- Rakyat Malaysia terus dikejutkan dengan fitnah terbaru portal Malaysian Insider yang mendakwa Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan perundangan Hudud di Kelantan.
- Ternyata fitnah itu mengudang padah apabila Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) menafikan dakwaan itu.
- Sehubungan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak portal tersebut berhenti menyebarkan fitnah dan menarik kembali artikel tersebut yang disifatkan bertujuan untuk memecah-belahkan umat Islam.
- “Ini bukan kali yang pertama portal tersebut melemparkan fitnah dan saya mengesa agar artikel tersebut di tarik serta merta. Saya difahamkan mesyuarat tersebut tidak pernah membincangkan berkenaan perlaksanaan hudud” katanya.
- Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.
- “Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
- “Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” dakwa portal itu yang memetik kenyataan sumber.
- Dr Asyraf menjelaskan melalui akaun Facebook sebagai berkata mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hanya membincangkan isu menaik taraf Mahkamah Syariah.
- “Majlis Raja-Raja tidak pernah pun membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan Hudud, apatah lagi untuk menolaknya.
- “Yang dibincangkan hanyalah berkenaan menaik taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat” tulisnya di laman Facebook .
- Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wednesday 25 March 2015
Portal Malaysian Insider fitnah Raja-Raja Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment