- Semakin rancak pertarungan `blogger berbayar’ di antara kem Tun Dr Mahathir Mohamed dan kem Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan ketua masing-masing.
- Berbekalkan upah, mereka menulis apa saja maklumat yang diarahkan pemodal. Upah memang tinggi terutama jika nama mereka sedang menjulang dengan jutaan pengikut atau penulis veteran yang memang sudah ada nama dan pengikut.
- Blogger panas biasanya terima upah antara RM10,000 hingga RM20,000 sebulan, manakala blogger veteran yang sudah cukup duit, mereka lebih mengharapkan ganjaran berupa projek jutaan ringgit.
- Ada blogger duduk di pejabat, ada yang bersidai di markas parti, tidak kurang juga tempah meja di kedai mamak atau restoran nasi kandar yang dilengkapi dengan soket penjana bateri laptop. (Di bukit antarabangsa ada satu meja khas yang dibayar blogger dengan harga RM1,500 sebulan).
- Selebihnya blogger PERCUMA yang mengulangsiar secara `cut and paste’ atau `spin’ mengikut emosi dan kepuasan masing-masing.
- Mereka memblog tanpa batasan `law of tort’ dan kali ini nampaknya isu kritikan Mahathir terhadap kerajaan BN menjadi topik terhangat di pasaran.
- Bagi blogger kem Najib, sudah tentu mereka mahu mengheret orang ramai supaya mengimbau sejarah Mahathir yang pernah menjatuhkan Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan tidak sebulu dengannya.
- Manakala blogger Mahathir pula, mereka hanya perlu perlu spin dan sebar apa saja kritikan bos mereka yang dilemparkan hampir saban hari ke atas Najib dan kerajaan BN. Intipatinya ialah Najib perlu letak jawatan bagi mengelak BN hilang kuasa dalam PRU14.
- Selain Mahathir yang mengkritik Najib secara terbuka, Datuk A Kadir Jasin dan Tun Daim Zainuddin juga berbuat demikian. Mengkritik dan mengingatkan kerajaan agar tidak gagal pada PRU14.
- Atas kegelisahan ini, Najib terpaksa memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya.
- Maka diadakan pertemuan dengan ketua bahagian, mengumpul pendapat dalam Umno dan penyokongnya untuk menangani kritikan Mahathir, Daim, Kadir dan beberapa veteran parti yang lain.
- Najib percaya motif di sebalik serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
- Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dikerah turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
- Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pula meminta pengkritik di kalangan Umno menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.
- Tengku Adnan juga membidas Mahathir supaya menghentikan kritikan dan membiarkan Najib mengurus negara dengan gaya sendiri, bukannya kena ikut telunjuk bekas Perdana Menteri yang sudah ketinggalan zaman.
- Untuk itu Mahathir menjelaskan beliau tidak akan berhenti mengkritik kerana beliau sudah melakukan pelbagai usaha sepanjang empat tahun lalu termasuk menasihati dari dalam parti, tetapi Najib langsung tak peduli nasihatnya.
- Suara Mahathir mendapat perhatian media sosial dan blog, manakala Najib sekali lagi menjadi tumpuan dan bahan kritikan semua pihak. Blogger berbayar pula semakin rancak menulis, manakal ramai lagi blogger PERCUMA yang `kehausan' dan menunggu Najib menghulurkan upah.
Tuesday 7 April 2015
Najib jadi perhatian blogger kehausan ringgit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment