Ismail Sabri kena spin atau terlepas cakap
- TAK MUNGKIN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berani menyebut sesiapa yang tidak percaya sumpah laknat dibuat Perdana Menteri (berkaitan
Altantuya)’ dianggap sebagai tidak mempercayai Allah’.
- Sebagai menteri beragama Islam yang bersolat lima waktu sehari,
beliau mempunyai asas ilmu agama Islam dan pendidikan akademik yang baik untuk sekurang-kurangnya
membezakan yang mana halal, haram, baik, buruk, munafik dan syirik.
- Lalu mengapa ucapan beliau di Kota Kinabalu disiarkan
sebagai ‘Umat Islam tidak mempercayai Najib tidak percaya Allah’. Apakah beliau terlepas cakap atau ucapannya kena `spin' oleh akhbar Sabah.
- Perenggan pertama akhbar itu merupakan kesimpulan penulis
(Tracy Patrick) atau sub-editor, atau editor, atau editor berita atau ketua editor yang sengaja berbuat
demikian bagi menggalas aspirasi, ideologi dan fahaman pemodal akhbar.
- Oleh kerana sidang editorial mahu membawa fahaman pemodal, lalu
akhbar itu mengkritik atau `spin’ kenyataan menteri malang itu Kota Kinabalu atau di mana saja di atas muka bumi ini.
- Jika tak percaya, tunggu dan lihat bagaimana menteri Melayu
yang malang itu menafikan tulisan di akhbar berkenaan. Jika tidak menafikannya, memang mencari `bala' si menteri malang itu.
- Setakat ini kebanyakan blog cukup suka memviralkan keratan akhbar
itu sambil membuat ulasan mengikut emosi dan ideologi masing-masing.
- Maknanya jika blogger itu anti kerajaan, maka inilah keratan
akhbar yang sesuai untuk membelasah menteri Melayu, manakala blooger pro
kerajaan pula tak tahu nak sebut apa kerana terkedu dengan kenyataan sebegitu
rupa.
- Hanya mereka (blogger) yang pernah terbabit dalam industri
media cetak dan elektronik sahaja yang faham bagaimana berlaku kebocoran atau ketergelinciran
maklumat dari landasan fakta.
- Blogger anti kerajaan, sepantas kilat memviralkan keratan akhbar
itu dengan mendakwa menteri Melayu itu cuba mengaitkan sumpah Najib sebagai
sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.
- Ditambah dengan kutukan, blogger berniat jahat membakar sentimen
dengan menuduh menteri itu begitu mudah membuat kesimpulan sekiranya orang
ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu
tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib,
bermakna tidak percaya Allah.
- Benar berkhutbah mereka, bahawa sumpah seseorang bergantung
kepada taqwanya kepada Allah, jika
seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh
melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya.
Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang mengetahuinya.
- Benar juga ayat Al-Quran sendiri telah menegas serta
menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik. Mereka itu
(orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka
menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang
telah mereka kerjakan — Surah Al-Munafiqun ayat 2.
- Akhirnya blogger berniat jahat (kebanyakannya di kalangan Melayu
dan beragama Islam juga) mendakwa bahawa perbuatan menteri itu dikatakan menjual
agama demi sokongan politik. Sudah dapat diagak kesimpulan mereka.
- Namun apa yang `blogger jalanan' tidak nampak ialah bagaimana sistem
kepolitikan dalam akhbar tertentu dicipta sebegitu sistematik sehingga apa saja
yang diucap oleh menteri BN akan menjadi bahan putar belit.
- Paling ketara ialah Malaysian Insider, MalaysiaKini, Roket
Kini, Rakyat News, Selangor Kini, FMT dan disususli beberapa portal dan akhbar berhaluan
kiri dari Sabah.
- Tak apalah. Apapun blog dan portal bukannya sumber berita
sahih dan bertanggungjawab. Ia sekadar luahan perasaan blogger yang apa yang
mereka nampak dan terjentik di hati. Mereka pun berselindung di sebalik server
seperti Google, Yahoo, Facebook yang menyembunyikan identiti mereka. Itulah
dunia blogger.
Ternyata beberapa jam selepas disiarkan, menteri berkenaan segera menjawab menerusi The Star Online:
- Datuk Seri Ismail Sabri (pic) has refuted a
newspaper report in which he is alleged to have said that not believing in
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is akin to not believing in God.
- Speaking to The Star Online, the Agriculture and Agro-based
Industry Minister said he was quoted out of context by Sabah Daily Express in a
report which has gone viral on social media.
- "The headline is wrong! Even the statement is not
correct," he said, referring to the daily's headline 'Don't believe Najib
means don't believe in Allah'.
- "In my speech, I said Datuk Seri Najib had taken his
oath in a mosque, reciting 'Wallahi Wabillahi Watallahi'.
- "As Muslims, we need to believe Najib's oath that he
did not know or have anything to do with the individual said to have been
linked to him. That is all," Ismail said.
- The report had quoted the minister as saying that Muslims
ought to believe in Najib's sworn statement as he had recited the oath three
times, including in a mosque. If we don't, that means, we don't believe in
Allah," Ismail was quoted as saying. Ismail added that he had witnesses to back his claim that he
was misquoted.
- "The report is incorrect. This was said at an official
function. I have a lot of witnesses," he said.
No comments:
Post a Comment