- Dengan hanya berpadukan Deklarasi London 1957 bahawa Raja-Raja Melayu tidak boleh mencampuri urusan politik, segelintir pihak beranggapan bahawa istana juga tidak boleh menasihati kerajaan dalam apa cara sekalipun. Itu persepsi dangkal dan dungu.
- Berbekalkan persepsi ini Datuk Seri Nazri Aziz telah memukul gong untuk memulakan `permusuhan’ dengan institusi istana, kebetulan pula Johor telah dipilih sebagai tapak awal untuk dijadikan medan tempur.
- Nazri menyebut bahawa niatnya ialah mahu mempertahan maruah Perdana Menteri daripada terus diherdik umum.
- Walaupun sedar bahawa status institusi istana diletakkan pada tahap yang tertinggi dan khusus, namun beliau menggunakan Deklarasi London 1957 sebagai sandaran dungunya untuk berhujah.
- Dengan selamba beliau menggertak Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar jangan campur urusan politik negara atau kena bersedia untuk dibelasah.
- Mungkin Nazri menyesal kerana terlepas cakap. Tapi sukar baginya untuk memohon maaf kepada TMJ dan institusi istana.
- Lalu beliau tiba-tiba mempersoal kewibawaan PDRM yang menyoalsiasat beliau sedangkan dia berbuat demikian untuk mempertahan Perdana Menteri.
- Atau mungkin juga beliau diarah datau diminta Perdana Menteri supaya menegur istana, terutama TMJ yang kini popular dan agresif dalam industri sukan tanahair.
- Apapun `nasi sudah menjadi bubur'. Lalu TMJ terpaksa menegur sekali lagi kepada semua menteri Persekutuan termasuk Nazri yang dungu itu.
- Baginda telah bertitah panjang lebar dengan menjelaskan tugasnya sebagai kerabat diraja Johor untuk menasihati kerajaan dan rakyat.
- Titah baginda sengaja dipaparkan dalam Facebook untuk tatapan rakyat jelata tanpa boleh di`spin' atau tokok tambah oleh mana-mana pihak terutama media yang mendukung kepimpinan Perdana Menteri.
- Susulan itu juga, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitiah bahawa Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara. baginda bertitah bahawa Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.
- Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya.
- “Beta mengimbas kembali pada kesempatan ini beberapa perkara untuk kita renungi. Pertama, Beta melafazkan persetujuan dengan apa yang disarankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beberapa hari yang lalu agar semua rakyat mengamalkan politik yang tidak berlebihan.
- “Amalan bersederhana dalam apa sahaja perkara wajarlah dijadikan pedoman sebab ia juga ajaran agama. Apapun jika dilakukan secara keterlaluan boleh membawa bencana,” titah baginda.
- Perutusan baginda dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia semalam kepada media rasmi.
- Dalam perutusan itu, Sultan Pahang juga merujuk kepada titah Sultan Johor Sultan Ibrahim yang menggesa agar kerajaan Persekutuan berunding dan melibatkan kerajaan negeri dalam sebarang rundingan dengan negara-negara lain di mana hak dan kepentingan negeri disentuh.
- “Kita perlulah sentiasa sedar dan ingat bahawa negara kita adalah negara Persekutuan iaitu yang berkongsi hak-hak dan tanggungjawab antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
- “Kerjasama dan saling hormat-menghormati akan mewujudkan keharmonian pemerintahan di kedua-dua peringkat negara dan negeri bagi kebaikan dan kebajikan rakyat jua akhirnya,” titah baginda.
- Sultan Ahmad Shah turut memetik titah ucapan Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang menganjurkan agar peranan Majlis Raja-raja dimanfaatkan sebagai satu platform tunggal yang berkesan menemukan institusi Raja-raja dengan institusi rakyat tanpa mengira fahaman politik.
- Sebagai contoh, Raja-raja bersidang dan Menteri Besar atau Ketua Menteri turut hadir sebagai penasihat rasmi kepada Raja-raja.
- Sistem begini adalah unik dan wajar digunakan sebagai penampung kepada peranan dan tanggungjawab Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Persekutuan, titah baginda.
- Demikianlah perutusan Sultan Pahang yang sudahpun diketahui oleh semua menteri termasuk Nazri. Peliknya setelah faham dengan perutusan Sultan Pahang, Nazri tetap mahu berperang dengan istana. Mengapa? Kita tunggu apa dia jawab selepas ini dan apakah dia akan minta maaf kepada TMJ.
- Apa yang jelas ialah isu Nazri ini sudah menjadi kecoh di Johor. Setakat ini lebih 50 aduan telah dibuat bagi mendesak PDRM mengambil tindakan keras terhadap Nazri walaupun beliau bergelar menteri.
- Apa yang nyata rakyat Johor melihat Nazri telah merosakkan hubungan istana dengan kerajaan dan tidak kurang jga mengesyakki Nazri merupakan antara beberapa petualang UMNO dan BN yang nak sangat menjatuhkan institusi istana.
- Apa yang menakutkan, ada kalangan Melayu menyifatkan Nazri adalah ejen DAP dalam UMNO. Lalu orang-orang seperti Nazri perlu disingkirkan sepertimana pembersihan yang dilakukan oleh ulama PAS baru-baru ini.
- Apa yang pasti ialah, isu pergeseran kerajaan dan istana Johor tidak akan berakhir di hujung perkataan maaf Nazri (kalau dia mahu minta maaf). Ia merupakan permulaan yang dicetuskan oleh Nazri dan pasti berlarutan untuks atu tempoh yang lama.
- Hayatilah titah TMJ pada perenggan terakhir: “Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.”
Tuesday 16 June 2015
Istana menasihat bukan berpolitik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment