- FAHMI Zainol pernah mencabar Universiti Malaya (UM) “..kalau berani pecatlah saya” tapi selepas dijatuhi hukuman yang jauh lebih ringan, dia menuduh universiti itu tidak bersimpati terhadapnya.
- Selepas digantung pengajian dua semester dan denda RM600 oleh Universiti Malaya (UM), pemuda itu menyatakan rasa terkilan dan bertanya sama ada pihak universiti tidak mempunyai rasa simpati dan empati terhadapnya.
- Malahan beliau berjanji, sekembalinya nanti beliau akan `bersilat' lagi di dalam UM walaupun tidak menyebutkan secara terus terang mahu meneruskan perjuangan Anwar Ibrahim dan parti sekongkolnya di universiti itu.
- Menulis di akaun Facebooknya, bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, semangatnya bagaimanapun tidak luntur dan malah berterimakasih kerana diberikan ruang berjuang lebih lama sebagai seorang mahasiswa.
- Katanya, tindakan penggantungan serta merta ke atasnya dan rakannya Safwan Shamsuddin, yang dikenakan satu semester, dianggap seolah-olah mereka tiada rasa belas kasihan dan simpati memandangkan peperiksaan bakal berlangsung dalam masa lebih kurang 3 minggu.
- "Pernahkah pihak Naib Canselor dan universiti, menteri sekali pun, memikirkan bagaimana perasaan ibu dan ayah saya? Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi saya bakal bergraduasi.
- "Pernahkah mereka terfikir betapa gembiranya ibu dan ayah saya sekiranya dapat melihat anaknya memegang segulung ijazah dalam beberapa bulan sahaja lagi?" katanya.
- Fahmi mempersoalkan hukuman itu, dan bertanya samada pentadbiran UM mengambil kira kesusahan beliau belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya.
- "Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," tulisnya dalam kiriman Facebook.
- Beliau mengakui menjangkakan hukuman itu, tetapi menyoal sama ada menjadi satu kesalahan sekiranya beliau ingin memperbetulkan keadaan.
- "Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul. Tetapi, perbuatan saya hanya semata-mata membetulkan apa yang tidak betul," katanya.
- Di akhir tulisannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghukum mereka "kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa".
- UM semalam melalui prosiding tatatertib memutuskan menggantung pengajian dan mendenda Fahmi dan Safwan kerana penglibatan dalam program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" yang menampilkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu.
- Pemimpin pelajar lain di dalam kumpulan dikenali UM8 itu, Abraham Au, digugurkan pertuduhan, manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran. Empat yang lain iaitu Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing didenda RM150 berserta amaran. Safwan yang merupakan Pengerusi Pro Mahasiswa, didenda RM300.
Wednesday 10 December 2014
Ikhlaskah ucapan terimakasih Fahmi pada UM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment