- Umat Islam tertanya-tanya mengapa DAP beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang hudud Allah.
- Walhal undang-undang Islam itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1993 dan pembentangan bersabit hudud dalam DUN Kelantan semalam adalah berkisar pada pindaan enakmennya semata-mata.
- DAP sebelum ini mahu menggunakan kalimah Allah selepas dibangkitkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 2012. Ternyata jawapannya mudah diduga.
- Penganalisis politik berpendapat DAP mahu Gereja Katholik dibenar menggunakan kalimah Allah untuk terjemahan Bible dalam versi Bahasa Melayu. Dengan itu mudah bagi mubaligh Kristian memurtadkan Melayu yang lemah iman.
- Hal itu sudah lama berlaku di Indonesia yang mana semua paderi Kristian berucap kepada penganut agama itu dengan menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Jesus sebagai Tuhan mereka.
- Bangunan gereja juga sudah ditulis dengan nama `Rumah Allah’ bagi mengelirukan umat Islam antara gereja dengan masjid. Bayangkan jika umat Islam masuk ke gereja dan mendengar `sermon’ yang dianggap sebagai tazkirah.
- Inilah antara hal-hal yang mungkin dirancang oleh Gereja Khatolik bersama DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng. Mula-mula dapatkan perintah mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah dalam terbitan majalah.
- Jika diluluskan, mereka akan meluaskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terjemahan versi Bahasa Melayu. Selepas itu mungkin akan meletakkan nama Rumah Allah di pintu depan gereja.
- Mujurlah Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terbitan The Herald, sekaligus tidak membenarkan ia digunakan dalam terjemahan Bible dan lain-lain kegunaan yang berkaitan.
- Lihatlah betapa liciknya permainan DAP untuk memusnahkan Islam di bumi Melayu. Kini mereka menggunakan MCA dan Gerakan untuk menyerang hudud di Kelantan dan menyekat perundang itu mendapat kelulusan Parlimen.
- Kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak mempedulikan bantahan itu dan tetap meneruskan agenda mereka Islam untuk umat Islam.
- Umno Kelantan sudah membantu sekadar termampu untuk memartabatkan undang-undang Islam itu dan selebihnya bergantung kepada PAS untuk memujuk rakan sekutunya menyokong usul itu di Parlimen kelak.
- Terdapat seramai 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 132 daripada mereka beragama Islam. Sebahagian besar merupakan Ahli Parlimen Umno dan selebihnya PAS dan PKR. Untuk itu PAS perlu memujuk rakan sekongkol mereka dari PKR untuk menyokong usul itu di Parlimen kelak.
- Kalau gagal mendapat PKR dan kalangan PAS sendiri, mohonlah jangan salahkan Umno. Bagi Umno Kelantan, sokongan pindaan itu perlua bagi menjernihkan lagi pemahaman rakyat terhadap undang-undang sedia ada.
- Persetujuan Umno atas empat pekara iaitu zina, qazaf, arak dan murtad. Kemudian, akan dibawa ke Majlis Raja-raja, kemudian akan dibawa ke Parlimen untuk meminda pekara 355. Selepas dipinda maka, undang-undang syariah itu boleh dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah Islam untuk Muslim sahaja.
- Yang itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dan tidak di dalam `roadmap’ ditambah dua lagi iaitu qisah, mencuri dan merompak yang mana itu memerlukan 2/3 majoriti sokongan.
- Apabila Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, DAP, PKR, MCA dan Gerakan pasti akan serang Umno lagi.
- Mungkin parti-parti Cina itu akan mem`viral’kan spekulasi bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi arahan kepada semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu Islam supaya menyokong enakmen itu.
- Kalau tak percaya, tunggulah bagaimana bentuk tulisan dalam Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today dan lain-lain portal pro Pakatan Rakyat.
- Malah ada kalangan editor sudah menyusun PAGE LEAD masing-masing yang antara lain berbunyi “Umno paksa Ahli Parlimen sokong hudud”; “Najib arah Ahli Parlimen Melayu sokong hudud” atau “Hudud lulus kerana terpaksa”.
- Namun kalangan umat Islam Malaysia sebenarnya ingin melihat semua ahli parlimen beragama Islam, menggunakan kebebasan untuk membuat pendirian sendiri jika ia melibatkan hal-hal agama dan kepercayaan.
- Apa yang pasti ialah akan berlakunya tidak semua ahli parlimen PAS dan Melayu PKR menyokong enakmen berkenaan jika ia dibentangkan di Dewan Rakyat kelak.
- Ahli Parlimen Pasma sudah tentu mahu menjaga hubungan dengan DAP dan mungkin mereka akan menolak usul hudud itu di Parlimen.
- Begitu juga dengan ahli parlimen PKR yang mesti sedondon sokongan dengan MB Selangor yang menganggap hudud tidak perlu disegerakan dan ia bukan agenda dalam Pakatan Rakyat.
- Ahli Parlimen Melayu DAP tak usah ceritalah. Mereka sanggup potong jari untuk membantah perlaksanaan hudud di Kelantan atau di mana-mana di bumi Malaysia ini. Mereka akan guna alasan demokrasi, kemanusiaan, berbilang kaum dan lain-lain alasan untuk menolak hudud.
- Ini bererti walaupun pindaan perundangan hudud boleh melepasi DUN Kelantan namun ia belum tentu dapat melepasi tangga Parlimen. Sama-samalah kita berdoa agar hudud dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman. – Oleh: Lani Ahmad.
Thursday 19 March 2015
Kenapa DAP mahu guna nama Allah tapi tolak hukum Hudud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment