- Selangor terus menjadi perhatian umum dengan situasi bekalan air yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Orang ramai dan pengusaha industri semakin tidak selesa dengan catuan bekalan air bersih.
- Catuan air bukannya dilakukan dengan sesuka hati tetapi berdasarkan paras air empangan terbesar di Selangor iaitu Empangan Sungai Selangor berada di kedudukan kritikal apabila kapasiti yang boleh disalurkan hanya tinggal 40.53 peratus mengikut paras air yang direkodkan pada pukul 8 pagi Khamis.
- Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Empangan Sungai Selangor menyalurkan air bersih kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang dan 7.1 juta penduduk orang Selangor.
- Kadar air di empangan itu yang semakin menurun dilihat konsisten dengan kenyataan kerajaan Selangor pada awal Februari yang mengatakan air di empangan berkenaan berkurangan sebanyak 0.4 peratus setiap hari disebabkan cuaca panas terik dan kekurangan hujan.
- Empangan lain di Selangor yang turut merekodkan kedudukan paras air membimbangkan ialah Empangan Batu (90,72 peratus), Langat (61.53 peratus), Semenyih (77.49 peratus) , Sg Tinggi (71.22 peratus) dan Tasik Subang (91.63 peratus).
- Akhbar berbahasa Inggeris, The Star sebelum ini melaporkan paras air di empangan akan dianggap kritikal jika berada dibawah 40 peratus.
- Walau bagaimanapun, Pengarah LUAS Md Khairi Selamat, menolak dakwaan tersebut kerana kadar air di empangan dianggap kritikal apabila berada dibawah paras 30 peratus.
- "Jika keadaan seperti ini berterusan iaitu tiada hujan, kita hanya mempunyai masa selama 30 hari sebelum air di Empangan Sungai Selangor mencapai paras kritikal.
- Kekurangan sumber air bersih di Selangor telah membawa angkah catuan air bagi bulan Mac.
- Proses catuan air kini melalui fasa ketiga dan menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tindakan itu telah menjejaskan 722,032 isi rumah atau kira-kira 3.6 juta orang.
- Misi pembenihan awam juga kini tertangguh gara-gara pasukan keselamatan dan pesawat digunakan untuk mencari penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dari radar.
- Sementara itu di Johor, beribu-ribu keluarga bakal bergantung kepada lori tangki bagi mendapatkan air bersih. Menurut SPAN, loji rawatan air di Sembrong Timur hanya mampu menghasilkan kurang daripada 0.4 juta liter air terawat sehari, berbanding dengan 31 juta liter yang digunakan di seluruh negeri berkenaan.
- Keadaan paras air yang kritikal turut direkodkan di Mersing iaitu di empangan Empangan Congok. Berikutan itu, catuan air terpaksa dikenakan di Mersing, Kulaijaya dan Kota Tinggi bermula 17 hingga 31 Mac. -- AntaraPos
Friday 14 March 2014
Lembah Klang dalam kritikal - bekalan air menyusut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment