- Kerajaan, polis dan ulama sering menasihati umat Islam Malaysia supaya memahami konsep jihad sebelum membuat keputusan untuk berjuang di Syria.
- Tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana sedangkan di Malaysia juga kita boleh berbuat demikian jika kita faham konsep itu.
- Malangnya takrif jihad dan militan sering disalah erti secara sedar atau sebaliknya. Keadaan semakin parah apabila kebanyakan penulis laman sesawang tidak dilengkapi ilmu ketika berbiara soal itu lalu sering tersasar ketika berhujah.
- Lalu berlakulah tanggapan bahawa perjuangan di Syria merupakan jihad fisabilillah manakala di satu pihak pula menyifatkannya sebagai gerakan militan.
- Persoalannya apakah semua rakyat Malaysia cukup matang dan dapat membezakan yang mana satu jihad dan yang mana satu militan?
- Kita selalu membuat keputusan berdasarkan apa yang kita baca dalam akhbar dan laman sesawang. Jika tulisan itu tersasar, sejauhmana kesannya kepada diri kita, keluarga dan masyarakat?
- Cuba kita salami perasaan rakyat marhaen yang membaca wawancara Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin sebelum beliau terkorban ketika berjuang di Syria. Cuba kita perhatikan soal jawab Allahyarham bersama Sinar Harian:
- SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?
- MOHD LOTFI: Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.
- SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
- MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,
- (1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.
- (2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.
- (3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.
- (4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.
- Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak? Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?
- SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad?
- MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.
- Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.
- SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
- MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.
- Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?
- Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.
- SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad?
- MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.
- SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?
- MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam. Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.
- SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?
- MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan. Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.
- SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?
- MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap? Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT.
- Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.
- SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?
- MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawa melayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.
- SINAR HARIAN: Nasihat Ustaz terhadap pihak yang memandang serong terhadap perjuangan yang didokong pejuang di Syria?
- MOHD LOTFI: Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing. Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusaha menyempurnakan.
- Bagi mereka yang melayari internet dan yang membaca wawancara Allahyarham Mohd Lotfi sudah tentu hati mereka akan berasa syahdu kerana tiada satu patah perkataan pun boleh dilihat terpesong atau tidak benar.
- Namun sebagai umat Islam yang matang, kita tidak membuat penilaian hanya berdasarkan kepada kenyataan Mohd Lotfi. Dalam kes ini, banyak pandangan telah dikemukakan oleh ustaz dan ulama bebas dan kerajaan.
- Masing-masing mempunyai hujah tertentu untuk mempertahankan pandangan mengenai konsep dan definisi jihad. Manakala kalangan cendikiawan seperti professor, pakar Bahasa, sejarah, politik dan sebagainya mempunyai hujah bagi mempertahankan konsep dan definisi militan mengikut kaca mata masing-masing.
- Tapi apakah rakyat biasa yang kurang cerdik dapat menerima semua hujah daripada pelbagai penjuru? Atau mereka lemas dengan hujah-hujah itu lalu mengambil keputusan untuk memilih pandangan blogger yang paling mudah difahami walaupun pandangan mereka itu jauh tersasar.
- Mampukah semua media perdana membuat penjelasan sesuatu isu berkaitan jihad dan militant secara terperinci? Jika media tidak mampu menyediakan ruang secukupnya, rakyat terpaksa bergantung kepada blogger yang tidak bertauliah.
- Lalu mereka terpesona dan terpengaruh pada tulisan yang paling mudah difahami atau paling provokasi walaupun faktanya tersasar kerana tiada editor dan ketua editor berada di situ untuk menapisnya.
- Satu lagi persoalan, apakah media sanggup memberitahu Malaysia bahawa dalam kamus Islam tiada gerakan yang dipanggil militan. Jadi dari manakah asal usul istilah militan itu dan untuk siapakah ia sepatutnya digunakan.
- Elok kita tinjau sebentar pandangan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin yang berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.
- Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.
- “Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.
- “Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya.
- Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.
- “Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain. Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.
- Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.
- “Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah. Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.
- Pandangan timbalan mufti Kedah itu merupakan satu nasihat agar umat Islam berhati-hati ketika membaca laporan akhbar dan laman sesawang yang berulang kali menyalahgunakan istilah jihad dan militan.
Saturday 27 September 2014
Umat Islam sering terkeliru istilah jihad dan militan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment