Sunday 7 September 2014

PR MAHU MEMBUDAYAKAN HASUTAN


  • KEMPEN menghapuskan Akta Hasutan 1948 tajaan puak berhaluan kiri dilihat mahu membudayakan fenomena hasutan di Malaysia tanpa dibatasi perundangan.
  • Dalam erti kata lain mereka mahu rakyat bebas bercakap apa saja tanpa sekatan termasuk menghina agama Islam, memperlekeh Raja-Raja Melayu, memburuk-burukkan kerajaan Persekutuan dan bangsa Melayu.
  • Sebelum ini mereka telah berjaya mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menghalang penjenayah ditangkap dan dihukum tanpa bicara.
  • Lanjutan pemansuhan itu, pengikut puak berhaluan kiri semakin galak menghina bangsa Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
  • Jika tohmahan dan perbuatan aib mereka menyalahi perundangan, paling tidak mereka akan dihadapkan di mahkamah dan membayar denda kecil.
  • Contohnya sepasang suami isteri berbangsa Cina berbogel di hadapan umum demi demokrasi, dikenakan denda RM400 saja.
  • Puak berhaluan kiri mentertawakan perundangan kerana perbuatan pasangan itu yang mencemar demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan hanya dikenakan denda sekecil itu.
  • Selepas melakukan eksperimen membabitkan golongan marhaen, kini pemimpin pembangkang mula bertindak kasar dengan menghina kerajaan, Sultan dan agama Islam.
  • Namun mereka terkejut beruk apabila diheret ke mahkamah kerana disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
  • Lalu dikerahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta itu dengan alasan Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berjanji kepada rakyat pada 2012 untuk berbuat demikian.
  • "Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948, tiada lagi rakyat yang ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun mengkritik kerajaan,” pinta ketua AMK.
  • Desakan itu datang dari bos mereka yang risau beberapa tokoh PR telah disiasat dan didakwa di bawah akta itu selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan.
  • Antaranya ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Adun Seri Delima; RSN Rayer; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
  • Sambil itu PR menggerakkan beberapa NGO lain supaya menjalankan kempen mendesak kerajaan menghapuskan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan Perdana Menteri pada 2012.
  • Namun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.
  • Menegaskan perkara itu, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
  • "Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
  • "Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.
  • Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menjelaskan kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera.
  • Beliau berkata, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.
  • "Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.
  • "Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya.
  • Nancy berkata, kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.
  • Beliau berkata, rang undang-undang tu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain.
  • Bagaimanapun, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu, kata Nancy.
  • Dalam perkembangan yang sama, Gabungan NGO baru, Barisan Perpaduan Nasional (BPN) mendesak kerajaan supaya mengekalkan Akta Hasutan 1948 supaya ia boleh menjadi benteng keselamatan negara.
  • Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyediaan Memorandum BPN,  Datuk Ibrahim Ali berkata, jika undang-undang itu tidak dipertahankan, dikhuatiri kelak ia akan meletakkan Malaysia terdedah kepada keadaan huru-hara.
  • "Buktinya apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan pada 2011 menyebabkan negara tidak stabil, berleluasanya penghinaan terhadap agama Islam, Raja-Raja dan orang Melayu dengan pelbagai cemuhan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Anggota Barisan Perpaduan Nasional di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Gabungan badan bukan kerajaan ini dianggotai oleh dua NGO bukan Melayu dan 12 NGO Melayu.
  • Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongan kepada BN pada PRU akan datang lagi jika kerajaan menghapuskan Akta Hasutan.
  • Walaupun mengaku beliau tidaklah begitu berpengaruh, Ibrahim berkata beliau tidak melihat faedah menyokong BN "jika ia sama seperti Pakatan Rakyat".
  • Mengulas lanjut, Ibrahim menambah, mesyuarat BPN hari ini juga telah membentuk 55 syor perkara kepada kerajaan.
  • Antaranya BPN akan menganjurkan konvensyen bagi mengekalkan dan mempertahankan undang-undang itu dan Akta Hasutan sedia ada perlu dibuat beberapa penambahbaikan.
  • "Akta Hasutan 1948 ini kita sepakat ia dikekalkan dan dibuat tambah baik dengan memasukkan Perkara 3 dan 11 (Agama Islam) (1)(F) dalam Perlembagaan ke dalam akta itu.
  • "Penambahbaikan itu supaya sesiapa sahaja tidak boleh lagi menghina Melayu dan Islam dengan sewenang-wenangnya," ujarnya.
  • Dalam pada itu, Ibrahim berkata dalam 55 syor yang dicapai hari ini juga, satu memorandum yang membawa agenda keselamatan negara akan dikumpul daripada orang ramai untuk mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.
  • "Satu jawatankuasa sudah dibentuk untuk mengedakan kempen ke akar umbi dan kemuncaknya kita akan membuat kempen tandatangan untuk menghalang Akta Hasutan daripada dimansuhkan pada 18 Oktober ini di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru," katanya lagi.
  • Melihat kepada kemelut yang berlaku berkaitan isu ISA dan Akta Hasutan, bangsa Melayu dijangka dapat bersatu hati dan tenaga.
  • Ini kerana perjuangan kali ini lebih mementingkan usaha menegakkan syiar Islam, mendaulatkan Raja-Raja Melayu dan memperkasa bangsa Melayu daripada serangan bukan Islam di peringkat tempatan dan luar Negara.
  • Penyatuan seperti ini pernah berlaku pada 1950 apabila maysrakat Melayu dikejutkan dengan gerakan memurtadkan Natrah sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan di Singapura membabitkan penyertaan Melayu tanpa mengira parti. - Yang Benar.


