- UMNO mempunyai dua kaedah untuk mengatasi kemelut politik di antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu `Hawkish’ dan `Dovish’.
- Hawkish (helang) merupakan kaedah bertelagah, manakala Dovish (merpati) pula mengamalkan konsep berunding.
- Situasi yang berlaku sekaang ialah Najib tekad mahu pertahankan jawatan walau `badai membelah bumi’, manakala Mahathir terpaksa menyerang kerana Najib tidak membuka pintu rundingan.
- Kelihatannya mereka sedang menggunakan pendekatan Hawkish, satu kaedah berbahaya yang mana kesannya UMNO berpecah dan lemah.
- Kebencian terhadap UMNO telah menggunung berbanding perpaduan yang hanya membusut. Lalu pendekatan Hawkish ternyata tidak cerdik.
- Sebenarnya majoriti bangsa Melayu UMNO sayang kepada Najib dan juga Mahathir. Namun mereka rasa kecewa kerana tidak ada pemimpin UMNO berusaha untuk membawa kedua-dua pemimpin ini berunding.
- Kepada Najib dan Mahathir, cubalah lihat apa pilihan yang ada kepada UMNO berdasarkan senario semasa yang tuan-tuan berdua hasilkan.
- Anda ingin memenangi perdebatan atau menang PRU14?
- Anda ingin memenangi perdebatan tetapi kalah dalam PRU14?
- Kurangkan perbahasan, dan boleh menang PRU14?
- Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia?
- Anda sebagai Presiden UMNO dan menjadi Ketua Pembangkang yang baru?
- Anda memenangi pertempuran tetapi anda kalah dalam peperangan?
- Kata orang putih, "look the tree, not the wood'!
- Setelah melihat dan menimbang tujuh pilihan itu, mengapa UMNO tidak mahu berusaha mencari orang tengah yang benar-benar sesuai untuk menyatukan Najib dan Mahathir.
- Minta mereka berdua duduk semeja dan berbincang bagi mencari jalan keluar, tanpa perlu berdebat di kaca televisyen dan pentas ceramah yang hanya mendatangkan mudarat kepada UMNO.
- Pertelingkahan mereka juga menjadi bahan jenaka pembangkang sehingga PKR dan DAP mahu berehat seketika dari menghentam kerajaan kerana tugas itu sudah dilakukan oleh Mahathir.
- Najib pula kemudiannya `menyuruh’ beberapa individu berkepentingan supaya menyergah dan mengertak Mahathir berhenti mengkritik Perdana Menteri.
- Langkah tidak cerdik itu telah membangkitkan kemarahan lebih ramai warga UMNO terhadap Najib. Berulang kali Mahathir telah memberitahu UMNO bahawa kritikannya itu adalah untuk kepentingan UMNO dan BN.
- Mahathir cukup sayang Najib, tetapi Perdana Menteri itu terlalu lemah dan tidak mampu menangani gelombang besar pembangkang pada PRU14.
- Beberapa isu nasional telah diketengahkan oleh pembangkang dan Najib gagal mententeramkan kegelisahan awam, sebaliknya menjawab beberapa soalan secara `ala kadar’.
- Najib mentadbir negara seolah-olah tidak memerlukan sokongan rakyat. Beliau hanya yakin pada sokongan pura-pura yang diluahkan di kaca televisyen menerusi kempen `I Love PM’.
- Mahathir pula berikrar tidak akan berhenti mengkritik selagi matlamat menukar Perdana Menteri tidak berjaya. Kritikannya bertujuan untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada musnah dibaham pembangkang pada PRU akan datang.
- Kesimpulannya, UMNO mesti pertemukan Najib dan Mahathir bagi memastikan lahirnya resolusi menang-menang.
- Ketika UMNO sedang kalut dengan pelbagai isu nasoinal, pembangkang dikesan semakin cekap mengendalikan jentera bagi menghadapi PRU14.
- Barangkali umat Melayu tidak kisah jika UMNO dan BN tewas pada PRU14 kerana beranggapan Pakatan Rakyat bukannya kerajaan komunis atau Buddists Myanmar yang akan membunuh dan membakar bangsa Melayu.
- Malangnya jika UMNO tumbang, kerajaan Persekutuan akan dikawal pandu oleh Cina DAP secara mutlak.
- DAP sudah berjaya mengawal kerajaan PKR Selangor sambil membenih cukup ramai `gurkha prepaid’ dalam PAS untuk menundukkan mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Buku Jingga.
- Gelombang DAP akan bertukar menjadi badai apabila Singapura akan menyertai semula Malaysia dan semua ahli wakil rakyat Cina akan menguasai Dewan Parlimen Malaysia bagi mengubah landskap geopolitik sedia ada.




















