- Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan selepas `bertikam lidah’ serta meranduk sembilan pusingan undian yang berakhir pada jam 2.25 pagi.
- BN lega dengan kelebihan undi yang diperolehi di Dewan Rakyat bagi membolehkan akta itu dikuatkuasakan demi keadilan sejagat.
- PR pula kecewa kerana usaha menyekat POTA terkandas, lalu mereka menuduh PAS sabotaj proses pengundian kerana RAMAI ahli parlimennya tidak hadir untuk memberi undi kepada pakatan itu.
- Antara Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ialah dari Marang, Pokok Sena, Kota Raja, Tumpat, Temerloh, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Nerus, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Sudah tentu DAP akan `membelasah’ mereka di media sosial selepas ini.
- Sambil itu PR menganggap akta itu akan dijadikan senjata politik BN, wal hal semua pihak tahu bahawa matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan tanpa mengenal sempadan politik.
- Mungkin PR bimbang siri demonstrasi ganas jalanan yang akan mereka taja selepas ini akan dikekang POTA. Mudah saja untuk membaca hasrat PR itu.
- Apa pun, apabila akta itu dikuatkuasakan, ia akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di samping melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan (Penal Code).
- Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Untuk itu dakwaan PR kononnya rang undang-undang itu dikitar semula daripada ISA 1960 adalah tidak berasas sama sekali.
- Hakikatnya, penguatkuasaan POTA akan memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa menghalang pengaruh kumpulan militan di negara ini.
- Menyingkap proses pengundian di Dewan Parlimen yang buat pertama kalinya mengambil masa sehingga jam 2.25 pagi, pada awalnya perbahasan lancar dengan 18 wakil rakyat membahaskan RUU berkenaan selepas bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar.
- Ketegangan mula timbul selepas ahli-ahli parlimen pembangkang kalah dalam undian belah bahagi usul di bawah Peraturan 54(2) untuk merujuk RUU itu kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi membolehkan ia ditangguh untuk pindaan, kira-kira jam 9 malam.
- Selepas kalah dengan undi 64-80 kepada penyokong kerajaan, ahli-ahli parlimen pembangkang silih berganti memohon pindaan terhadap fasal RUU tersebut sehingga menyebabkan beberapa belah bahagi mengikut Peraturan 46 (4) ketika perbahasan peringkat jawatankuasa .
- Pada setiap usul pindaan, berlaku pertikaman lidah antara pembangkang dengan ahli-ahli parlimen BN. Antara yang bangun bertikam lidah Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim manakala pembangkang pula Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Sepang Hanipa Maidin.
- Seperti biasa PR menentang dan mohon pindaan fasal pada RUU itu atas dakwaan kononnya akta itu berniat jahat dan zalim.
- Sebelum perbahasan diteruskan selepas 12 tengah malam, berlaku tiga belah bahagi bagi menolak pindaan fasal yang dikemukakan pembangkang.
- Belah bahagi diadakan selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab setiap persoalan berhubung pindaan yang dibangkitkan pembangkang.
- BN yang menentang serta menolak pindaan usul-usul tersebut menang dengan 80 -61 undi, 81 -59 undi dan 80-59 undi pada belah bahagi berkenaan.
- Perbahasan peringkat jawatankuasa itu berlarutan sehingga 2 pagi walaupun jangkaan awal RUU POTA selesai jam 9.30 malam.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum itu terpaksa mengemukakan usul pada jam 12 tengah malam memohon supaya perbahasan diteruskan sehingga usul berkenaan selesai.
- Belah bahagi ke lima usul itu pada jam 12.10 menyaksikan ahli parlimen BN menang dengan 81-54 undi manakala belah bahagi jam 1.20 pagi, BN juga menang 80-58 undi.
- Perbahasan berterusan dan diikuti belah bahagi ke 7 jam 2 pagi dan ahli-ahli parlimen BN sekali lagi berjaya menolak usul pindaan dengan 79-60 undi.
- Pembangkang sekali lagi menuntut belah bahagi ketika usul RUU itu hendak dibawa ke peringkat dasar selepas perbahasan peringkat jawatankuasa – sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Keputusan undian jam 2.15 pagi itu kekal BN 79 dan pembangkang 60 undi.
- RUU yang mencetuskan kontroversi itu kemudian lulus tanpa pindaan selepas berdepan rali panjang dengan undian terakhir setelah selesai bacaan kali ketiga dengan 79 undi menyokong -60 undi menolak oleh pembangkang ketika Dewan di pengerusikan Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohad Said jam 2.25 pagi.
Tuesday 7 April 2015
POTA lulus dengan bantuan PAS, kalau DAP-PKR berani buatlah demonstrasi ganas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment