- LIM KIT SIANG mahu semua rakyat Malaysia membaca bukunya Time Bombs in Malaysia kerana di situlah terletak tapak semaian membenci kerajaan.
- Dalam buku itu, semua pembangunan yang kerajaan buat adalah salah, korup dan tidak cekap. Terkini Kit Siang mendakwa sebanyak 10 TIME BOMBS akan berlaku di Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Melayu.
- Dalam bahasa lain, dia menuduh kerajaan pimpinan Melayu bodoh. Sampai hari ini DAP masih menanam dan menyemai kepercayaan itu, sehinggakan ramai di kalangan anak Melayu (dari peringkat belia hingga ke usia warga emas) sudah mencemuh dan tidak menghormati kepemimpinan Melayu.
- Sesungguhnya DAP sangat licik dan penuh dengan muslihat. Gerak-geri mereka pada masa sekarang ini jauh berbeza dengan taktik semasa mereka tiada kuasa politik. Kini mereka cukup strategik.
- Penasihat mereka juga hebat. Bukan sahaja dari dalam negara, malah mereka menggunakan penasihat dari luar negara termasuk Amerika Syarikat.
- Kelihatannya DAP berkeyakinan untuk menakluk Malaysia. Beberapa negara asing yang baik dengan DAP juga mahu melihat kerajaan Melayu sekarang ini segera ditumbangkan.
- Sedar atau tidak, ketika orang Melayu sedang sengketa sesama sendiri, warga DAP sedang cergas bergerak ke sana sini untuk menabur fitnah dan menghasut semua pihat supaya terus membenci kerajaan Melayu.
- Sehinggakan ke Mesir pun mereka (DAP) pergi membawa ideologi Malaysian Malaysia (konsep sama rata) sambil mempersoal mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di negara itu. Mengapa tiada bangsa Cina dan India dihantar belajar perubatan di situ?
- Mengapa DAP tiba-tiba ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan Malaysia di Kaherah.
- Dengan yakin DAP juga ke bumi Kelantan untuk memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!
- Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itu sebenarnya agenda utama DAP.
- PASma, merupakan serpihan PAS yang dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya PASma? Semua sudah tahu, malahan Kit Siang sendiri mengesahkan bahawa semua wakil DAP dalam PASma sudah ditendang keluar dari barisan kepimpinan PAS.
- Hakikatnya dalam politik Malaysia dari dahulu hingga sekarang hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan PAS. Jika DAP tidak boleh pecahkan UMNO, maka DAP mesti pecahkan Melayu dan Islam dalam PAS.
- Sebab itu DAP marah kerana semua wakil mereka dalam PAS sudah gulung tikar. Mat Sabu dan rakan-rakan telah gagal menjalankan misi utama dalam PAS.
- Namun misi ejen DAP ini ialah terus menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakan supaya menghasut ahli PAS sedia ada supaya membenci Presiden PAS dan golongan ulama.
- Soal runtuhnya institusi Pakatan Rakyat, individu yang bersungguh-sungguh mengisytihar pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.
- Terus terang bahawa barisan pemimpin tertinggi pembangkang sekarang ini sedang melancarkan satu strategi perang yang paling mengelirukan umat Melayu.
- Umat Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak sedar apa yang sedang berlaku sekarang kerana ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan berbeza.
- DAP kata PR sudah bubar, PAS kata belum, PKR pula kata jangan libatkan mereka dalam sengketa itu. UMNO cuba cari peluang tapi disekat oleh PAS sendiri.
- Tentera semut DAP pula sedang sibuk bekerja. Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan selamba berkata “kami susah mahu kalahkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.
- DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara sebenarnya tidak tidur. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!
- Operasi perang saraf mereka (pembangkang) cukup halus, cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU14. Malaysia mesti ditawan.
- Semasa UMNO dan kerajaan Persekutuan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan pelbagai isu termasuk 1MDB (yang paling hangat), DAP dan kroni sedang mengatur langkah.
- Isu ke mana perginya wang berbilion ringgit dalam Selangor Incorporation telah dilupakan sama sekali.
- Rafizi, Tony Pua diberi peranan menggegar kerajaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.
- Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati, jangan terlalu seronok sangat kerana muslihat mereka semakin hari semakin profesional. Tentera semut dan semua jeneral pembangkang sedang bekerja 24 jam termasuk dari dalam penjara!
Saturday 20 June 2015
DAP semakin dekat menakluk Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment