku di dalam bulan Kemerdekaan.
  • Apakah Malaysia perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur dan ‘residen-residen Inggeris’ dalam jelmaan NGO sebagai penasihat Sultan? Kewujudan syarikat swasta dan NGO ini jelas cuba mencampakkan Malaysia 57 tahun ke belakang.
  • Pejabat Peguam Negara harus mengkaji aspek perundangan yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan kepada syarikat swasta dan semua NGO yang cuba campurtangan di dalam urusan istana Selangor. – Yang Benar

Anwar lawan istana untuk siapa?

  • HEBAT sangatkah Dr. Wan Azizah Wan Ismail sehingga tiada nama lain boleh menyainginya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor?
  • Skrol mana-mana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang beliau sertai. Lihatlah betapa lemahnya `public speaking’ dan pengetahuan am beliau.
  • Malah pada satu perbahasan dewan, beliau melalut dan tak tahu apa itu LLN (dengan menyebut lembaga….apa tu ntah). Pada sidang itu juga beliau tak tahu menjawab soalan daripada ADUN mana, Permatang atau Sungai Burong.
  • Semua orang tahu Wan Azizah tiada daya kepimpinan dan tidak mampu menyaingi kepimpinan korporat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak 2008 selepas rakyat Selangor memberi mandat kuasa kepada Pakatan Rakyat.
  • Beliau sendiri mengakui dirinya sebagai boneka suaminya (beliau berkata dengan nada serius ketika berucap di Kelang) sedangkan rakyat tidak boleh terima pemimpin seperti itu.
  • Persoalannya mengapa PKR dan DAP berdegil mencadangkan satu nama kepada Sultan Selangor wal hal Tuanku sudah meminta ketiga-tiga parti itu mengemukakan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan.
  • Mereka beriya-iya mengatakan Wan Azizah adalah pemimpin terbaik PKR sedangkan hakikatnya semua orang tahu wanita itu terlalu lemah untuk menduduki kerusi MB Selangor.
  • Rupa-rupanya Anwar dikhabarkan mahu mengocak gelora istana Selangor bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi istana. Sengaja dihantar Wan Azizah ke istana untuk ditolak oleh Baginda.
  • Lalu berkompanglah juak-juak Anwar mendakwa istana Selangor tidak memegang prinsip demokrasi. Itulah modal terbesar Anwar dan partinya untuk terus meraih simpati rakyat pada PRU14. Malah situasi itu juga akan mendapat simpati antarabangsa.
  • Tidak mustahil dana luar negara berbilion ringgit akan terus mengalir bagi menyambung nyawa PKR dan keluarga Anwar. Barat mempunyai sebab yang kukuh untuk membantu Anwar yang dikatakan menegakkan demokrasi yang dinafikan oleh institusi istana.
  • Rakyat melihat Anwar sedang mengumpan isterinya untuk mencari modal perjuangan PKR pada masa depan sambil `memenjarakan’ PAS dengan ikatan janji Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipertajamkan semula baru-baru ini.
  • Anwar melihat PAS seperti ikan bilis yang senang nak dimamah. Cukup dengan mencabar PAS menunjukkan keislaman dengan mengotakan janji-janji PR, semudah itu saja taktik untuk mengunci PAS.
  • DAP pandai menangguk di air yang keruh. Segala kemahuan PKR dituruti. Orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang DAP dapat lihat dengan menyokong PKR yang bermati-matian mahu Wan Azizah menjadi MB.
  • DAP memang tidak selesa dengan PAS dalam soal negara Islam, hudud dan sering bergeser dalam pelbagai soal sensitiviti agama.
  • Memesrai PKR lebih waras kerana ia boleh memberi sumbangan dividen politik lebih besar berbanding PAS. Parti itu mudah mententeramkan bangsa Cina bahawa dalam kerangka politik Malaysia.
  • PKR lebih mudah meraih sokongan pengundi Melayu untuk DAP berbanding PAS yang banyak dibebani dengan emosi perkauman dan agama serta kekangan kehendak syaraknya. 
  • Tambahan pula PKR ada Anwar Ibrahim yang bijak menyusun strategi menyerang dan memburukkan Umno-BN berbanding dengan PAS yang sering lebih bersikap “berpada-pada” mengutuk lawan.
  • Dengan mengkaldaikan PKR, parti DAP lebih mudah “membahagi-bahagi zon pengaruh” dan “pecah perintah” pengaruh politik pembangkang di kalangan orang Melayu berbanding PAS yang kadangkalanya bersikap “ultra” dalam isu-isu bangsa dan agama.
  • DAP yakin Anwar ada strategi politik yang lebih besar walaupun menyedari Wan Azizah pasti tidak diterima menjadi MB Selangor.
  • Jika Wan Azizah ditolak dan Anwar dipenjara, maka lengkaplah modal politik terbesar mereka untuk meraih simpati rakyat pada PRU 14.
  • Juak-juak akan dikerah berkempen betapa Umno-BN menggunakan instrumen kerajaan dan istana untuk menafikan demokrasi yang dibawa oleh parti pembangkang di Malaysia.
  • Mereka akan berhujah bahawa Umno-BN penindas suara demokrasi manakala Negara Barat yang menyokong Anwar pula akan menjadikan Malaysia “pariah”.
  • Ini akan memudahkan usaha untuk memujuk masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara maju untuk mewarnakan Malaysia sebagai negara autokratik atau kuku besi.
  • Pemenjaraan Anwar, penafian hak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, penodaan institusi kehakiman, dan istana adalah modal politik pembangkang untuk dijaja ke seluruh dunia.
  • Semua strategi itu dilakukan untuk menampilkan Anwar sebagai mangsa paling malang. Lantas akan lebih mudah bagi Wan Azizah, PKR bersama DAP untuk menuntut di persada antarabangsa supaya Anwar diiktiraf sebagai “prisoner of conscience” atau mangsa perbezaan politik.
  • Pengiktirafan ini adalah penting bagi kempen lanjutan “Langkah Kajang”. Sudah pasti untuk PRU 14 kelak Umno-BN menghadapi tekanan daripada PKR dan DAP tetapi desakan antarabangsa yang maha besar.
  • DAP mungkin membaca percaturan Anwar dan PKR ini sebagai peluang dan persediaan paling besar untuk membawa gelombang lebih besar untuk menumbangkan Umno-BN. Kalau tak percaya kita lihat bagaimana dunia Barat akan menganggu Malaysia dalam tempoh terdekat. - Yang Benar.