MAT SABU LAWAN ABDUL HADI DEMI WAN AZIZAH


  • MOHAMAD Sabu tak peduli apapun kenyataan bosnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tetap dengan pendidiran PAS Pusat yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun wanita itu tidak berwibawa.
  • Pada masa yang sama Timbalan Presiden PAS berkata beliau tidak tak tahu apa-apa mengenai tiga nama calon MB yang dikemukakan kepada Sultan Selangor.
  • Dalam erti kata lain beliau ingin memberitahu umum nama itu hanya dikemukakan oleh Abdul Hadi tanpa memaklumkan kepada barisan tertinggi parti.
  • Abdul Hadi dikatakan menghantar tiga nama terdiri daripada Exco Selangor kepada pihak istana untuk dipertimbang bagi jawatan menteri besar iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
  • Ekoran tindakan itu, PKR melahirkan kekecewaan terhadap PAS kerana tidak menghormati keputusan muafakat PR dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.
  • Abdul Hadi menjelaskan arahan istana cukup mudah untuk difahami dan PKR tidak perlu berdegil dengan mengemukakan satu nama sahaja.
  • PAS tidak mahu menjadi bebal seperti PKR, lantas Abdul Hadi mengemukakan tiga nama dengan tetap memberi kelebihan kepada PKR.
  • Sambil itu Abdul Hadi menjelaskan Majlis Syura Ulama tidak setuju dengan Wan Azizah atas alasan bercanggah dengan hukum Islam.
  • Katanya, Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar bukan disebabkan faktor gender tetapi kredibiliti yang ada pada beliau.
  • “Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, ‘tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus mereka.’ Hadis ini telah dibahas oleh beberapa ulama.
  • “Di dalam perbahasan itu, ada ulama yang mengatakan wanita boleh dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat, itu tidak mengapa kerana Ummu Salamah, Saidatina Aisyah R.A dan beberapa wanita lain ada tampil memberi pandangan,” katanya.
  • Jelas Abdul Hadi lagi, wanita boleh dilantik menjadi menteri, iaitu yang sesuai dengan mereka, contohnya menteri pendidikan, kewangan atau apa sahaja yang berurusan di pejabat.
  • “Wanita ada kemahiran seperti menjahit, memasak, mentadbir kewangan, tetapi tugas seperti nelayan tidak sesuai dengan kejadian semula jadi mereka. Wanita ada kesabarannya.
  • “Dalam masalah kepimpinan negara, iktifak (kesepakatan) ulama mengatakan untuk menjadi Raja, Presiden atau Ketua Kerajaan tidak boleh diberikan kepada wanita,” katanya.
  • Beliau turut menyentuh fatwa ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan golongan wanita tidak boleh menjadi ketua, tetapi ia dibolehkan jika secara kolektif (berkumpulan).
  • “Dalam fatwa itu tidak menghalang wanita menjadi ketua kerajaan jika tidak perintah sendirian dan ada ahli mesyuarat yang mengendalikan urusan.
  • “Dr Yusuf Al-Qaradawi turut membandingkan dengan Ratu Balqis, raja kerajaan Yaman. Dalam al-Quran, Ratu Balqis ini adalah kafir. Ratu Balqis menghadap Nabi Sulaiman as dan memeluk Islam dan turun memerintah bersama-sama Nabi Sulaiman as, tetapi riwayat yang disebut ini adalah riwayat yang sangat lemah,” katanya. 
  • Jelasnya, mengapa Pas menolak calon di Selangor bukanlah atas sebab Wan Azizah seorang wanita tetapi sejak awal menyedari Wan Azizah memang tidak layak.
  • “Kita lihat beliau tidak mampu kendalikan pemerintahan negeri Selangor, ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. Bukan sebab dia perempuan,” katanya.
  • Beliau juga berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik.
  • “Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; ‘barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam, melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana kecenderungannya, kerana sebab puak-puaknya, bukan kerana kebolehannya, maka Tuhan tidak menerima tebusan duit sehingga boleh diseret ke dalam api neraka.’  
  • “Adakah kerana ini, ahli PAS sanggup untuk masuk neraka? Kita parti Islam, tak boleh terima. Jadi kerana penolakan inilah berlakunya pergolakan sehingga ke hari ini. Pas sentiasa dan akan terus berpegang bahawa PR berpijak atas asas yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.
  • Ada juga kalangan pengikut PAS bertanya samada Abdul Hadi berhak membuat keputusan itu (mencadangkan tiga nama calon MB Selangor), presiden parti itu berkata beliau berhak berbuat demikian.
  • Beliau mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti.
  • Katanya, mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.
  • "Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat)," kata Abdul Hadi.
  • Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. – Yang Benar