Tuesday 31 May 2011

Tiada Kenaikan Jika Guna Elektrik 300 kWj



Laporan Utusan Malaysia
  1. PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
  2. Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
  3. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
  4. Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
  5. Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
  6. “Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
  7. “Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
  8. Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
  9. “Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
  10. “Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
  11. Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
  12. Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
  13. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
  14. Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
  15. Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
  16. Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
  17. Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.

Monday 30 May 2011

Tarif Elektrik Naik 7.12 Peratus



Laporan BERNAMA
  1. PUTRAJAYA - Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.
  2. Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.
  3. Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.
  4. Di bawa keputusan itu, kerajaan  mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam.
  5. Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan.
  6. Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.
  7. Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
  8. Dalam pada itu, kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Hijau dan Air menyebut harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjun daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu, maka tarif elektrik di Semenanjung perlu disemak semula.
  9. “Berkuat kuasa 1 Jun 2011, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada kadar purata semasa 31.31sen/kWj kepada 33.54sen/kWj,” katanya.
  10. Kata kenyataan itu, ia melibatkan dua komponen iaitu kesan penyelarasan harga gas daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 5.12 peratus  atau 1.60sen/kWj dan semakan tarif asas TNB iaitu kenaikan sebanyak 2 peratus atau 0.63sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa.
  11. Ketika ini, gas asli merupakan sumber utama penjanaan elektrik di Semenanjung (54.2 peratus), diikuti arang batu (40.2 peratus) manakala selebihnya adalah daripada sumber hidro (5.2 peratus) dan ‘distillate’ (0.4 peratus).
  12. Oleh itu kata kenyataan, berikutan penyelarasan harga gas sebanyak RM3/MMBtu, maka tarif elektrik perlu diselaraskan 5.12 peratus atau 1.60sen/kWj.
  13. Walaupun pada masa sekarang, harga arang batu di pasaran antarabangsa adalah sekitar AS$120/tan, untuk semakan tarif elektrik kali ini, katanya, kerajaan menetapkan harga arang batu untuk sektor elektrik dikekalkan pada harga AS$85/tan sepertimana diguna pakai bagi penyelarasan tarif elektrik pada 1 Mac lalu.
  14. “Selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan,” katanya.
  15. Kenyataan itu menambah, kuantum kos bahan api yang akan dilepaskan kepada pengguna adalah dikira berdasarkan pada kos sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu bagi tujuan penjanaan untuk tempoh enam bulan.
  16. Mengenai semakan tarif asas TNB, kata kenyataan itu, selain mengambil kira kenaikan harga bahan api, pihak kerajaan telah meluluskan permohonan TNB untuk menyemak semula tarif asas.
  17. Katanya, keputusan telah dibuat supaya tarif asas TNB dinaikkan sebanyak dua peratus.
  18. Malah tambah kenyataan, semakan tarif asas TNB diperlukan bagi membolehkannya menampung peningkatan kos pembekalan elektrik semasa.

Khazanah Frustred By Political Handicap


YB: Jarang sekali Khazanah Holdings mengumumkan kesulitan niaganya dikaitkan dengan dengan tekanan politik Kerajaan Persekutuan. Namun kini ia dinyatakan sedemikian seolah-olah mahu bebas sepenuhnya daripada kongkongan Kerajaan Persekutuan. Spekulasi pula melihat kenyataan itu sebagai satu usaha untuk membebaskan diri daripada sebarang ikatan dengan kerajaan, terutama seandainya Pakatan Rakyat (PR) berupaya mengambil alih Putrajaya.

-----------------------------------
  1. KUALA LUMPUR — Khazanah Nasional Bhd managing director Tan Sri Azman Mokhtar has admitted to being disappointed by his inability to trim fat from the portfolio he inherited in 2004 due to political interference, the Financial Times reported yesterday.
  2. “We have had our frustrations, and there have been areas, mostly in the regulated sectors such as electricity, automobiles and aviation, where value has stagnated or even declined,” Azman (picture) told the international financial daily.
  3. The Financial Times said that despite scoring a “crushing victory” in a US$3.6 billion (RM10.8 billion) takeover battle with India’s Fortis for Singapore healthcare group Parkway Holdings, Khazanah was still struggling to turn around companies in its legacy portfolio, which includes national car maker Proton and Malaysia Airlines.
  4. “Big questions remain about Khazanah’s ability to deal equally decisively with the rest of its portfolio, not least because of government opposition to radical surgery on any of its significant companies,” the report said.
  5. “Khazanah’s ability to turn round the biggest legacy companies is tightly bound by government limitations on its freedom of manoeuvre.”
  6. It added that the impact of this “political framework” was evident in the detailed financial information released by Khazanah this year, which showed that the value of newer investments grew by an average of over 20 per cent while older investments only grew by five per cent.
  7. The agency, burdened by a complex and potentially conflicting mandate to grow the portfolio, earn significant returns, lead GLC transformation and help Malaysia become a developed country by 2020, had “significantly less firepower” than other wealth funds, the Financial Times pointed out.
  8. The net portfolio value of Singapore’s sovereign wealth fund Temasek at the end of December was US$149 billion compared to Khazanah’s US$24.6 billion.
  9. Tan Teng Boo, chief executive of Kuala Lumpur-based investment adviser Capital Dynamics, told the daily that while there were many “very capable and committed people” in Khazanah, there were just as many political obstacles to real reform.
  10. Although the investment fund’s portfolio showed “some growth”, he faulted politicians who refused to let Khazanah “do what is necessary” for its failure to transform lacklustre GLCs as mandated.
  11. Azman, however, argued that the agency was fulfilling its mandate for the most part, citing a 39 per cent increase in portfolio value last year, with compounded annual growth of 13 per cent from its level of RM33.3 billion when he took over in 2004.
  12. At the same time, the group has sold its 32 per cent stake in Pos Malaysia, reduced holdings in successful companies such as Malaysia Airports Holdings Bhd and strongly encouraged regional expansion by successful portfolio companies like Axiata and CIMB.
  13. “We are in the seventh year of a major transformation programme, and we have achieved a lot in terms of making the GLCs more efficient while also growing the value of our portfolio and playing our part in helping Malaysia to develop,” said Azman, a former UBS and Salomon Smith Barney banker.
  14. “The GLCs have conclusively improved their performance as a result of the management and other changes we have made, with aggregate earnings for the 20 biggest rising by 49 per cent in 2010 to RM17.3 billion and total shareholder returns of 16.4 per cent since 2004.”

Kontroversi Bill Elektrik



YB: Bila subsidi petrol dikurangkan, harga bahanapi naik. Bila rakyat marah, kerajaan kekalkan harga untuk sementara waktu kerana musim mengundi sudah dekat. Bila taukeh pengeluar tenaga elektrik IPP (independant power producers) terkena tempias potongan subsidi petrol, MCA dan DAP mengamuk kerana taukeh IPP adalah keluarga mereka. Mereka dah terbiasa dengan subsidi berbilion ringgit. Mereka nak subsidi yang sama. Kalau subsidi dipotong, mereka akan naikkan harga elektrik pulak. Rakyat jugak yang kena tempiasnya. 

-------------------
Oleh Reporter Kampung Baru

KUALA LUMPUR — The growing local Facebook group known as the No Mega Tower (NMT) community is mounting a 24-hour anti-price hike cyber protest from midnight tonight.

Bolstered by past support, the NMT is hoping to ride on rising public anger over Putrajaya’s subsidy cuts and pressure the Najib administration into carrying out what the group called “real reforms” through three methods.

In a statement today, the 296,000-strong cyber community demanded a pay cut for ministers, top civil officers and extend the policy to government-linked companies besides publicly disclosing details over major deals such as with the independent power producers and the controversial MyEmail project.

The Facebook pressure group also wants the government to curb its spending to cut down on waste and corruption and a comprehensive package deal to aid the poor, namely cheaper transport fees.

“We are not opposing economic reforms. We do understand that subsidy needs to be cut eventually,” it said in a statement today.

“We however oppose an ill-thought out subsidy rationalisation programme that would threaten the economic, social and political stability of this country,” it added.

It urged the public to demonstrate their support by changing their social network statuses to the following messages: “Saya Tak Nak Barang Naik! Tak Nak MyEmail! Tak Nak Mega Tower!” or “No price hike! No MyEmail! No Mega Tower!”

The NMT said supporters could also post the messages direct to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s Facebook page and personal website.

The group, which was founded on October 16 last year to lobby against the RM5 billion Menara Warisan, called on Putrajaya to pledge it will not bail out the unpopular 100-storey mega tower

Sunday 29 May 2011

Kerajaan Haramkan Beer Halal


 
 Oleh BERNAMA
  1. PADANG Serai - Umat Islam disarankan tidak minum sejenis beer yang didakwa sebagai "halal" kerana minuman itu mengandungi alkohol lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khir Jamil Baharom berkata syarikat itu mendakwa beer berkenaan hanya mengandungi 0.01 peratus alkohol sedangkan ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol sebenar 0.5 peratus.
  3. Jakim dan kerajaan Malaysia akan melarang penjualan minuman itu kepada umat Islam berkuatkuasa serta merta.
  4. Beliau mengulas kenyataan sebuah akhbar melaporkan "beer halal" sangat popular di kalangan umat Islam di Malaysia. Jus buah-buahan itu mengandungi alkohol 0.5 peratus.
  5. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman mengikut hukum Islam berada di bawah 0.01 peratus.
  6. Paras itu dibenarkan kerana alkohol boleh terbentuk secara semulajadi dalam makanan dan minuman.
  7. Arak halal itu diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah, terdapat di kafe-kafe di Malaysia dan dijual dengan harga antara RM3 dan RM5 sebotol botol.

Wednesday 25 May 2011

PM ONLINE

YB: Ramai teringin menuju ke Putrajaya untuk mengubah nasib rakyat Malaysia, tetapi membawa sentimen, emosi serta benci kepada kaum seagama. Pasti si penjual bawang berterimakasih kepada bangsa kita kerana sudi menggadaikan negara kepada mereka. 




BERNAMA

  • Perdana Menteri akan perkenalkan dua platform interaktif baru mulai 1Jun, satu aplikasi telefon pintar dan perbincangan meja bulat 1Malaysia secara online.
  • Najib berkata aplikasi itu menggabungkan semua platform online beliau termasuk laman web, FB dan Twitter supaya orang ramai lebih mudah menghubunginya.
  • Katanya, orang ramai boleh membincangkan pemikiran yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dengan dibimbing pakar tempatan pelbagai bidang pada perbincangan meja bulat.
  • "Saya amat gembira tentang perbincangan Meja Bulat 1Malaysa secara online melalui 1Malaysia.com.my.
  • "Bantulah saya untuk menjadikan Malaysia bertambah makmur, berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya yang dapat kita banggakan bersama," katanya.

Tuesday 24 May 2011

IPP subsidies cannot be removed, says MCA President


YANG BENAR: Dalam pada rakyat menikmati subsidi petrol semakin sedikit, MCA tidak mahu kerajaan mengurangkan subsidi berbilion ringgit kepada industri pengeluar tenaga (IPP) dengan alasan perjanjian subsidi sudah dimeterai.
  Atas nama pembangunan, rakyat perlu menanggung beban kemelesetan ekonomi bersendirian manakala industri pula mencari alasan tidak mahu menanggung beban itu bersama rakyat.
  Buktinya, MCA secara terus terang memberi amaran kepada kerajaan supaya jangan menyekat subsidi kepada industri tenaga. Kenyataan berikut jelas mempamerkan sikap kapitalis.


KUALA LUMPUR — The government cannot remove billion-ringgit subsidies for independent power producers (IPPs) as it is tied up in agreements with them, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said today.
  The DAP has said that the government would only spur inflation by removing the diesel super subsidy before cutting “big opium” gas subsidies worth RM19 billion for IPPs and commercial power sectors.
  “Because the government is tied up in a lot of agreements, this (subsidy) cannot just be abolished,” 
  “Then Malaysia will be recognised in the world as one government who does not honour its agreement. That’s wrong,” Chua said.
  He said some of the agreements were due to lapse and the government could then start negotiations.

RON95 dijangka naik 20sen


Laporan AMRESEARCH

KUALA LUMPUR — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.
 Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
 Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
 Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
 Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
 Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.
 Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
 AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
 “Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
 Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
 Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.
 “Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.
 Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008 - ENDS

Tuesday 17 May 2011

Kerajaan mansuh Subsidi Diesel Sembilan Kategori


Press Release

KUALA LUMPUR — Kerajaan memansuhkan pemberian diesel "super subsidi" kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.
  Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi 9 Mei, harga diesel dinaikkan daripada RM1.481 seliter kepada RM1.80 seliter.
  Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.
  Kenyataan akhbar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.
  “Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.
  “Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan akhbar itu.
  Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.
  Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.
  Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.
  Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter.

Oleh: DS Mohd Najib Tun Razak

KUCHING - Warga pendidik akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuatkuasa 1 Januari 2012 dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan guru.
  Kerajaan telah memutuskan demikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru. 
  Guru adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukan dengan lima kaedah kenaikan pangkat:
1) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan
2) kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP)
3) kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan
4) kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang
5) kenaikan pangkat guru cemerlang
  Ia sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion perguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
  Kerajaan mendapati sekarang, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian lama menabur bakti selama 25 tahun.
  Kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
  Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusunya kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
  Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan.
  Namun guru yang tidak dinaikan pangkat ke gred khas masih berpeluang menikmati pergerkaan gaji tahunan. Kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
  Kerajaan juga bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
  Manakala guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan.
  Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan.
  

Monday 16 May 2011

Petrol RON95 mungkin naik lagi




Oleh: DS Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA — Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
  Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
  Sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya. Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu. 

Subsidy burden is expected to double this year - DPM




by DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - The subsidy burden is expected to double this year from RM10.32 billion to RM20.58 billion. The country could no longer maintain the current subsidies in remarks signalling the inevitability of price hikes.

  Yes, we are subsidising but we cannot sustain subsidies on the same amount. So there are ways in which we are trying to reduce subsidy costs like the increase in price of sugar. We are doing it in stages.
  Subsidy costs has also doubled from RM10.32 billion in 2010 to an expected cost of RM20.58 billion in 2011. RM18 billion is subsidy for petroleum-related sectors.
  Malaysia’s low purchasing power, coupled with rising prices, is putting pressure on the PM administration to pump more public funds into existing subsidies.
  The move is seen as necessary to avoid public unrest over the escalating cost of living, as well as to counter Pakatan Rakyat’s (PR) attacks on the government’s previous plans of phasing out subsidies.
  PM said on April 1 that the recent surge in the cost of living may force the government to slow subsidy cuts, and that while the government was committed to reducing the nation’s deficit, “we don’t want rising prices in Malaysia to be a major burden for the people.”
  He has already announced the government’s willingness to fork out an additional RM4 billion in addition to the RM10 billion allocated for subsidies this year.
  Analysts and politicians believe that problems affecting the economy — distorted and inefficient markets, lack of competition, low wages and a weak ringgit — will be the biggest problem for the BN administration as the country heads into the next general election, speculated to be held by year end.
  The government is now preparing the public for more cuts.
  We cannot guarantee there will be no increase in the prices of goods. We cannot control the prices but where the government can intervene to decrease public burden then we will.  
------------
a note: The 2010 Prices and Wages report by Swiss Bank UBS AG shows that residents in KL have only 33.8 per cent the purchasing power of their counterparts in New York, 42 per cent that of London, 33.7 per cent that of Sydney, 32.6 per cent that of Los Angeles and 31.6 per cent that of Zurich.

