- Kritikan liar sudah menjadi nyawa PAS dan parti sekongkolnya. Terbaru Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar `menyalak’ tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung pengajian Fahmi Zainol selama dua semester dan menyifatkannya bertentangan dengan budaya ilmu.
- Malah Mahfuz mendakwa tindakan UM itu mengembalikan sektor pendidikan tinggi negara ke zaman batu. "UM melahirkan manusia yang berjiwa takut dan kerdil," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
- Mahfuz berkata, institusi pengajian tinggi seharusnya melahirkan masyarakat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, bukan penakut dan memendam perasaan.
- "Para pelajar akhirnya simpan dalam hati. Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu lakukan reformasi bagi melahirkan rakyat Malaysia berjiwa besar, berjiwa berani. UM jangan bawa balik IPTA ini seperti zaman batu," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
- Namun Mahfuz terlupa partinya sendiri sudah kembali ke zaman batu. Demi ukwah sesiapa saja yang berselisih pendapat dan mengkritik pucuk pimpinan pasti kena dibuang. Siapakah yang pernah kena buang selain daripada tokoh kontroversi seperti Datuk Dr Mohamad Hasan Ali. Cukup ramai dan mereka ini terbilang dan gemilang.
- Bagi insan yang dipecat, PAS sudah menyediakan sebab khusus untuk mereka antaranya duri dalam daging, musuh dalam selimut, menguruharakan parti, perosak, pembelot dan apa juga istilah yang difikirkan sesuai dipakai.
- PAS terlupa mereka yang dipecat itu merupakan tokoh yang berani mengemukakan pendapat. Lalu apakah PAS mahu melahirkan ahli yang sentiasa takut dan kerdil di dalam parti itu? Untuk itu tuduhan Mahfuz terhadap UM sebenarnya patut ditujukan kepada parti sendiri.
- UM tidak mungkin kembali ke zaman batu tetapi pemikiran Mahfuz dan segelintir pemimpin PAS jauh lebih kuno berbanding zaman batu. PAS pasti akan berkata pandangan Mahfuz bukan pendirian parti. Namun itulah sifat pemimpin-pemimpin zaman batu yang hidup di zaman moden. - RORO
Wednesday 10 December 2014
UM kembali zaman batu, PAS ke zaman apa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment