- Ketika rakyat sedang bergelut dengan isu GST, tiba-tiba Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres.
- Kenaikan di antara 25 peratus hingga 67 peratus itu terpaksa dilakukan ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus.
- Kadar tambang baharu tersebut berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan dan hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
- Soalnya, mengapa kenaikan berlaku sedangkan harga petrol dan gas masih rendah berbanding tahun lalu.
- Lalu timbul pula spekulasi kencang mengatakan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berniat mahu sabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Apa motif anak Singa Umno itu? (untuk makluman bapa Syed Hamid penah digelar Singa Umno atas kelantangan bersuara. Apakah tindakannya itu ada kaitan dengan beberapa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap Najib?
- Apakah Syed Hamid tergolong dalam kem Tun Daim Zainuddin yang dikatakan berkomplot dengan Datuk A Kadir Jasin untuk menghentam Najib dan Rosmah sebelum PRU14?
- Apakah Syed Hamid bersama kem Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang mengkritik Najib di Parlimen mengenai pelbagai projek mega kerajaan? Spekulasi itu tersebar deras dari kedai kopi, masjid, surau hingga ke lobi Parlimen.
- Lebih penting lagi ialah apakah Syed Hamid akan menafikan semua spekulasi ini dan menjelaskan mengapa mebuat pengumuman di saat-saat rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu nasional yang kronik.
- Memang benar alasan kenaikan ialah meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan bas ekspres tetapi orang ramai mempersoalkan “timing” pengumuman itu.
- Kenaikan ini mungkin membantu pemandu teksi menambah pendapatan memandangkan kadar sedia ada dianggap masih murah dan menyebabkan ramai pemandu teksi berada dalam paras kemiskinan. Demikian juga kenaikan tambang bas ekspres dijangka meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan yang lebih baik.
- Lebih menyedihkan lagi susulan daripada pengumuman SPAD itu, KTM Berhad pula mengumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
- KTM dalam satu kenyataan berkata perbezaan kadar tambang sehala yang baru berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada satu stesen ke stesen yang lain.
- Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20 peratus bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18 peratus hingga 26 peratus kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19 peratus hingga 35 peratus bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
- Berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan awam itu menyebabkan rakyat marahkan Syed Hamid, bukannya Perdana Menteri. Ini kerana pengumuman itu dikatakan dibuat tanpa mendapat `lampu hijau' kabinet. Apa ertinya semua ini?
Thursday 19 March 2015
Benarkah Syed Hamid guna SPAD untuk sabotaj Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment