Thursday 9 October 2014

Dr Mahathir bercerita soal PAS dan TAHALUF SIYASI

  • Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang China yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu
  • PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.
  • Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan dari itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.
  • Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.
  • Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.
  • Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.
  • Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
  • Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.
  • Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.
  • PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.
  • Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.
  • Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.
  • Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
  • Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.
  • Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.
  • Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.
  • PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
  • Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.
  • Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah. - Tun Dr. Mahathir Mohamed.


Petanda huru hara perkauman bermula di Bukit Bintang

  • PERKAUMAN semakin menebal di Malaysia sehingga ada pihak sudah tidak tahan lalu mengebom sebuah kelab malam di Bukit Bintang sebagai tanda bahawa bangsa Melayu Islam pantang dicabar.
  • Ekoran insiden letupan itu banyak pihak meminta polis membuat siasatan terperinci kerana ia dibimbangi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan.
  • Setakat ini belum ada kes kelab malam dibom. Mungkinkah kejadian di Bukit Bintang sebagai petanda bermulanya huru hara di ibukota akibat perasaan perkauman yang semakin menebal?
  • Ada pihak mengandaikan kejadian itu dilakukan oleh segelintir umat Islam yang dikaitkan dengan perjuangan ISIS dan Abu Sayaf. Manakala tidak kurang juga menganggap ia digerakkan oleh rangkaian pejuang Perkida.
  • Kedua-dua kumpulan itu dilihat mahu memelihara martabat Islam secara `by hook or by crook’ selepas melihat kegagalan kerajaan menangani isu perkauman dan keagamaan.
  • Namun ada juga pihak yang menganggap insiden itu dirancang oleh segelintir samseng upahan berbangsa Cina dengan tujuan mahu membangkitkan kemarahan kaum mereka terhadap polis dan kerajaan.
  • Usaha itu membolehkan bangsa Cina menuntut kepentingan dalam pelbagai bidang secara paksa walaupun mereka sudah terbukti menolak kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.
  • Aktiviti samseng bangsa Cina dapat dilihat dengan jelas pada peristiwa membakar pusat menjual kenderaan di Jalan Ipoh baru-baru ini disebabkan pemiliknya enggan membayar wang perlindungan kepada samseng tersebut.
  • Insiden mengebom kelab malam di Bukit Bintang juga mungkin ada kaitan dengan kumpulan samseng Cina yang semakin bermaharajalela di ibu kota.
  • Siapapun yang mengebom kelab malam itu, kesannya akan menjejaskan keselamatan Kuala Lumpur dan juga Malaysia. Bunuh, bakar dan bom semakin popular bagi menuntut sesuatu kehendak atau menyelesaikan masalah.
  • Apakah budaya arnaki di Malaysia akan semakin berleluasa dan siapakah yang mula mempopularkan budaya arnaki ini? Hanya polis dapat menjawabnya. Apapun insiden Bukit Bintang perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  • Persoalan yang kini berlegar di minda rakyat ialah apakah insiden di Bukit Bintang itu merupakan satu petanda bermulanya arnaki di negara ini, di manakah sasaran selanjutnya dan siapakah mangsa seterusnya.

Tragedi berdarah Bukit Bintang.
  • KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang cedera, termasuk seorang lelaki pekerja joki parah dalam letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di sini, awal pagi tadi.
  • Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.
  • Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
  • "Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  • Katanya, tujuh mangsa termasuk seorang yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan lanjut.
  • "Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian, latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA