Sunday 3 April 2011

Jones mahu anjur lagi kempen bakar al-Quran 22 April



1) GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis Florida yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu yang membawa demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.
2) Perbutan itu akan memburukkan lagi ketegangan sedia ada. Demonstrasi dua hari berturut-turut (semalam) di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB menyebabkan 20 orang terbunuh. Pastor Terry Jones berkata matlamatnya ialah untuk memberitahu dunia mengenai elemen radikal Islam. Paderi gila itu mendakwa bila ada yang terkorban, itu menandakan elemen radikal Islam.
3) Jones mendakwa akan meneruskan usaha membakar al Quran pada 22 April ini di depan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan. Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones. Beberapa pemimpin Kristian dan Islam Amerika juga mengecam Jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai 30 ahli.
4) Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.
5) 20 Mac lalu Jones membakar Al Quran di hadapan 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam. Video menunjukkan naskhah Al Quran direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.
Nota: Kempen membakar Al Quran mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia. Demonstrasi berdarah di Afghanistan dan Pakistan sehingga mengorbankan lebih 20 nyawa. Di Malaysia NGO dan kerajaan juga mengutuk perbuatan itu. Namun kutukan dan laungan tidak membawa apa-apa makna buat kuasa Barat. Mereka juga mengutuk pembakaran Quran tetapi pada masa yang sama mengizinkan penyembelihan manusia di Asia Barat, rampasan telaga minyak umat Islam atas nama keamanan sejagat, tragedi penyiksaan umat Islam di Penjara Guatanamo, kekejaman umat Islam di Palestin dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan atas perjuangan salib (crusade) yang mereka bawa sejak zaman berzaman untuk menghancurkan Islam dari muka bumi.

8,000 Jenayah Siber Dalam Tempoh Dua Bulan


Need for international crisis management plan to detect cyber crimes: Govt.

LUMUT (2 April) : Sebanyak 8,090 jenayah siber dilaporkan berlaku di Malaysia dalam tempoh dua bulan tahun ini. CyberSecurity Malaysia melaporkan angka itu membimbangkan dan boleh menimbulkan ancaman baru terhadap keselamatan negara jika tidak dibendung. Antara punca peningkatan tersebut adalah sikap pengguna tidak prihatin keselamatan semasa melayari Internet.

Selaku agensi yang dipertanggungjawabkan dalam keselamatan siber, CyberSecurity memandang serius perkembangan itu dan sedang merangka pelan khusus bagi menanganinya. Kebanyakan masyarakat tidak sedar mereka terdedah ancaman siber termasuk digodam, penipuan, ancaman virus serta kata laluan dicuri ketika melayari Internet.

Justeru itu pengguna perlu berwaspada dan berhati-hati bagi mengelakkan maklumat peribadi mereka dicerobohi ketika menggunakan Internet.

Nota: Oleh kerana FaceBook menjadi kegilaan ramai masakini, laman sesawang itu juga dijangkiti virus baru-baru ini. Modus operandi virus itu ialah menggunakan sistem tagging gambar. Sebagai contoh, jika kita tagged gambar tertentu yang dihantar dalam wall (bukan semua gambar) maka virus akan masuk ke dalam komputer dan musnahkan semua data didalamnya.