Wednesday 13 May 2015

Che Det jawab kritikan pengikut tegar Najib


  1. Tun Dr Mahathir Mohamed terpanggil untuk menjawab kritikan pengikut tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkinja-kinja mahu membidasnya di dada media.
  2. Dalam menghadapi situasi, Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Che Det sentiasa tenang dan tidak pernah gopoh ketika berdepan dan menjawab pelbagai persoalan.
  3. Kali ini beliau menulis dengan tenang dalam blognya untuk memberitahu pengkritik yang berpihak kepada Perdana Menteri bahawa beliau sekadar bertanya kepada Najib mengenai pelbagai isu penting, bukannya melondehkan anak Tun Razak itu.
  4. Yang melondehkan Najib anak beranak ialah puak pembangkang. Malangnya anak buah Najib tiba-tiba melatah tak tentu haluan, mungkin kerana terpanggil untuk membela Perdana Menteri atau diarah berbuat demikian.
  5. Seelok-eloknya kita sebagai rakyat Malaysia membaca apa jawapan Che Det kepada pengkritik amatur, novice dan semi-profesional.
  6. Dr Mahathir berkata: Saya tidak tawar (diri) untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
  7. Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.
  8. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.
  9. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.
  10. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbilion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbilion Ringgit juga.
  11. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.
  12. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.
  13. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.
  14. Di mana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
  15. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.
  16. Apabila saya letak jawatan, satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
  17. Pembaca portal Free Malaysia Today, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka di kalangan orang ramai yang tidak terjawab.
  18. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.  Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
  19. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.
  20. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.
  21. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.
  22. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.
  23. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.
  24. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.
  25. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.
  26. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?
  27. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.
  28. I had great hopes when Najib took over from Abdullah. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
  29. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.
  30. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.


Agenda pecat Isa Samad (bahagian 1)


  1. Luluh hati peneroka dan anak-anak FELDA apabila melihat saham FGV merudum dari RM4.55 ketika disenaraikan kini hanya RM2.07 seunit sahaja.
  2. Sepanjang kejatuhan harga sejak dua tahun lalu, tiada siapa sudi melayan kegundahan hati 3.5 juta keluarga FELDA.
  3. Keluhan hati berbalam di celahan pokok sawit dan getah. Bila diajukan remuk redam itu pada insan yang sudi mendengar, tiba-tiba bergegar tiang seri pentadbiran FELDA yang kemudiannya menuduh ada pihak sakit hati dan mahu meracuni minda peneroka.
  4. Namun tika hati peneroka sedang gundah gulana, di mana wakil-wakil FELDA atau menteri datang mendamaikan hati yang gelisah? Di mana kelibat Tan Sri Isa Samad yang sepatutnya datang ke semua FELDA untuk mententeramkan jiwa yang sedang lara.
  5. Apakah agaknya detik hati Isa pada ketika ini dan saat ini pabila melihat harga saham FGV merudum dari sehari ke sehari.
  6. Oleh kerana suasana senyap sunyi, maka peneroka mengambil keputusan meluahkan perasaan di dada media sosial yang penuh kontroversi.
  7. Akhirnya seorang insan yang dikenali sebagai Mohd Nasaie Ismail muncul untuk menulis kepada kerajaan dengan jodolnya `Pecat Isa Samad Siri Satu’.
  8. Esok saya akan tulis surat kepada Tan Sri Mohd Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA.
  9. Datuk Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Datuk Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Datuk Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
  10. KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji.
  11. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
  12. Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama.
  13. Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada. 
  14. Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan.
  15. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa dan ahli politik katak yang melompat dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Tunggu satu persatu akan didedah.
  16. Isa. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang naib presiden Umno. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA.
  17. Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Datuk Seri Najib Razak juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi batalkan penyenaraian FELDA di zamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup. Bersambung...


Syed Mokhtar mungkin ambilalih kontrak janakuasa RM11b dari 1MDB



  1. Malakoff Corp Bhd yang diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mungkin akan mengambil alih kontrak membina stesen janakuasa arang batu (coal-fired power plant) berharga RM11 bilion dari 1MDB-Mitsui.
  2. Ini kerana 1MDB yang menerima kontrak itu pada Mac 2014, kini dilanda krisis kewangan dan dilihat berisiko untuk membiayai projek pembinaan stesen janakuasa 2,000 MegaWatt itu.
  3. Berikutan itu Suruhanjaya Tenaga (EC) dikatakan akan menyerahkan projek yang dikenali sebagai Projek 3B itu kepada konglomerat lain yang menawarkan tarif rendah, antaranya Malakoff dan YTL Power International Bhd.
  4. Berikut laporan ekonomi berkaitan spekulasi pembidaan semula kontrak Projek 3B bernilai RM11 bilion itu.
  5. The Energy Commission (EC) is said to have decided to pass 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) contract to build a 2,000MW coal-fired power plant known as “Project 3B” to other companies.
  6. Sources said the EC has approached Tenaga Nasional Bhd (TNB) requesting a proposal to take over Project 3B and the national utility is at an advanced stage of finalising the proposal. At least one other company, Malakoff Corp Bhd, is also said to have indicated an interest in taking over the project.
  7. The 3B project, which was valued at RM11 billion, was awarded in March 2014 to 1MDB and Mitsui & Co Ltd, which submitted the lowest tariff rate of 25.33 sen per kWh.
  8. However, 1MDB is now embroiled with issues that have cast doubts on its ability to see Project 3B through, including its cashflow problems and its RM42 billion debt.
  9. The 2,000MW Project 3B represents half of the capacity the EC has tendered out to meet the power needs of the country by 2019.
  10. Any delay would put a spanner in the EC’s power planning, and this is the reason the regulator is now looking for somebody else to finish the job.
  11. It is understood that one of the conditions set by TNB is that it will not pay any compensation to 1MDB-Mitsui and that TNB would have the option of not matching 1MDB’s original tariff proposal.
  12. Sources, however, said the project has not been awarded to TNB yet and that the national utility conducted talks with Mitsui, 1MDB’s minority partner in the project, to prepare for TNB’s revised proposal.
  13. The sources said TNB is leading in the race to win the revised Project 3B, but there is still the possibility that it will be tendered out for re-bidding.
  14. It is understood that a re-bidding of the project is desirable, given the EC’s stated objective to provide open and transparent bidding for all projects, even if there is a time urgency.
  15. Industry sources said TNB’s only stumbling block is that it will not be able to do the project at the tariff rate that was awarded to 1MDB.
  16. “They (TNB) have asked the EC to allow for a higher tariff rate for the uptake from (Project) 3B,” an industry source said. In the original tender, Malakoff submitted a tender that was the second-lowest after 1MDB’s.
  17. Malakoff, which is undergoing an IPO this week, is said to be interested in the project. “Rightfully, Project 3B should be given to Malakoff if they can match 1MDB’s low tariff bid,” said a source.
  18. He said Malakoff would be able to meet 1MDB’s lower tariff demand if it is allowed to provide the generation capacity at its existing complex in Tanjung Bin, Johor.
  19. Malakoff is also uniquely poised to fulfill the EC’s desire for a quick time to bring Project 3B online because it has almost completed its T4 project at Tanjung Bin and can bring its engineering, procurement and construction resources there to build its Project 4A almost immediately. 
  20. “Malakoff can fit in another coal-fired power plant in Tanjung Bin without any problem because it has more than enough space and all the infrastructure are already in place,” he said.
  21. “They can build a 2,000MW plant in Tanjung Bin easy.” Industry sources also pointed out that Project 3B could be split between TNB and Malakoff, with each power company generating 1,000MW each.


Bekas MB Terengganu serang Najib soal 1MDB


  1. PERANG TERBUKA di antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad makin hangat apabila bekas Menteri Besar Terengganu tampil membuat pendedahan mengenai konspirasi 1MDB.
  2. Dewan Undangan Negeri Terengganu dikejutkan dengan pendedahan Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan Perasmian Tuanku Sultan Terengganu.
  3. Paling mengejutkan ialah cubaan Najib mencagar hasil gas dan minyak Terengganu kepada 1MDB tetapi dibantah Ahmad sehingga menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya sebagai Menteri Besar.
  4. Ahmad membuat pendedahan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
  5. Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata, beliau akan mendedahkan lebih banyak konspirasi Perdana Menteri pada masa akan datang, tetapi buat masa ini cukup dengan mengakui kebenaran kaitan kerajaan Terengganu dan 1MDB.
  6. Mengulangi sejarah GLC kontroversi itu, Ahmad berkata 1MDB pada asalnya dikenali Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi masalah yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
  7. “Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui 1MDB asalnya TIA, bukan agensi yang modalnya berbayar, sebaliknya saya dan kerajaan negeri yang bayar.
  8. “Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada masalah yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
  9. “Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
  10. “Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
  11. Sejak diturunkan dari jawatan Menteri Besar setahun yang lalu, inilah kali pertama Ahmad bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
  12. Kalangan pemerhati politik yakin serangan Ahmad terhadap kerajaan persekutuan dilakukan sebaik saja Perdana Menteri menyerang Tun Mahathir secara terbuka di Tawau, Sabah baru-baru ini.
  13. Ini sekaligus menyaksikan bahawa Ahmad merupakan tokoh politik yang berada di kem Mahathir yang mahu Najib segera letak jawatan demi menyelamatkan UMNO dan BN daripada kemusnahan pada PRU akan datang.
  14. Pada masa yang sama beberapa pemimpin pembangkang yang popular terus menghentam kerajaan dan Najib secara konsisten bagi memastikan lebih ramai rakyat menaruh kebencian dan dendam ke atas kerajaan.
  15. Jika misi ini berjaya, kebarangkalian untuk BN tewas pada PRU1 semakin besar walaupun strategi `pecah sempadan pilihan raya’ bakal dilakukan bagi mengurangkan kekuatan pembangkang. Tiada yang lebih berkesan selain membangkitkan wasangka terhadap pentadbiran kerajaan persekutuan.