- SINGAPURA dikatakan cukup gelisah apabila melihat keseriusan kerajaan China dan Thailand membentuk kerjasama pelaburan termasuk membina sebuah terusan di Kra Isthmus.
- Terusan di selatan Thailand itu bakal menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak baru-baru ini telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk mewujudkan satu terusan bagi memendekkan laluan dagang ke Eropah.
- Ini akan menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau, manakala Singapura bakal terjejas teruk dengan pembinaan terusan itu.
- Dalam kerjasama itu sebuah syarikat gergasi dari China akan dibenarkan melabur di selatan Thailand dalam pelbagai sektor pelaburan.
- Antaranya membina semula lapangan terbang, pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting ialah membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.
- Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.
- Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.
- Dari sudut sejarah, cadangan pembinaan terusan itu telah dicadangkan oleh Raja Narai dari kerajaan Ayuthia pada tahun 1677 dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.
- Pada tahun 1793, idea ini kembali diutarakan oleh adik bongsu Raja Chakri (Rama I) untuk memudahkan kapal-kapal perang melindungi pantai barat Siam.
- Pada awal kurun ke–18, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris juga menunjukkan minat kepada pembinaan terusan ini.
- Selepas Burma menjadi jajahan British pada tahun 1863 dengan Victoria Point yang bertentangan dengan muara Kra menjadi titik paling selatannya, satu peninjauan telah dilakukan tetapi dengan hasil negatif.
- Pada tahun 1882, pembina Terusan Suez, Ferdinand de Lesseps telah melawat kawasan ini tetapi dilarang untuk menyelidik lebih dalam atas arahan Raja Siam. Pada tahun 1897, kerajaan Siam dan Empayar British telah bersetuju untuk tidak membina terusan ini agar kepentingan Pelabuhan Singapura di rantau ini dilindungi.
- Pada kurun ke-20, idea tentang pembinaan terusan ini kembali diperkatakan, tetapi lokasinya berubah ke satu kawasan di selatan Thai, untuk menghubungkan Teluk Bandon berhampiran Surat Thani dengan Phangnga.
- Pada tahun 1985, terdapat satu rancangan oleh syarikat Jepun untuk membina terusan ini menggunakan lebih 20 peralatan nuklear yang setiap satunya berkekuatan dua kali ganda kuasa bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima.
- Tapak terbaru terusan ini dirancang di sepanjang wilayah Nakhon Si Thammarat dan Trang. Jika disiapkan, terusan ini dijangka bakal memberi ledakan ekonomi di kawasan berhampiran serta seluruh Thailand dan memberi saingan hebat kepada pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.
- Pada tahun 2005, The Washington Times melaporkan China sedang merancang pembinaan terusan di Segenting Kra lengkap dengan pelabuhan dan pusat penapisan MINYAK milik China, sebagai sebahagian dari strategi "rentetan mutira" (string of pearls)nya di pangkalan hadapan dan juga keselamatan tenaga.
- Kini hasrat yang terpendam sejak ratusan tahun itu muncul kembali dalam bentuk MoU di antara China dan Thailand yang dimeterai pada 10 April 2015.
- Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.
- Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.
- Anggaran awal kos pembinaan Terusan Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia. Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.
- Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
- Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.
- Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.
- Sebab itulah Singapura telah melebarkan sayap pelaburan ke Iskandar Malaysia sejak beberapa tahun lalu dengan harapan ia boleh memayung beberapa industri utama jika terusan Kra menjadi kenyataan.
- Malah kini heboh dikatakan Singapura mahu masuk semula ke Malaysia melalui parti kembarnya DAP dengan harapan sayap pelaburan negara itu dapat dikembangkan ke wilayah utara seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
- Ini kerana pelaburan di negeri-negeri itu akan melonjak ke hadapan jika terusan Kra Isthmus dibina dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Monday 18 May 2015
Terusan Kra bakal membunuh Singapura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment