- Pengikut tegar PKR Abdul Aziz Bari yang mendakwa dirinya pakar perlembagaan cuba menghasut rakyat bahawa apa-apa perbuatan yang dianggap menderhaka Raja-Raja Melayu bukanlah satu kesalahan jenayah.
- Sambil itu beliau mendakwa tindakan PKR dan DAP mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar bukanlah satu kesalahan jenayah yang perlu dikenakan tindakan undang-undang walaupun perbuatan itu dimurkai Sultan Selangor.
- Katanya, undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah, berbeza dengan Thailand yang menguatkuasakan perundangan bagi menghalang perbuatan derhaka.
- “Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya. Tidak seperti di Thailand ianya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.
- “Itu hak ‘pihak’ berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa,” katanya ketika berucap di forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
- Dengan nada sombong Abdul Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka.
- Dakwanya lagi, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.
- “Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.
- “Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya,” dakwa Aziz lagi.
- Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.
- Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya.
- “Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno.
- “Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja,” katanya.
- Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor.
- "PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini.
- "Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita,” kata Khairuddin.
- Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
- Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri itu.
- "Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Tuesday, 9 September 2014
PKR tak kisah derhaka kepada sultan kerana ia bukan jenayah
Monday, 8 September 2014
What if PAS refuse to take up MB post?
![]() |
| Iskandar Samad, the next Selangor MB. |
- The Selangor palace is considering a new menteri besar from PAS due to treason showed by PKR and DAP but what would happened if the Islamic party refuse to take the offer?
- Several PAS top leaders including Datuk Mustafa Ali and Mohamed Sabu have already made a clear decision that the party is not interested to take up the post, but their boss Datuk Seri Abdul Hadi Awang used his presidential power and named three candidates to the palace.
- Earlier Sultan Sharafuddin Idris Shah expressed disappointment with parties disobeyed his decree to submit more than two names for the position.
- "DAP and PKR's actions reflect their insolence towards the royal institution and is treason towards the Selangor Sultan," said the statement issued by the Sultan's private secretary, Datuk Munir Bani.
- Luckily PAS submitted three candidates to the palace, namely Iskandar Samad, Salehen Muhyi and Dr. Ahmad Yunus Hairi whereby all of them are scheduled to have an audience with the state ruler any time within this week.
- Question is, what if the Islamic party refuse to take up the state highest administrative post after Sultan Sarafuddin chose one of PAS excos to lead the state? This will lead to another question, what will PKR and DAP do next?
- Are they going to commit the highest treason via demonstrations in front of Istana Alam Shah which may cause unnecessary commotion, or using all media engines to instigate the Selangor palace to give back the MB seat to PKR.
- At the moment, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail made a public statement that she had been "slightly hurt" by Abdul Hadi’s comments on her capabilities as the future Selangor menteri besar.
- But she added she respected his views and urged all not to respond to his comments, and instead focus on protecting the interests of the people.
- "I was slightly hurt by the personal attacks against me even though I respect Datuk Seri Abdul Hadi Awang's opinion of my abilities and capabilities. However, I am not angry and I accept it as criticism so that I can improve myself, God willing," she said in a statement.
- Thus, Dr Wan Azizah advised all followers not to respond to the statement made by PAS president and focusing on protecting the people from the actions of Umno/Barisan Nasional.
- Meanwhile, PKR deputy president Azmin Ali also called on leaders and members of the party to remain calm in facing the Selangor political crisis that is now becoming increasingly critical.
- He said he was confident that the situation would be resolved. "I urge all PKR leaders and members to remain calm and not resort to doing anything that will make the situation worse.
- "I admit that we are now facing a little difficulty but I am confident, based on experience and the spirit of cooperation in the party and in Pakatan Rakyat (PR), the PKR leadership will be able to overcome the current situation," he said.
- Azmin had previously been named as the second candidate besides Dr Wan Azizah by PAS to be appointed as Selangor menteri besar to replace Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
- Azmin, however, rejected the offer to make way for Dr Wan Azizah, who is also the wife of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Meanwhile public from various parties gave mixed reaction over who is the most suitable candidate to be the next MB after Abdul Khalid Ibrahim.
- Most PKR followers said Dr. Wan Azizah must take the MB seat even though she is not fit to lead the most complicated state as most administrative decision will be done by her hubby, Anwar either from home or prison.
- DAP followers prefer the `kipas woman’ as long as the Chinese party can control Anwar, with having his sodomy information in file.
- PAS followers dream of having either Iskandar, Selehen or Dr Ahmad Yunus to be the next MB so that the party would align the state administration towards Islamic ways. But all in all, the Selangor MB post is still locked in Sultan Sarafuddin’ mind.
- In the latest development today, rumor said Iskandar to take oath as MB on Friday but he later trashed the report.
- "I didn’t even know that I was supposed to take an oath. I didn’t even see His Highness the Sultan today as was reported by the media," he said.
- In a press statement this morning, the Selangor palace confirmed that PAS had been the only party to adhere to the Sultan of Selangor’s request for PAS, DAP and PKR to give the names of at least two candidates. - Yang Benar.
KEWANGAN ISLAM KURANG MENYERLAH DI MALAYSIA
- Semua umat Islam faham mengenai perbankan Islam yang diamalkan oleh bank komersil dan bersedia memberi sokongan.
- Malangnya penyertaan peniaga Islam terhadap sistem pinjaman perbankan Islam tidak sampai 10 peratus, mengapa ini boleh berlaku?.
- Kewangan Islam sering diuar-uarkan sebagai alternatif baharu di dalam industri kewangan dunia. Boleh dikatakan penganjuran seminar atau forum kewangan Islam antarabangsa agak kerap diadakan yang antara lain memuji pencapaian ekonomi Islam meliputi sektor halal dan kewangan Islam sendiri.
- Sehingga kini aset kewangan Islam dunia bernilai lebih AS$2 trilion (RM6.2 trilion), sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun, apakah kesan perkembangan itu benar-benar dirasai oleh umat Islam ketika ini?.
- Secara faktanya, kewangan Islam telah berkembang ke lebih 50 buah negara, tetapi lebih 50 peratus aset sektor itu hanya dikuasai oleh beberapa negara seperti Malaysia, Turki dan negara-negara teluk Arab (GCC).
- Itupun penguasaan tersebut lebih disumbangkan oleh penerbitan sukuk atau bon Islam sama ada oleh kerajaan atau korporat.
- Malaysia dalam tempoh beberapa tahun merupakan lokasi penerbitan sukuk terbesar dunia, membuatkan negara turut dilabel sebagai hab bagi sektor halal dan kewangan Islam dunia.
- Tetapi, jika ditinjau secara mendalam ke atas Malaysia sendiri pun, adakah kewangan Islam benar-benar dirasai oleh penduduk terutama yang beragama Islam. Adakah mereka faham maksud sukuk atau konsep Murabahah atau Ijarah.
- Pada forum kewangan Islam di Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, Halal Industry Development Corporation (HDC), mendedahkan daripada 4,400 syarikat pengeluar produk halal yang berdaftar dengan HDC, hanya 10 peratus sahaja yang menggunakan pembiayaan perbankan Islam.
- Asasnya mengapa hal itu terjadi adalah kerana kadar faedah pinjaman perbankan Islam lebih mahal berbanding konvensional, sedangkan riba haram di sisi agama.
- Hal itu sahaja sudah cukup membuatkan pinjaman Islam kurang daya penarik dan tentu sekali kehilangan pasaran pengguna-pengguna biasa termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
- Tiadanya penguasaan negara-negara atau syarikat-syarikat Islam sendiri di dalam aktiviti ekonomi sebenar membuatkan tiadanya platform yang baik bagi mempromosi kewangan Islam.
- Dalam pada itu, seminar atau forum mengenai kewangan Islam hanya dihadiri oleh ketua-ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan bank-bank Islam sahaja, dan kurang mendapat sambutan pengguna-pengguna biasa.
- Tidak pasti adakah produk seperti wakaf ini boleh dipraktikkan secara meluas di Malaysia terutama sekali agen penggerak ekonomi negara iaitu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) sendiri lebih menumpukan usaha memaksimumkan keuntungan.
- Badan berkuasa tempatan perlu mengkaji semula kedudukan kadar faedah pinjaman perbankan Islam, agar kompetitif sebagaimana perbankan konvensional. Setakat ini, produk kewangan Islam lebih dianggap sebagai premium dan bukannya alternatif.
THREE MB CANDIDATES TO HAVE AUDIENCE WITH SULTAN SARAFUDDIN IDRIS SHAH
- Three Selangor executive councillors from PAS have been invited to have an audience with the state ruler Sultan Sarafuddin Idris Shah pertaining the replacement of the current menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
- Iskandar Samad will be the first to the palace today, while Salehen Muhyi will have an audience tomorrow and Dr Ahmad Yunus Hairi on Wednesday.
- They were named by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang as his candidates for the menteri besar post in his first letter to the Selangor palace.
- The appointments with the sultan come a day after PAS deputy president Mohamad Sabu and secretary general Datuk Mustafa Ali insisted the party would reject the menteri besar position even if it was offered the post.
- "We"ll reject it," they told a press conference after chairing a PAS central committee meeting yesterday. However, Hadi did not attend the meeting.
- Later yesterday evening, the Syura Council met and decided that Hadi has the final say in all matters concerning the party's interests.
- It is learnt that the sultan will choose the new MB within the three PAS candidates, which will create havoc among PKR and DAP parties.
- If the new MB to be selected from PAS, the other parties may call for state or nationwide demonstration to reject sultan’s decree.
- At the same time, international media are waiting to spin this issue to create unhealthy atmosphere and sparks hatred towards the monarchy system who had turned down the democracy practise in Malaysia.
- This will benefit the local opposition parties to raise public sympathy and votes in the next general election even though they are having a critical crisis at the moment due to PAS refusal to abide its promise to nominate only Dr. Wan Azizah for the menteri besar’s post.
- PKR and DAP refused to accept any excuses given by the Islamic party for disliking Dr. Wan Azizah to fit for the post even though PAS has stated that al Quran strongly advised that women is not the best leader of a state or country as it would be troublesome in many ways.
- PKR and DAP have no ground to follow the instruction or advice from al Quran due to the fact that their membership are open to all religions and races.
- In fact they wanted to takeover Putrajaya to equalise the status races and religions in Malaysia in the name of democracy and multi-racial livings as they believed that the current status of Islam on top of all religions is not an absolute democracy. - Yang Benar.
SULTAN SELANGOR MURKA DAP DAN PKR KERANA ENGKAR TITAH BAGINDA
- Sultan Sharafuddin Idris Shah merasa amat dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang engkar terhadap titah Baginda supaya mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar daripada parti masing-masing yang bertarikh 27 Ogos yang lalu.
- Perkara ini disampaikan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada pihak media.
- Menurut Munir, DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
- “Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan mereka kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
- Munir juga memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon MB dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) sepertimana titah Baginda sebelum ini.
- Namun menurut Munir hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB Selangor.
- Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dua nama orang calon MB Selangor dan ia adalah satu amalan atau konvensi yang dilaksanakan oleh Baginda.
- “Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal MB dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.
- “Ciri-ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar ia berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor,” jelasnya.
- Tambahnya lagi, Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti PR yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi menerajui Kerajaan Negeri Selangor.
- “Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima maka Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.
- “Di dalam masa yang sama, memandangkan kuasa melantik MB Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka Baginda akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya.
- Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor.
- Beliau berkata, parti itu juga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita-cita untuk melantik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.
- "Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembagaan tentang kedudukan raja-raja. Yang tersurat itu satu, yang tersiratpun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongkol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja," katanya.
- Kini rakyat tertanya-tanya mengapa PKR dan DAP beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.
- Kalau PKR betul-betul sebuah parti yang demokratik, mereka akan mendengar permintaan akar umbi dan juga titah istana, tetapi dalam hal ini rakyat percaya PKR mempunyai agenda lain.
- Sultan Selangor dilihat cuba menamatkan krisis ini secepat mungkin, namun perbuatan PKR dan DAP dilihat sengaja membiarkan perkara ini berlarutan.
- Jika hanya satu sahaja calon dikemukakan ia akan menyebabkan sultan dalam dilema dan serba salah untuk memilih calon menteri besar.
- Nasib baik PAS mengemukakan beberapa nama untuk pilihan Sultan, jika tidak Baginda terpaksa melanjutkan tempoh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui negeri itu.
- Sultan ada hak berbuat demikian sehingga melantik menteri besar baharu yang benar-benar layak.
- Rakyat yakin sultan sebenarnya mahukan menteri besar yang berkaliber yang bukan sahaja mampu memajukan negeri Selangor tetapi disukai rakyat serta memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diinginkan baginda. - Yang Benar.
Sunday, 7 September 2014
PR MAHU MEMBUDAYAKAN HASUTAN
- KEMPEN menghapuskan Akta Hasutan 1948 tajaan puak berhaluan kiri dilihat mahu membudayakan fenomena hasutan di Malaysia tanpa dibatasi perundangan.
- Dalam erti kata lain mereka mahu rakyat bebas bercakap apa saja tanpa sekatan termasuk menghina agama Islam, memperlekeh Raja-Raja Melayu, memburuk-burukkan kerajaan Persekutuan dan bangsa Melayu.
- Sebelum ini mereka telah berjaya mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menghalang penjenayah ditangkap dan dihukum tanpa bicara.
- Lanjutan pemansuhan itu, pengikut puak berhaluan kiri semakin galak menghina bangsa Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
- Jika tohmahan dan perbuatan aib mereka menyalahi perundangan, paling tidak mereka akan dihadapkan di mahkamah dan membayar denda kecil.
- Contohnya sepasang suami isteri berbangsa Cina berbogel di hadapan umum demi demokrasi, dikenakan denda RM400 saja.
- Puak berhaluan kiri mentertawakan perundangan kerana perbuatan pasangan itu yang mencemar demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan hanya dikenakan denda sekecil itu.
- Selepas melakukan eksperimen membabitkan golongan marhaen, kini pemimpin pembangkang mula bertindak kasar dengan menghina kerajaan, Sultan dan agama Islam.
- Namun mereka terkejut beruk apabila diheret ke mahkamah kerana disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
- Lalu dikerahkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta itu dengan alasan Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berjanji kepada rakyat pada 2012 untuk berbuat demikian.
- "Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948, tiada lagi rakyat yang ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun mengkritik kerajaan,” pinta ketua AMK.
- Desakan itu datang dari bos mereka yang risau beberapa tokoh PR telah disiasat dan didakwa di bawah akta itu selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan.
- Antaranya ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Adun Seri Delima; RSN Rayer; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
- Sambil itu PR menggerakkan beberapa NGO lain supaya menjalankan kempen mendesak kerajaan menghapuskan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan Perdana Menteri pada 2012.
- Namun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.
- Menegaskan perkara itu, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
- "Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
- "Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.
- Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menjelaskan kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera.
- Beliau berkata, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.
- "Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.
- "Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya.
- Nancy berkata, kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.
- Beliau berkata, rang undang-undang tu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain.
- Bagaimanapun, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu, kata Nancy.
- Dalam perkembangan yang sama, Gabungan NGO baru, Barisan Perpaduan Nasional (BPN) mendesak kerajaan supaya mengekalkan Akta Hasutan 1948 supaya ia boleh menjadi benteng keselamatan negara.
- Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyediaan Memorandum BPN, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika undang-undang itu tidak dipertahankan, dikhuatiri kelak ia akan meletakkan Malaysia terdedah kepada keadaan huru-hara.
- "Buktinya apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dimansuhkan pada 2011 menyebabkan negara tidak stabil, berleluasanya penghinaan terhadap agama Islam, Raja-Raja dan orang Melayu dengan pelbagai cemuhan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Anggota Barisan Perpaduan Nasional di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Gabungan badan bukan kerajaan ini dianggotai oleh dua NGO bukan Melayu dan 12 NGO Melayu.
- Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongan kepada BN pada PRU akan datang lagi jika kerajaan menghapuskan Akta Hasutan.
- Walaupun mengaku beliau tidaklah begitu berpengaruh, Ibrahim berkata beliau tidak melihat faedah menyokong BN "jika ia sama seperti Pakatan Rakyat".
- Mengulas lanjut, Ibrahim menambah, mesyuarat BPN hari ini juga telah membentuk 55 syor perkara kepada kerajaan.
- Antaranya BPN akan menganjurkan konvensyen bagi mengekalkan dan mempertahankan undang-undang itu dan Akta Hasutan sedia ada perlu dibuat beberapa penambahbaikan.
- "Akta Hasutan 1948 ini kita sepakat ia dikekalkan dan dibuat tambah baik dengan memasukkan Perkara 3 dan 11 (Agama Islam) (1)(F) dalam Perlembagaan ke dalam akta itu.
- "Penambahbaikan itu supaya sesiapa sahaja tidak boleh lagi menghina Melayu dan Islam dengan sewenang-wenangnya," ujarnya.
- Dalam pada itu, Ibrahim berkata dalam 55 syor yang dicapai hari ini juga, satu memorandum yang membawa agenda keselamatan negara akan dikumpul daripada orang ramai untuk mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.
- "Satu jawatankuasa sudah dibentuk untuk mengedakan kempen ke akar umbi dan kemuncaknya kita akan membuat kempen tandatangan untuk menghalang Akta Hasutan daripada dimansuhkan pada 18 Oktober ini di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru," katanya lagi.
- Melihat kepada kemelut yang berlaku berkaitan isu ISA dan Akta Hasutan, bangsa Melayu dijangka dapat bersatu hati dan tenaga.
- Ini kerana perjuangan kali ini lebih mementingkan usaha menegakkan syiar Islam, mendaulatkan Raja-Raja Melayu dan memperkasa bangsa Melayu daripada serangan bukan Islam di peringkat tempatan dan luar Negara.
- Penyatuan seperti ini pernah berlaku pada 1950 apabila maysrakat Melayu dikejutkan dengan gerakan memurtadkan Natrah sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan di Singapura membabitkan penyertaan Melayu tanpa mengira parti. - Yang Benar.
MAT SABU LAWAN ABDUL HADI DEMI WAN AZIZAH
- MOHAMAD Sabu tak peduli apapun kenyataan bosnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tetap dengan pendidiran PAS Pusat yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor walaupun wanita itu tidak berwibawa.
- Pada masa yang sama Timbalan Presiden PAS berkata beliau tidak tak tahu apa-apa mengenai tiga nama calon MB yang dikemukakan kepada Sultan Selangor.
- Dalam erti kata lain beliau ingin memberitahu umum nama itu hanya dikemukakan oleh Abdul Hadi tanpa memaklumkan kepada barisan tertinggi parti.
- Abdul Hadi dikatakan menghantar tiga nama terdiri daripada Exco Selangor kepada pihak istana untuk dipertimbang bagi jawatan menteri besar iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
- Ekoran tindakan itu, PKR melahirkan kekecewaan terhadap PAS kerana tidak menghormati keputusan muafakat PR dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.
- Abdul Hadi menjelaskan arahan istana cukup mudah untuk difahami dan PKR tidak perlu berdegil dengan mengemukakan satu nama sahaja.
- PAS tidak mahu menjadi bebal seperti PKR, lantas Abdul Hadi mengemukakan tiga nama dengan tetap memberi kelebihan kepada PKR.
- Sambil itu Abdul Hadi menjelaskan Majlis Syura Ulama tidak setuju dengan Wan Azizah atas alasan bercanggah dengan hukum Islam.
- Katanya, Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar bukan disebabkan faktor gender tetapi kredibiliti yang ada pada beliau.
- “Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, ‘tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus mereka.’ Hadis ini telah dibahas oleh beberapa ulama.
- “Di dalam perbahasan itu, ada ulama yang mengatakan wanita boleh dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat, itu tidak mengapa kerana Ummu Salamah, Saidatina Aisyah R.A dan beberapa wanita lain ada tampil memberi pandangan,” katanya.
- Jelas Abdul Hadi lagi, wanita boleh dilantik menjadi menteri, iaitu yang sesuai dengan mereka, contohnya menteri pendidikan, kewangan atau apa sahaja yang berurusan di pejabat.
- “Wanita ada kemahiran seperti menjahit, memasak, mentadbir kewangan, tetapi tugas seperti nelayan tidak sesuai dengan kejadian semula jadi mereka. Wanita ada kesabarannya.
- “Dalam masalah kepimpinan negara, iktifak (kesepakatan) ulama mengatakan untuk menjadi Raja, Presiden atau Ketua Kerajaan tidak boleh diberikan kepada wanita,” katanya.
- Beliau turut menyentuh fatwa ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan golongan wanita tidak boleh menjadi ketua, tetapi ia dibolehkan jika secara kolektif (berkumpulan).
- “Dalam fatwa itu tidak menghalang wanita menjadi ketua kerajaan jika tidak perintah sendirian dan ada ahli mesyuarat yang mengendalikan urusan.
- “Dr Yusuf Al-Qaradawi turut membandingkan dengan Ratu Balqis, raja kerajaan Yaman. Dalam al-Quran, Ratu Balqis ini adalah kafir. Ratu Balqis menghadap Nabi Sulaiman as dan memeluk Islam dan turun memerintah bersama-sama Nabi Sulaiman as, tetapi riwayat yang disebut ini adalah riwayat yang sangat lemah,” katanya.
- Jelasnya, mengapa Pas menolak calon di Selangor bukanlah atas sebab Wan Azizah seorang wanita tetapi sejak awal menyedari Wan Azizah memang tidak layak.
- “Kita lihat beliau tidak mampu kendalikan pemerintahan negeri Selangor, ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. Bukan sebab dia perempuan,” katanya.
- Beliau juga berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik.
- “Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; ‘barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam, melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana kecenderungannya, kerana sebab puak-puaknya, bukan kerana kebolehannya, maka Tuhan tidak menerima tebusan duit sehingga boleh diseret ke dalam api neraka.’
- “Adakah kerana ini, ahli PAS sanggup untuk masuk neraka? Kita parti Islam, tak boleh terima. Jadi kerana penolakan inilah berlakunya pergolakan sehingga ke hari ini. Pas sentiasa dan akan terus berpegang bahawa PR berpijak atas asas yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.
- Ada juga kalangan pengikut PAS bertanya samada Abdul Hadi berhak membuat keputusan itu (mencadangkan tiga nama calon MB Selangor), presiden parti itu berkata beliau berhak berbuat demikian.
- Beliau mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti.
- Katanya, mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.
- "Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat)," kata Abdul Hadi.
- Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. – Yang Benar
Friday, 5 September 2014
PAS `tendang’ isteri Anwar Ibrahim
- PAS mengesahkan Majlis Syura telah menggugurkan nama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali daripada senarai pencalonan PAS untuk jawatan menteri besar Selangor.
- Kumpulan ulama itu bertindak demikian bagi mengenepikan keputusan Jawatankuasa Pusat apabila meminta Presiden PAS menghantar nama lain.
- Memetik laporan sebuah portal berita, Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa Majlis Syura PAS merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti memutuskan senarai nama calon menteri besar tersebut.
- “Ya betul. Majlis Syura menentukan senarai nama yang dihantar. Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi dalam PAS.” kata Nik Muhammad.
- PAS juga dilaporkan menghantar dua nama dengan senarai pertama hanya mengandungi tiga nama ADUN PAS sahaja.
- Senarai kedua mengandungi nama dua Adun PKR iaitu ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan Idris Ahmad, Adun Ijok serta satu Adun PAS, Iskandar Samad.
- Kedua-dua senarai tidak menyenaraikan Azizah dan Azmin sebagai antara calon MB Selangor seperti mana yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat bulan lalu.
- Ini bermakna Majlis Syura PAS sedang menyiapkan diri untuk berdepan dengan hentaman Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selepas ini.
- Penganalisis politik melihat tindakan PAS itu mengambilkira beberapa pekara termasuk Anwar akan ke penjara dan Sultan Selangor tidak berkenan dengan calon PKR yang meletakkan isteri Anwar sendiri.
- PAS juga terpaksa menolak Wan Azizah kerana tidak mahu bersekongkol dengan amalan nepotisma yang dilakukan oleh Anwar walaupun bekas perdana menteri yang dipecat itu berulang kali menafikannya.
- Malahan juak-juak Anwar juga tidak lagi berteriak menentang nepotisma kerana PKR kini diterajui oleh ketua umum parti itu bersama-sama isteri dan anak perempuannya. – Yang Benar
ISTANA SELANGOR DISERANG LAGI
- ISTANA Selangor diserang lagi oleh pelbagai pihak yang bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) yang kini sedang kemaruk kuasa.
- Kali ini beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membayangkan Sultan Sarafuddin Idris Shah akan membuat keputusan secara `seksis’ (diskriminasi gender) mengenai kedudukan menteri besar Selangor.
- Ini kerana Tuanku bakal menolak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana baginda meminta beberapa nama lain daripada PAS dan PKR.
- Sebelum ini Tuanku diserang `gurka’ PKR yang mendakwa dirinya pakar perlembagaan. Gurka itu mendakwa Sultan Selangor perlu patuh kepada kehendak parti politik yang memerintah negeri itu.
- Gurka itu (Aziz Bari) mendakwa mengikut perlembagaan negeri itu, Sultan Selangor perlu menerima nasihat PR yang mencadangkan Dr. Wan Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
- Beliau juga mendakwa Tuanku tidak ada kuasa mahupun hak eksekutif untuk meminta beberapa nama daripada PKR dan PAS yang sesuai menduduki kerusi pentadbiran tertinggi Selangor.
- Aziz memutarbelitkan Undang-Undang Tubuh Selangor dengan niat mengelirukan orang ramai mengenai hak dan batasan kuasa sultan.
- Semua orang tahu niat Aziz yang dikeldaikan oleh PKR untuk meraih simpati rakyat supaya tidak bersetuju dengan mana-mana calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.
- Pihak istana tidak berminat untuk memintas dakwaan liar Aziz kerana tidak mahu terpalit dengan sengketa politik di antara PKR, PAS dan DAP yang kini berada di tahap kritikal.
- Selepas Aziz menyerang istana Selangor, beberapa NGO berhaluan kiri menyambung serangan dengan membayangkan Tuanku mengamalkan diskriminasi gender dalam pemilihan menteri besar Selangor.
- Selain itu, NGO terbabit juga mendakwa Sultan perlu patuh dengan nasihat yang diberikan oleh PR dan pelbagai pertubuhan, persatuan yang diwakili rakyat jelata sebagaimana yang mereka dakwa tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
- Namun beberapa pengamal undang-undang menepis dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, tidak tercatat satu perenggan pun yang menyatakan Sultan perlu mendengar, taat dan patuh kepada sebarang bentuk nasihat, arahan atau pendapat daripada mana-mana syarikat swasta seperti SIS FORUM Sdn Bhd. Ini bukan zaman Francis Light menipu Sultan Kedah.
- Tiada juga tiada tercatat di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang mewajibkan Sultan mendengar, tunduk dan patuh kepada cadangan, arahan atau perintah mana-mana NGO seperti EMPOWER, AWAM dan sebagainya.
- Menurut Undang-Undang Tubuh negeri, Sultan mempunyai hak mutlak dalam menentukan siapa yang difikirkan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh undang-undang tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
- Konflik yang cuba diwujudkan di negeri Selangor menyaksikan pemain-pemain yang sama dengan gerakan IFC, COMANGO, BERSIH dan KUMAN NEGARA menampilkan diri melakukan kebiadaban kepada institusi Raja-Raja Melayu terutamanya kepada Sultan Selangor.
- Menggunakan segala ruang secara semaksima, golongan ini semakin biadab dengan mendakwa Sultan Selangor mengamalkan diskriminasi gender.
- Ini adalah satu kebiadaban yang tidak boleh ditolak ansur langsung. Sultan bertindak mengikut Perlembagaaan negeri.
- Mencadangkan tindakan Sultan yang mengikut Perlembagaan negeri sebagai mengamalkan diskriminasi gender bererti menghasut rakyat untuk mempercayai undang-undang tersebut sebagai satu bentuk undang-undang yang menindas dan cenderung kepada diskriminasi gender.
- Selangor dan negeri-negeri yang bersultan tidak perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur versi pembangkang untuk memberi nasihat songsang kepada mana-mana Raja-Raja Melayu.
- Malaysia tidak perlu campurtangan kumpulan pendesak yang dibiayai kuasa Barat untuk menjadi Penasihat Residen yang baharu kepada Sultan-Sultan negeri Melayu.
- Mana-mana pihak yang cuba mempersoal tindakan istana boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 pada perkara 3 (1) (a) berkaitan “kecenderungan menghasut” bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.
- Artikel yang dimuatkan dalam Malaysian Insider bertajuk Sultan’s decree may send wrong signals aboutwomen in office, say groups, secara sengaja membuat andaian songsang bagi memberi tekanan kepada Istana Selangor dalam menentukan menteri besar pilihan NGO-NGO ini diterima oleh Sultan di dalam keadaan tertekan.
- Ia sama seperti pelakuan residen-residen Inggeris satu ketika dahulu yang mengikat setiap keputusan-keputusan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu untuk mengikut kehendak hawa nafsu mereka. Malang sekali kebiadaban ini berlaku di dalam bulan Kemerdekaan.
- Apakah Malaysia perlukan satu lagi Syarikat Hindia Timur dan ‘residen-residen Inggeris’ dalam jelmaan NGO sebagai penasihat Sultan? Kewujudan syarikat swasta dan NGO ini jelas cuba mencampakkan Malaysia 57 tahun ke belakang.
- Pejabat Peguam Negara harus mengkaji aspek perundangan yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan kepada syarikat swasta dan semua NGO yang cuba campurtangan di dalam urusan istana Selangor. – Yang Benar
Anwar lawan istana untuk siapa?
- HEBAT sangatkah Dr. Wan Azizah Wan Ismail sehingga tiada nama lain boleh menyainginya untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor?
- Skrol mana-mana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang beliau sertai. Lihatlah betapa lemahnya `public speaking’ dan pengetahuan am beliau.
- Malah pada satu perbahasan dewan, beliau melalut dan tak tahu apa itu LLN (dengan menyebut lembaga….apa tu ntah). Pada sidang itu juga beliau tak tahu menjawab soalan daripada ADUN mana, Permatang atau Sungai Burong.
- Semua orang tahu Wan Azizah tiada daya kepimpinan dan tidak mampu menyaingi kepimpinan korporat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak 2008 selepas rakyat Selangor memberi mandat kuasa kepada Pakatan Rakyat.
- Beliau sendiri mengakui dirinya sebagai boneka suaminya (beliau berkata dengan nada serius ketika berucap di Kelang) sedangkan rakyat tidak boleh terima pemimpin seperti itu.
- Persoalannya mengapa PKR dan DAP berdegil mencadangkan satu nama kepada Sultan Selangor wal hal Tuanku sudah meminta ketiga-tiga parti itu mengemukakan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan.
- Mereka beriya-iya mengatakan Wan Azizah adalah pemimpin terbaik PKR sedangkan hakikatnya semua orang tahu wanita itu terlalu lemah untuk menduduki kerusi MB Selangor.
- Rupa-rupanya Anwar dikhabarkan mahu mengocak gelora istana Selangor bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi istana. Sengaja dihantar Wan Azizah ke istana untuk ditolak oleh Baginda.
- Lalu berkompanglah juak-juak Anwar mendakwa istana Selangor tidak memegang prinsip demokrasi. Itulah modal terbesar Anwar dan partinya untuk terus meraih simpati rakyat pada PRU14. Malah situasi itu juga akan mendapat simpati antarabangsa.
- Tidak mustahil dana luar negara berbilion ringgit akan terus mengalir bagi menyambung nyawa PKR dan keluarga Anwar. Barat mempunyai sebab yang kukuh untuk membantu Anwar yang dikatakan menegakkan demokrasi yang dinafikan oleh institusi istana.
- Rakyat melihat Anwar sedang mengumpan isterinya untuk mencari modal perjuangan PKR pada masa depan sambil `memenjarakan’ PAS dengan ikatan janji Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipertajamkan semula baru-baru ini.
- Anwar melihat PAS seperti ikan bilis yang senang nak dimamah. Cukup dengan mencabar PAS menunjukkan keislaman dengan mengotakan janji-janji PR, semudah itu saja taktik untuk mengunci PAS.
- DAP pandai menangguk di air yang keruh. Segala kemahuan PKR dituruti. Orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang DAP dapat lihat dengan menyokong PKR yang bermati-matian mahu Wan Azizah menjadi MB.
- DAP memang tidak selesa dengan PAS dalam soal negara Islam, hudud dan sering bergeser dalam pelbagai soal sensitiviti agama.
- Memesrai PKR lebih waras kerana ia boleh memberi sumbangan dividen politik lebih besar berbanding PAS. Parti itu mudah mententeramkan bangsa Cina bahawa dalam kerangka politik Malaysia.
- PKR lebih mudah meraih sokongan pengundi Melayu untuk DAP berbanding PAS yang banyak dibebani dengan emosi perkauman dan agama serta kekangan kehendak syaraknya.
- Tambahan pula PKR ada Anwar Ibrahim yang bijak menyusun strategi menyerang dan memburukkan Umno-BN berbanding dengan PAS yang sering lebih bersikap “berpada-pada” mengutuk lawan.
- Dengan mengkaldaikan PKR, parti DAP lebih mudah “membahagi-bahagi zon pengaruh” dan “pecah perintah” pengaruh politik pembangkang di kalangan orang Melayu berbanding PAS yang kadangkalanya bersikap “ultra” dalam isu-isu bangsa dan agama.
- DAP yakin Anwar ada strategi politik yang lebih besar walaupun menyedari Wan Azizah pasti tidak diterima menjadi MB Selangor.
- Jika Wan Azizah ditolak dan Anwar dipenjara, maka lengkaplah modal politik terbesar mereka untuk meraih simpati rakyat pada PRU 14.
- Juak-juak akan dikerah berkempen betapa Umno-BN menggunakan instrumen kerajaan dan istana untuk menafikan demokrasi yang dibawa oleh parti pembangkang di Malaysia.
- Mereka akan berhujah bahawa Umno-BN penindas suara demokrasi manakala Negara Barat yang menyokong Anwar pula akan menjadikan Malaysia “pariah”.
- Ini akan memudahkan usaha untuk memujuk masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara maju untuk mewarnakan Malaysia sebagai negara autokratik atau kuku besi.
- Pemenjaraan Anwar, penafian hak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, penodaan institusi kehakiman, dan istana adalah modal politik pembangkang untuk dijaja ke seluruh dunia.
- Semua strategi itu dilakukan untuk menampilkan Anwar sebagai mangsa paling malang. Lantas akan lebih mudah bagi Wan Azizah, PKR bersama DAP untuk menuntut di persada antarabangsa supaya Anwar diiktiraf sebagai “prisoner of conscience” atau mangsa perbezaan politik.
- Pengiktirafan ini adalah penting bagi kempen lanjutan “Langkah Kajang”. Sudah pasti untuk PRU 14 kelak Umno-BN menghadapi tekanan daripada PKR dan DAP tetapi desakan antarabangsa yang maha besar.
- DAP mungkin membaca percaturan Anwar dan PKR ini sebagai peluang dan persediaan paling besar untuk membawa gelombang lebih besar untuk menumbangkan Umno-BN. Kalau tak percaya kita lihat bagaimana dunia Barat akan menganggu Malaysia dalam tempoh terdekat. - Yang Benar.
Friday, 27 June 2014
CEO PETRONAS KENA `LANYAK’ NGO MELAYU
- SEJAK Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas membuat kenyataan kontroversi bahawa konglomerat minyak dan gas itu bukan hak milik bangsa Melayu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu `naik angin’.
- Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) antara yang awal mengecam Shamsul, sambil mendesak Presiden Petronas itu segera meletakkan jawatan kerana berbohong mengenai hak milik syarikat nasional itu.
- Bangsa Melayu juga mengharapkan protes itu disahut beberapa NGO Melayu yang lain termasuk Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (MAPEM) diterajui Tan Sri Rozali Ismail yang dikatakan cukup obsess memperjuangkan ekonomi bangsa teras sejak awal 1990an.
- Pada sidang media bersama MTEM dan Perkasa, mereka mengutuk Shamsul yang disifatkan `tidak sedar diri’ kerana mendakwa Petronas bukan hak Melayu tetapi milik rakyat Malaysia berbilang kaum.
- Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendesak CEO Petronas itu meletakkan jawatannya sambil menegaskan sejak jawatan tersebut dipegang Shamsul, pelbagai masalah timbul terutamanya berkaitan dengan Bumiputera.
- “Sewaktu pentadbiran Tan Sri Mohd Hassan Merican dahulu, tidak banyak isu dan masalah timbul,” katanya sambil menambah kenyataan Shamsul dalam The Edge seolah-olah beliau hendak menyalahkan orang lain dan cuba untuk melindungi dirinya.
- “Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa beliau ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, golongan birokrat dari dalam kerajaan menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya.
- “Saya dapat sifatkan temubual yang dilakukan bersama beliau seolah-olah beliau seperti burung unta yang takut, dan akan masukkan kepala di dalam pasir,” katanya.
- Ibrahim menjelaskan, kerajaan semestinya campur tangan dalam urusan Petronas kerana konsesi tersebut adalah milik kerajaan dan pihak kerajaan cuba nasihatkan beliau (melalui wakil tertentu) tetapi beliau tetap berdegil.
- Katanya lagi, Shamsul menyifatkan Petronas sebagai hak milik rakyat Malaysia berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 tetapi pelu diingat bahawa akta itu perlu mematuhi Dasar Ekonomi Ekonomi Baru (DEB) dan ia ditegaskan sekali lagi oleh Perdana Menteri pada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, tahun lalu.
- Ibrahim juga menawarkan Petronas berdailog dengan Perkasa dan lain-lain NGO Melayu berkaitan hak milik syarikat itu.
- “Kita sedia untuk berdialog, tetapi mesti dilakukan secara terbuka, siaran secara langsung, dan terbuka kepada masyarakat,” katanya.
- Pada sidang media yang sama Pengerusi Kluster Minyak dan Gas MTEM, Tengku Putra Tengku Ahmad turut menjelaskan bahawa ramai ‘pemain’ minyak dan gas amat kecewa pimpinan Shamsul Abbas.
- “Beliau terlalu liberal dalam organisasinya. Sepatutnya pihak kerajaan menarik semula konsesi yang diberikan dan kita tengok sama ada Petronas boleh terus hidup atau tidak.
- “Kita tengok jika Petronas mampu atau tidak untuk bersaing dengan Shell atau Exxon sekiranya tender terbuka dilakukan,” katanya.
- Shamsul mungkin sudah menduga dan bersedia dengan kecaman yang akan diterimanya akibat membuat kenyataan itu. Persoalannya mengapa beliau sanggup menyatakan secara terbuka soal hak milik Petronas.
- Apakah Shamsul didesak pihak tertentu supaya menjelaskan isu hak milik Petronas bagi memberi laluan dan modal politik kepada bukan Melayu (dalam dan luar kerajaan) supaya menjaja cerita bahawa Petronas adalah hak rakyat Malaysia berbilang bangsa.
- Atau mungkin Shamsul terpengaruh dengan doktrin Pakatan Rakyat yang mahu melepaskan Petronas daripada memayungi ekonomi Melayu kecuali hal-hal kecil seperti memberi peluang kerja buruh saja.
- Mengapa sejak Shamsul `buat perangai’ sejak 2010 dengan beranggapan Petronas tidak boleh diganggu sepertimana Shell atau Exxon, apakah beliau terpengaruh dengan doktrin Barat walaupun sedar sikap beliau itu akan merugikan bangsa Melayu sendiri.
- Mengapa tiba-tiba Shamsul membuat kenyataan soal Petronas milik siapa, sedangkan beliau tahu bangsa Melayu selama ini memang bergantung kepada Petronas dan beberapa GLC lain untuk memayungi ekonomi mereka.
- Sebelum ini Petronas tidak ada masalah ketika memayungi ekonomi Melayu terutama dalam agihan projek mega dan konglomerat itu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu muflis.
- Shamsul menjadi CEO di situ ketika Petronas mantap, bukannya menghadapi krisis kewangan seperti yang berlaku pada Malaysia Airlines (MAS). Beliau ditugaskan untuk meneruskan perjuangan Petronas, bukannya merombak semua prosedur yang menjahanamkan bangsanya sendiri.
- Pelik dakwaan Shamsul yang mengatakan Petronas akan bengkrap dalam tempoh beberapa tahun akan datang jika terus memberi projek secara terus kepada syarikat Melayu tanpa bidaan. Kenyataan itu sebenarnya meminjam kenyataan liar pembangkang yang meramalkan Petronas akan bengkrap jika terus memayungi ekonomi Melayu.
- Di Singapura, ada juga beberapa tokoh korporat Melayu yang berperangai sama dengan Shamsul, mengaku diri mereka Melayu tetapi tidak peduli bangsanya tercicir daripada perebutan kontrak pembangunan dan akhirnya bangsa Melayu Singapura terpinggir dan tercicir.
- Di Malaysia, puak pembangkang memang mencari jalan bagaimana mahu memutuskan ikatan antara Petronas dan bangsa Melayu kerana bangsa lain tidak dapat menikmatnya secara terbuka.
- Namun bukan Melayu menguasai hampir semua projek mewah Petronas secara bidaan terbuka dan pada masa yang sama dipercayai `membeli’ ramai usahawan Melayu untuk mendapatkan projek daripada Petronas.
- Jika Shamsul terus mengamalkan sikapnya, Petronas hanya akan memberi projek `ikan bilis’ saja kepada bangsa Melayu.
- Shamsul sendiri sudah mengumumkan bahawa Petronas hanya memberi projek mega kepada mereka yang mempunyai rekod cemerlang dalam industri dan sudah tentu projek seumpama itu akan jatuh kepada syarikat bukan Melayu dan pelabur asing.
- Beliau sudah tahu itu akan berlaku kerana setakat ini tiada syarikat Melayu di Malaysia berstatus `Tier Satu’ dalam industri carigali minyak dan gas.
- Bagi `Tier Dua’ pula boleh dibilang dengan jari. Nama-nama seperti Sapura Kencana dan GOM Resources merupakan beberapa syarikat Melayu yang aktif dalam industri itu tetapi mereka terlalu kerdil bagi Petronas untuk merebut projek berbilion ringgit.
- Jelasnya, beberapa syarikat bukan Melayu mengungguli projek-projek mega berkaitan carigali minyak dan gas asli. Mereka mendapat tempat dihati Petronas kerana dikatakan lebih berkelayakan dan profesional.
- Puak pembangkang memang bangga dengan sikap Shamsul tetapi segan memujinya secara terbuka. Mungkin sebab itu Shamsul berani menghina kerajaan dalam temu bual dengan akhbar kontroversi seperti The Edge Weekly.
- Mungkin beliau sudah puas berkhidmat dengan Petronas dan di saat-saat akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan, beliau sudah siap sedia memberi kenyataan paling kontroversi dengan mengaitkan campurtangan orang-orang kerajaan tertentu di bawah Perdana Menteri.
- Selepas ini beliau dijangka tidak berpeluang mempertahankan Petronas melainkan beliau menyertai kem pembangkang pada masa hadapan dan menyalak seperti mana yang dilakukan oleh beberapa tokoh korporat yang sudah berkerat rotan. Harap Shamsul tidak tergamak berbuat demikian demi kelangsungan ekonomi Melayu.
CEO PETRONAS TUNJUK GARANG DI HUJUNG JALAN
- SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
- Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
- Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
- Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
- Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
- Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
- Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
- Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
- Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
- Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
- Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
- “Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
- “Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
- CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
- Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
- Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
- Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
- Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
- Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
- “Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
- Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
- “Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
- “Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
- “Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
- “Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
- “Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
- Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
- Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
- Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya.
Thursday, 3 April 2014
Jika MH370 tidak terhempas?
- SINAR HARIAN menyiarkan rencana menarik mengenai misteri kehilangan MH370 yang masih belum ada kepastian sehingga hari ini. Berikut ulasan yang diketengahkan oleh akhbar berkenaan.
- Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
- Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
- Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
- Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
- Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
- Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
- Dakwaan penduduk Maldives kukuh. Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
- Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
- Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
- Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
- MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
- Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
- Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
- Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.
- Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.
- Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama. Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.
- Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.
- Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.
- Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.
- Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.
- Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.
- Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.
- Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalah antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.
- Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.
- Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
- Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.
- Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.
- Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
- Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.
- Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.
- "Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.
- Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.
- Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.
- Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.
- Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
- “Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
- “Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.
- Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
- Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.
- Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
Subscribe to:
Comments (Atom)