Sunday 15 May 2011

The Ringgit And The Dollar - says DM


  • The dollar i.e. the US dollar has been depreciating against the Ringgit. It is now hovering just below RM3.00 to 1 USD. Obviously this currency crisis is not over yet. Obviously the US is still in trouble. Europe is also in trouble and so is the rest of the world. This is the longest financial crisis in history. It is now in the fourth year.
  • This crisis started in the US in 2008 with the banks going bankrupt because the sub-prime loans defaulted and Lehman Brothers went bankrupt. Since then the US Government has been printing money by the trillions to bail out banks, insurance and automobile companies.
  • Currently Greece is still unable to repay loans caused by the switch to the Euro.
  • Malaysia appears to have escaped much of the crisis. Our currency is in fact getting stronger and our economy is growing at a good rate.
  • Why has a serious currency crisis affected the developed countries and not as much the developing countries? The answer is that we have not been trying to get rich quick through playing the money market.
  • I am not a financier of course and my knowledge about finance can be written on the back of a postage stamp. So no one should take what I say about finance seriously.
  • Still, I would like to hazard a theory.
  • The US was, after the Second World War, the richest nation. They have companies like General Motors, General Electric, Caterpillar Tractors, McDonnell Douglas & Boeing, great manufacturers of household appliances, radios and television, machine tools, precision instruments and of course a massive weapons industry.
  • They were so confident of the superiority of their industries that they did not mind teaching the Japanese the importance of quality and expertise in manufacturing.
  • To cut a long story short, the Japanese mastered manufacturing so well that their high quality but competitive products displaced those of the Americans and much of the Europeans in the world market.
  • After Japan came Taiwan, South Korea and then China. The products of these countries even displaced American and European products in their own countries. The last straw is the invasion of East-Asian cars into the American and European markets.
  • Instead of trying to compete, the Americans in particular, and the Europeans opted to surrender the markets to the Asian newcomers. But American and European economies continued to grow and they remain as prosperous as ever.
  • To remain ahead in wealth the Americans and Europeans invented a new market - the money market. They invented ways of making money from money. These they call products although they cannot be eaten or used.
  • The banking system they created was for the purpose of lending money to finance business enterprises. To do this the banks were allowed to lend more money than they have as capital, assets and deposits. In effect this means the banks could create money. In fact in the past banks issued banknotes to pay for goods and services. Later the banknotes were replaced by cheques. Everything can be paid with cheques. No cash is needed any more.
  • It was fine as long as the Government oversees the money created by the banks and limits it to ten times the banks assets. Then the American Government decided that it should not supervise the banks. The market would regulate itself.
  • Freed of Government oversight the banks began to lend far more than ten times their assets. They lent even to people with no income and no capacity to repay the loans, especially for houses.
  • The loans were then either mortgaged or insured. The belief was that they were safe. In any case if the borrower defaulted the property would be worth more than the loans as property prices seem to appreciate all the time.
  • Other ways of making money were invented. Hedge funds, carry trade, currency trade, mergers and acquisitions, investment in 'emerging markets' (formerly known as developing countries), junk bonds, securitised mortgage, commercial paper, short selling, index funds, sub-prime loans, private equity funds, repo market, structured investment vehicles, etc etc
  • Any of these things can give huge profits. For the astute players any of these things can make them millionaires or billionaires overnight, practically overnight.
  • The money market products yield nothing substantial. They create no jobs, no tangible products, no trade in goods or services, no spin-offs in terms of business, no transportation of goods by land, sea or air.
  • Yet the size of the transactions in monetary terms is mind-boggling. The trade in currencies is said to amount to four (4) trillion US dollars a day. It is the size of the total German productivity for a year. Yet no jobs are created, no goods or services are produced, no movement of anything is seen.
  • Of course the people involved in the trade make billions of dollars. Operating out of tax free havens, they report to no one and pay no tax.
  • The money market players and the billions they make contribute to the high GDP and the Per Capita incomes of America and Europe.
  • Then came the collapse. The bubble bursts. And there was nothing spilling from the burst bubbles.
  • The money market players know nothing about other business, about the production of goods and service, about real trade in these things. Actually all of them have become poor.
  • And so they resort to printing money, to remain rich. But the money they print is as valuable as toilet paper.

Saturday 14 May 2011

Benarkah Negara Akan Mundur Kerana Subsidi?



Oleh: A Kadir Jasin

KALAU tidak kerana subsidi baja dan padi, ratusan ribu petani akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil beras negara merudum. Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.
  Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana subsidi baja, industri baja kita tidak sebesar sekarang.
  Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna terima subsidi RM1 akan berbelanja. Pekedai dapat untung kerana barang jualan diperolehnya dengan harga lebih rendah dari pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 bertukar tangan, ia menambah nilai ekonomi.
  Billionaire pun telan subsidi. Jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga pun mendapat subsidi berbilion ringgit. Antaranya subsidi diesel dan gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).
  Malah tauke billionaire yang pakai Mercedes 6,000cc dapat subsidi minyak petrol berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton. Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka tipu?
  Umumnya semua sedar penguatkuasaan lemah. Sekadar melepaskan batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.
  Bukan semua subsidi dalam bentuk lintang (cross) di mana pengguna membayar harga tinggi untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.
  Subsidi dari duit rakyat juga. Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.
  Duit yang digunakan untuk subsidi bukan duit kerajaan tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.
  Pandangan bahwa kerajaan tak mampu tampung kadar subsidi adalah pandangan sempit. Sempit juga pandangan jika mengatakan salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.
  Mustahil subsidi boleh dihapuskan. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?. Ya kita semua yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.
  Subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak akan dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
  Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memang besar.
  Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.
  Potongan subsidi akan jejaskan rakyat. Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
  Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).
  Kerajaan tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.
  Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?
  Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!
  Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.
  Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.
  Soalnya, bagaimanakah kerajaan akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.
  Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
  Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.


Sunday 8 May 2011

Yang Benar Mengenai Peristiwa Sumpah Shahril Eskay

Yang Benar Mengenai Sumpah Eskay


beberapa komen mufti mengenai sumpah laknat



Dr Mahathir: Perkauman Makin Tebal. PM perlu buat PRU tahun depan



KUALA LUMPUR — PM perlu mengadakan pilihan raya umum tahun depan berikutan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

  BN berdepan dengan kekalahan terburuk dalam pilihan raya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri.

  “Pilihan raya umum tidak harus diadakan tahun ini. Bagaimanapun terpulang kepada PM. Kadang kala saya terlupa bahawa saya bukan lagi PM,” katanya.

  Bekas PM itu berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding asa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.

  “Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh ditunda hingga 2012,” katanya sambil menambah perpecahan kaum tidak seburuk hari ini ketika beliau menjadi PM.

   “Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskipun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.
  Anwar Ibrahim pula ramal pilihan raya umum diadakan sebelum Ramadan ini.

Saturday 7 May 2011

Allah’ CDs court case set for June 15



KUALA LUMPUR, May 6 — Christian Jill Ireland Lawrence Bill’s suit against the Home Ministry is set to be heard on June 15, nearly three years after she first started the legal proceedings.
She filed her application on August 20, 2008 and was granted leave to seek judicial review of the home ministry’s decision on May 4, 2009.
The Melanau Christian is challenging the home ministry’s decision to confiscate eight compact discs containing the word “Allah.”
The hearing date was set today by High Court deputy registrar Azaraorni Abd Rahman, who also revealed that the case will be heard by Justice Rohana Yusuf.
The Sarawakian is seeking for an order of certiorari to quash the ministry’s decision to seize the CDs, and a mandamus order directing the minister to return the CDs. She is also seeking a declaration that she has the legitimate expectation to exercise the right to use the word “Allah” and to continue to own and import such materials.
The disputed materials were confiscated from Jill’s possession after she disembarked at the Low Cost Carrier Terminal in Sepang on May 11, 2008 upon returning from a flight from Indonesia.
In a letter on July 7 the same year, the Home Ministry explained its move, which was exercised under Section 9(1) of the Printing Presses and Publications Act, saying that the religious materials were a threat to national security and had also breached the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) guidelines as it used prohibited words.
The CD titles include “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah”, “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” and “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah”.
Jill had contended that she uses the word “Allah” in her prayers, worship and religious education, and that the CDs were for personal consumption.
---------
nota: beginilah sikap rakyat yang diberikan taraf kenegaraan dan tidak tahu berterimakasih malah menyaman kerajaan kerana tidak membenarkan mereka menggunakan nama Allah untuk agama Kristian.