Updates 7.1
- Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon ke Lautan Hindi untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
- Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.
- Kenyataan itu berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. – Bernama
Updates 7.2
- Imej yang dikesan oleh satelit China bukan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin. Kesahihan maklumat berkenaan telah diperinci dan mendapati imej berkenaan bukan pesawat MH370.
- "Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) telah dihantar pagi tadi untuk menyiasat serpihan yang dikesan satelit China. Kita telah hantar aset tapi tak temui apa-apa," katanya kepada pemberita.
- Mengulas lanjut, beliau berkata, kedutaan China turut mengesahkan penyiaran imej itu suatu kesilapan. Mereka memberitahu bahawa imej itu disiarkan 'by mistake' dan tidak menunjukkan sebarang serpihan MH370.
Updates 7.3
- Malaysia menafikan laporan media asing berhubung data enjin pesawat Boeing 777-200 yang mendakwa pesawat itu terbang empat jam selepas hilang dari radar. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa laporan berkenaan tidak tepat.
- "Saya nak jelaskan mengenai laporan media berhubung data enjin pesawat dan MAS telah sahkan sebentar tadi bahawa ia tidak tepat. Kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi (Sabtu) yang menunjukkan bahawa semuanya normal," katanya.
- Rolls-Royce dan pengeluar Boeing bekerjasama dengan MAS serta pasukan penyiasat sejak Ahad lalu. Isu ini tak pernah dibangkitkan. Bila ada maklumat baru, mereka berkolaborasi. Berhubung laporan ini, MAS telah dapatkan maklumat terperinci dari Rolls-Royce dan pasukan Boeing tentang data itu. Mereka mengesahkan laporan itu tidak tepat.
Updates 7.4
- Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan KLIA kononnya mampu mengesan pesawat MH370, Menteri Belia dan Sukan menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.
- "Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter. Katanya, tidak mungkin kerajaan akan berbuat demikian.
Updates 7.5
- Vietnam perluaskan operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang, ke kawasan hutan dan gunung tatkala operasi melibatkan pelbagai negara masih belum menemui sebarang petunjuk pada hari keenam selepas kehilangan MH370.
- Wartawan Malaysia bersama-sama rakan sejawat mereka dari Vietnam serta dari China turut serta dalam operasi mencari itu dengan menaiki satu daripada pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Briged 918 di sini.
- Pesawat itu meninjau di kawasan Laut China Selatan di kawasan selatan hala barat di selatan Vietnam tetapi operasi selama tiga jam itu tidak menemui apa-apa yang boleh membantu mengesan lokasi MH370 yang hilang itu.
- Pencarian di kawasan selatan Vietnam diperluaskan ke kawasan hutan dan gunung berikutan laporan mungkin MH370 berpatah balik dan tersasar keluar daripada laluan biasa.
No comments:
Post a Comment